Followers

Tuesday, May 24

Denai-Denai Di Kotak Akal

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:30 AM 1 comments


Denai-denai Di Kota
Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....

Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.

Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.

Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??

Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...

Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.

Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...

Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...

“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”

“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”

“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”

“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut,  apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”

“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”

“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”

“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia...  Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)










Menapak di langit
Tinggi,
semakin banyak yang kelihatan
kecil mengecil
besar mengerdil

Terus menerobos awan
pernafasan sukar
udara semakin sempit
nyawa mula bergegar
andai jatuh
pasti mati
tidak mungkin hidup kembali
apakah belum tiba masanya berhati-hati?
maka sedarilah diri
wahai yang menapak ke langit
kau hanya hamba
kerdil tidak berkuasa
yang mengangkatmu itu Terhebat Atas Segala
Kau lebih di sini, kurang pula di sana
Dia sentiasa terulung dalam semua perkara
Maka sujudlah
di atas langit kau merendah
ibarat baginda di Fathu Makkah
dengan udara-Nya kau bernafas segah
dengan kuasa-Nya kau terbang megah
bukan satu kemuliaan
tetapi tanggungjawab yang sentiasa menyergah
Jangan kau lupa
asalmu dari tanah berkat
jangan kau berakhir di dalam api yang menyengat
pulanglah ke asalmu dengan selamat
Menapak ke langit
jangan dilupa pertarungan sengit
biar nanti saat kau menyeru
jiwa-jiwa kan terbangkit.


Nanti bila Allah berpaling…

Allah SWT adalah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mencintai, Maha Pengampun. Tiada yang mampu menandingi kasih-sayang-Nya. Tiada siapa yang mampu menandingi cinta-Nya. Tiada yang mampu menyaingi keampunan-Nya.

Tetapi akan wujud satu hari, di mana Allah SWT tidak lagi membuka kasih sayang-Nya, melainkan kepada mereka yang telah mendapat kasih sayang-Nya. Akan tiba satu hari di mana Allah menutup ampunan-Nya melainkan untuk mereka yang telah diampunkan-Nya. Akan sampai satu hari di mana Allah menutup cinta-Nya melainkan untuk mereka yang telah dicintai-Nya.
Itulah dia Hari Akhirat.

Allah akan murka semurka-murkanya pada mereka yang telah diberi peluang tetapi mensia-siakannya. Allah akan marah semarah-marahnya, pada mereka yang telah diberi peringatan tetapi tidak mengendahkannya.

Hari itu Allah akan berpaling.

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Lalu berkatalah orang yang berdosa: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.” Surah Toha 124-126

Dan kita hanya punya kehancuran. Ketika itu kita tidak punya lagi ‘sekarang’ atau ‘hari esok’. Yang kita hanya ada adalah apa-apa yang telah kita lepaskan.
Tergantung di neraka. Di tengah-tengah kematian dan kehidupan.

“Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” Surah Al’A’laa ayat 11-13.


Continue...


Jom Muhasabah Diri

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:21 AM 0 comments




Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Mujahadah dalam makna yang praktikal ialah melakukan sesuatu yang perlu dilakukan walaupun kita tidak menyukainya. 

Ia sangat sukar dilakukan tanpa keimanan kepada Allah. Kebanyakan manusia hanya melakukan perkara yang suka dilakukannya walaupun pada hakikat perkara itu tidak perlu dilakukan.

Dalam realiti hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara.

Pertama, perkara yang perlu kita lakukan

kedua, perkara yang suka kita lakukan

sayangnya...

kedua dua perkara itu saling bertindak secara bertentangan antara satu dengan lain. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. 

dan perkara yang suka kita lakukan pula adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Sebagai satu contoh yang boleh saya bawa ialah, apabila hampir tiba waktu subuh, perkara yang perlu kita lakukan ialah bingkas bangun, membersihkan diri, bersuci, berwuduk dan bersedia untuk solat.

Namun, pada masa yang sama, apakah perkara yang kita suka lakukan?

kalau di ikutkan rasa, lagi ramai yang suka tarik selimut balik, sambung tidur. ( samalah dengan saya).

Solat subuh ialah perkara yang perlu manakala tidur ialah perkara yang kita suka lakukan..

