Sekarang rata-rata penduduk dunia tidak kira kafir atau ummat Islam kebanyakannya sedang dibuai dengan mimpi-mimpi bola, termasuk saya dan mungkin anda para pembaca. Demam bola, makan bola, minum bola, tidur bola, segalanya bola. Walhal, baru beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi Freedon Flotilla dan serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza iaitu Mavi Marmara yang mana ia juga melibatkan rakyat warganegara Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pengaruhnya begitu kuat dalam kehidupan seharian kita sepanjang bulan Jun dan Julai ini. Bercakap mengenai millatfacebook (mfb) pula, tahukah anda apa itu millatfacebook? Pernahkah anda dapat mesej seperti ini? “Jom sokong millatfacebook, mfb ni buatan orang Islam Pakistan, jom ramai-ramai kita pakat buat akaun di mfb, boikot fb buatan yahudi ni” Sudah pasti anda yang mempunyai akaun di facebook (fb) pernah mendapat mesej seperti itu bukan? Ataupun mesej yang seumpamanya. Tetapi, pernahkah anda tertarik untuk mengkaji siapakah disebalik dalang mfb tersebut? Tahukah apa isu disebaliknya yang menyebabkan munculnya mfb ini? Mfb mendakwa, mereka mencipta mfb tersebut atas usaha untuk memboikot barangan yahudi (fb) yang mana fb telah melakukan satu penghinaan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw dengan melakukan satu aktiviti melukis wajah Muhammad dalam ruangan mereka. Jadi disini memang ada niat baik bagi pencipta mfb tersebut. Tapi persoalannya, mengapakah terlalu pantas mfb tersebut wujud? Baru satu hari fb lakukan ‘Hari melukis Muhammad’ tapi mfb sudah siap dicipta??? Hebat betul pereka mfb ini? Atau dia sudah menjangkakannya dari awal lagi? Kalau sudah menjangkakannya dari awal, mengapa server mfb tersebut terlalu lambat? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mfb, pasti akan ‘page loading’ berjam-jam. Dan mengapa Facebook.com tidak mengambil tindakan terhadap pereka mfb ini? Kerana pereka mfb ini telah mencuri hak cipta fb dengan meletakkan facebook pada jenama mereka. Dan tidak dinafikan didalam mfb tersebut, sudah banyak mereka-mereka yang mencipta grup-grup mengenai Islam. Dan ia mfb sungguh kelihatan seperti milik orang Islam. Satu persoalan lagi, pada sekitar 3 hari mfb diwujudkan, satu ‘quote’ telah muncul di muka hadapan mfb yang berbunyi “If Facebook can reach 1Thousand Million followers, We at Millatfacebook also can! Yes, We Can!” Oh! Apakah ini tanda paling ketara yang sudah cukup membuatkan saya syak wasangka dengan mfb ini??? Apakah itu “Yes, We Can!”??? Saya rasa anda sudah tahu apa jawapannya. Sekarang mari kita huraikan pula apa itu ‘millatfacebook’ yang didakwa oleh sesetengah pihak yang ianya bagus lah apa lah… 1, Millat = Kata asalnya adalah dalam Bahasa Arab yang mana berbunyi Millatun yang membawa maksud Agama atau pegangan kepercayaan. 2, Face = Muka, wajah 3, Book = Buku, kitab, catatan 4, Jika digabungkan ketiga-tiganya, maka ia akan menjadi ‘millatfacebook’ yang mana ia akan membawa maksud ‘Agama Muka Buku’ atau dalam erti kata lain boleh juga anda menjadikan ‘facebook’ itu sebagai agama atau pegangan. Atau juga boleh dirungkaikan sebagai ‘Agama yang menjadikan sesuatu platform sebagai catatan’. Mungkin maksudnya kurang jelas, tapi tidak mengapa. Ia tidaklah terlalu membebankan. Terserah kepada anda, jika ada yang lebih mahir, dipersilakan tampil untuk menghuraikannya. Seterusnya, kita tinggalkan huraian nama mfb ini, sekarang mari kita trace IP Adress mereka. Kita jejaki dari mana ia berasal? Adakah ia sama seperti facebook? Adakah ia juga milik Amerika/CIA? Mari kita lakukannya. Anda juga boleh melakukannya bersama-sama saya. Cara-caranya: 1) Pergi ke Start Menu, kemudian klik pada Run… 2) Taip ‘cmd’ pada ruangan komen untuk Run … 3) Kemudian akan muncul satu kotak berwarna hitam 4) Taipkan ‘ping millatfacebook.com’ pada ruangan yang terdapat dalam kotak hitam tersebut. Dan tunggu beberapa saat. Anda akan dapat hasilnya. 5) Hasilnya akan kelihatan seperti ini atau mungkin lain sedikit: Microsoft Windows [Version 5.1.2600] Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51 Ping statistics for 204.61.223.84: 6) Seterusnya 'copy' Ping Statistics (IP Adress) tersebut dan 'paste'kan di http://www.ipaddresslocation.org/ip-address-tracker.php 7) Anda akan dapat hasilnya! Dan hasilnya akan kelihatan seperti ini:
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.
C:\Document and Setting\kapak>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 329ms, Maximum = 352ms, Average = 381ms
C:\Document and Setting\kapak>
Tuesday, June 29
Millatfacebook, Fifa World Cup 2010 dan Menjelang Olympics 2012
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:40 PM
0
comments
Post a Comment