******************************************** Suasana nyaman ketika berada di kampung memang mengasyikkan. Angin bertiup lembut mendinginkan suasana seluruh alam sebelum sang mentari datang dengan bahangnya. Embun-embun menitikkan airnya di tengah-tengah kebasahan dedaun dan kabus memenuhi alam sebelum menghilang. Siapa sangka disebalik keindahan ciptaan tuhan, masih ada yang melemaskan. Merimaskan. Menghargaikah mereka melihat alam ini hancur? Masih adakah seorang hamba yang bernama manusia yang berfikiran meluas sampai di persada akhirat? Masih adakah mereka yang simpati atas pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan ciptaanNya berzikir menyebut-nyebut keagungan kuasa Tuhan? Meskipun jam sudah menunjukkan tepat 7.30 pagi, bunyi-bunyi cengkerik masih kedengaran suyup-suyup disebalik kebisingan motor dan kereta yang merentasi. “Assalamualaikum” “Mak oh mak” laungan Adam memecah kesunyian pagi di rumahnya. “Mane la mak pergi pagi-pagi cuti ni”bisik hati Adam. “Adik,oh adik. Sini jap. Tolong along jap kat dapur ni. Mana mak dik?”sapa Adam kepada adiknya yang kelihatan tercungap-cungap bagaikan di kejar hantu di siang hari. “Mak pergi kebun la abang”selamba adiknya meneguk air minuman yang baru siap di buat Adam untuk bersarapan. “Kau dari mana ni dik? peluh-peluh along tengok?”perasaan simpati Adam menular ke lubuk hati. Mana taknya, dulu masa Adam PMR, semua kerja di buat oleh akak-akaknya. Tetapi sejak kemalangan yang meragut hampir keseluruhan ahli keluarganya menyebabkan Adam menjadi Along dalam ahli keluarganya. Airmata tiba-tiba menitis mengalir ke pipinya apabila teringat kisah yang menimpa ahli keluarganya. “Abang, abang kenapa? Tiba-tiba je nangis? Cewek tol abang ni la.”gurauan adiknya menyebabkan Adam mengesat airmata. “Tak da papa la dik. Dah, kau pergi angkat makanan yang along dah siap masak tu,, tolong hidang sekali. Along nak mandi jap. Nanti panggil mak sekali,kita sarapan sekali.” Adam sempat berpesan sebelum berlalu pergi. Di dalam bilik Adam menangis semahu-mahunya, “Abah, Adam rindukan abah. Kenapa abah pergi cepat sangat? Kenapa abah tinggalkan Adam, adik dengan mak sendiri. Adam masih perlukan abah.” Adam memeluk erat gambar dia bersama dengan arwah bapanya. Memang tidak di nafikan Adam merupakan anak yang manja kepada bapanya. Dari kecil Adam rapat dengan bapanya. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa bapanya pergi meninggalkan Adam sewaktu menduduki peperiksaan akhir PMR. Habis sahaja kertas matapelajaran sains, Adam segera menelefon rumhnya. Biasanya petang-petang macam ni antara akak dan bapanya mesti sudah berada di rumah. Petang-petang waktu ahli keluarganya bersantai di rumah setelah lelah penat bekerja di pejabat. Adam pelik panggilan telefeon rumahnya tidak berjawab. Adam membuat panggilan kepada bapanya. Namun tiada ruang liputan. “ Aik, mana abah ni, akak pun tak angkat” Adam sudah mula rasa gusar, perkara sebegini tidak pernah berlaku lagi. Setibanya Adam di rumah, tiada satu kenderaan pun kelihatan. Kenderaan bapa Adam mahupun kenderaan kakak Adam. “Assalamualaikum” sahutan yang Adam laungkan tiada jawapan dari dalam rumah. Rumahnya sunyi sepi. Macam tiada orang yang pernah menghuni. “ Abah,Adam dah balik” Adam mencuba untuk memangil nama bapanya, mana tahu bapanya sedang tidur. “ Hmm…mana la orang kat dalam rumah ni. Mandi dulu la, Asar pun jap lagi nak masuk” bisik Adam sendirian. Tok…tok….tok… Taluan pintu rumah Adam di ketuk. Adam terpisat-pisat bangun dari tidur. Sempat juga dia kerling mata ke arah jam loceng di katilnya. “hmm..baru kul 10. Aku tertidur rupanya” Adam berbisik. “ Sapa tu? Jap-jap.” Adam melaung sambil bangun dari tempat katil. Kelihatan dua anggota polis tercegat di pintu rumah Adam “ Assalamualaikum, ni rumah Encik Ahmad Zafran?”anggota polis yang berpangkat konstabel memulakan perbicaraaan. “Waalaikumussalam, ye ni rumah Encik Ahmad, tapi abah tak da la encik. Abah dari siang tadi tak balik-balik”ujar Adam tanpa perasaan curiga. “Kami datang nak bawak adik pergi ke hospital untuk membuat pengecaman mayat. Keluarga -adik mengalami kemalngan ngeri pada petang tadi” dengan tidak semena-mena Adam jatuh terjelopok ke lantai. Dunia yang di rasai hitam semuanya. “Abang, kenapa tak mandi lagi ni? Mak dah kat dapur tunggu abang, mak pangil-panghil nama abang, abang tak nyahut. Tu yang adik datang ni”lamunan Adam terhenti kerana pertanyaan Sa’id. “Eh, jap-jap. Adik keluar dulu. Abang keluar jap lagi tau” Adam tersenyum memandang adiknya. Kerana kini yang tinggal hanya adik dan ibunya sahaja. “ Mak pergi mana tadi?pagi-pagi mak dah tak da?”Adam tersenyum melihat ibunya. “Mak pergi kebun tadi, kenapa kamu ni?tak sihat?tersenyum-senyum tengok mak? Macam tak pernah tengok mak je sebelum ni?”ibu Adam bertanya kepada Adam kehairanan. “Hehe,tak da pape la mak,cuma along sekarang makin sayang kat mak” Uhuk..Uhuk..bunyi batuk kedengaran. Adam memandang kea rah suara yang memang di kenali. Wajah Adam pucat kerisauan apabila melihat darah keluar dari mulut ibunya. “Mak,mak kenapa? Mak tak sihat ke ni, along hantar mak pergi klinik” Adam mula merapati ibunya. Selera untuk makan telah terbantut, Sa’id berlari mendapatkan kain basah untuk membersihkan wajah ibunya yang berlumuran darah. “Dik,kau pergi ambil abang kunci kereta mak. Along nak hantar mak pergi klinik, cepat sikit.” Sa’id berlari segera mencapai kunci dan Adam memapah ibunya menuju ke kereta. Adam dan Sa’id keresahan menanti ibunya keluar dari klinik. Adam hanya mengadu dan mengeluh kepada Allah supaya Allah menyelamatkan ibunya. “Mak. Doktor cakap apa tadi?mak taka pa-apakan?”Adam memapah ibunya menuju ke kereta. ************************************************* Penantian Adam selama dua bulan berakhir. Larian merentas desa peringkat Sekolah Menengah Dato’ Abdurrahman Yassin akan bermula. Adam tersenyum lebar apabila bakal mengetahui siapa gerangan insane istimewa yang bertakhta di hati Adam. Bertuah Adam apabila rakan-rakan sekeliling menyokong Adam, terutama Atok. “Tok, kalau hari ni kau ada nampak perempuan pakai sapu tangan kuning,kau bagitau aku tau.” Ssmbil membetulkan tali kasut yang dipakai Adam memerhatikan Atok yang asyik ketawakan dirinya. “Kenapa kau gelak? Aku serius ni. Asikin dah bagi aku klu, dia guna sapu tangan kuning hari ni.” “Hmm..yela. kawan punya pasal,tak da halla. Eh, dah jom orang dah mula ni” Sambil berlari, Adam memerhatikan keadaan persekitaran. Ingin dia lihat wajah puteri hatinya yang telah mencuri hatinya. “Ad, ni dah separuh larian ni ad. Mana Asikin kau? Tak da pun.”Atok memulakan pertanyaan kepada Adam. “Hmm..ntahlah Tok,tapi dia dah janji dengan aku,Tok, check point depan tu kita berhenti jap. Aku rasa mual dah. Aku hampir tak dapat nafas ni.”Adam berlari sambil memegang dada. “ Eh, Ad, muka kau, pucat. Ni minum air aku dulu,, kau duduk selunjur Ad.”tiba-tiba Adam jatuh tersembam ke arah jalan. Sempat Atok sambut untuk mengelakkan rakannya jatuh ke jalan. “ Ad, kita naik motor teruskan sampai sekolah.” Atok mengajukan soalan sambil membuka tutup botol yang Atok pegang.. “ Tak nak, aku nak jalan. Aku nak jumpa dia. Ni je peluang aku Tok.” Adam membantah dengan keras. “Hmm,ikut kau la. Kalau tak boleh cakap. Aku tahan motor.” Atok mengingatkan kepada rakannya yang sedang berelunjur dengan sahaja. “Jom kita sambung. Aku dah ok.” Adam berlari jauh meninggalkan Atok yang tercengang melihat gelagat Adam. Semangatnya yang tinggi untuk berjumpa menyebabkan Atok terpaksa ikut kehendak kawannya. Setibanya di tapak perjumpaan kelihatan dua pelajar yang terakhir tiba. Ramai yang telah minum dan makan yang telah di sediakan oleh pihak sekolah. “Ad, aku bukan nak cakap apa, aku rasa kau dah kena ni” Atok mengelap peluh yang mula menitis jatuh ke pipi. “Eh, kenapa kau cakap macam tu?”Adam meneguk air yang baru di hulurkan kepadanya oleh seorang anggota St. John. “ Kau tak nampak ke? Mana Asikin kau?”Atok meninggikan suara sedikit kepada Adam kerana suasana yang amat bingit. “Ala, ada la tu sebab kenapa. Dia dah janji ngan aku. Aku berpegang pada janji dia”Adam membetulkan kembali apa yang Atok cakap. Sedang dua remaja rancak berbual ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari jauh. Lama-lama pemerhatian tertumpu pada Adam. Adam perasan ada seseorang sedang memerhatikan dia dari jauh. Adam melilau keadaan sekeliling. “Jom la Tok kita ballik.” Adam dengan muka yang sedikit penat mengeluh. Adam segera mencapai handphone. “Assalamualaikum,Kin.” Setelah lama menunggu akhirnya handphone Adam berbunyi menandakan mesej baru masuk. “Wa’alaikumusalam.” “Em,Kin, Ad nak tanya”Adam membalas dengan muka yang sedikit mencuka “Em, pasal tadi ke?Adam tak jumpa Kin ae?” “Em,aa,Kin cakap Kin jaga laluan lelaki tadi?” “Ad, Kin ada jumpa Ad la tadi. Ad je tak perasan, rancak sangat borak.Entah borak apa tah, sampai Kin kat sebelah pun Ad tak tau” “La, yang bagi air tadi tu Kin ke?” “Em, iye la. Habis tu sapa lagi? Nat tau tunggu dia sampai. Lama sangat..” “ Hehe,mana la Ad perasan. Ad pun bukan kenal Kin sapa.” “Em, yela. Esok pas balik sekolah Kin tunggu kat kelas Kin tau. Itu pun kalau Ad nak jumpa Kin” “Hehe,,betol ni?” “Betol”
Saturday, May 22
Semalam yang hilang (4)
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:22 PM
0
comments
Post a Comment