Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut sehingga ke bawah kedua tapak kaki, kesihatan badan, udara dan air, serta masih banyak lagi nikmatNya yang telah di berikan.
Firman Allah dengan maksud:
......sekiranya kalian menghitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak dapat menghitungnya.........surah ibrahim ayat 34
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal banyak lagi manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apaakah anda mengira bahwa berdiri tegak di atas kedua betis sesuatu yang mudah? padahal masih ramai lagi manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?
Anda sebenarnya telah meraup pelbagai kenikmatan yang tiada penghujung dan tidak terhitung, tetapi sayang anda tidak menyedari. Bahkan hidup anda dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki nasi untuk di isi dalam perut, air yang sedap untuk menghilangkan dahaga, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda acap kali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Oleh kerana itu, renungkanlah dan yukurlah!!
Tuesday, April 13
Yang lalu biarlah berlalu
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:40 AM
2
comments
thanks for remind me...=(
zue....same2....kita sama2 aling ingat dan mengingati
Post a Comment