Followers

Friday, July 8

Kita Ada Kekuatan Itu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:03 PM 1 comments






Kekuatan Itu Ada Dalam Diri Kita

Hari ni rasa senang nak update blog dengan jari yang menari kat atas keyboard ni. sayang ngan keyboard ni. rosak-rosak dah dia. Kali ni ana (dah terbiasa ngan member ilmi-islam) nak bebicara dengan hati. Entry kali ni mungkin sama dengan entry yang lepas-lepas.

Kita Hanya Manusia Biasa

Kita hanya manusia biasa. Tak pernah lepas dari silap. Tak pernah lepas dari di uji. Itulah manusia biasa. Itulah diri kita. Adakalanya, hati kita meronta-ronta untuk tidak di lukai. Adakalanya hati kita menangis untuk tidak di sakiti. Tapi, adakah kita sedar, yang Dia tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya mampu tanggung?

Tapi adakah kita sedar. Akan sesuatu. Iaitu, tanpa penderitaan, tiada indahnya. Tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya, tapi yang paling penting di sini ialah jaga iman, jaga diri dan hiasan peribadi.

Carilah Ubat Untuk Setiap Kesakitan

Cop. Kita selalu kalau sakit kita pergi jumpa doktor. Tapi kalau hati kita sakit? Kita menangis. Tapi kenapa bila hati dalam kesakitan. Kita tidak mencari ubat untuk hati? Cubalah kita tengok hari esok untuk mencari setiap kelukaan itu. Kalau hendak berada di dalam keadaan kemanisan, bangunlah dan jauhi setiap kedukaan itu. Kalau hendak berada di alam kemanisan, bangunlah dan cari kelukaan itu. bangun dengan penuh semangat dan berazam . Yang lepas biarkan ia berlalu. Kita teruskan hidup baru.kan hari esok masih cerah untuk kita?

Penutup: Jadilah Seperti Seekor Katak

Kelakarkan? Kenapa ana cakap jadilah seperti seekor katak? Bila kita lihat katak, katak sentiasa ceria. Orang cakap dengan memanggil hujan. Walaupun cuaca panas, orang tengah membebel, tapi katak tidak. Memohon pada Allah, supaya hujan turun.

Kenapa kita sebagai manusia yang di kurniakan akal oleh Allah tidak buat macam tu yer? Pelikkan. Tapikan, sekiranya hari ini kita jatuh, hari esok kita mesti cari penawarnya.
Cuma satu je, adakah kita pernah berfikir yang emosi ni pernah menguasai diri kita? Bila emosi dah kuasai diri kita, iman hanya di tampal menjadi perhiasan hidup. Lama-lama kita tenggelam dalam satu misteri.

"Jika Tuhan berkenan untuk menyejahterakan dan membahagiakan seseorang,tidak ada apa dan siapa pun yang mampu mencegah-Nya."
Continue...


Thursday, July 7

Adakah Kita Mcam Ni?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:04 PM 1 comments


Pemalu itu penting,teramat penting..tapi jangan menjadi terlampau pemalu sehinggakan membiarkan maruah diri ditindas,sehingga membiarkan kebatilan mengatasi kebenaran...itu ialah pemalu yang dikeji,bukan pemalu yang terpuji.

Sifat malu ialah separuh daripada iman.Yang dimaksudkan malu ini ialah malu untuk melakukan perkara yang DIA larang sama ada secara terbuka mahupun tersembunyi.Malu untuk melakukan perkara maksiat,dan darjat malu yang paling tinggi ialah malu kerana merasakan setiap perbuatan mereka dilihat oleh Sang Pencipta.

'Sesungguhnya bagi setiap agama ada tatasusilanya atau ciri-ciri istimewanya,maka untuk islam ialah sifat malu.'
[H.R.Imam Malik]

Tak dinafikan,ada segelintir daripada insan di sekeliling kita yang sejak dilahirkan memang sudah ditakdirkan dia seorang pemalu.Contohnya ada lelaki yang pemalu,sampaikan bila lalu di hadapan perempuan mereka rasa tak selesa...dan mereka pun kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan perempuan kecuali dengan sahabat perempuan yang mereka kenali saja.

