Followers

Tuesday, March 8

Indahnya Kenangan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:59 AM 9 comments


macam biasa,hehe,,pause dulu lagu kat sebelah tu kalau bosan dengar lagu sama je.


Alhmadulillah, kali ni saya nak coretkan sedikit, tentang pengalaman hidup. Pengalaman hidup? Hidup pun baru berapa kerat, berapa lama dah nak kongsi? Ya, saya nak kongsi. Kisah cinta. Cinta yang mana cinta di tutup dengan cinta. Sebab apa, saya cuma berfikir hidup ini merupakan satu aspek perkongsian hidup. Tidak kira la kita ni bangsa mana, yang penting Tauhid kita satu, iaitu mengEsakan Allah.

Siapa di kalangan kita yang sedang membaca perkongsian kali ini pernah ‘frust dalam bercinta’ sila like, eh, tak la, sila sambungkan pembacaan sahaja ya. Siapa yang pernah merasa putus cinta ni mungkin tahu apa tu sakitnya bila putus cinta. Yang lagi pelik, dan lagi aneh yang berlaku dalam diri ini, bila dah putus tu, bukan ada perasaan benci, tapi rindu yang mencengkam kat hati. Bila teringat, mulalah rasa rindulah, nak nangislah.

Ada tidak kamu rasa macam tu? Kadang-kadang tengok fb dia, gatal tangan dok msg dia. Sekaranglah facebook, tapi dulu-dulu bukan zaman facebook. Cuma ada zaman Friendster. Dan kadang-kadang pernah tak kamu gatal-gatal kaki nak jalan ke kawasan rumah dia? Padahal si dia tak nak jenguk pun. Tapi diri sendiri yang dok gatal jalan. Buat pe? Sampai kawan-kawan gelar “SRS” tak berbayar.

Pernah sampai diri ini di fitnah macam-macam. Cuma orang kata, bila dah sayang, kena marah atau maki hamun, telinga dah macam ada badak. Tersumbat. Sumbep. Biarkan apa orang kata, padahal benda itu memalukan diri sendiri. Itulah orang boleh cakap, bila bercinta seseorang itu boleh jadi kurang pandai walaupun mereka itu adalah golongan cendekiawan dan ilmuwan. Itulah hakikat sebenar cinta yang tiada landasan syiar Islam. Tapi dalam Islam ada ke tentang kapel? kamu boleh semak balik di blog ini atau blog orang lain tentang kapel. Sebenarnya baru sahaja view page si dia. Dan bersyukur dia dah temui orang yang terbaik dalam hidup dia.

Dan apa yang saya nak kongsi bersama, betapa lama saya dapat melupakan, dan akhirnya dapat juga lupakan. Mungkin bagi orang lain biasa, tapi bagi saya adalah luar biasa. Orang cakap, kapel tidak sampai setahun jagung, jagung pun tak nak tumbuh agaknya, tapi melupakan adalah perkara yang paling payah dalam hidup. Lima tahun derita merindu. Cukuplah, sampai sini sahaja rinduku padamu. Kerana ada hak yang lagi utama yang perlu di rindu. Iaitu sang Khaliq.

Betul kata bijak pandai:

Cintailah seseorang itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu bencilah apa yang engkau bencikan itu sekadar cuma, takut apa yang kamu benci itu menjadi cinta kamu.

Putus Cinta Bukan Jalan Terakhir Buat Diri

Bila diri ini acapkali terbaca wall post rakan-rakan dif b yang rata-rata putus cinta, nak langgar dinding, yang bawak laju. Ya, ia adalah satu respon yang amat memberangsankan untuk akal fikiran kita. Tetapi memberangsangkan cara negatif. Tapi ingatkah dengan janji Allah, Allah juga mencintai orang-orang yang sabar. Dia sabar menghadapi ujian dunia, sabar menghadapi kepedihan-kepedihan

Dalam firman Allah:
……Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran : 146)

Apabila kita merangsangkan jiwa kita dengan perkara yang positif, ia adalah permulaan yang baik. Ingat dan percayalah, bahwa kita tetap ada Allah. Memang pada awalnya saya juga sukar untuk menerima hakikat. Hakikat kehilangan orang yang di sayang. Kehilangan insane yang di kasihi. Tapi adakah kita fikir, apakah asbab pihak yang di sebelah sana memutuskan ikatan meterai janji kita? Janji kita bukan lagu spin, tapi janji yang di buat antara si dia dan si dia. Banyak sebab yang boleh menjadi persoalan, dulu, ya dulu saya seorang perokok, mungkin dia tak suka dengan lelaki perokok, atau mungkin kerana pihak yang ketiga? Atau ada tidak di restui ibu bapa kerana masih bersekolah?  Ni yang bila putus cinta, aduh, mencengkam ke pangkal hati.
Tapi, semuanya adalah dari Allah, Allah yang aturkan segalanya. Dan segala yang datang dari Allah ada rahmat yang tersembunyi yang kita tidak nampak pada mata kasar. Tetapi pada pandangan Allah yang maha luas berbanding dengan pandangan kita yang terbatas.

Bila kita renung balik surah Al-Baqarah:
” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Sesuatu yang kita cintai belum tentu dapat membawa kebaikan pada diri kita, dan sesuatu yang kita benci belum tentu akan memudaratkan diri kita.
Tapi saya memang akui, memang ada sedikit kelemahan dalam bab ni. memang mudah mengalah. Entah. Orang kata, no komen.

Bila kita rasa dia terbaik

Sebab apa kita sayang pada orang itu? Sebab apa kita pilih orang itu? Mesti dia adalah yang terbaik. Tapi bila si dia berpaling tadah. Waktu tu macam ada seketul batu besar yang menghempap kepala. Menghempap sampai ke permukaan bumi. Sampai ke kerak dan bawah kerak apa? Bawah kerak periuk nasi. Bila dah terkena kat batang hidung sendiri baru terasa “ mengapa dia buat aku macam ni? apa salah aku? kenapa aku yang terpaksa menanggung derita ini?” ini mungkin salah satu perkataan yang terkeluar dari mulut kita. Ye, kita rasa frust yang amat sangat kerana apa? Sebab kita rasa dialah yang terhebat, terhavoc, tercomel, tersopan santunnya, dan segala ter lagi yang ada. Segala ter yang terkeluar dari mulut. Sukar menerima kenyataan ada orang yang seumpama si dia. Itulah saya. Lepas tu baru nak muhasabah diri balik “ Ya Allah, kenapa aku yang di beri ujian sebegini?”

Namun pada hakikatnya kita lupa akan seseuatu. Kita tidak terfikir, kenapa Allah merencanakan sebegini? Adakah kerana Allah merencanakan sesuatu yang indah untuk kita terima pakai. Mungkin bila kita salami ada maksud yang tersirat di sebalik rahmat. “Allah ‘menjemput’ kita bercinta dengan Dia.”
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Penutup: Pandanglah dan tanyalah pada diri.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Ingatlah, bukan perpisahan yang menyakitkan, tetapi yang menyebabkan kita sakit itu adalah sebuah pertemuan. Kerana di dalam pertemuan adanya perpisahan.
Continue...


Sunday, March 6

La Tahzan -Senyumlah-

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:22 PM 1 comments


nak dengar lagu, pe kata offkan dulu lagu kat media player tu


Sebenarnya mood tajuk ni nak beri kekuatan pada diri sendiri. Diri sendiri cukup lemah dalam didikan. Dalam tarbiyah. Apabila di uji, diri ini akan mengeluh. Kenapa aku di uji sebegini. Allah memberi ujian atas beberapa asbab. Asbab yang perlu di ketahui. Asbab yang perlu kita nilai dan berfikir. Menjurus kepada titik persoalan, lalu membawa kita ke alam meditasi dalam istilah sains dan muhasabah dalam istilah agama.

Adakah diri ini layak dengan mereka? Adakah diri ini layak sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka? Adakah diri ini layak di uji? Mungkin semua ni menjadi nadi persoalan untuk diri kita. Lepas tu, muka jadi masam. Kalau boleh nak lagi masam dari cuka. Lagi kelat dari buah yang memang kelat.
Bagi lelaki, atau kaum lebih di kenali dengan kaum adam, wanita adalah ujian buat dirimu. Sekiranya diri mu sudah layak untuk bernikah, maka nikahlah.
 Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).

”Sesungguhnya dunia itu manis dan lezat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita”(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15).


Kenapa di kau bermasam muka duhai sahabat?

Adakah dikau gusar atau ragu-ragu dengan usahamu selama ini. Adakah di kau sedih selepas meneliti keputusan mu. Senyumlah, janganlah di kau bersedih. Kerana senyuman itu pengubat hati yang lara.

Apa yang kau merenung jauh di sana?

Tiada apa yang perlu engkau menungkan, adakah dia akan berpatah kepada engkau. Itu takdir Allah, itu semua dengan keizinan Allah. Sekiranya Allah tidak mengizinkan dia kembali dan berpaling kepada dirimu. Maka teruskanlah. Maka berjalanlah di bumi Allah yang maha Luas dan besar.

Adakah di kau bersedih apabila mereka melupakan diri mu?

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar. Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT. Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya. Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

 Adakah engkau cepat patah semangat atau putus asa?

Senyumlah wahai sahabat, hidup ini bukan medium untuk kita berputus asa. Selagi kita mahu terus bangkit, selagi itulah tiada istilah gagal sekali bukan gagal selamanya. Senyumlah apabila mendengat kata-kata saya. Hidup ini bermakna andai ada kasih dan sayang yang bermakna. Kasih sayang itu ada di dalam diri anda sendiri. Anda Cuma perlu meneroka kerana anda sudah mendapat nilaian kasih sayang itu sendiri.

Sabar dan berdoalah wahai diri

Berdoalah selalu, agar Allah tuangkan kesabaran yang melimpah di dalam diri kita. Keperluan sabar dalam diri kita itu sama seperti dengan keperluan kita dengan air. Air sebagai asbab kehilangan haus dalam kehidupan. Hidup ini akan bertambah indah jika kita dapat mengiramai kehendak dari Sang Pencipta.

Sabar duhai diri, kerinduan mu akan terubat

Hidup ini kadang-kadang memang memerlukan masa untuk bersendirian. Sebagai latihan untuk bersendirian semasa di alam kubur. Dalam meniti hari demi hari yang semakin mencabar rohani kita mulai tandus dan dahagkan sesuatu, dahagakan ketenangan, dahagakan kerinduan utnuk mencari kembali erti sebenar kehidupan.

Maafkan diriku,jika diriku tidak bisa menerima cintamu,,,kerana cinta diriku Kepada Allah,tidak setinggi yang dirimu kira,diriku hanya tidak ingin dan diriku takut cintaku pada dirimu,melebihi cintaku Pada-Nya.

Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman...
Ingatlah aku selagi engkau mampu...
Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina...
Ukirlah secebis 'Tentang Aku' di hatimu...
Agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku...

Duhai diri,dirimu tidak pernah dipinggirkan..
cuba lihat bintang di langit waktu malam.....
Anda pasti merasainya.....
Cuba lihat matahari terbenam di waktu senja....
Anda pasti merasainya...
kadang-kadang kita perlu bersendirian..
untuk mencari ketenangan dan memuhasabahkan diri bagi meneruskan perjuangan kita sebagai hambaNya...
Continue...


Friday, March 4

La Tahzan-Yakinlah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:47 PM 0 comments


Kenapa di kau bingung dan ragu-ragu bila berhadapan dengan sesuatu?

Yakinlah dengan diri kamu sendiri, semuanya ada di hadapanmu. Kamu yang mengubah nasib diri kamu. Bukan saya, dia atau mereka. Tetapi, kamu yang mengubah nasib diri kamu. Kamu yang ambil, kamu yang nilai. Yakinlah dengan Penciptamu

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga merekamengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ar-Ra'd (ayat 11) 

Apa yang kau hendak di sana wahai sahabatku?

Ternyata tidak jauh darimu ada jalan untukmu. Kenapa kau pergi menjauh dari jalan penyelesaian? Mengapa di kau memasuki lorong yang bersimpang siur cabangnya. Duhai sahabat, dunia ini penuh dengan pancaroba. Yakinlah, Allah akan membantumu dalam susah mahupun senang.

Apa yang kau bingungkan? Apa yang kau fikirkan?

Ternyata semua persoalan hanya kau yang mampu memberikan jawapan. Hanya engkau yang mampu menyelesaikan setiap masalah. Yakinlah wahai sahabat, Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu mereka pikul. Allah amat penyayang. Dan Dialah yang layak di gelar Sang Pencinta. Dengan lafaz bismillah. Setiap permulaan kerja yang kita lakukan, kita mengakui yang Dialah sebaik-baik dan Maha Penyayang.

Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya. Sebagaimana dikatakan Al-Qur’an,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Apa yang di kau inginkan di sana?

Sebenarnya semuanya ada tepat di dalam diri kamu duhai sahabat. Benarlah, manusia tidak pernah puas akan sesuatu. Akan mencari yang baik dan terbaik. Yakinlah dengan pilihan dari Allah. Kerana apa yang telah Allah pilih untuk kamu itu adalah yang terbaik.

Apa yang di kau ingin ungkapkan duhai sahabat apabila tiba di sana?

Kalau engkau berlari sekuat mana pun, engkau berlari selaju mana pun. Apa yang di kau hajati tidak tercapai jika di hadapan adalah bukan milikmu. Dan jika engkau memang “ cinta dalam diammu” itu tidak memilik kesempatan untuk berbicara di dunia nyata engkau kena berundur kembali. Biarkan “ cinta dalam diammu” itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik Hatimu.

Sebenarnya, semakin kau ke hadapan semakin kau jauh. Kau telah terlepas sesuatu. Kau telah meninggalkan yang terbaik untuk dirimu. Dan, semakin lelah di kau mencari. Semakin penat di kau mengejar. Sebenarnya engkau tidak mendapat apa-apa. Kosong. Dan apa yang telah engkau dapatkan. Itulah yang engkau kena pegang.

Tidak perlu mencari lagi, dan tidak lagi perlu ke hadapan, seandainya apa yang seharusnya menjadi ‘milikmu’  pasti ia akan menjadi milikmu. Tidak kira ia cepat atau lambat. Semuanya hanya masa dan waktu. Sebaliknya, seandainya apa yang di kau kejar ia bukan ‘milikmu’ pasti ia makin jauh dari diri mu. Walaupun cepat engkau kejar, yang engkau akan dapat di penghujung jalan adalah lelah dan penat.

Syukurilah apa yang di kau perolehi. Merasa puaslah akan setiap yang engkau usahakan. Aku berdoa dari sini. Supaya di kau mampu dan kuat wahai sahabat.
Yakinlah apa yang kau inginkan berada selalu di dekatmu dan tidak pernah meninggalkanmu, hanya menunggu waktu yang tepat untuk berbuah sesuai dengan apa yang kau tanam. Bahkan kekuatan ter’agung’ sekalipun berada tepat di dalam dirimu dan tidak pernah meninggalkan dirimu.

Mengapa mengharap dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar. Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri. Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu
Continue...


Nenek Romatik Edisi Lawak (18SX)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:32 AM 0 comments


Nak dengar lagu kena lah pausekan dulu media player ye.


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

sumber:Halaqah
Continue...