"Kenapa Nurain tak berterus-terang pada saya?"
Tersentak aku dari pembacaan. Aku menoleh ke sisi mencari sapaan suara yang menegurku. Haikal? Terasa melayang tubuhku saat memandang raut wajah lelaki itu. Belum pernah-pernah kami bersua berduaan seperti ini.
Selalunya, pertemuan kami hanya berselisih lalu di rumah Umi. Kini, tiada olakan angin siang atau ribut malam melanda. Mimpi apa pula agaknya dia menemui aku? Dengan seribu tanda tanya menerjah fikiran, aku mengangkat kening seumpama tidak memahami tujuan Haikal hadir ke perpustakaan UM tengah hari ini.
Spontan, sebuah diari biru dihulurkan kepadaku. Astaghfirullah.. Istighfar aku dalam keharuan menghujani kalbu perasaan. Alpa melayani tingkah diri. Bagaimana diari itu boleh tercicir di rumah Umi? Setahu aku, selepas pengajian Al-Quran petang semalam, segala buku-buku telahpun selamat dimasukkan dalam beg kuliah.
Sungguh, diari itu banyak mencoretkan serba satu kisah perjalanan hidupku. Disebalik itu, nama Haikal turut terukir di segenap helaian kertas putih tanpa diketahui pemilik tuannya. Muhammad Haikal Aiman bin Muhammad Hairil. Nama indah seindah nur iman bercahaya diwajahnya. Kehadiran Haikal bagaikan satu suratan dalam kebetulan. Itupun setelah aku mengenali ibunya, Umi Kalsum. Insan yang banyak membimbing aku ke jalan Allah. Jalan Islam yang sememangnya terbentang luas di ruangan mata namun kabus pandangan naluri hati telah mengaburi segala-galanya.
"Maafkan saya sebab membaca catatan awak tanpa meminta izin!" tenang raut muka Haikal mengungkapkan kata maaf.
Aku termati kata-kata lantas mengambil diari biru yang dihulurkan.
"Saya pergi dulu, Haikal. Ada kuliah sekarang!" Sejurus kemudian, aku bingkas meninggalkan Haikal di situ dengan sepatah ucapan salam.
Sukar untuk aku berdepan dengan Haikal walau sedetik. Apatah lagi untuk berbicara soal hati dengan lelaki ini. Tidak menduga terpapar akhirnya luahan rasa di mata Haikal yang sebelum ini terselindung dibalik lipatan kamus semalam. Aku pasrah! ---
"Ain boleh aku masuk?" jenguk Intan di ambang pintu bilik. Aku tersenyum mengangguk perlahan. Bingkas aku bangun melipat sejadah dan kain telekung. Sejurus itu, aku beralih duduk dibirai katil menghampiri Intan.
"Ada tak Haikal pulangkan diari kau?"
"Kenapa?"soalku balik. Keliru dengan pertanyaan yang tidak diduga. Dari raut wajah Intan, dia kelihatan seumpama serba salah.
"Maafkan, aku Ain. Sebenarnya aku yang berikan diari kau pada Haikal!"
Meruap mukaku mendengar penjelasan Intan. Tergamam aku seketika untuk bersuara lanjut.
"Ain, kau tak seharusnya memendam perasaan sejauh begini. Kenapa tak berterus-terang yang kau menaruh hati pada Haikal? Mati-mati aku tak sedar hal ini kalau tak selak diari kau kemarin." Sungguh telah sekian lama aku mengintai cinta Haikal dalam diam. Namun, apakan kudratku untuk memulakan jalinan dua hati sedangkan aku dan Haikal di pagari sempadan yang sekilas tidak kelihatan. Seperti mana rintihan pungguk merindui cahaya bulan, seumpama itu kasih Haikal menjenguk ibarat angin lalu. Tatkala cahaya mentari mula menerangi bumi, maka biasan cinta semalaman gugur bersama seimbas memori hampa. Aku keliru. Terlalu dalam jurang dunia yang memisahkan kami. Biar seribu tahun hadir melahirkan sinar harapan baru, namun igauan garis-garis hitam telah menyisih sepi diri ini untuk mendekati Haikal.
Terlayar kembali kesilapan masa lalu yang meragut istilah kesucian seorang gadis timur. Entah bagaimana, aku telah terjerat dalam sepi fatamorgana yang memaut sunyi noda cinta. Cinta insani yang berlandaskan perangkap nafsu semata tanpa setitis limpahan kasih keredhaan Allah. Aku alpa mengekori langkah diri yang cuma mengapai bayangan mimpi kala siang hari.
Ternyata, Azrul yang aku kenal bukanlah insan luhur budi pekerti. Tidak menduga dia sanggup mempertaruhkan aku sebagai galang penguasa nafsu lelaki miliknya. Aku terlalu percaya pada janji-janji kasih seorang kekasih lantas menyahut seruan Azrul dan menjerumuskan diri ini pada kesesatan dunia. Mengadaikan maruah diri demi harga murah lelongan sebuah kesetiaan.Ya Allah.. Ya Ghafur! Tidak sanggup rasa mengimbau sejarah lalu pada hamparan memori duka.
"Sudahlah Intan. Aku tak pernah mengharap apa-apa selain belajar agama di rumah Umi. Lagipun, aku sayangkan Haikal seperti saudara Islamku. Bukankah umat Islam itu bersaudara?"Aku sekadar berhujah kosong. Menyimpan rahsia hati yang terselindung. Sungguh anak bongsu Umi itu telah mencuri hati ini dalam diam. Tidak terzahir ungkapan kasihku kepadanya sedangkan aku perlu akui tujuan asal yang hanya berniat tumpang belajar agama di rumah Umi. Tidak mahu berlebih-lebihan akan perihal cinta yang fana. Tapi, entah mengapa, semakin aku tekad melupakan wajah lelaki itu, semakin dia hadir menemani mimpi-mimpi di malam waktu. Ya Allah.. apa lagi yang aku cari sebenarnya!
"Aku akui kebenaran ukhwah persaudaraan dalam Islam.Tapi, kau tak boleh berdalih soal fitrah hidup manusia.Alangkah lebih baik seandainya perasaan kau terhadap Haikal disalurkan pada jalan yang diredhai Allah. Dirikan pernikahan dengannya, Nurain!"saran Intan mematikan lamunan aku sejenak.
"Mana mungkin.Aku tak layak meraih cinta dia.." tegasku perlahan meletakkan kepastian yang pasti. Terlalu besar pahit maung yang melingkari kekerdilan diri. Tiada lagi tadahan impian menanti hari esok. Biarlah detik-detik berlalu terus menyisir pergi bersama bayangan Azrul yang hanya tinggal serpihan kenangan. Retak seribu perasaan aku saat Azrul melangkah ke UK empat tahun lalu kerana menyambung perniagaan keluarga dan membiarkan diri ini terkapai-kapai keseorangan.
Sungguh dengan nama Allah.. Ya Basith! Maha Meluas kasih dan sayangNya. Masih ada jalan yang dititipkan buat landasan HambaNya ini. Mujur, Intan selaku teman sekuliah sanggup berlapang dada mendengar rintihan hati ini. Tanpa berfikir lama, aku akur pada nasihat seorang sahabat yang selama ini aku endahkan.
Sejurus minggu berikutnya, Intan membawa aku menemui Umi Kalsum. Ibu saudaranya yang berkerjaya sebagai guru agama di sebuah sekolah menengah Shah Alam. Dari situlah aku mula menghayati pendekatan Islam. Belajar kelas Fardu Ain yang diselang-selikan dengan pengajian Al-Quran. Kalam Allah yang sudah lama aku tinggalkan pembacaan ayat yang terungkap bersama himpunan petunjuk bahtera duniawi. Pedoman meniti hari-hari mendatang sebagai mukmin sejati. Sesekali kelibat Haikal menyinggahi ruang kediaman ketika balik dari cuti pengajiannya di UIAM. Tanpa diduga, pertemuan sekian lama telah memaut perasaan ini pada ketertiban peribadi akhlak seorang lelaki.
"Kenapa nak fikir sangat perkara yang lepas sedangkan kau boleh mulakan hidup baru, Ain.." nasihat Intan seolah dapat membaca dilema yang mengusuti ruang fikiran.
"Soalnya, aku sudah banyak menyimpang jauh. Tak sanggup rasanya mempertaruhkan insan semulia Haikal menanggung dosa-dosa aku sebelum ini. Dia lelaki yang beriman dan sewajarnya berdamping dengan perempuan yang baik-baik. Wanita solehah yang mampu melebarkan jalan buat Haikal ke syurga.." terluah akhirnya kata-kata aku menitipkan seribu impian untuk Haikal. Impian yang aku sentiasa sisipkan bersama tulus doa kehadrat Illahi. Berharap Haikal bertemu jodoh pada insan yang istimewa di sisi Allah. Seistimewa Siti Khadijah binti Khuwalid yang menjadi pelengkap kehidupan baginda Rasulullah s.a.w.
"Tak baik menghukum diri sendiri Ain.Bukankah, setiap taubat yang diterima Allah, bermakna diri kau bersih sesempurna bayi yang baru dilahirkan?"Tidak putus-putus Intan memberikan aku sinar harapan baru melewati usia dewasaku kini.Sungguh aku akui, dia sememangnya teman menangisku yang abadi.
"Kau tak mengerti Intan. Hakikatnya, keimanan aku masih rapuh lagi. Bagaimana aku berupaya bimbing zuriat Haikal kelak?" tanya aku seolah masih ragu-ragu kemampuan diri.
"Insya Allah, perkara yang baik sentiasa dipermudahkan Allah. Sedangkan Nabi Muhammad tidak pernah menyisihkan umatnya, begitulah harapan Umi yang sentiasa menanti kehadiran kau sebagai menantu.."
"Harapan Umi?"
-------
Aku memerhatikan rimbun pepohon kemboja yang meliar tumbuh di kawasan padang. Damai puputan bayu petang menenggelamkan aku bersama khayalan cinta sedekad lalu. Bayangan Azrul kian menghilang dimata dan terus lenyap namanya dihati ini buat selama-lamanya.
"Jauhnya mengelamun!"Aku tersentak.Mendongak memandang Haikal yang tersenyum simpul.
"Eh,abang rupanya.Ingatkan siapa tadi!"Serentak itu, Haikal duduk bersebelahan sambil memaut erat pinggangku. Sepenuh kasih, aku menyandarkan kepala dibahunya sambil merenung jauh redupan awan yang memayungi biasan mentari petang. Dari kejauhan hamparan hijau Taman Reaksi Bukit Kiara, kulihat Hardina dan Hafiz saling berkejaran riang bermain.Kedua-dua permata hati aku dan Haikal yang kian membesar meniti alam persekolahan tadika.
"Terima kasih abang.." lembut kata-kata aku membisik sayup di telinga Haikal.
"Untuk apa?"Haikal menoleh dengan kerutan di muka. Aku tersenyum hambar mengenangkan tulus ikhlas kasih lelaki ini terhadap diriku. Sanggup menerima cinta insan yang pernah tergadai harga diri.
"Sebab tak pernah sia-siakan Ain walaupun Ain sudah.." Aku tiba-tiba teresak menitiskan air mata keharuan.
"Syh.. tak baik mengungkit Ain. Abang sudah lama melupakan kisah silam Ain bermula dari saat perkahwinan kita dulu. Abang tak pernah kisah siapa Ain sebelum ini. Paling penting, Ain yang abang kenal adalah sebaik-baik wanita muslimah." pujuk Haikal menyingsing pergi segala resah yang bertaut jiwa.
"Tapi Ain.." Belum sempat aku ulangi kalimah ‘kesucian diri‘, pintas Haikal meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
"Ain, tahu tak, sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang berbuat kesilapan, lantas dia segera bertaubat dan berazam tidak mengulangi dosanya lagi. Anggaplah apa yang berlaku dulu adalah satu ujian daripada Allah. Ujian bagi mendekatkan diri sesesorang hamba kepada PenciptaNya." Aku termangu mencari kesungguhan kata-kata Haikal.
Benar apa yang dituturkan suami aku. Aku kini sudah banyak berubah. Andainya, dugaan hebat itu tidak hadir mengetuk pintu sejarah lalu, sudah pasti tika ini aku masih lagi dibelenggu kejahilan sosial remaja yang bertentangan dari landasan Islam sebenar.
"Ain sayangkan abang dunia dan akhirat!" utusku penuh bermakna. Haikal tersenyum melemparkan pandangan ke arahku sambil memangku Hardina yang kelihatan ceria bermanja. Hafiz yang menyusul selangkah kemudian, berlari-lari anak menghampiri aku. Spontan, aku merangkul mesra anak lelaki tunggal kami. Desiran angin senja melambai pergi seharian hari ini saat kami beriringan menuju ke kereta. Tinggallah derita, pergilah duka. Ikrarku memanjatkan rasa syukur pada kebahagiaan yang mekar bersemi kini!

Post a Comment