Tetapi di sebalik sifat pemalu yang ada pada diri mereka,terserlah sikap ketegasan.Mereka tetap punya sifat tegas dan tak mudah membiarkan diri mereka disakiti.Mungkin.....'pemalu' yang mereka miliki seolah-olah mereka kelihatan kurang berkeyakinan diri bila berhadapan dengan orang  ramai.

Memang tak dinafikan,mereka menghadapi sedikit masalah tentang keupayaan untuk berkeyakinan diri bila duduk di tempat yang ramai orang.Sebab tu jarang kita melihat insan pemalu hadir di majlis keramaian.Jika mereka hadir sekalipun,kehadiran mereka seolah-olah tak hadir.Mereka tergolong dalam kategori 'introvert',banyak berbicara dengan diri sendiri dan suka menyendiri...sebab kalau mereka duduk di majlis keramaian,fizikal mereka mudah letih dan memerlukan masa yang lama untuk rehat dan pulihkan kembali kecergasan mereka.Mereka juga punya rasa rendah diri yang tinggi.Mereka selalu merasakan diri mereka kekurangan berbanding orang lain.Sifat inilah yang menjadikan mereka kurang keyakinan diri.

Tetapi sikap 'terlampau' pemalu ini boleh dilatih & diperbaiki kepada sifat pemalu yang sederhana bila mereka sendiri berkeinginan untuk mengubahnya. Contohnya, mereka cuba memegang jawatan dalam sesebuah organisasi, dari situ mereka cuba melatih meningkatkan keyakinan diri dalam diri mereka dengan berani dalam membuat sesuatu keputusan,berani dalam menguruskan sesuatu organisasi. Selain itu, mereka cuba untuk hadir di tempat-tempat keramaian bagi melatih membina keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai di sekeliling mereka.Anggaplah diri seperti insan lain,masing-masing punya kelebihan dan kekurangan,dengan ini rasa keyakinan pada diri sendiri akan meningkat.Insya Allah...

Walau apa sekalipun,malu tetap penting dan menjadi kewajiban bagi setiap muslim untuk memilikinya kerana ia salah satu daripada sifat terpuji[al-mahmudah]. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri adalah contoh terbaik.Dalam Syama'il Al-Muhammadiyyah,

Dari Abu Sa'id Al-Khudri,radhiyaLlahu anhu,
'Sungguh,Rasulullah lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di tempat pingitannya.Jika beliau tidak senang kerana sesuatu,maka kami dapat mengetahuinya dari raut wajah beliau.'
[H.R.Tirmidzi,Bukhari wal Muslim,Ibn Majah,Ahmad,Abu Dawud & Ibn Sa'ad]

Jadilah seorang yang pemalu,sifat malu yang terbaik ialah bersederhana dalam sifat malu..tetapi jangan jadi seorang yang TIDAK TAHU MALU sebab itu tanda rendahnya akhlak seseorang.naudzubiLlah..

'Apabila Allah kehendaki untuk membinasakan seseorang hamba,akan dicabut padanya perasaan malu.Maka apabila dicabut perasaan malu,dia akan dibenci orang dan bila dibenci orang,akan dicabut daripadanya sifat amanah.Apabila dicabut daripadanya sifat amanah,maka dia didapati sebagai seorang yang khianat dan dikhianati.Jika dia berada dalam keadaan sedemikian,akan dicabut pula daripada hatinya perasaan rahmat dan bila ia terjadi begitu,maka dia tidak akan berada melainkan dalam keadaan yang dilaknati dan dimurkai.Bila dia dilaknati dan dimurkai,bermakna telah terungkailah akhirnya tambatan Islam daripadanya.'
[H.R.Ibn Majah]

Ya Allah.Hidupkanlah kami dengan kehidupan kekasihMu. Hidupkanlah hati kami dengan kehidupan hati kekasihMu. Hidupkanlah keperibadian kami dengan kehidupan keperibadian kekasihMu. Hidupkanlah akal kami dengan kehidupan akal kekasihMu.Hidupkanlah jasad kami dengan adab,sunnah dan hukum-hakam kekasihMu.Hidupkanlah seluruh diri kami dengan seluruh diri kekasihMu...
Continue...


Friday, July 1

Syukur Itu Satu Ketenangan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:04 PM 2 comments





Syukur adalah kunci kekayaan yang menyebabkan dirimu tiada akan resah, gelisah dan banyak merungut-rungut dalam kehidupan. Syukur adalah sentiasa redha dengan Allah dalam apa jua keadaan. Syukur adalah memandang pilihan Allah lebih baik daripada pilihan dirinya. Syukurlah jika dirimu tiada dikenali kerana ia menyelamatkan dirimu dari sifat riak. Syukurlah jika dirimu dihina kerana ia menyebabkan nafsu kesombongan hancur. Syukurlah dirimu diberi sedikit kerana selamat dirimu daripada ketamakan dan panjang angan-angan. Syukurlah dirimu dipilih dalam golongan yang berzikir walaupun tiada dikurniakan keasyikan kerana engkau dapat menaiki tangga kewalian dengan kesabaran dan istiqamah.

Imam Ghazali rahimahullah Ta’ala ada menyatakan: “Hakikat syukur itu bukanlah dengan kamu membilang-bilang nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu, tetapi hakikat syukur itu ialah dengan kamu mengetahui bahawa tiada yang memberi nikmat itu melainkan Allah Ta'ala."

Allah tetap mencurahkan (memberikan nikmat) kepada mereka, betapa kasih dan cintaNya Allah kepada kita! Sifat Ar-RahimNya pula hanya dikhususkan pada orang-orang Mukmin, yang benar-benar taat pada perintahNya. Firman ALlah,"

“Dan orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah!” (Al-Baqarah: 165)

Namun masih ramai yang tidak menyedari betapa Allah amat mencintainya dan begitu sedikit manusia yang bersyukur kepada Allah.Firman ALlah,"

“… Dan sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Saba’: 13) 

Nikmat yang Allah kurniakan tidak terhingga banyaknya, maka wajiblah atas kita membalas cintaNya seperti mana kita berbudi terhadap orang yang telah banyak menolong kita,dan menggunakan pemberianNya dengan sebaik-baiknya.

Rasa syukur bukan semata-mata kerana nikmat Allah yang diberikan, malah setiap ujian dan musibah yang datang kita hadapinya dengan rasa syukur. Qalbi yang Allah berikan kepada kita, kita gunakan untuk mengingatiNya. Segala ibadah yang kita buat atas rasa syukur dan cinta padaNya. Tubuh badan yang Allah berikan kita gunakan pada jalan yang diredhaiNya dan lainnya.

Apabila tiap sesuatu itu dibuat atas dasar cinta, ianya tidak lagi menjadi satu kepayahan dan kesusahan. Semua ini dilakukan dengan rela hati terhadap yang dicintaiNya, tidak perlu lagi bermujahadah untuk beribadah.
 
Oleh itu kita tidak perlu lagi mencari cinta Allah kerana cinta Allah sudah ada pada diri kita. Balaslah cinta Allah dengan perasaan syukur setiap masa kerana Allah telah berjanji barangsiapa yang bersyukur Allah akan menambah nikmatNya sebagaimana firmanNya:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”            (Ibrahim: 7) 

Continue...


Thursday, June 30

Bila Sudah Melamar

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:52 AM 2 comments




Alhamdulillah, semalam kita dah bertemu dengan artikel bangau oh bangau. Hari ni, saya nak ke utarakan pula mengenai sambungan Dah Sedia Nak Kahwin. Bila seseorang tu dah sedia nak kahwin atau nikah, dia mesti bersiap siaga setelah melamar. Siap sedia dengan pelbagai ujian dan mehnah kehidupan yang mesti kita lalui. Bukan satu, bukan dua, tapi pelbagai ujian yang akan di lalui. Macam-macam ada,(macam astro pulak).

Sebelum tu, nak tanya, macam mana tadi perlawanan bola sepak? Saya pun tengok juga tadi. Best dan menarik. Ok dah stop. Sekarang kita tumpukan pula pada tajuk kali ni. siap sedia setelah melamar.

Melamar Ketika Masih Belajar

Bukan ada masalah atau satu kesusahan dan keresahan apabila melamar ketika masih belajar. Mudah. Senang. Bahkan, sekiranya melamar(bertunang) ketika masih usia muda, orang lain akan lihat “ bolehkah dia ni bertanggungjawab?”. Jangan risau. Sifat tanggungjawab tu memang ada dalam diri setiap insan. Samada saya, kamu, dia atau sesiapa sahaja. Ini dari sudut pandangan sesetengah pihak.  Manakala dari sudut penglihatan orang lain. Kita (lelaki) akan di lihat lebih bertanggungjawab dan sudah bersedia memikul tugas dan seorang suami.

Sebab apa? Iaitu suadara sudi melamar dan memberitahu hasrat untuk mengambil si dia sebagai isteri. Sikap ini sebenarnya baik, malah sebolehnya sebagai remaja lelaki memang perlu mereka memulakan hal-hal sebegini.

Namun, masalahnya akan menjadi rumit apabila LAMARAN itu diterima tetapi PERLU MENUNGGU untuk kahwin. Kalau LAMARAN diterima dan BOLEH TERUS kahwin, itu tiada masalah. Malah itu dikira rezeki datang bergolek. Tetapi, jika sudah sama-sama suka, sama-sama green light. Tiba-tiba ada trafik jem. Ini memang masalah. Ia akan mendatangkan banyak ujian emosi.

Saya akui, kita sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan itu dengan sebaiknya agar tidak bercampur dengan dosa atau zina hati. Tetapi, apabila lamaran itu dilakukan dalam tempoh sedang belajar. Maka ia tetap menjadi masalah dan gangguan kepada emosi.

Sepatutnya, kita perlu menilai terlebih dahulu keadaan kewangan dan kemampuan keluarga masing-masing. Malah kita sebagai lelaki juga perlu bersedia awal dari aspek kewangan sebelum membuat lamaran. Persediaan awal AMAT PENTING dari segi kewangan, jika ada wang dan tiba-tiba perasaan TERDESAK untuk kahwin…maka niat itu boleh diteruskan dengan mengadakan pernikahan secara sederhana.

Cincin Sudah Di Jari, Janji Sudah Di Ikat

APAPUN, lamaran sudah dibuat. Masa tidak boleh diundur semula. Nasi sudah menjadi bubur. Ibaratnya “Cincin pertunangan sudah disarung” Cuma akad nikahnya belum tahu bila waktu tiba.

Jangan cemas, jangan gundah. Saya dapat lihat di sini, kamu adalah seorang yang benar-benar ikhlas mahu menjadi suami yang baik. Keikhlasan itu tidak akan digugat oleh ujian-ujian kecil. Apa yang utama, saudara perlu melakukan 3 perkara.

1) Bertaqarrub kepada Allah.
 Pencinta yang mahu menikah dengan pasangan, maka seharusnya dia menjaga nafsunya daripada membuat perkara keji. Adalah wajar jika saudara berpuasa sunat dengan kerap sekaligus menjaga ibadat fardhu dengan ketat. Jangan dicicirkan solat berjemaah.

2) Bersiaga dan Mencari Ilmu.
Saya percaya, sampai masa kita akan menikah dengan gadis pilihan. Inilah waktu saudara berjuang mencari ilmu dan mempersiapkan diri untuk menjadi SUAMI MITHALI. Saya dapat melihat sikap saudara yang sangat ‘Mandiri’ dan saya ada suatu perasaan bahawa saudara akan menjadi suami yang baik. Cuma, pastikan ilmunya dicari sekarang. Itulah ilmu agama dalam berumahtangga. Baca buku-buku dan dengarkan kuliah online. Insya allah…sukses!

3) Awas Jerat Zina.
Ingat, saudara mahu memimpin bakal isteri ke syurga. Bukan ke neraka. Saudara mahu bahagia sampai ke akhirat, bukan merana di akhirat. Oleh itu, sentiasalah menasihati diri sendiri dan juga calon pasangan dengan sebaik-baiknya. Jangan berhubung terlalu kerap, tetapi sentiasalah berkongsi nasihat yang baik apabila perlu. Itu sahaja.

‎-"Adakalanya, demi mengurniakan bantuan, Dia jadikan kita menderita,
tapi penderitaan kerana-Nya menghadirkan kebahagiaan.
Tawa menyusul kemudian daripada airmata.
Sesiapa yang memahami hal ini adalah hamba yang diberkati-Nya.
Di mana air mengalir, kehidupan subur melata;
di mana airmata menitis, belas kasih Ilahi menyata."


Continue...