Followers

Monday, November 1

Trend Kita Macam Ni Ke?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:01 PM 0 comments

Dating dan coupling

"Eh, apsal kau tak ajar si A tu?", tiba-tiba kawan saya membuka topik bicara. Waktu itu kami berehat di kedai makan di hospital.
"Tak ajar apa?", saya bertanya kebingungan.
"Yela, kesian kawan kita ni, si A tu ’slow’ sangat, sampai tak tahu apa status kawan kita si B dan si A. Paling kurang biarlah si A ajak si B keluar ‘dating’ ke…", ulas kawan saya tadi dengan panjang lebar dan penuh bersemangat.

Saya melihat kepada si B. Dia senyap sahaja. Entah setuju atau membantah dengan isu yang diutarakan.

Kawan saya tadi begitu beriya-iya mahukan saya mengajar si A, kerna saya terlibat juga dalam merencana jodoh antara si A dan si B. Tetapi dalam masa yang sama saya dah ‘warning’ si A agar menjaga si B elok-elok(menjaga batas-batas pergaulan).

Si B ini pernah bersekolah disekolah berstatus SMKA selama 5 tahun. Kawan saya yang banyak bercakap itu pula, pernah bersekolah di SMKA selama 3 tahun. Dan yang lebih menariknya, kami berempat (Si A, B, saya ,dan kawan yang banyak bercakap) pernah mengambil subjek mengenai tatacara hubungan antara lelaki dan wanita dan juga bab-bab pernikahan.

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah 2:44)

Dalam kata lain kami berempat sudah mengetahui batas-batas pergaulan didalam agama.

Trend coupling di ipta/ ipts

Tetapi kenapa isu diatas timbul?

Adakah kerna ‘coupling’ benar-benar telah menjadi budaya wajib bagi lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan istimewa?

Jika dilihat di kebanyakan ipta/ ipts, budaya ‘coupling’ memang dah menjadisatu kebiasaan. Sehinggakan kawan saya pernah mengatakan,

"ala budak-budak zaman sekarang, normal la coupling-coupling ni, lagipun ada yang dah ‘over limit’ pun dah ramai dan bersepah".


Remaja sekarang pemimpin masa depan


Jika dilihat zaman dulu (pada zaman ibubapa masih muda remaja), ibu bapa pada waktu dahulu begitu menitikberatkan hubungan antarala lelaki dan wanita.

Dan ramai mengakui ibu bapa dulu, walaupun kurang berpelajaran tinggi,tetapi mereka pandai mendidik anak-anak. Maka mengapa ibu bapa sekarang(maaf dikatakan) kelihatannya kurang serius dan tegas dalam mendidik anak-anak.

Zaman sekarang perubatan sudah semakin maju. Dan kelihatannya Malaysia juga akan mengalami pertambahan populasi orang-orang tua. Aspek positif ialah jangka hayat rakyat Malaysia yang semakin bertambah, aspek negatif ialah, adakah negara sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan masalah penyakit orang-orang tua.

Jika remaja sekarang gagal dibentuk, maka masa hadapan,juga akan menjadi satu mimpi ngeri, bukan sahaja buat remaja pada zaman sekarang, tetapi juga ibubapa lantaran perkhidmatan kesihatan yangsudah semakin maju. Kita tak mahu masa hadapan, golongan-golongan tua banyak disisihkan di rumah-rumah orang tua. Lagi menyedihkan jika ramai orang tua yang merempat di jalanan.

Perubahan itu bermula dari individu dan keluarga

Jika dilihat trend coupling yang melanda seluruh ipt di Malaysia, mungkin kita akan berkata,

"Susahlah nak ubah, benda ni dah jadi satu budaya"

Betul. Jika kita nak ubah semuanya dalam 1 hari, ia adalah sukar dan mustahil. Untuk membuat rumah dalam satu hari adalah mustahil. Tetapi kita perlu memulakannya dengan meletakkan satu bata.

Sama juga halnya dengan perubahan budaya. Untuk merubah budaya yang negatif kepada budaya positif, maka kita perlu bermula dari individu dan keluarga.

Individu:

 Kita mulakan dengan kita sendiri menunjukkan cara bergaul yang selamat dalam Islam. Bukanlah pergaulan Islam itu kita tidak boleh menelefon, ber "sms", dan berbual "face toface". Semuanya boleh, tapi sekadarnya dan dengan batasan.


Selagimana fatwa hati kita merasakan kita masih lagi belum mencemari hubunganitu dengan sesuatu yang berlawanan dengan syariat, maka ia masihdibolehkan.

TETAPI perlu diingat, didalam hubungan lelaki dan wanita, kita dilarang terlampau yakin dengan diri. Islam melarangkita MENGHAMPIRI ZINA, bukannya JANGAN BERZINA kerana apabila kita hampiri zina akan terjadinya perbuatan zina yang kita tidak perasan. Maka, jangan terlampau yakin yang kita boleh berdua-duan dengan kekasih hati dan dalam masa yang sama boleh menjaga iman. Jangan lupa pada "orang" ketiga. Dia yang paling gembira apabila anak adam hanya berdua-duan dengan hawa.

Keluarga:

Keluarga perlu bermula dengan memberikan alternatif yang terbaik dan bukan hanya melarang semata-mata. Jika didapati anak sudah bercinta,dan diyakini anak masih belum bersedia untuk bernikah, maka didiklah anak itu tentang batas-batas "bercinta" sebelum nikah. Katakan padanya," Jangan bermain cinta", dan bukannya berkata, "Jangan bercinta!".

 Jika merasakan anak sudah boleh bernikah, maka tawarkanlah padanya pilihan untuk bernikah. Agar kekuatan cinta yang dirasainya tidak sia-sia diluar alam pernikahan. Semua mengakui kuasa cinta itu hebat.

Ada lagi yang masih tak faham

Kepada yang masih kelihatannya tidak memahami batas-batas pergaulan, maka peranan kita adalah untuk menyampaikan.

Sampaikan dengan hikmah:
1. Hatinya lunak mendengar (tidak merasa marah)
2. Cara penyampaian yang berperingkat-peringkat dan istiqamah
3. Kita mendoakan kebaikan untuk diri dan juga dia
Kadang-kadang mungkin kawan itu terlupa, atau kurang memahami. Maka kita janganlahmudah menghukum dan menaruh prasangka yang buruk-buruk.

Menyampaikan itu mudah. Tetapi kadang-kadang kita lupa tugas kita sebagai penyampai. Dan kita lebih senang menjalankan tugas sebagi penghukum.

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka. (Asy-Syuura 42:7)


0 Responses so far: