Followers

Monday, April 18

Bencinta

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:09 PM 3 comments


Pertama sekali moh baca lirik faizal Tahir, Bencinta

Benarkanku tuk berbicara 
bicara terus ke hatimu?..hatimu.. 
hati yang penuh rasa ragu 
jangan terus pergi tanpa mendengar ku 
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu 
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu 

ingatkah lagi waktu kau bersamaku 
kaku aku melihat mu 
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu 
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu 

ke tepi lihat ku berlalu 
pasti itu yang terbaik untuk ku 
tiada lagi mahu ku tahu 
tentang hidup kamu tentang mati kamu 
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu 
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu 

ingatkah lagi waktu kau bersama ku 
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu 
dengar kata ku aku cinta padamu 
benci padamu cinta padamu 

sakitnya aku membenci kamu 
sakit lagi mencintaimu 
dan aku pergi tapi kembali 
benci aku mencintai dirimu 

ku benci?. kamu? 
aku cinta?.kamu? 

ingatkah lagi waktu kau bersama ku 
kaku aku melihat mu 
sedangkan aku mahu kau tahu 
dengar kata ku 
aku cinta padamu 
benci padamu 
padamu?.. 

ingatkah lagi waktu kau bersamaku 
kaku aku melihat mu 
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu 
aku cinta padamu 
aku benci padamu 
aku cinta aku benci 
padamu 

ingatkah lagi waktu kau bersama ku 
dengar kata ku 
aku cinta padamu 
aku benci padamu 
aku cinta aku benci


Bertemu kita kembali dalam rancangan Ah-Ha, eh, apa ni? rancangan televisyen ke? Tak la, saja je. Dah lama rasanya tak menarikan jari di atas papan pemuka yang ada huruf-huruf ni. kepada mereka yang menantikan perkongsian terkini dari saya, saya minta maaf sangat sebab lambat seperti yang di janjikan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang, ke mana saya menyepi dari dunia internet. Atau lebih di kenali sebagai dunia ICT. Kekangan masa dengan kerja yang membuat saya tiada masa untuk menarikan jari. Bukan tu je, dengan internet buat hal kat rumah, menyebabkan saya tiada kesempatan untuk memuat turun perkongsian terkini.
Mungkin tajuk perkongsian kali ni agak pelik. Memang pelik pun, BENCINTA. Tiada kena mengena dengan Faizal Tahir mahupun lagu dia. Mungkin sikit-sikit tu boleh kot, tajuk dia je yang sama dengan lagu faizal. Bencinta? Kenapa bencinta? Kenapa tidak mencinta? Di cintai? Ada sebab saya nak buat tentang bencinta. Mula-mula dengar lagu FT, bencinta, apa ni? lama-lama terfikir pulak kat benak. Boleh juga buat tentang bencinta ni. benci dan cinta yang di gabungkan menjadi satu. Menjadi BENCINTA.

Bila di uji, kita kena tahu kenapa kita di uji. Bila merindu, kita kena tau, kenapa kita merindu. Dan kita juga kena tahu kenapa tiba-tiba kita menjadi seorang perindu? Pelayar perindu di sebua denai yang sempit, entah sampai ke mana atau hanyut tanpa arah tujuan. Mungkin kita akan tersadai di mana-mana pelabuhan yang sepi, yang tiada sesiapa yang di rindu. Rindu dalam diam. Bila kita mencintai sesuatu, kenapa kita sampai mencinta? Cinta ni satu lumrah kehidupan, samada yang muda belia, yang tua bangka, sampai ke budak yang baru nak kenal erti dunia. Cinta kepada seseorang sampai jadi gila bayang, cinta kepada harta sampai lupa diri, lupa daratan. Semua yang Alla ciptakan ni ada sebab dan alas an, tanya diri, dan muhasaba diri balik. Adakah betul selama diri kita? (Teguran buat diri)

Rindu Itu Lumrah

Sapa yang tidak pernah merindu? Sila angkat tangan. Tipulah kalau kita di tanya, “awak pernah rasa rindu tak?” ada yang hipokrit akan cakap, “taklah, apa barang rindu-rindu ni, pikir saya ni jiwang ke?”

