Followers

Monday, September 6

Adakah kita berfikir?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:47 AM 0 comments


Sesungguhnya mutiara yang amat ternilai pada zaman ini ialah sebuah iman dan taqwa yang dapat menangkis jiwa manusia daripada ditelan oleh hasutan syaitan dan dunia.Namun ada lagi yang lebih bernilai daripada itu iaitu Al-Quqan.Kerana kitab ini ialah sumber rujukan yang amat berguna untuk sekalian manusia.
            Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud hubungan antara muslim itu ibarat satu anggota badan apabila satu anggota terasa sakit maka sakitlah seluruh badan seperti demam.Hal ini menunjukkan bahawa ukhuwah yang terbina antara muslim amat utuh.
            Pada masa ini,umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dan dijangkiti virus fikiran mereka oleh musuh-musuh Islam.Semua ini adalah usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umat ini daripada peta dunia.Lebih memedihkan hati ialah penjarahan yang melampau dan berterusan oleh mereka yang dengki kepada Islam terhadap negara-negara Islam dengan propaganda yang palsu lagi dusta.Afghanistan,Iraq,Sudan dan Cechen sudah menjadi padang jarak padang terkukur.Apakah usaha mereka ini akan berjaya?Wahai diriku sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan kepada pihak Islam dan melumpuhkan kekuatan mereka yang sementara itu kerana tiada siapa yang dapat menandingi Maha Agungnya Allah.Tetapi kemenangan yang akan diperolehi itu perlu diiringi dengan sebuah pengorbanan yang besar.    
            Tanggal 1 Hijrah 1430 bersamaan 29 Disember 2008 yang lepas telah menjadi hari yang memilukan seluruh umat Islam kerana bumi Palestin telah bermandi darah dan bertarung nyawa demi sebuah pembebasan tanah air mereka.Bumi Palestin yang merupakan tanah warisan umat Islam telah dijarah dengan rakus oleh manusia Laknatullah,Israel yang lebih terkenal sebagai Zionis.
            Sesungguhnya peperangan ini adalah peperangan yang telah dijanjikan oleh Allah.Peperangan ini akan berlanjutan sehingga suatu masa yang telah ditetapkan-Nya.Namun,peperangan ini akan berakhir dengan sebuah kemenangan bagi pihak Islam yang menjadi kemuncak terbesar kemenangan Islam pada akhir zaman ini.Maka beruntunglah bagi sesiapa yang turut bersama berjihad membebaskan tanah suci ini kerana Allah telah menjanjikan kenikmatan yang terindah kepada mereka.
            Sebenarnya pelbagai sudut telah musuh-musuh Allah ini menyerang yang bukan sahaja dari segi penjajahan dan pemikiran,tetapi turut daripada aspek lain meliputi kehidupan dan pengembangan umat Islam.Pengembangan umat Islam di sini adalah bermaksud bahawa pengembangan agama Islam itu sendiri,ilmu,cara kehidupan,ekonomi,politik dan aspek penting lain.Oleh itu,diriku perlu persiapkan senjata yang pelbagai demi menyerang kembali sebagai suatu tindak balas untuk menegakkan agama Allah ini terus mekar di muka bumi pada akhir zaman ini.
            Umat Islam pada masa ini perlu bangkit melawan musuh-musuh Allah ini dengan pelbagai usaha dan segenap penjuru.Perjuangan ini memerlukan sepenuh sokongan dari semua umat Islam di seluruh dunia.Namun,aku akui ia bukanlah semudah perkataan yang diucapkan.
            Salah satu usaha ini ialah penstrukturan semula kewangan Islam untuk membantu  pejuang Islam dan mereka yang terlibat dalam penyebaran Islam.Pemstrukturan ini adalah perlu digerakkan demi kemajuan Islam itu sendiri.Melalui Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC),perkara ini dapat dilaksanakan kerana badan inilah yang bertanggungjawab mengambil berat hal umat Islam.
            Penstrukturan pertama ialah pembahagian kewangan terhadap Negara-negara Islam yang amat memerlukan terutama dalam penyebaran Islam.Kewangan yang banyak perlu disalurkan kepada pejuang Islam yang sedang berperang untuk kebajikan mereka di sana.
            Selain itu,bantuan kewangan kepada Negara Islam yang miskin perlu disalurkan demi kelangsungan hidup mereka.Hal ini demikian kerana,kita lihat kebanyakan Negara Islam itu termasuk dalam kelompok Negara yang miskin dan berpendapatan rendah.Sehubungan dengan itu tabungan khas perlu diwujudkan demi kesejahteraan umat Islam sejagat.Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan bantuan kritikal atau kronik apabila berlakunya bencana alam dan kemelesetan ekonomi sesebuah Negara Islam.
             Bukan itu sahaja,strategi perang untuk meluaskan dan mempertahankan Islam wajar diambil kira dengan serius oleh Negara –negara Islam.Antara langkah yang paling penting ialah mewujudkan pasukan tentera yang terdiri daripada Negara Islam.Pasukan tentera ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk,tetapi adalah untuk kepentingan pertahanan Negara Islam itu sendiri daripada diserang musuh Islam.Pasukan ini juga boleh digunakan oleh Negara Islam yang sedang berperang seperti Palestin,Iraq,dan Afghanistan.Pasukan ini turut boleh digunakan di Negara dan wilayah Islam yang sedang bergolak seperti Sudan,Somalia,Selatan Thai,Mindanao dan Pakistan.Satu agensi khas juga perlu diwujudkan untuk menyiasat perkara sebenar berlaku.Jadi,kita tidak perlu bantuan daripada PBB untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.Ini bukanlah bermaksud kita tolak usaha sama terus daripada mereka,tetapi agensi dan pasukan tentera yang ditubuhkan ini perlu diberi keutamaan sebelum menerima bantuan daripada mereka. 


0 Responses so far: