Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:39 PM
0
comments
Sabar itu sebahagian daripada iman
Benarkah kita tidak patut diuji dalam hidup ini?
Orang motivasi selalu memberikan kata-kata perangsang:
“Gagal sekali bukan gagal selamanya!”
Namun harus kita ingat, hakikat sebuah kehidupan bahawa:
“Berjaya sekali bukan bererti kita akan berjaya seterusnya!”
Firman Allah SWT:
”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.
Al-Ankabut : 2-3
UJIAN HIDUP. Satu lumrah kehidupan. Mari kita renungkan kembali kisah Nabi Adam melalui kejadiannya.
Ketika baginda diciptakan di syurga baginda dilarang untuk memakan buah khuldi, namun kerana terpengaruh dengan hasutan iblis telah membuatkan Adam AS telah melanggar arahan dan dicampakkan ke bumi. Lihatlah bahawa awal kejadian khalifah sekalipun Allah telah menguji hamba-Nya. Maka apakah kita ingin berkata bahawa ”aku tidak patut diuji”?
Lalu saat kita ditimpa dengan pelbagai ujian maka terdapat segelintir antara kita yang cuba mempersoalkan keadilan Allah SWT dalam memberi dan mengagih ujian kepada hamba-hamba-Nya. Akibat daripada itu maka ramai yang akan mula mengeluh dan mengalah dari rasa untuk berusaha dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan ke atas ujian yang ditimpakan ke atas mereka.
Anda kita menghadapi ujian, harus kita terima dengan hati yang terbuka kerana sesuatu itu, sama ada positif atau negatif, ia adalah ujian daripada Allah. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap baik ada buruknya dan setiap buruk ada baiknya. Inilah hakikat duniawi.
Renungilah firman Allah SWT ini:
”… dan boleh jadi kamu benci (tidak suka) kepada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya”.
Al-Baqarah : 216
Semoga dengan ujian-ujian yang kita hadapi, sama ada ringan atau berat, dapat mematangkan kita seterusnya memantapkan keimanan kita kepada Allah. Sahabatku, tabahkan hatimu, la tahzan…
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:31 PM
4
comments
Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu.....
dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu......
ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya"*.:。✿*゚゚・✿.。.:*
Hapuslah air matamu dengan bersangka baik kepadaNYA........
Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingati segala nikmat ALLAH kepadamu
"ALLAH tidak memberi apa yg kita harapkan,
Tapi DIA memberi apa yg kita perlukan.......
Kadang-kala kita sedih, kecewa, dan terluka.....
Tapi jauh di atas segalanya.......DIA sedang mengatur yg terbaik dalam kehidupan kita"....*.:。✿*゚゚・✿.。.:*
*Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia
*Sedekahkanlah sebuah senyuman walau hati tidak lagi mampu bertahan..
*Belajarlah untuk memaafkan walau hati terluka..
*Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
*Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan..~
Kenapa Benci-membenci
Imam Asy-Syafi'e pernah berkata,"Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan."
Walaupun kita berakhlak baik dengan mereka,tak semestinya hati kita tak terluka kerana Rasulullah sendiri yang berakhlak mulia luar biasa pun pernah dilukai... Adakalanya kita dibenci tak tentu pasal,takde sebab wal musabab.Mesti kita rasa sedih,kan..Waktu itulah kita kena ingat ,orang yang membenci kita tu tak sampai pun 1% daripada penduduk planet bumi ni....ramai lagi orang yang sayangkan kita.Biarpun kita buat baik pada orang,tetapi kalau orang dah benci kita,dah memang muka kita ni dia dah 'mark' yang dia benci,memang dia benci la kat kita ni walaupun kita buat baik tahap maksima pun kat dia.....
Jika kita dibenci,ingatlah yang tak semua manusia sukakan kita.Imam Syafi'e pun pernah bagitau yang setiap insan ada peminat dan pembencinya..tapi kita kena sentiasa berakhlak baik walaupun kepada orang-orang yang bencikan kita sebab itu yang Rasulullah ajar kat kita...berakhlak yg baik tu pun salah satu cara dakwah bil hikmah.
Belajar Untuk Memaafkan
Lagipun,kalau kita buat baik kat orang,kita dapat melatih diri kita menjadi orang pemaaf.Orang cemerlang & selalu 'open minded' suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah takde apa-apa yang berlaku. Diorang suka memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab kalau tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati,tu yang tak best tu..Selesa ke kalau kita selalu ada rasa dendam kat orang?Mesti tak selesa kan?Muka kita yang selalu senyum pun jadi monyok je tak tentu pasal.Memaafkan lebih baik dari berdendam. Kita senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.
Biar saja orang yang benci kat kita terus membenci,yang penting kita selalu'happy'...Kita kena selalu menggembirakan orang lain,tak kira kita dalam nikmat atau musibah kerana sesiapa yang membahagiakan orang lain,nanti Allah akan jadikan kita dalam kalangan orang-orang yang bahagia..:)
"successul people talk about ideas. Ordinary people talk about other people"
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:05 PM
15
comments
Aku Bukan Untuk Mu (Tak Semua Cerita)
Cuaca yang sejuk mencengkam ubun-ubun rambut bagai di tarik-tarik dari akar rambut. Aku nyaris tidak kuat dengan keadaan sel yang sangat menyiksa. Tanpa disiksapun musim dingin dalam sel gelap, pengap, basah dan berbau pesing itu sangat menyiksa. Seluruh sumsum tulang terasa pedih bernanah.
Aku memasuki hari-hari yang sangat berat.
Bagaikan ada bebanan seberat lima tan yang menghempuk dan menekan kepala. Seksaan yang amat mendalam, sedalam lautan pasifik. Cinta? Apa itu cinta? Rindu apa itu rindu? Semua udah tiada bagi diriku yang telah lama membungkus perasaan rindu dan cinta terhadap manusia. Semuanya di sebabkan oleh mereka yang tidak reti menilai cinta dan sayang yang telah aku berikan. Cinta yang aku berikan di buang bagai sampah dan di tending lalu masuk ke dalam sungai yang airnya mengalir deras. Bagaikan Messi menjarinkan gol untuk Barcelona. Begitulah cintaku kepada manusia. Ini semua di sebabkan seorang insan yang pernah mengajar aku erti kehidupan, erti cinta, dan erti kasih sayang berlawanan arus.
Bukan mudah untuk di lembutkan hati yang keras, mungkin lebih keras dari batu. Entah ilmu apa yang di pakai, semua cair begitu sahaja. Cinta sampai mati? Cinta hingga akhir hayat? Semuanya hanya madah berhelah.
“Kerana cinta, demi cinta, ku cinta dia, lautan berapi sanggup ku renangi, gunung berapi pun sanggup di redahi. Tambahan peribahasa baru, sungai yang penuh buaya akan ku berenang demi membuktikan cinta dan kasih pada mu duhai sayang.”
Kehidupan di UIA memang banyak mengubah dan mendidik aku menjadi ke arah yang lebih baik. Semuanya di sebabkan usrah-usrah dan taskil dari senior-senior yang belajar di sini. Bukan dulu aku tidak pernah mengikuti mana-mana program yang menghubungkan antara Sang Pencipta dan Yang Di ciptakan, tapi hati dan terlampau ikut nafsu, membuatkan hati terketuk dengan cinta lain.
Aku duduk bersandar di kerusi malas. Sambil memikirkan sesuatu. Benar aku cinta dia. Benar aku rindu dia. Tapi, rindu dan cintaku hanya untuk yang haq. Rindu dan cintaku hanya untuk Allah dan Rasul.
Hentian Pertama:Cinta Itu Adalah Penawan, Siapa Kalah Dia Tertawan
Apa yang dimaksud bahwa cinta itu adalah tawanan? Siapa yang ditawan? Cinta menawan hati. Sebab hati akan tunduk demi mengejar apa yang dicintainya. Banyak sekali orang yang rela melakukan apa pun demi yang dicintainya. “Gunung kan kudaki, lautan akan kusebrangi.” begitu kata syair yang menggambarkan bagaimana hati tertawan oleh cintanya kepada kepada seorang gadis pujaan. Lihatlah… banyak orang yang melakukan segala cara untuk mendapatkan harta dan jabatan. Yang haram dihalalkan, apa pun dilakukan demua cintanya kepada harta dan jabatan.
Cinta selalu menggerakkan hati pada apa yang dia inginkan. Keinginan diri inilah yang disebut dengan hawa nafsu. Sehingga dengan cinta ia menjadikan hatinya sebagai tawanan hawa nafsu, mengikuti apa yang dikatakan hawa nafsu dan menjadikan hawa nafsu dengan pimpinannya dalam hidup. Sehingga masuklah dia ke dalam fintah syahwat, yang menghalangi hatinya dari petunjuk dan rahmat.
Hati yang aku rasakan pada hari amat riang, macam ada sekumpulan kicauan burung berlagu di dalam hati. Mana tidaknya, sebentar sahaja lagi akan keluar dating bersama Haja. Kekasih hati yang mana pengubat jiwa dan duka lara. Engkaulah racun dan engkau jugalah penawar bagi setiap racun yang engkau titiskan.
Perkenalan yang singkat mengakibatkan bait-bait cinta bermain. Di mulakan dengan pesanan ringkas, berpanjangan ke telefon. Asikin, nama itu lah yang telah mencuri hatiku. Yang telah membawa jauh pergi bersama kenangan yang bagiku cukup indah. Indah dari segi akhlak, paras rupa dan kesopanannya cukup membuat mana-mana hati lelaki tertawan dan mudah terpaku. Itu termasuk diriku.
Sewaktu membuat kerja subjek Biologi, handphone ku berbunyi.
“Ah,sape je la yang mesej malam-malam macam ni. Malaslah aku nk layan, buat kerja lagi bagus.”getus hati kecilku. Selesai kerja rumah di buat. Aku perlu menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba Allah.
Selang lima minit hanphoneku berbunyi lagi. Kali ni bertalu-talu bunyi nada yang menandakan mesej yang banyak di hantar kepadaku. “Aduh, sapa la yang bagi mesej ni,tak tau dah malam ke,”aku membebel sendirian. Sambil melipat sejadah, aku membaca mesej.
“aik, sampai tiga mesej dia hantar,sapa la ni” aku berbicara sendiri.
“Assalamualaikum, ni Adam kan?”
“Assaalamualaikum, tengah buat apa tu?”
“Aik, sombongnya dia tak nak layan mesej saya”
“Hmmm,nak balas ke tak aerk?”getus hatiku.
“Wa’alaikumusalam, sapa ni,?”tanyaku.
“Ha, balas pun, pikir tak nak reply mesej dah, saya orang r, tak kan patung lak yang hantar mesej kat dia”balasnya
“Adui, memang la manusia, manusia ada nama, lagi satu mana dapat nombor saya ni? Ni dak sekolah Dato’ ke?” aku bermula dengan nada yang agak kasar.
“Hehe, jangan la marah. Saya Cuma nak berkenalan dengan awak je. Bolehkan? Nombor awak? dapat dari orang la,hehe. Nantila dah lama sikit baru saya cakap saya dapat dari mana,ok?” pelik makin pelik.
Aku bermonolog sendirian. “Sape la minah ni.nama pun tak nak bagi tau tapi tau nama aku, aku dah la baru pindah sekolah ni, tak sampai seminggu pun masuk dah ada orang mesej?”
“Boleh tak awak terus terang, sape awak ni? Lau nak berkawan kena la jujur. Betol tak?” aku cuba mengorek siapa dia. Mana la tau kawan-kawan lama saja nak kenakan aku. Elakkan makian je keluar ni.
“Hehe, sabar la. Sabarkan separuh daripada iman. Nanti saya jujur dengan awak ok, Adam?”katanya kepada aku.
“Hish, dia ni. Bagi nasihat pulak, tau la sabar tu separuh dari iman, habis kalau dah kena ngacau macam ni, tak minat tau tak?”
“Janganla marah. Ok, saya bagitau nama saya, saya Haja. Saya perati awak sejak awak masuk sekolah ni” balasnya.
“Hmm, dah la, ngantok mata ni. Nak tido dulu la. Salam” aku membalas dengan malas.
Hati Di Ketuk, Ketukan Terkuak
Hari ni merupakan hari ke tiga penghabisan peperiksaan SPM. Dan merupakan hari ketiga juga Adam tidak berjumpa Asikin. Bukan sahaja tidak berjumpa malah tidak berhubung antara satu sama lain. Ibu Adam telah menyimpan handphone Adam kerana Adam makin leka dan lalai dalam pembelajaran.
Adam memohon kebenaran ibunya untuk bekerja sementara keputusan peperiksaan SPM belum keluar. Kerinduan Adam kepada Haja hanya di serah kepada yang Maha Penyayang. Adam bekerja sehingga dapat mengambil lesen kereta dan motor. Keinginan Adam ingin berjumpa Haja makin hari makin kuat.
Setelah lima bulan berlalu, kepuutusan SPM pun keluar. Adam mendapat 12A semua matapelajaran yang di ambil oleh Adam termasuk juga matapelajaran yang Adam belajar sendiri iaitu Syariah Islamiah dan Quran Sunnah. Ramai cikgu yang mula-mula menentang dan cakap-cakap belakang, tetapi dengan keyakinan dan azam yang tinggi, Adam tidak mempedulikan cakap belakang orang lain. Adam melilau mata memerhati keadaan sekeliling kelibat seseorang tidak Adam nampak, yang ada hanya rakan-rakan Haja.
Adam pulang ke rumah lalu memeluk ibunya. Terperanjat ibunya dengan keadaan Adam yang berjaya menaikkan martabat keluarga. Sujud dan menitis airmata tanda kesyukuran ibu Adam ke hadrat Ilahi kerana memperkenankan doa’ Adam sekeluarga.