Rindu dan cinta ni lumprah dalam diri manusia. Ada yang rindu sampai nangis-nangis, ada yang rindu tengok bumbung rumah pun dah terubat dah. (dulu-dulu,masa di lamun cinta.hehe)

Pernah dengar ni tak?

ummati,ummati,ummati”

Seorang rasul, yang amat mulia di sisi Allah pun rindu pada ummatnya di akhir zaman. Lagikan kita insan yang senang di uji dengan ujian. Yang senang kalah dengan ujian. Yang tak tahan dengan perasaan rindu.

Dalam kajian neurologi,sesuatu yang berkait rapat dengan emosi seperti rasa sedih dan gembira,kita mampu ingat lebih daripada kita mengingatinya secara usaha.Sebab itu,apabila kita berkunjung ke tempat yang pernah memberi kita kenangan dan bertemu dengan kawan-kawan lama,semua memori yang lalu akan kembali kita ingati.Itulah dipanggil rindu.
Yang Pergi Tetap Pergi

Kenangan yang berlalu tetap akan berlalu,walaupun ia banyak menyimpan seribu memori indah tetapi kita mesti menerima hakikat yang ia tak akan berulang kembali.Umur sentiasa meningkat,alam semakin tua,hari berganti hari,masa untuk kita
kembali semakin hampir.

Sewaktu hari terakhir di sekolah dahulu,hati saya pernah berdetik yang semua ini akan saya tinggalkan juga suatu masa nanti.Dan '
suatu masa nanti' itu telah tiba sekarang.Zaman sekolah telah saya tinggalkan dan yang tinggal hanya kenangan untuk dikenang.Oleh itu,kita perlu menghargainya kerana kenangan akan menjadi indah jika dihargai,sebaliknya ia akan menjadi pudar jika dibenci dan memori tahun 2006 itu pasti akan saya ingati,hingga ke akhir hayat nanti

"Ukhuwwah Ibarat Tasbih,Tak Akan Terputus kecuali kita yang memutuskannya. Hargailah rasa rindu. Rasa rindu yang di kurniakan kepada kita.

Masalah percaya atau tidak percaya, bukan persoalan. Dan tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calun isteri. Tetapi pokok persoalan nya sejauh manakah patut hadir rasa cinta dan cara perlaksanaannya. Masalahnya sejauh manakah dia natara kita dapat mengawal perasaan sendiri?

Malah apa yang saya lihat, ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 'sekufu'. Dalam erti mudah, kesesuaian diantara jiwa , hati baik dari segi rohani, sifat diri, akhlak, bakcground agama, kekeluargaan, harta dll perlu di ambil kira.
Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik, susunan kata kata manja yang menarik perhatian , penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 4/5 kali chat dan kemudian di ekori dengan tarikan suara lunak dalam telefon yang berterusan. 
Malah hadiri rasa rindu yang tak terkawal kerana 'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang 'cinta itu buta'. Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional..Kawallah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa'. 
Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.Sesungguhnya , bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'. Jika benar benar anda ingin kan perempuan itu untuk di jadikan isteri; bersifatlah gentleman, bercakaplah berterus terang setelah anda benar benaryakin. 
Ingatlah:- " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (Muttafaq Alaihi) 
Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya. 
Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara perlahan-lahan senang anda tidak mengenali sebenar akan dirinya. Manusia bisa menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri. 
Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam; lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa. Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi nafsu, hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu saja. Nyatakan pendirian anda, akhlak mahupun yang baik dan buruk, dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri , sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar menjadi jodoh di antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada kerserasian dan kesefahaman.

Cinta Itu Adalah Kasih Sayang
"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Ad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Penutup: Semua Yang Berlaku Itu Bersebab.

Bila sesuatu itu berlaku pada diri sendiri, ia mesti ada sebab. Kita kena tau apakah sebabnya. Kenapa ia terjadi dan berlaku pada diri kita. Sinofikasi cinta, carilah cinta yang benar-benar cinta. Bencilah kebencian yang benar-benar benci.