Bukan kerana membangkang poligami atau membantah poligami,tapi rasa-rasa kalau kerana Allah dan Rasulullah dan ikut apa yang telah di perintahkan Allah, itu ok.
Begini pada pendapat saya la,poligami tidak akan merubah apa-apa kesan pada masalah sosial yang berlaku sekarang,kerana sebab apa?pemikiran dan minda masyarakat sekarang dah terlalu up-to-date sehingga tiada perasaan malu dalam diri sendiri. soalnya adalah hati dan iman kita,adakah hati kita tetap pada Allah?dan adakah kita sentiasa mendengar dan patuh akan perintah Allah?
adakah kita mahu di golongkan seperti golongan mereka yang telah di firmankan oleh Allah melalui perantaraan malaikat jibrail?:
(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (Az-Zukhruf 43:69) |
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Hasy-r 59:7)
dan adakah kita mahu di golongkan di dalam golongan fasik seperti di dalam firman Allah:
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah 2:99)
pokok pangkal masalah gejala sosial adalah di mana letaknya dan nilai peribadi seorang Islam yang beriman di dalam diri kita?adakah di hati?adakah di kaki?adakah di atas kepala?kita fikir dan renungkan kembali apa yang Allah telah firmankan kepada kita semua.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:104)
wallhu'alam
Post a Comment