Ketika malam sunyi hening, bulan pun sndiri Bersimpuh di atas kain yg menjadi alas raga berlumur dosa Memejamkn mata, heningkn jiwa, mendengarkn hati Perlahan bergetar raga yg nmpk kuat ini tanpa kuasa
Hatiku berbicara, menjerit, menangis pilu, tersingkap malu Atas semua ulah akan raga, ucapan akan kata Dan pandngan akan hina S'akan bulan mmalingkn wajahnya krna suara jeritn hatiku Dn tak kuat mlihat lukany hati akibat dri sgala dosa
Mulut ini smpi malu utk bbicara Tngan ini smpi tk kuat utk mnadah Mata ini smpi tk bisa utk dbuka Seakn tubuhku spt rsa mati
Air mata pn mnitis mbasahi pipi Suara pn parau, serak tk thenti Nafas pn berat, seakan dada ini bebani Ats gala khilafku yg mbungkam hati
Dgn sgala sisa asa jiwaku mmohon Dgn sgala malu & luka hati ini aku mmohon Dgn bgetarny raga ini aku mmohon Dgn piluny hati ini aku mmohon
Mmohon utk d'ampuni dosa ini Mmohon utk dsembuhkn hati ini Mmohon utk djaga raga ini Mmohon utk dlindungi lisan ini
Inilh muhasabahku Utk diriku Ats dosaku Dgan sgala ktidaksederhanaanku Ya Rabb, jk hati & jiwa ini tk mmpu tuk sempurna Aku ingin selalu djaga Dgn sgala ksederhanaan yang ku punya Dn diampuni dr sgala dosa.
Bila Di Rindu, Memang Menjadi Perindu
Ada awan awan kemerah-merahan bagaikan mata bianglala di langit barat. Berdiri kemudian duduk. Berdiri lagi dan duduk kembali di bangku rehat seorang diri sambil memberi ruang yang cukup melampau mengingati masa lalu. Ingatan itulah yang membuatkan Adam berkonflik dengan diri sendiri tidak sudah-sudah. Sambil Adam merenung keindahan ciptaan Ilahi, Adam teingat akan sepotong ayat yang bermaksud:
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (Ar-Ra'd 13:3)
Adam terfikir begitu indahnya Islam, dan betapa Islam begitu menyenangkan umatnya untuk mendapatkan pahala. Begitu besar kasih sayang yang Khaliq berikan kepada hambanya. Adam kembali pantas mengalihkan perhatian daripada terbang bebas ke masa silam. Adam kemabli memikirakan ayat-ayat Quran yang sungguh suci dan sungguh sedap apabila di fahamkan dan di fikirkan. Adam mengira-ngira ayat yang hendak di ingati. Kerana bagi Adam, ayat Al-Quran merupakan halwa telinga dia dahulu. Lantas Adam teringat akan ayat suci al-quran yang bermaksud:
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Yunus 10:24)
Angin tasik berhembus lembut. Sebatang pokok paku lima tua, yang daunnya banyak gugur, menampakkan bintik-bintik hitam apabila berlatarkan langit petang. Pokok tua itu sengaja di simpan pihak majlis perbandaran. Mungkn untuk menjadka manusia berfikir samaada kita sebagai manusia ingin mensyukuri nikat yang telah Allah berikan pada kita. Jikalau dapat di lihat bintik-bintik hitam dalam hati manusia, sudah tentu ramai yang takut untuk melakukan dosa. Adam teringat, ketuaan pokok itu sama sahaja dengan usia Adam yang semakin meningkat.jika kulit-kulitnya mengelupas, kulit-kulit badannya juga mengelupas dan akan dim aka ulat tanah.
Adam cuba bersandar pada kerusi,mendepakan tangan dan sesekali mengeliat menghilangkan lenguh. Ketika mendongak,beberapa ekor burung gagak berterbangan di atas kepala kemudian mengejar-ngejar kelekatu dan pepatung yang bermain gila di permukaan air tasik. Ada pula yang menunggu belalang kecil keluar dari celah rumput. Kerusi yang Adam duduk memang hampir benar dengan tebing tasik. Jikalau terdapat kanak-kanak nakal berkeletah, dua tiga kali langkah sudah berada di dalam air tasik.
Memang air tasik petang itu sungguh jernih dan tenang tapi sering berkocak. Tapi itulah, kocakan air tasik tidak sama dengan kocakan hati Adam. Seorang hamaba Allah yang benar-benar daif. Senyuman Haja masih berlari-lari di fikiran Adam.
Landskap memang cantik, tentu perancangnya sungguh bjak dalam menilai dan pembuatan tasik. Dengan batu-batu sungai dan simen di sepanjang tebing utuk pejalan kaki, ia membolehkan sesiapa sahaja becangkung lalu meraup air tasik itu. Malah jika berdiri, bayang-bayang sangat jelas nampak di permukaan tasik.
Kadang-kadang dalam hidup dan landskap pun ada yang songsang. Kadang-kadang yang songsang pun ada indahnya.
Amat menjelekkan di sebilangan mata yang memerhati gelagat Adam. Memang songsanglah itu. Manusia pun bukan mustahil menjadi songsang dan Adam tidak mahu dirinya terus dalam persimpangan. Bagi Adam, biarlah dirinya tidak di cintai. Tapi, biarlah dia yang mencintai dengan keilhklasan dan dengan keredhaan Ilahi. Cinta yang bagi Adam tidak di belenggu nafsu amat indah sekali.
Adam memerhati seorang anak bermain dengan ibunya dan pengunjung-pengunjung lain bersiar-siar tidak jauh dari tempat duduk Adam. Seorang lelaki yang aku yakin bapa anak itu telah duduk keseorangan di bangku. Adakah dia seperti aku yang hendak melyan kerenah fikirannya?getus hati kecil Adam. Mungkin dia di bebani hutang yang amat banyak. Mungkin juga dia di belenggu dengan janji yang tak pernah langsai? Tapi, anak itu tidak perlu di bimbangi, kerana si kecil mempunyai si ibu untuk menjaga.itulah gaya kebanyakan orang. Dan Adam juga tidak pernah bersama orang yang di sayang di tempat sebegini.
Ilusikukah yang menyusup? Ada semacam menerkam jiwa dan perasaan untuk memuhasabah diri dan meminta untuk di hitung. Dir rumah sudah jenuha di fikirkan, akan tetapi banyak kali jugalah tiada jalan penyelesaian. Di taman tasik ini, rasa-rasanya segala telah terbuka. Di rumah, walaupun duduk di kondominium mewah tingkat sembilan, Adam tidak mampu berdiri lama kerana yang terlantun hanyalah kecut muka sendiri.
“ Jangan kacau papa” kata si ibu apabila si anak mendekati bapanya yang sedang termenung seorang.
Adam yang asyik memerhati juga seperti sedang membuka benang yang kusut memang akur dengan kata si ibu. Memang pun aku tidak suka diganggu sejak dulu lagi kalau fikiran tengah berserabut.
Petang itu, Adam sedang bergelut dengan perasaan sendiri, samaada hendak melupakan Haja terus atau brjumpa dengan Haja. Adam berasakan dirinya kembali ke alam dahulu apabila namanya di panggil sebagai abang. Bagi Adam, panggilan yang amat-amat Adam rindui dari seorang wanita yang bukan mahram. Apabila merindui sesorang yang bukan mahram lebih daripada penciptanya membuatkan Adam berasa serba salah. Alangkan Nabi Sulaiman A.S di tegur oleh Allah kerana baginda lebih mencintai kuda lebih daripada Allah, membuatkan baginda lalai dalam mengerjakan ibadah. Itu seorang nabi. Tapi, Adam hanya seorang insan yang tiada nilai.
Berkali-kali sudah Adam bermuhasabah diri, di mana silapnya diri Adam. Kenapa sampai saat ini, Adam tidak dapat berjumpa dengan Haja.
Adam merenung jauh ke dalam air yang membalikkan dirinya.air tidak pun berolak. Yang mucul hanyalah Adam seperti hari-hari yang lalu, rambut yang sudah mula keguguran dan semakin nipis, berjanggut sejemput di hujung dagu, bertelinga rapat ke muka, bergigi yang putih bersih dan misai yang di cukur nipis.
Ku Kuburkan Rasa Cinta Itu Atas Pusara
Ah, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara… tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.
Jika terdetik sahaja di dalam hati, “Aku tidak berpisah dengannya (pasangan kita) hanya kerana anak-anak…” itu petanda bahaya. Selalu kita diingatkan “hadiah” termahal untuk anak-anak ialah mencintai ayah atau ibunya (isteri atau suami kita). Jadi, jangan sekali-kali kematian cinta. Bina dan binalah lagi walaupun bagaimana perit dan deritanya.
Satu kebaikan perlu dimulakan berkali-kali. Jangan terperangkap dalam ilusi kesempurnaan. Jadi, binalah cinta berkali-kali. Walaupun sukar sungguh mencari ”kerana-kerana”nya lagi, tapi jangan putus asa. Cari dan binalah kerana yang baru. Jangan jemu. Berilah dan teruslah memberi. Insya-Allah, akan terpinggir juga akhirnya rasa benci, jemu dan letih oleh karenah, kekurangan atau “keburukan” pasangan kita.
Ingat selalu, terlalu banyak “sebab” untuk menyintai, berbanding sebab untuk membenci!
Jangan cepat berubah hati. Bila “kerana-kerana” yang lain sudah hilang dan terasa tiada sebab untuknya mencintai lagi, ketahuilah itulah permulaan CINTA sejati. Itulah cinta tanpa syarat yang terlalu mahal harganya. Kata hukama, “di kala manusia hilang segala-galanya, maka ketika itulah dia menemui siapa dirinya yang sebenar.”
Cintailah pasangan kita kerana Allah. Ikhlaslah dalam bercinta. Inilah yang akan mengekalkan rasa cinta selepas perkahwinan. Jangan terikat dengan cinta yang murah – yakni cinta berbentuk “maddiah” (fizikal dan material). Jangan diteladani syaitan yang terlalu materailistik, yang merasakan dirinya yang tercipta daripada api lebih baik dari Adam yang tercipta dari tanah. Syaitan terlalu material. Sebaliknya, mulianya Adam kerana ilmu dan ketaatannya kepada Allah. Cinta kita jangan berpusatkan materail dan fizikal!
Adam pernah terdengar kata yang pesimis, perkahwinan itu adalah pusara cinta. Semakin bertambah usia perkahwinan, kata mereka, semakin tipis rasa cinta. Tidak ada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dirasakan sebelum bernikah dahulu. Segala-galanya menjadi semakin suram dan bungkam… seakan-akan pusara.
Hakikatnya, dakwaan di atas adalah satu bentuk tipuan syaitan untuk menghindarkan manusia daripada perkahwinan. Agar dengan itu, kebanyakan manusia tertipu untuk beranggapan bahawa kemanisan cinta hanya dapat dinikmati dalam lembah dosa pergaulan bebas dan perzinaan.
Namun kita lebih tertarik dengan kata yang optimis – perkahwinan itu adalah kebun cinta. Semakin lama berkahwin, semakin menebal dan mendalam rasa cinta. Akan ada kemanisan, keharmonian dan ketenangan sepanjang kembara mengharungi kehidupan berumah tangga.
Dalam alam rumah tangga, pasti ada kesusahannya tetapi ada juga kesenangannya. Ada kepahitan, namun kemanisan yang seiringannya juga lebih banyak. Susah-susah pun dijanjikan pahala. Inilah janji Islam, yang menegaskan ada “syurga” di dunia. Di mana lagi? Kalau bukan di dalam rumah tangga kita – Baiti Jannati!
Apa yang harus dilakukan untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai kebun cinta bukan pusara? Salah satu caranya ialah dengan menjaga perasaan, sama ada perasaan kita sendiri dan perasan pasangan kita. Cinta itu berkait rapat dengan perasaan. Sering disebut “perasaan” cinta bukan “fikiran” cinta. Maka menjaga perasaan samalah dengan menjaga cinta.
Perasaan adalah bayangan fikiran. Jika fikiran kita positif, perasaan kita akan gembira. Sebaliknya, apabila perasaan kita sedih, marah atau kecewa, fikiran kita juga negatif. Justeru, dengan menjaga perasaan, bererti kita juga menjaga fikiran kita. Perasaan dan fikiran itu saling berkaitan. Perasaan itu umpama nyala api manakala fikiran itu adalah unggunnya.
Dalam sebuah rumah tangga, perasaan suami isteri mesti selalu gembira dan fikiran mesti sentiasa positif. Mengapa ini penting? Jawabnya, fikiran yang positif akan melahirkan tindakan, tingkah laku dan respons yang positif juga. Rumah tangga adalah wadah berlakunya pelbagai keadaan, insiden dan kejadian. Yang pahit dan manis akan datang bersilih ganti. Rumah tangga akan sentiasa teruji.
Bagaimana suami dan isteri bertindak (memberi respons) terhadap rangsangan-rangsangan ini? Ini semua bergantung pada fikiran dan perasaan mereka ketika berdepan dengan rangsangan-rangsangan itu. Satu perkara atau situasi yang sama tetapi dihadapi oleh dua orang yang berbeza akan memberi impak yang berbeza bergantung pada fikiran mereka.
Bila dicaci misalnya, bagi mereka yang berfikiran negatif akan menganggap itu satu penghinaan. Sebaliknya, bagi yang berfikiran positif menganggap itu sebagai cabaran untuk bertindak dengan lebih baik. Kesannya, yang berfikiran negatif bertindak secara destruktif (meruntuh) – menghina balik, berdendam atau susah hati. Manakala yang berfikiran positif akan bertindak konstruktif (membina) – sabar, muhasabah diri dan melupakan. Tindakan-tindakan yang konstruktif akan menyuburkan cinta. Manakala tindakan destruktif akan “menguburkan” cinta.
Jika cinta itu umpama sebuah kebun… maka adalah lebih mudah untuk memiliki sebuah kebun berbanding menjaga kebun itu agar sentiasa subur dan tidak dimusnahkan oleh haiwan perosak. Justeru, amat penting pasangan suami isteri menjaga perasaan masing-masing.
Jagalah perasaan sendiri agar ceria selalu. Insya-Allah keceriaan itu akan memudahkan kita menjaga perasaan pasangan kita. Orang yang gembira selalunya dapat menggembirakan orang lain. Hindarilah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa. Tetapi jika kekadang rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama-lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun cinta kita.
Inilah rahsia kesuburan “kebun cinta’. Bila kebun cinta kedua suami-isteri telah subur, insya-Allah seluruh isi rumah (anak-anak, pembantu rumah dan siapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan mereka) akan turut merasa teduh oleh rimbun daun-daunnya dan akan dapat pula merasakan keenakan buah-buahnya. Orang yang penuh dengan rasa cinta umpama bunga yang harum. Ia sentiasa menyebarkan “keharumannya”.
Apakah yang harus dilakukan agar perasaan selalu ceria atau gembira? Mungkin untuk merasa gembira lebih mudah jika memang ada sesuatu, seseorang atau keadaan yang boleh menggembirakan. Kalau ada suatu insiden atau kejadian yang melucukan… kita tertawa, gembira. Jika ada orang memberikan hadiah, kita gembira.
Namun bagaimana jika semua itu tidak ada? Maksudnya, tidak ada seseorang, keadaan, perkara atau benda pun yang boleh menggembirakan kita? Pendek kata, sumber kegembiraan langsung tidak ada. Bagaimana? Jawabnya, jadilah sumber kegembiraan itu sendiri! Maksudnya, jadikanlah diri kita sebab untuk orang lain gembira.
Bagaimanakah caranya? Carilah orang lain dan gembirakan dia. Siapakah dia itu?
Siapa lagi kalau bukan pasangan kita. Sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan pasangan kita. Insya-Allah, kegembiraan yang kita berikan kepadanya akan kembali kepada kita semula. Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Bijak pandai juga berkata“what goes around, comes around.”
Ya, hulurkanlah “bunga mawar” kepada pasangan kita, setiap hari, setiap masa. Insya-Allah, sebelum pasangan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu. Bunga mawar itu simbolik kepada kebaikan. Maksud menghulurkan bunga mawar itu ialah buatlah kebaikan kepada pasangan kita – tidak kira sama ada kecil atau besar. Kebaikan itu umpama baja kepada kebun cinta kita.
Teringat apa yang dikatakan oleh A’id Al Qarni dalam bukunya “La Tahzan”, “orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!” Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang akan menikmati kebaikan itu sebelum orang yang ditujukan akan kebaikan itu merasa gembira. Bukankah sering dipesankan, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya? Suami yang menggembirakan isterinya akan gembira dan begitulah sebaliknya.
Saya ulangi, langkah paling utama menjaga kesuburan kebun cinta berusahalah selalu menggembirakan pasangan kita. Berbagai-bagai cara, aktiviti, perkara dan usaha boleh dilakukan untuk itu. Jangan kebuntuan jalan. Jangan ketandusan idea. Percayalah, bila hati sudah “mahu” kreativiti dan inovasi akan timbul dengan sendirinya. Jadilah “tukang kebun” cinta yang rajin dan setia.
Kata bijak pandai, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Orang yang sudah mempunyai tujuan, umpama air yang sedang mengalir, tidak payah ditunjukkan ke arah mana hendak mengalir. Air itu tahu dengan sendirinya! Begitulah juga suami atau isteri, jika mereka memang tukang kebun cinta yang setia, tidak payah diajar untuk mengairi, membajai dan menjaga kebun cintanya.
Kaedah pertama untuk menjaga perasaan ialah dengan memberi senyuman. Berilah senyuman kepada isteri atau suami kita. Senyuman itu ada dua jenis. Pertama, kerana gembira. Kedua, kerana ingin menggembirakan. Kalau senyum kerana gembira, itu biasa-biasa sahaja. Siapa pun akan tersenyum jika ada sesuatu yang lucu atau menyenangkan. Senyuman jenis ini, kurang nilainya.
Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Sungguh pun ada kalanya dalam hati sendiri bergelojak dengan masalah, badan sendiri sedang sakit, diri sedang letih, tetapi demi pasangan di depan mata kita senyumlah jua. Bukan kerana gembira tetapi ingin menggembirakan.
Wah, itu payah. Namun kerana Allah, demi cintakan isteri atau untuk mentaati suami, kita tersenyum juga… Inilah jenis senyuman yang dikaitkan dengan iman, yang disamakan dengan satu sedekah. Rugikah kita dengan senyuman itu? Tidak. Insya-Allah, niat kita untuk menggembirakan pasangan kita akan dibalas oleh Allah dengan kegembiraan yang setara atau yang lebih lagi.
Kedua, berilah salam. Jangan anggap salam itu hanya diberikan ketika hendak memasuki rumah atau ketika hendak bertemu dan berpisah sahaja. Pada hal salam boleh dihulurkan sebaik ingin tidur atau bangun dari tidur. Hulurkan salam dan senyuman waktu pertama kali bertentang mata selepas bangun dari tidur atau sebelum menutup mata untuk tidur. Atau jika bersua semula setelah sudah agak lama berada di tingkat atas (jika rumah dua tingkat) atau di bilik yang lain.
Ketiga, berjabat tangan. Budayakan isteri berjabat dan mencium tangan suami ketika mula bertemu atau hendak berpisah. Begitu juga para suami, jangan sekali-kali kedekut untuk menghulurkan tangan buat bersalaman. Jika terasa bersalah, cepatlah meminta maaf dengan menghulurkan salam. Bila dihulurkan tangan, jangan pula ego untuk tidak menyambutnya. Maafkanlah pasangan kita, bukan dengan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan perbuatan yakni dengan cara berjabat salam.
Kesimpulannya, ingatlah tiga perkara yang akan menyuburkan kebun cinta kita – mengucapkan salam, memberi senyuman dan sering berjabat tangan. Salam itu umpama “baja”, senyuman itu umpama “air” dan berjabat tangan itu umpama cahaya di kebun cinta kita.
Insya-Allah, jika kebun cinta kita selalu diairi, dibajai dan diberikan cahaya, maka perasaan kita akan selalu gembira, fikiran kita akan positif dan tindakan-tindakan kita akan sentiasa membuahkan kebaikan. Dan itulah antara resipi “baiti jannati”.
Sekiranya, cintamu hampir menjadi pusara… tafakurlah sejenak di atasnya. Cari kembali dirimu dan dirinya. Bermulalah langkah “menghidupkan” semula cinta itu daripada dirimu sendiri. Dalam pencarian itu hendaklah selalu diingat… carilah di tempat dimana kita kehilangannya. Justeru, kita akan hanya menemuinya semula di tempat yang kita kehilangannya!
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:57 AM
0
comments
Kenapa Kita Perlu Berpasangan?
Beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo,Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Sahabat, Cinta datang tanpa dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari lanngit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebihmengetahui.
Sahabat, kedatangan seorang dalam kehidupan kita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, harus bersedia menerima kecampangan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, berpasangan memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki dan wanita juga mendatangkan sengsara.Tetapi jika kita bijak menatangnya,semuanya pasti beroleh kebaika. Namun itulah adat dalam perhubungan.Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia,barangkali juga daripada kita, tetapi kita mestilah berhati-hati mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu di ilhamkan Allah untuk berkasih sayang dengan bapa
Tetapi kerana ciptaan Allah itu indah, kaum wanita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi,tetapi dekat pelusuk hati – Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang,wanita pula adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Allah wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
kasih sayang adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu..
yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan.
Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka ia dinamakan 'rindu'.
sehingga rela seseorang itu menjadi hamba kepada kekasihnya.
mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya.
share sedikit.. tentang kisah Zulaikha ketika cintanya
kepada Yusuf as teramat sangat sehingga ke puncak kerinduan..?
Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya, dia memiliki
emas permata kalung dsbnya...namun semua itu dia korbankan
demi cintanya kepada Nabi Yusuf as..
diceritakan, bahawa ketika Zulaikha telah beriman kepada ALLAH dan telah menjadi isteri Yusuf, dia malah suka menjauhi Yusuf as...
dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta memutuskan dirinya
untuk beribadah...
ketika Yusuf memanggilnye ke bilik di siang hari, maka dia menolaknya
sampai datang malam hari...
sekiranya Yusuf as memanggilnya di malam hari, maka dia menundanya
sampai siang hari, dan dia berkata,
"wahai Yusuf, dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali DIA...
maka kini setelah mengenalinya, maka tiada lagi cinta
Saya hanya berpura-pura baik dengan berkopiah dan menulis perkara yang baik. Janganlah anda tertipu dengan imej ini. Sesungguhnya saya, adalah lebih teruk dari kutu-kutu rayau di jalanan..lagi hina dari penagih-penagih dadah..lagi teruk dari penghisap-penghisap rokok. "Ya Allah! Jadikan aku di kalangan manusia ini serendah2nya sehingga tiada yg nampak kewujudanku, tetapi Ya Allah aku bermohon padamu, bantulah aku hingga aku mjadi setinggi2nya di sisiMu kelak. Amin."