********************************* Setiba di rumah, Adam masih diam seribu bahasa. Kekecawaan yang di rasai amat dalam. Mencengkam ke lubuk hati insan yang bernama Adam Ahmad. Tin..tinnn…bunyi hon kedengaran di luar rumah Adam. Sa’id berjalan keluar menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Posmen datang mengahntar surat dengan muka yang tersenyum bangga. Ss’id kehairanan melihat gelagat posmen tadi. Macam kera sumbang pun ada. “ishk, surat abang ni” getus hatinya. Ingin di buka takut di marah abangnya. Dia menyerahkan surat tersebut kepada ibunya. “Mak, ni surat abang, surat tawaran kemasukan ke u ni mak” Sa’id sedikt emosi kerana abangnya berjaya melanjutkan pelajaran. “ Banyak juga tawaran abang kamu tu, tapi mak risau keadaan abang kamu bila jauh dari mak. Takut hilang terus tak jumpa” ibu dengan nada sedih membuka surat tawaran Adam. Tok…tok… “Along….along…”sahutan ibunya kedengaran dari dalam bilik. Adam hanya mengurungkan dirinya dan bercakap sendirian. “Along…mak nak masuk ni..” pintu dikuak dan kelihatan dua susuk tubuh yang sudah memasuki bilik berkenaan. “Along, ni ha surat tawaran along, surat tawaran pergi A-level kat Kolej Gabungan Jepun-Malaysia. Adam macam mane nak?nak pergi tak?”usap ibu dengan lembut ke kepala Adam. Adam hanya menggeleng kepala. Apa yang Adam mahukan adalah Asikin, kekasih hati pertama dan akhir untuk dirinya. “Lagi satu along dapat tawaran buat Diploma Kejuteraan Carigali ni kat Universiti Petronas. Adam nak pergi tak?”ibu cuba memujuk Adam. “Hmm..mak taruklah dulu kat situ. Nanti Adam tengok, Adam pilih yang mana Adam nak pergi”sambil menunjuk ke arah almari using yang telah reput Cuma tunggu masa untuk rebah. Ibunya berlalu pergi, dan Adam menguatkan kembali semangat untuk menjadi seorang hamba yang patuh dan taat akan ujian hambanya. Adam teringat akan beberapa potong ayat Al-Quran yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3) Ayat lain yang berfirman maksudnya: Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba' 34:21) Selama Adam termenung. Adam memikirkan ayat-ayat suci Al-quran: Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 4:19) Kini Adam telah membina azam dan semangat baru. Dia tekad untuk meneruskan perjalanan hidupnya dengan satu landasan iaitu Allah.Adam mengambil wudhuk lalu menunaikan solat sunat dhuha dan solat taubat kerana menyesal akan perbuatan yang di lakukan. Adam bertekad untuk masuk ke Uni Tek. Petronas. Kerana itu adalah impian yang ingin di laksanakan. Dia sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Hokaido Jepun semata-mata impiannya yang satu, iaitu menjalankan tugas yang belum selesai iatu janjinya pada Asikin. ************************************* Lapan tahun telah berlalu, kini Adam telah berjaya menjadi seorang yang betul-betul manusia. Adam telah berjaya dalam hidup dan mempunyai empayar perniagaan yang begitu besar. Empayar perniagaan minyak hasil kerjasama dengan PETRONAS. Adam juga telah mendapat gelaran Dato’ yang membuatkan dirinya sungguh bertuah kerana di hargai. Tiba-tiba kenangan lalu mengusik kembali jiwa Adam. Adam hanya tersenyum mengingati peristia yang baginya cukup manis. Setelah hampir enam bulan lamanya Adam tidak pulang ke kampung halaman, Adam tergerak untuk pulang ke kampung halaman. Kini, adiknya sudah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya yang bernama Marliana Azman. Setibanya di rumah, Adam terus memeluk insan yang amat di rindui olehnya iaitu ibunya. Setelah selesai bersiap untuk menunaikan solat fardhu maghrib, Adam melangkahkan kaki menuju masjid yang dahulunya tempat dia dan adiknya mengumandangkan azan. Setelah pulang, Adam terpaku di jendela. Di harapkan semalam yang hilang dapat menyinar kembali dan ters kekal sepanjang hayatnya. Adam balik ke kampung dengan tujuan yang baru iaitu untuk berjumpa dengan Asikin. Pemaisuri hatinya yang pernah memenuhi segenap hatinya. Apa yang Adam mahukan adalah Asikin kembali ke pangkuannya. Sambil melihat bintang ciptaan Ilahi, Adam terbang jauh mengibau kenangan silam. . Bagaikan baru semalam kenangan bersama dia. Bagaikan baru semalam berbual-berbual dengan dia. “Dam, nape termenung tu?”lamunanku tesentak sebentar. “Oh mak,tak da ape-ape mak, cume tengah celaru fikiran Adam, mak masuklah tidur dulu.” Adam hanya tersenyum dan mengaharapkan semalam yang hilang tidak hilnag terus dari ingatannya. Penulis: Mohd Saad Mubarok Ahmad Nama pena: Hazanutz
Saturday, May 22
Semalam Yang Hilang (6)
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:24 PM
0
comments
Post a Comment