Followers

Tuesday, March 27

Sandera Cinta

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:03 PM 0 comments

Sandera Cinta



Cinta dan memiliki itu sesuatu kosa kata yang berbeza. Jangan silap antara keduanya. Ramai pasangan suami isteri yang terkorban rasa cintanya kerana gagal membeszakan antara mencintai dengan memiliki.
Bila kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mengingatinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak di hiraukan, bahagia kekasih itulah yang akan di utamakan dalam prinsip hidup. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati antara kita. Sebaliknya jika perasaan diri di utamakan, perasaan jiwa dan rasa kekasih di abaikan, maka itu bukan cinta, itu adalah peralatkan cinta namanya.

Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun itu adalah sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu bukanlah kebahagian terkukur yang terkurung, tetapi adalah buat tuannya yang mengurung.
Mencintai itu bermakna membebaskan, manakala memiliki itu bereti mengurung, mengikat, membelenggu dan juga mengawal.

Ini Burung Kesayanganku

Queen atau king control adalah hasil daripada produk cinta yang palsu. Cinta yang di lipti kepentingan diri. Kulitnya cinta, tetap isinya adalah keegoaan. Seperti seorang pmilik burung terkukur. Burung di beri makan, di beri air, di beri tempat tinggal, tetapi tidak di beri kebebasn untuk terbang melata.

Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun itu adalah sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu bukanlah kebahagian terkukur yang terkurung, tetapi adalah buat tuannya yang mengurung.

Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberikan kebaikan yang kita rasakan ia adalah baik untuk diri kita. Tapi bukan untuk diri orang lain. Apa gunanya makanan yang mewah, sankar yang mewah pada terkukur yang berlagu?

Kalaulah terkukur boleh berbicara sudah tentu ia akan berbicara.

‘Jika benar tuan sayangkan aku, bebaskanlah aku.’

Walaupun terkukur tidak mungkn berbicara, tetapi tuannya pasti tahu akan hakikat setiap hidupan inginkan kebebasan.

Tidak sukar untuk memahami dan merasai jika kita benar-benar ada rasa mencintai. Bukankah kekasih sejati itu bertindak memahami kemudian baru di fahami?

Kata-kata yang saya selalu pegang. Memahami berbeza dengan di fahami.

Beri Peluang Pada Pasangan.

Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya bagi pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga. Prinsip membeaskan bukan mengikat haruslah di fahami sedalamnya. Ketika pernikahan menginjak ke usia pertengahan, tiada lagi cinta berapi berasaskan keinginan bilolgi dan fisiologi. Tetapi yang tinggal adalah cinta yang melepaskan bukan cinta yang mengikat.

Sudikah diri kita memberikan peluang untuk pasangan buat kali kedua, ketiga dan entah keberapa kali peluang yang akan di berikan untuk dia berubah? Untuk memperbaiki diri?

Jika sudi, benar kita masih lagi cinta. Namun, jika jemu, jika bosan ia adalah petanda kurangnya cinta dalam diri.

Ingatlah, jika pasangan kita ada kerenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang di perkatakan. Tetapi katakan juga kesabaran pasangan hidup.

Suami adalah cermin bagi isteri dan begitulah sebaliknya.

Jadi jangan cepat menyalahkan atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan diri ataupun keburukan yang ada pada pasangan diri kita itu sebenarnya bukan sahaja tidak di ingini oleh diri kita. Mereka juga pada hakikat sedang berhempas pulas memperbaiki kelemahan yang ada pada diri.

Barang Yang Hilang Fungsinya

Kata orang habis manis, sepah di buang. Padahal, selalulah tilik balik kenapa, suami muram, kenapa isteri menjeruk rasa. Mungkin akibat tekanan kerjanya di pejabat. Mungkin juga kesan daripada perangai anak-anak di rumah yang baru nak naik ke alam remaja. Alam yang paling di takuti oleh ibu bapa.

Kita selalu akan membuang barang yang sudah rosak atau menggantikannya dengan barangan yang lagi baru. 
Kita tidak selalu untuk mencuba nasib membetulkan barang yang telah rosak. Barang yang sudah yang hilang bukan bertujuan untuk menggantikan dengan barang yang baru. Tetapi adalah untuk di perbaiki. Mana tahu barang yang masa mula rosak, di perbaiki lebih baik dari barang yang baru? Kita sendiri tidak mengetahui. Yang tahu hanya Allah semata yang tahu.

Namun tiada yang ikhlas mencintai melainkan ALLAH semata yang ikhlas mencintai. Allah yang Maha Kuasa itu tidak memerlukan sedebu pun manfaat dari hambaNya. Dia Al-Qawwi, Dia Al-Ghani… maha perkasa.

Justeru, untuk bebas dari memperalatkan cinta dan di peralatkan oleh cinta.. jadikanlah cinta Allah sebagai landasan, asas dan dia atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta walaupun kepada isteri atau suamimu.



0 Responses so far: