Followers

Tuesday, November 9

Lepak Santai:Hari Ini Milik Anda..Tapi Esok??

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:38 AM 0 comments

Apabila anda berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh kerana itu anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya.Tidak juga dengan hari esok yang belum tahu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda.Maka,manfaatkanlah hari itu sebaik-baiknya.Maka,anggaplah masa hidup anda hari ini sahaja atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda sehingga tidak tersepit antara dua kehidupan masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi pada masa itu dan masa depan yang penuh ke tidakpastian dan seringkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk hari ini sahaja.Dan pada hari inilah,anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk,membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam,merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak,kerelaan dengan semua yang ALLAH berikan,perhatian terhadap alam sekitar,perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini anda harus mulai membahagi masa dengan bijak.Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun.Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu,memelihara indahnya kehidupan,meminta ampun dari pelbagai dosa yang telah di lakukan,mengingat tuhan dan mempersiapkan diri untuk pergi jauh(mengharapNYA).Dengan demikian hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan,merasa aman dan tenteram serta menerima rezeki isteri,suami,anak-anak,tugas-tugas dengan tangan yang terbuka dan penuh rasa syukur.

ALLAH berfirman
"Terimalah semua yang telah ALLAH berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur "(Al-A'raf:144)

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan,gangguan,kemarahan,kedengkian dan kebencian atau sakit hati.

Jangan lupa,hendaklah anda mengukir sebuah tulisan dalam hati anda atau meja tempat anda bekerja "Hari ini adalah milik mu".Yakni,apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya,apakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin yang akan membahayakan kesihatan anda?Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok hari,padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

Apabila pada hari ini anda dapat minum air dingin yang menyegarkan,maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yang anda minum kelmarin atau menginginkan air esok yang masin dan panas?

Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan sesuatu dengan semangat yang tekad yang kuat anda dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip "masa hidupku hanyalah pada hari ini".Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk memperbaiki keadaan,sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

Dan itu,anda akan berkata dalam hati "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaja,tidak bercakap kotor dan menjijikkan,tidak akan pernah mencela,mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain.Hanya hari ini aku berkesempatan mengemas rumah dan pejabat agar tidak berserabut dan berselerak.Dan kerana hari ini sahaja aku akan hidup,maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku,kerapian penampilanku,kebaikan tutur kata dan tindak-tandukku".

Kerana hanya akan hidup pada hari ini maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada TUHANKU,mengerjakan solat sesempurna mungkin,membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah,berpegang teguh pada Al-Quran,mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya.

Aku hanya akan hidup hari ini,kerana itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan yang ku tanam sampai ke akarnya,dan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri seperti sifat takabbur,ujub,riya' dan berburuk sangka.

Hanya hari ini sahaja aku akan dapat menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun.aku akn menjenguk mereka yang sakit,menghantarkan jenazah,menunjukkan jalan yang benar kepada orang yang tersesat,memberi makan kepada orang yang kelaparan,menolong orang yang sedang berada dalam kesulitan,membantu orang yang di zalimi,meringankan penderitaan orang yang lemah,mengasihi mereka yang menderita,menghormati orang-orang alim,menyayangi anak-anak kecil dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

Aku akan hanya hidup hari ini,maka aku akan mengucapkan "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai tenggelamlah seperti mataharimu.Aku tak akan menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu.Kamu telah meningggalkan kami semua.Pergi dan tak akan kembali lagi"

"Wahai masa depan,engkau masih dalam keghaiban.Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan.Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu.Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat dei sebutkan.

"Hari ini milik anda" adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan.Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.


0 Responses so far: