Followers

Wednesday, June 8

Biarlah Kita Menjadi Si Tarbiyah Cinta (2)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:58 AM 0 comments





Alhamdulillah, pada kali ini akan kita membicarakan mengenai cinta. Cinta lagi? Memang tak habis-habis TH dengan cinta. Minggu lepas kita telah bertemu dengan madrasah tarbiyah satu yang membicarakan mengenai mahabah, dan juga aplikasi cinta terhadap Ilahi. Biar saya ulas sekali lagi, kadang-kadang orang sering tanya macam ni. “ Bolehkah kita mencintai lebih dari mencintai Ilahi?”
Soalan yang macam ni memang famous di kalangan pencinta. Bahkan mana-mana group yang saya join di facebook pun sering bertanya mengenai cinta, kapel, bertenet.

Cinta Membawa Pelbagai Maksud

Cuba tanya pada diri, bagaimana dan apakah maksud yang di fahami oleh diri kita mengenai cinta. Apakah itu keperihalan cinta. Adakah kita selalu mengetahui? Adakah kita selalu menghargai? Kalau mengetahui, adakah kita mengetahui yang lebih utama, iaitu Allah dan Rasul? Adakah kita selalu menghargai diri kita sendiri? Kadang-kadang kita lupa akan hakikat yang mana mencintai diri sendiri lebih baik dari mengasihani orang lain.
Pernah dengar macam ni? putus kasih, putus segalanya. Apa yang putus? Perlukah kita putus? Saya masih ingat lagi. Nak cerita pengalaman sikit tentang cinta ni. mungkin ni cinta yang tak kesampaian atau cinta yang akhirnya bertemu pengakhiran. Kenapa saya cakap macam tu? Kita sedekahkan fatihah buat Nur Hanis Syahirah watak utama buat cerita Nur Hanis.
Memang dulu saya tidak terima dia sebagai suri hati, apa yang saya cakap pada dia. Kalau kita ada rezeki, ada jodoh. Allah akan aturkan. Tidak kira di mana kita berada. Tidak kira apa yang kita lakukan, biarlah Allah yang merestui.
Restu dan redha Allah amat menguntungkan untuk golongan yang beriman. Saya selitkan antara bait-bait yang pernah di ungkapkan oleh dia. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Batu-batu
ketahuilah
bersamamu membuat hibaku bertukar ria
bersamamu membuat marahku reda
bersamamu membuat tangisku sepi
bersamamu hanya ada satu rasa
bahagia..

bahagia apa yang kubicarakan ini?
saat aku terduduk menghadapi kesulitan
engkau yang pertama meneguhkan keringat
saat aku terjatuh menyusuri kepahitan
engkau yang pertama menyuluhkan semangat

lalu kemaafan apa yang bisa aku berikan
sedangkan engkau selayaknya memafkan..?

sekarang dia sudah bertemu dengan pencinta yang maha agung. Pencinta yang tiada tolak bandingan.

Cinta Yang Murni Adalah Perkahwinan.
Kenapa saya cakap cinta yang murni adalah dengan perkahwinan? Sedangkan saya sendiri belum berkahwin. insyaAllah ada rezeki, saya jemput semua sekali datang.

Seseorang yang mengumbar perasaan cintanya, hanya akan menjadi bebanan orang-orang di sekitarnya. Apakah hubungannya itu dapat sampai ke alam pernikahan, maupun apabila hubungan tersebut gagal menuju tangga pernikahan?

Di sisi yang lain, menyimpan perasaan kepada lawan jenis yang begitu mendalam akan merusak jiwa seseorang, karena ingatannya tidak bisa lepas darinya. Alangkah baiknya apabila kecederungan tersebut segera kita wujudkan dalam bentuk ikatan pernikahan, sebagaimana sebuah hadits menyatakan, ”Tidak ada yang terbaik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali menikah.” (HR. Ibnu Majah)

Sedangkan menunda-nunda ikatan pernikahan saat hati sudah tertambat pada diri seseorang, atau berusaha menghindar terhadap seseorang yang kita sukai merupakan bentuk penyiksaan batin yang lain, seperti seekor kucing yang dijauhkan dari makanan yang baru ditemuinya. Ia merasa begitu kehilangan, karena dijauhkan dari sesuatu yang selama ini ia harapkan.

Cinta boleh mengakibatkan pelbagai penyakit

Kita ambil dari kata-kata Ibn Qayyim Al- Jauziyah: ”Zina mata (Lahadhat) adalah pandangan kepada hal-hal yang menuju kemaksiatan. Bukan sekedar memandang, akan tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Barangsiapa yang mengumbar pandangannya, maka ia akan masuk kepada hal-hal yang membinasakan.”

Beliau melanjutkan, ”Antara mata dan qalbu itu ada penghubung dan jalan sehingga saling berhubungan satu sama lain. Bila salah satunya baik, maka baik pula yang lain.

Dan sebaliknya, bila salah satu rosak, maka rosak pula yang lain. Rosaknya hati akan merosakkan pandangan, dan rosaknya pandangan akan merosakkan hati. Demikian pula sebaliknya, pandangan yang baik akan menjadikan hati yang baik, dan hati yang baik akan membaikkan pandangan. Jika hati telah rosak, jadilah ia seperti tempat sampah yang merupakan tempat pembuangan najis, kotoran dan apa-apa
yang berbau busuk. Jika sudah demikian keadaannya, ia tidak dapat menjadi tempat tinggal yang nyaman bagi pengenalan kepada Allah SWT, cinta kepada-Nya, kembali kepada-Nya, senang dan gembira bila dekat dengan-Nya. Namun yang menempatinya saat itu adalah
perkara-perkara yang sebaliknya.” ”Ia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”
(QS. Al Mu’min : 19)

Kerana cinta duri menjadi mawar,
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar,
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar,
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan,
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar,
Kerana cinta tompokan debu menjadi taman,
Kerana cinta api yang berkobar-kobar menjadi cahaya yang menenangkan,
Kerana cinta syaitn berubah menjadi bidadari,
Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega,
Kerana cinta duka menjadi riang gembira,
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat,
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus,
Kerana cinta sakit menjadi sihat,
Kerana cinta amarah berubah menjadi keramah-ramahan.


Penutup: Percikanlah Setitis Keihklasan Di Dalam Hati.

Saya menuntut ilmu bukan sekedar berbangga
Saya menuntut ilmu untuk ke syurga
Saya bekerja bukan sekedar mencari harta
Saya bekerja untuk ke syurga
Saya berbakti kepada orang tua bukan sekadar balas jasa
Saya berbakti kepada orang tua untuk ke syurga
Saya kembali pulang bukan sekedar nostalgia
Saya kembali pulang untuk ke syurga

Kupilih kamu bukan sekadar cinta
Kupilih kamu untuk ke syurga
Kujauhi yang lain bukan karena tak suka
Kutinggalkan yang lain karena takut dosa
Imam Al-Ghazali berkata,
'Cinta kepada Allah dan Rasulullah itu wajib bagi setiap insan.Bagaimana mungkin akan diwajibkan kalau pada kenyataannya cinta itu bukan sesuatu yang memang ada?Bagaimana mungkin cinta ditafsirkan sebagai ketaatan,padahal ketaatan hanyalah buah dari cinta?'


Imam Jalaluddin Ar-Rumi berkata,
'Di manapun engkau,
Dan dalam keadaan apapun,
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh,
Untuk menjadi eorang pencinta,
Tatkala cinta benar-benar tiba,
Dan menyelimutimu,Maka selamanya kau akan menjadi seorang pencinta.'

Marilah kita sama-sama hayati sepotng hadis yang menerangkan tentang hal-hal yang di cintai Allah dan hal yang tidak di sukai Allah:

Diriwayatkan dari Anas r.a., bahwa Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga hal yang barangsiapa menetapinya ia akan merasakan manisnya iman, (1) Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, (2) Orang yang mencintai orang lain hanya karena Allah, (3) Orang yang enggan kembali kafir setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran
sebagaimana ia enggan untuk dilemparkan ke neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Continue...


Tuesday, June 7

Dah Sedia Nak Kahwin

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:03 AM 1 comments




Dah sedia Nak Kahwin
Rasa Hati.
Aku simpan cintaku sehingga engkau menderita karena sikapku
Mereka mencelamu dan celaan mereka adalah aniaya
Musuh-musuhmu menghasut

Engkau mencintai dan telah menjadi bahan gunjingan
Tak ada manfaatnya menyimpan cinta
Engkau bagai harimau betina yang mati kepayahan

Pada bekas tapak Hindun atau bagaikan bibir yang sakit
Aku menjauhi kekasih karena takut dosa
Padahal menjauhi kekasih adalah dosa
Rasakanlah bagaimana (rasanya) menjauhi kekasih yang kau sangka
Bahwa itu tindakan bijaksana padahal mungkin itu bohong
Dulu saya adalah tampal-tampal kat wall kak Heliza Helmi satu lirik lagu. Ramai yang suruh saya bagi kat kak Heliza. Tapi, saya bukan composer lagu. Buat pun suka-suka. Tanya-tanya pendapat orang.

Masih Lagi Bernafas

Alhamdulillah, hari ni masih lagi bersamaan dengan 6 June Allah masih lagi peluang pada diri saya untuk bernafas dan melihat sambil memikirkan keindahan alam yang telah Allah ciptakan. Sebagai hambaNya yang di beri perintah untuk mentadbir muka bumi, Alhamdulillah, saya genap berusia 22 tahun pada tahun ini. Banyak kenangan sepanjang hidup saya. Ye ker? Baru 22 tahun dah banyak pengalaman? Tak banyak pun tapi ingin berkongsi apa yang saya tahu.

tapi sekarang terasa kena buat persediaan secukupnya bermula sekarang. Nak bersedia, bukan sehari dua. Duit kena cari banyak lagi, ilmu kahwin kena belajar, ilmu pasal perempuan kena tahu, emosi kena sentiasa stabil dll. Yang penting, niat kena betul.

Lastly, mudah-mudahan, usia yang lepas, sekarang dan akan datang dipenuhi dengan keberkatan daripada Allah.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
[al Araaf, 7:96]


Buat masa ini, insyaAllah belum lagi keinginan untuk berkahwin. Tapi mungkin esok atau lusa. sebagaimana sebuah hadits menyatakan, ”Tidak ada yang terbaik bagi dua orang yang saling mencintai kecuali menikah.” (HR. Ibnu Majah)

Dengan perkongsian pada kali ini juga saya ingin berkongsi sedikit hadiah buat semua yang pernah menyokong saya di dalam indusri penulisan. Sedar tak sedar, dah hampir empat tahun saya terbabit di dalam bidang ini. Dan secara peribadi adalah empat tahun, tapi kalau nak ikutkan konsisiten adalah dalam hampir dua tahun lebih jugak.

Pertandingan :

Dan saya juga secara peribadi nak buat satu pertandingan atau orang-orang blogger cakap contest. Contest apa? Contest ni senang je. Hanya beberapa soalan dan satu slogan yang perlu di jawab. Mana yang saya rasa layak, saya akan umumkan. Kelakar je, nak buat contest-contest ni. macam nak tarik perhatian je. Tapi sebenarnya bukan nak tarik perhatian. Saya hanya nak berkongsi sedikit rezeki yang Allah beri pada saya. insyaAllah akan meniti hingga alam sana.

Pertandingan lebih kurang macam ni. baca dulu syarat-syarat penyertaan dan terma dia yer.

Syarat-syarat :
  1. Terdiri dari mereka yang terlibat di dalam page Tautan Hati.
  2. Tempoh pertandingan ini adalah selama 3 minggu bermula hari ini. Selepas 3 minggu, pemenang akan di umumkan. insyaAllah akan di umumkan pada 5@6 Julai 2011. Tengok pada saya cuti kerja tarikh jatuh hari apa.
  3. Hadiah terdiri dari tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja.
  4. Sila hantarkan penyertaan anda ke email :
    1. ane_hollaguerl@yahoo.com (admin tautan hati).
    2. sharmilayahaya@yahoo.com (moderator Tautan Hati)
    3. Beserta alamat rumah. ( kot-kot kalau menang nak pos senang).
    4. Atau pun boleh terus ke Facebook saya di www.facebook.com/budakbodoh

Soalan:

  1. Dah berapa lama page Tautan Hati berada di dalam page facebook?
  2. Pada bulan berapa dan tahun berapa Tautan Hati di tubuhkan? *
  3. Adakah anda semua mahukan buku dari koleksi Tautan Hati? Jika ya nyatakan sebab.jika tak pun berikan sebab yer **
  4. Jawab slogan ni dengan ringkas tapi membina : saya mahukan Tautan Hati sentiasa ada di Facebook kerana ( …………..) tidak lebih dari 20 patah perkataaan. ***
  • Sekiranya tiada yang tepat. Yang hampir-hampir akan di terima.
  • Sebab yang membina akan di nilai.
  • Slogan yang menarik dan yang membina akan di umumkan di page.

Sedikit kata hikmah yang inign di kongsi bersama “kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan dan jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang di cinta…”
Continue...


Tuesday, May 31

Biarlah Kita Menjadi Si Tarbiyah Cinta

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:50 PM 0 comments





Dalam menempuh hidup sebagai remaja,ia sering dikaitkan dengan persoalan cinta.Namun begitu,sayangnya persepsi remaja terhadap persoalan cinta kebanyakannya sempit sehinggakan ia hanya dikaitkan dengan perasaan antara dua insan berbeza jantina.Benar,cinta antara dua insan juga adalah salah satu daripada cabang-cabang cinta. 
Namun,sebaiknya kita menghayati dahulu cinta kepada Sang Pemilik Cinta iaitu Allah agar setiap apa yang kita lakukan dalam hidup ini semuanya keranaNya sepertimana hadith Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
'Sekukuh-kukuh ikatan tali keimanan ialah kecintaan kerana Allah Ta'ala dan kebencian kerana Allah Ta'ala.'

Kita takkan dapat mencintai sesuatupun hatta kita tak dapat mencintai diri kita sendiri melainkan jika diizinkan oleh Allah kerana DIAlah Maha Pemilik Segala Cinta.

Al-Mahabbah

Menurut Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi dalam Tanwirul Qulub,cinta ialahkecenderungan hati kepada sesuatu disebabkan sesuatu itu dirasakan lazat oleh orang yang mencintainya itu.


Cinta Ilahi amat penting dalam hidup kita.Dengan adanya rasa cinta pada Allah dan Rasulullah,segala ketaatan dapat dilaksanakan dan segala kemaksiatan mampu kita tinggalkan.Mengapa?Cuba anda lihat adakah orang yang sedang dilamun cinta akan melakukan perkara yang dibenci kekasihnya?Cinta itu adalah satu sifat yang membakar dan menghapuskan tiap-tiap sesuatu yang lain yang tidak serupa dengan cintanya itu.Oleh itu,dengan wujudnya rasa cinta pada Allah dan Rasulullah dalam diri seseorang,maka akan lahir generasi yang hidupnya berbakti untuk Allah dan RasulNya serta mampu memelihara diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.

Bagaimana Mengaplikasikan Cinta Allah dan Rasulullah Dalam Kehidupan ?

Imam Jalaluddin Ar-Rumi menukilkan,
'Jika engkau bukan seorang pencinta,maka jangan pandang hidupmu adalah hidup sebab tanpa cinta,segala perbuatan takkan dihitung pada Hari Perhitungan nanti.Setiap waktu yang berlalu tanpa cinta akan memalukan  di hadapanNya.'

Seseorang dapat melatih diri dalam menuju cinta dengan menyediakan waktu untuk berdamping dengan para ulama' dan bersuhbah dengan para murobbi yang benar dan diakui.Pepatah mengatakan,'Tak kenal maka tak cinta.'Agama mendidik kita dengan cinta Ilahi.Hal ini dibuktikan dengan sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wasallam,
'Awal agama itu mengenal Allah.'

Dengan adanya didikan agama sejak kecil yang diasuh mengikut manhaj yang benar yang disuburkan dalam jiwa remaja,rasa cinta pada Allah dan semangat untuk mencontohi akhlak Rasulullah dalam kehidupan akan wujud pada diri mereka.Hal ini kerana jiwa mereka telah ditanam dengan keasyikan cinta.Luqman Al-Hakim menasihati anaknya,
'Wahai anakku,duduklah di hadapan para ulama' dan berasak-asaklah di tempat mereka dengan kedua lututmu kerana hati itu akan hidup segera dengan hikmah sebagaimana bumi itu hidup dengan ditimpa hujan yang lebat.'

Pemeliharaan mata juga penting bagi seseorang remaja.Seorang ulama' pernah berkata,

'Orang yang tidak memelihara matanya daripada perkara yang haram,maka hatinya tidak ada harganya.'

menunjukkan bahawa mata salah satu punca rosaknya hati.Apabila pandangan mata tidak dikawal,maka nafsu akan mengenderainya lalu akan gelap hatinya akibat dosa mata.Sayyidi Dzun Nun Al-Mishri berkata,

'Pendinding bagi syahwat itu ialah memelihara pandangan mata.'


Seorang ulama' juga ada menukilkan bahawa tanda hilangnya wara' seseorang apabila dia tidak merasa berdosa ketika memandang wajah perempuan bukan mahramnya.'

Saat Allah mencintai seseorang,tempat pertama yang menerima sentuhan cinta itu ialah hati.Dengan pemeliharaan mata daripada perkara yang dilarangNya,maka hati juga akan terpelihara dan ketika itu mudah bagi seseorang untuk menerima kemanisan taqwa.


Continue...


Monday, May 30

Cinta Yang Merentasi Benua

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:52 AM 0 comments





Siapalah yang tidak mahu cintanya sampai ke syurga. Pakar-pakar psikologi mendapati wanita yang mampu memberikan tumpuan penuh dan cemerlang dalam kerjaya ialah mereka yang stabil dalam hubungan cintanya terutama dalam rumah tangga. Betulkah begitu?

Lihatlah di dalam diri sendiri dan nilailah dengan jujur. Pakar psikologi adalah manusia biasa yang mungkin tersilap tetapi jika kajian mereka benar,perkara ini perlu diusahakan. Mampukah cinta menjangkau bahagia dari dunia hingga ke akhirat? Jawapannya ya, namun mana mungkin kita dapat memiliki sesuatu yang berharga secara percuma - jika percuma, sahlah ia 'barang tiruan' - bukan cinta murni yang sejati. 


Jiwa Perlukan Cinta 

rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap manusia. Jiwa memerlukan cinta sebagaimana jasad perlukan makanan. Cinta ibarat api yang menjadi sumber tenaga kepada kehidupan. Ia menyinari manusia sebagaimana matahari menyinari alam. Dengan kekuatan cinta manusia sanggup dan mampu menempuh pelbagai rintangan - gunung sanggup didaki, lurah dituruni, lautan sanggup direnangi - semata-mata untuk memiliki cinta. Allah menghadiahkan perasan cinta dalam keadaan yang cukup murni. Namun jika kemurniannya tercemar, jadilah ia api yang membakar hangus - bukan lagi sebagai sumber kehidupan tetapi pemusnah yang menghancurkan, tidak lagi menyinari alam tetapi menjadikan alam hitam kelam seperti arang. 

Cinta Murni Mampu "MERENTAS ALAM" 

Kehidupan di dunia hanyalah sebahagian dari siri perjalanan yang panjang seorang manusia. Bermula dari alam roh, kita berpindah ke alam rahim sebagai janin yang berkembang sehingga dilahirkan ke dunia sebagai bayi. Kini kita berada di alam dunia - menghabiskan usia sehingga proses kematian membawa kita berpindah ke alam barzakh. 

Di barzakh, kita menunggu sehingga kiamat untuk semua manusia dikumpulkan di alam mahsyar. Di mahsyar, proses pengiraan amal berlaku membawa kepada perhentian terakhir kita - syurga atau neraka. Alam yang paling kritikal adalah alam dunia di mana kita diberi 'kebebasan' untuk 'memilih' jalan hidup. 

Di sinilah penentuan sama ada cinta yang dikurniakan Allah ini membahagiakan sehingga merentasi barzakh, mahsyar dan akhirnya ke syurga abadi di mana kemuncak kebahagiaan cinta akan dinikmati atau menuju neraka yang seksanya tiada batasan! 




Patuhi Peraturan Pencipta Cinta 

Dia yang mencipta cinta telah mencipta juga 'peraturan cinta' demi untuk menjaga kemurnian cinta itu sendiri. Cinta yang mematuhi peraturan ini sahaja yang akan mampu merentas alam sehingga ke syurga. Malangnya peraturan ini kerap dilanggar oleh manusia yang sedang bercinta. 

Yakinlah tidak ada keindahan dan kebahagiaan dalam melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust menonggeng - fenomena cinta yang begitu popular di kalangan manusia adalah disebabkan cinta yang tercemar kemurniannya. 

Banyak cinta bukan sahaja hancur sebelum mencecah alam perkahwinan malah membawa dendam yang membara. Inilah cinta terlarang - cinta yang tidak mampu merentas alam malah mati sebelum kematian manusia itu sendiri. 


CINTA Terlarang Destinasinya Adalah NERAKA 

rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan boleh berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku 'cinta terlarang' - cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup, menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksa. 

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Lebih-lebih lagi bila hukumnya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah, malah loyar buruk mengatakan "Allah kan Maha Pengampun?". Tubuh kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. 

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk berundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja. 

Akhirnya berbuahlah pohon cinta terlarang - pahit, masam, beracun dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai label yang menjijikkan. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta. Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika cinta muncul dalam hidup dalam rupa 'monster' yang menakutkan...kerana ia memberi pengalaman yang cukup menyakitkan. Lalu cuba salahkan orang lain yang 'menabur janji kosong', 'manis kata di bibir, tapi hati lain bicara' - malah ada yang hingga tahap menyalahkan takdir kerana memisahkan 'cinta suci' antara dua insan. Cinta terlarang ini bukan sahaja destinasinya neraka di akhirat malah neraka sepanjang perjalanan di dunia. Kemanisannya hanya dapat dirasai di titik permulaan! 


Hukum Cinta Dan Kasih Sayang Murni 

rasa cinta yang murni sangat inginkan kebahagiaan untuk yang dicintai. Dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai terluka sedikit pun. Dia kan melakukan apa sahaja demi untuk kebahagiaan yang dicintai tanpa mengharapkan balasan. Hukum cinta ialah beri dahulu pasti kita akan memetik hasilnya. Cinta paling murni dari Allah untuk hamba-Nya. Dia yang bersifat lah-Rahman dan lah-Rahim memberi dan terus memberi kepada hamba-Nya. Hubungan cinta yang menuntut 'penyerahan diri' sebelum ikatan sah melalui akad nikah pastinya bukan cinta yang murni kerana ia bukan sahaja meminggirkan Allah yang mencipta cinta malah mengetepikan soal mempertahankan maruah dan harga diri pasangan yang kononnya dicintai sepenuh hati! 

Jika benar seorang lelaki mencintai wanita dengan cinta murni, mana mungkin dia sanggup merobekkan kehormatan wanita. Seorang lelaki yang mencintai seorang wanita pastinya mahu melindunginya dari sebarang kerosakan. Dia tidak akan sanggup membakar kekasihnya walau dengan puntung rokok sekalipun, tetapi Kenapa sanggup menempah api neraka dengan membiarkan sentuhan terlarang berlaku. 


SYURGA - Destinasi Cinta Yang Mampu Merentas Alam 

Untuk memastikan cinta yang kita jalin mampu merentas alam, hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah...cinta yang kita berikan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Oleh itu, cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan untuk memiliki cinta Allah. Tapi bagaimana?? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Jangan sesekali bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. 


Mencintai Allah - Benteng Cinta Terlarang 

Mematuhi syariat adalah benteng terkuat daripada terjebak ke dalam jurang cinta terlarang. Kekuatan dan kemampuan untuk mematuhi syariat pula hanya dapat dimiliki hati meletakkan Tuhan sebagai cinta teragung. Hati yang mencintai hanya kerana Allah. Perasaan cinta adalah amanah dari Allah, maka pastikan ia hanya diberikan kepada yang akan sama-sama menjaga amanah ini. Maka pohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang menciptakan cinta agar cinta yang kita jalinkan tidak membawa kita menjauhi-Nya dan sekali gus tidak membawa kita ke neraka... 

"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.."
Continue...