Namun, untuk mendapat hidayah taufik, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. 

Oleh itu, tidak ada pilihan buat kita melainkan 'memaksa' diri melawan rangsangan yang mengoda diri kita untuk melakukan perkara yang disukai.

begitulah.  

untuk berjaya dalam hidup kita perlu melakukan perubahan. kita perlu keluar daripada 'zon selesa' menuju ' zon mencabar' kerana zon yang mencabar itulah letakknya kemjuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita.

Zon Muhasabah Diri
Siapakah Kita??? 
Kita adalah insan yang dijadikan untuk beribadah kepadaNya. 

Seringkali aku menyoal diri 
Muhasabah bermula dengan soalan kepada diri sendiri...... 

siapakah aku dan kita sebenarnya 
Kita adalah apa yang kita ketahui dan apa yang kita amalkan. 

mengapa aku dilahirkan dan haruskah begini bentuknya 
Dilahirkan untuk diuji dan dilahirkan dalam sebaik-baik kejadian. 

acapkali aku menyoal diri haruskah kita digelar manusia semata-mata kerana kita manusia! 

Gelaran ada masanya penting dan ada masanya tidak penting. Penting untuk muhasabah diri dan tak penting dari segi nilaian. 

namun bukan sedikit yang tidak bersifat manusia dalam alur liku hidup sehari-hari... 
Adat bagi manusia yang gemar mengikut nafsu dan kita adalah sebahagian daripadanya.....(Ya Allah, Selamatkan la aku...) 

Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini mungkin sudah suratan azali yang tentunya telah terpahat di Loh Mahfuz 
tapi bagaimana kita semua mengenal diri?


~ Cukupkah sekadar berkata; "Kenalilah dirimu maka akan kenallah Tuhanmu." 

mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang! 

Pastinya suratan takdir daripada tuhan yang tertulis di luh mahfudz.

Mengenal diri tidak semudah yang disangka dan ramai pula yang menyangka dirinya sudah mengenal diri dengan ilmu yang dimilikinya. 

Apapun sebenarnya ianya memerlukan mujahadah yang keras dan istiqamah. 

Zikir adalah makanan hariannya dan hatinya perlu terus-menerus memandang kepada tuhannya...... 

Tapi kenalkah kita akan diri sendiri? 

justeru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa teruskan menjawab soalan-soalan ini ...

Tidak akan mengenal diri sendiri sebelum kita ‘mati’. Mati sebelum mati adalah acuan yang boleh menampung hakikat diri ini...... 

apa makna hidup? 
Hidup adalah satu sangkaan yang penuh kepura-puraan 

untuk apa hidup ini? 
Hidup ini untuk mati... 

apa erti hidup? 
Hidup membawa erti yang berbeza pada orang yang berbeza pula.. 

apa yang diharapkan dari hidup ini? 
Hidup diharapkan menjadi jambatan untuk ke akhirat 

apakah hidup ini ada gunanya? 
Berguna sebagai aset (saham) untuk kehidupan yang kekal nanti. 

apa tujuan hidup? 
Firman Allah di dalam Al Quran yang mafhumnya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.... 

Kemana selepas hidup ini? 
Tentunya ke alam yang lagi kekal abadi

soalan-soalan itu perlu kita jawab sendiri-sendiri bertunjangkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW! 


Continue...


Sunday, May 22

Cinta Kita Berakhir Di Sini

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:07 PM 1 comments




Hening malam membuatkan Qayyum kesejukan. dia memerhatikan suasana di sekitar Villa  QayRen. Sepi. Dari jauh, hanya kelihatan cahaya suram yang menyuluh sekitar villa. Angin pantai mengelus lembut rambut.

Qayyum mengeluh resah.di manakah rasa cinta? Di manakah rasa rindu? Adakah ia akan berakhir di sini? Atau ia akan berakhir di sana? Apakah perasaan yang akan di hadapi bila kita di tinggalkan? Qayyum meneruskan hidup tanpa orang teersayang di sisi. Anak-anak? Lagikan anak-anak, yang ada hanya bilik yang di penuhi barang bayi.

Qayyum duduk di satu sudut pantai. Dia memerhatikan keindahan penciptaan Allah. Tuhan sekalian alam. Yang memerintah. Tanpa tidur, tanpa leka walau sedetik. Indah. Cukup indah apa yang telah Allah tetapkan.

Dalam diam, Qayyum duduk sambil merenung. Adakah esok ada lagi untuk dirinya memerhatikan keindahan? Sungguh. Hanya mereka yang berfikir sahaja dapat menilai. Hanya mereka yang berfikir sahaja yang dapat memahami. Mengapa dan untuk apa sekolah kehidupan yang cukup besar di ciptakan.



Tarikh            : 5 June 2012
Tempat           : Persisiran Pantai Cherating
Masa               : 10 Malam

Apa yang dulu Qayyum runsingkan telah terjadi. Dia tidak risaukan akan kematian. Kematian adalah satu jangka hayat dan telah menjadi ketetapan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Kerana semua itu hanya pinjaman. Ia pasti akan pulang ke tempat asal. Ke tuan asal.

Qayyum hanya risau akan tarbiyah hati. Hati yang mungkin boleh membawa kebaikan. Hati yang mungkin boleh membawa kepada kehancuran. Bagi insan kamil seperti Qayyum amat payah untuk di didik.

Tarbiah Hati, inilah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh kita manusia...

Padahal tarbiah hati itulah pangkal segala kebaikan, jika hati telah dididik, dengan sebaik-baiknya, bermakna kita betul betul telah menafaatkan hati itu dengan sebaiknya.

Jiwa atau hati adalah raja dalam diri manusia. 

Ia umpama pemerintah yang menentukan buruk dan baik sifat seseorang. hati juga ada keperluannya, tetapi kerana sifatnya yang abstrak (maknawi), maka keperluannya juga bersifat abstrak.

Keperluan hati ialah iman dan takwa, oleh kerana sifatnya maknawi, maka hanya mereka mereka yang mempunyai ' mata hati' sahaja dapat melihat keperluan ini dan cara memenuhinya.

Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan kemelut hidup.

Kita perlu cari di mana puncanya atau tujuannya, untuk apa hidup ini.

Malangnya,  ramai yang tidak tahu jawapannya secara tepat dan jelas pada persoalan asas ini, hal ini kerana kita insan biasa walau sebijak mana sekalipun tidak akan tahu apakah tujuan hidup.

Justeru, rujuklah kepada pencipta hidup (ALLAH), necaya di sana ada jawapanya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah HATI.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


kerana itu, suatu masalah yang bersifat dalaman soal hati mestilah diselesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga. 

Qayyum bergerak mengikut arah angin. Dia kini berada di awang-awangan. Yang kedengaran hanya deruan ombak yang memukul pantai. Jam sudah menginjak ke arah 12 malam.

Qayyum teringat akan usrah dan taskil bersama Ren tentang hidayah. Bukan hidayah yang merupakan insan dan hamba. Tapi hdayah yang hanya Allah berikan.

Tarikh            : 3 Mei 2010
Tempat          : Ruangan Solat di Villa QayRen
Masa               : selepas Isya’
Sayang,

Hidayah berasal daripada perkataan Hadiah ertinya ' kurniaan'.

Hidayah adalah kurniaan daripada Allah kepada manusia ataupun insan insan yang 'terpilih'..
dalam mengharungi 'belantara' kehidupan di dunia ini.

dan perlu ingat, kita semua adalah insan insan yang terpilih.

taufik hidayah adalah hidayah teratas dan paling berharga sekali.

Hanya dengan hidayah ini, insan akan mendapat kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.

Tanpa Hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firmannya yang bermaksud;
' amat besar kemurkaan di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan'

(surah al-saff ayat 61-3).

Taufik hidayah boleh dimiliki dengan mengamalkan hidayah Islam dengan bersungguh sungguh, walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya.

Sedangkan bisa pun bole menjadi ' tawar' apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia. 

Cuma, sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis kita perlulah bersusah payah dahulu memaksa diri melakukannya. Ini satu 'sunnatullah' No pain, no gain....

Inilah yang dikatakan mujahadah, yakni perjuangan yang penuh kesungguhan dan kegigihan untuk melawan hawa nafsu secara konsisten.

Yakinlah apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri, Allah s.w.t pasti akan membantu kita.


Firman Allah yang bermaksud ;

' dan mereka yang bersungguh sungguh mendapatkan kami (Allah) nescaya kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan jalan kami'

(Surah al-Ankabut ayat 69 - 29)

Ya Allah,
Kau berikanlah daku satu rasa cinta,
Untuk mendambakan rasa cinta kepada Mu,
Kau berikanlah daku satu rasa rindu,
Supaya aku bertambah rindu kepada diri Mu,

Ya Allah,
Kau lahirkanlah kepada ku bibit dan rasa kasih dalam diri ku,
Supaya daku dapat menambah bibit kasih terhadap diri Mu,
Kau lahirkanlah rasa sayang dalam diriku,
Supaya daku dapat melahirkan rasa sayang yang lebih mendalam kepada diriMu,

Ya Allah,
Jika kau kurniakan daku seorang wanita,
Biarlah dirinya dapat menerima diriku seadanya,
Tanpa rasa sangsi,
Tanpa rasa syak wasangka dalam hati dan dirinya.

Biarkanlah rasa itu dapat menambahkan dalam satu rasa kepada Di Kau.
Biarkanlah rasa sayang itu andai hati itu memang kau kurniakan utnuk diriku.




Continue...


Monday, May 16

Semua Hanya Pinjaman

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:20 PM 1 comments





Sayang, semalam genap sudah setahun kau pergi meninggalkan dunia. Abang redha atas pemergian dirimu. Kita sebagai hambaNya harus redha dengan segala ketentuan takdir yang telah dia tetapkan. Sayang, adakah dirimu akan menjadi bidadari ku di syurga kelak nanti? Abang harap, sayang sentiasa dapat menemani abang, di dunia dan juga di akhirat.

Tiada lagi bacaan surah yang kau lagukan. Tiada lagi senyuman mu yang menawan hati abang semasa abang pulang dari kerja. Tiada lagi bayangan mu di pondok menanti kepulangan abang. Malah, setiap kalau hari lahir abang, abang akan terasa keseorangan. Bacaan qasidah dan ngaji membuatkan abang rindu. Malah membuatkan abang terasa kesepian.

Abang masih lagi teringat cara mu, dan gaya mu terhadap adik mu. Semua itu berlaku pada 1 june 2008. Kisah Ummu Sulaim yang dulu selalu abang taskil dan usrah pabila kita berdua menjadi bahan untuk merapatkan ukhwah antara adik mu dan dirimu.

Tarikh : 3 April 2008
Tempat            : Sebuah Bilik Di Villa QayRen
Waktu : 10 Malam

Perlahan tubuh munggil itu dibaringkan di atas katil. Di usap rambut anak kecil tersebut. Satu kucupan kasih diberikan di dahi si anak. Di renung jasad si anak dengan senyuman sambil air mata kasih mengalir di pipi. Baru siang tadi si anak kegeringan yang amat berat. Menjelang senja si anak semakin tenang dari rengekan dek sakit yang di tanggung. Dan kini, si anak memang benar-benar tenang dan damai. Jasad si anak lalu diselimuti dengan gebar yang nyaman agar tidak kesejukan dek suasana malam yang sepi.

Yang hanya terucap olehnya hanyalah….

Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’uun Allohumma’jurnii fi mushiibati wa akhlif li khoiron minha 

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).”( HR. Muslim 2/632 )

Menjelang malam, suami tercinta kembali dari menunaikan ibadah di masjid.

“Sayang ku, bagaimanakah keadaan putera kesayangan kita ?” tanya Abu Talhah

“Alhamdulillah. Anak kita semakin tenang. Dia sudah berhenti menangis.” Jawab Ummu Sulaim bersama senyuman manis buat suami tercinta.

Terhibur hati si ayah mendengar perkembangan kesihatan si anak di bawah jagaan isterinya yang penyayang. Lantas Ummu Sulaim menghidangkan makanan istimewa yang lazat-lazat buat si suami.

"Malam ini, malam istimewa buat kita. Sayang hidangkan makanan yang lazat-lazat kerana sayang tahu, diri abang kepenatan dek mencari rezeki buat kami siang tadi. Makanlah sayang ku. Akan ku layan diri mu umpama seorang dayang melayan seorang raja yang mulia." ujar Ummu Sulaim sambil membelai tubuh suaminya.

Tersenyum Abu Talhah. Direnung wajah ayu si isteri. Diusap pipi si isteri dan dikucup dahinya sebagai tanda terima kasih.

Layanan Ummu Sulaim bukan sekadar hidangan yang enak dan lazat. Malah dihiasi dirinya dengan dandanan yang cantik dan mengghairahkan, agar si suami terlupa akan masalah yang dihadapinyai siang tadi. Hidangan yang istimewa dan berdandan serta berhias dengan wangi-wangian, membuat Abu Thalhah tertarik dan mengajaknya tidur bersama.

Setelah suaminya terlelap, Ummu Sulaim memuji kepada Allah karena berhasil mententeramkan suaminya perihal musibah yang menimpa putera kesayangan mereka, kerana dia menyedari Abu Thalhah telah mengalami keletihan seharian, sehingga dia membiarkan suaminya tidur dalam keadaan terhibur dan puas.

Menjelang subuh, Ummu Sulaim berbicara pada suaminya, seraya bertanya,

"Wahai kasih ku, apa pendapatmu jika ada seseorang meminjamkan barang kepada jirannya lalu dia meminta kembali barang tersebut di pulangkan, adakah perbuatan meminta untuk dipulangkan oleh si pemberi pinjam itu salah ?"

"Tidak," jawab Abu Talhah.

"Bagaimana pula jika si peminjam enggan mengembalikannya setelah menggunakannya?"

"Pastinya si peminjam bukan seorang yang mulia dan tidak amanah."
Abu Talhah menukas.

"Sayang ku, begitu juga dengan putera kesayangan kita. Allah meminjamkannya pada kita dan pemiliknya telah mengambilnya kembali. Relakanlah ia kembali ke sisi Allah," kata Ummu Sulaim dengan tenang.

Ummu Sulaim memang seorang ibu mukminah yang sabar. Ia menerima peristiwa kembalinya putera tersayang ke hadrat Allah dengan sabar dan tenang. Ummu Sulaim bukan hanya seorang ibu yang mukminah yang sabar, dia juga seorang isteri yang soleha dan pandai menghibur hati si suami, Kedudukan Abu Talhah sebagai salah seorang kaum Ansar yang paling berjaya dibidang perniagaan.

Saat Ummu Sulaim dilamar oleh Abu Talhah, Abu Talhah masih lagi belum beriman.Pun begitu, bukan kekayaan yang dijadikan ukuran. Juga bukan rupa paras ketampanan mahu pun keupayaan bermain ayat-ayat cinta yang diinginkan. Melainkan mahar yang paling mahal iaitu ucapan kalimah syahadah dan keimanan yang dijadikan dambaan. Kerana hanya IMAN yang teguh mampu menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Lantaran masih hijau dan muda keislaman si suami, Ummu Sulaim menunjukkan jalan bimbingan agar si suami mendapatkan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Agar iman yang terpahat bak akar tunjang yang teguh mencengkam ke bumi, tidak kan tumbang pokok dek desakan sang badai.

Di saat suami perlukan sokongan, Ummu Sulaim hadir bersama sandaran iman. Agar hati suami tidak goyah dek ujian dan godaan yang mendatang. Hati si suami diingatkan akan kebesaran Allah agar terhibur dan bangkit semula roh Islami si suami.

Inilah Ummu Sulaim. Wanita mukminah yang soleha.

Pesanmu pada adik mu:
“jadilah seperti Ummu Sulaim, kita tidak akan rugi.”

####3
Tarikh   : 3 April 2011
Tempat : Stamford Bridge, London
Masa    : 9 a.m waktu London

Masa hari ni, abang tengah nak buat perbentangan tentang usul syarikat yang hendak di labur di sini. Abang tengah nak buat persiapan. Dalam sedang melakukan persiapan, abang menerima panggilan dari Malaysia. Dari villa kita. Dari adik mu sayang.
Sungguh, adik mu mengikuti pesanan mu .... menuruti dan meneladani Ummu Sulaim .....

Di sebelah sana panggilan telefon tersebut ... abang mendengar suara adik mu yang tersedu-sedu dan terisak-isak berkata .......

"Abang .... Kak Iena ...... Kak Iena yang Allah pinjamkan kepada kita ...... sudah diambil kembali oleh Allah ......"

Aku terduduk. Kelu tidak terkata apa-apa. Handphone yang ku pegang terlepas dari gengaman. Dunia yang abang rasakan gelap seketika. Abang teringat kata-kata sayang seminggu sebelum abang berlepas ke London.

“ abang, nanti kalau sayang meninggal, sayang nak meninggal di ribaan abang, macam baginda Rasul menghembuskan nafas terakhir di ribaan Saidatina Aisyah R.a”

Masa tu, abang tak ambik pusing apa yang sayang cakap, abang Cuma cubit pipi sayang, dan abang membalas

“ jika itu Allah sudah takdirkan, abang sudi”

Sayang,
Hari ini genaplah setahun diri mu meninggalkan abang
Tipulah kalau abang kata abang tak rindukan mu
Namun itulah yang telah ditaqdirkan Ilahi
Sesingkat ini jodoh antara kita
Kerana diri mu lebih Allah cintai
Maka engkau dijemput kembali



Yang tinggal cuma
Hanya rumah kita yang kosong dan lengang
Tiada lagi suara bacaan Berzanji dan Al Quran 
Yang sering menyambut diri ku ketika pulang
Serta kamar yang sepi
Dan memori indah saat kita bersama
Kenangan manis menjadi hambar dan pahit

Sayang,
Abang amat rindu
Rindu digerakkan mu untuk bersolat malam bersama
Rindu untuk menjadi imam dalam qiamul lail kita bersama
Rindu mendengar suara sayang sewaktu kita bertadarus bersama
Rindu untuk bersahur dan berbuka puasa bersama
Rindu membisikkan kisah-kisah para kekasih Allah kepada mu yang manja
Namun kerinduan abang tidak setanding 
rindunya Rasulullah SAW terhadap umat baginda di akhir zaman

Sayang,
Abang merasa malu
Tatkala menyingkap lembaran sejarah silam
Pernah para malaikat, anbiya dan sahabat terasa malu dan tersisih
pabila Rasulullah SAW berkata bersama linangan air mata kasih
Baginda amat merindui umatnya di akhir zaman 
melangkaui rindunya kepada para malaikat, anbiya dan sahabat sekelian

Mengapa ?

Kerana umat baginda di akhir zaman 
amat merindui baginda SAW 
Mereka berjuang dan berkorban
Dengan harta, masa dan tenaga
Hatta dengan darah dan nyawa
Agar seruan Rasulullah tersebar serata dunia
Agar Islam terus mulia dek usaha mereka
walau mereka tidak pernah melihat sosok tubuh baginda.

Lantas 
Air mata abang menitis
Bukan kerana merindui mu, sayang
Tetapi kerana abang malu 
Rasulullah SAW menitiskan air matanya kerana merindui KITA
Sedangkan kita tidak merindui baginda …..

Sayang,
Selingkar kisah lagi ku singkap
Buat memujuk hati ku yang merindu ini
Agar subur kembali jiwa jihad ku yang semakin kelam
Kelam dek bujukan nafsu dan godan syaitan
Kisah syahidnya Gregory Theodore di medan Yarmuk
Tatkala perang makin berkecamuk
Gregory Theodore panglima Romawi mendakap sinaran hidayah
Hanya sempat bersolat dua rakaat selepas melafaz syahadah
Mentauhidkan Allah dan mencintai Rasulullah
Mengejar syahid walau dirinya dan Rasulullah tak pernah bersua
Gugur dirinya sebagai perwira
Agar kalimah Allah terus terbela

Sayang
Walau abang telah kau tinggalkan
Bersaksilah engkau di alam sana
Akan abang usahakan perjuangan ini hingga ke akhirnya
Agar rindu ini hanya milik Allah dan Rasul-NYA

Continue...