Cahaya yang menyuluh jalan, menyebabkan aku senang untuk memandu pulang ke rumah. Kereta BMW 5 Series ku, aku pandu laju membelah kepekatan malam. Sudah berbulan-bulan aku tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman. Tika aku termenung sendirian, hati kecil aku terdetik, kalau dalam kehidupan, manusia memerlukan cahaya sebagai penyuluh kehidupan lagikan pula kita yang selalu dalam kegelapan. Kita yang jauh dari zaman Rasulullah dan para sahabat. Yang mana mereka adalah pelopor dan pengikut Rasulullah. ‘ ah, aku begitu rindukan zaman itu. Zaman yang di terangi dengan cahaya.’
Bila di renungkan kembali, apabila kita sesat di jalan raya, kita pasti akan bertanya pada seseorang. Kita pasti akan menahan kereta atau kita berhenti sebentar di mana-mana samaada di kedai, mahupun di hentian rawat dan rehat. Kenapa kita nak berhenti? Atas asbab kita mahu bertanya pada yang mahir di mana petunjuk jalan.
Inilah contoh dalam kehidupan seharian kita. Dan ini jugalah conto hidayah Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah. Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.
Adakah Taufik Itu Pelengkap Hidayah?
Saya pernah di tanya soalan,
‘ Ustaz, adakah tanpa taufik itu orang tidak akan dapat mengetahui di mana hidayah Allah? Dan bagaimana hendak kita jalankan pabila kita telah mendapat hidayah Allah? Bukankah Allah itu Maha Memahami kepada Hamba-Nya?’
Sebelum itu, saya ingin menjelaskan apa itu akan makna dan maksud taufik itu sendiri.
Kalimah taufik berasal dari perkataan arab iaitu : Waffaqa, yuwaffiqu dan taufiqan.
Dalam kitab Taswuf Imam Ghazali ra, beliau ada menjelaskan mengenai makna taufik.
Taufik di maksudkan dengan pertolongan, petunjuk, kemenangan dan kesejahteraan.
Ia bermaksud, suatu kejayaan dalam melaksanakan dan mendapat kesempurnaan atas setiap amal soleh yang di kerjakan oleh seorang hamba. Taufik adalah kurniaan Allah bagi membimbing insane dalam melaksanakan tuntutan hidayah sehingga manusia mampu mentaati perintah dan berjaya menjauhi larangan Allah.
Soal di mana hidayah ALLAH bukanlah dalam urusan kita. Kita hanya mampu untuk meminta, berdoa supaya Allah mengurniakan kita hidayah tanpa putus.
….. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). [sebahagian firman Allah surah al-baqarah ayat 213]
Taufik sama luas dengan hidayah daripada Allah dalam melaksanakan tuntutan syara’. Dalam membicarakan soal hidayah, ulama tafsir sebagaimana yang telah di bahaskan dalam tafsir munir oleh Dr Wahbah, hidayah terdiri daripada beberapa pecahan iaitu hidayah ilhami, hidayah hawasi, hidayah aqli, hidayah deeni dan hidayah taufiqi.
Oleh itu, memilih agama yang berada di dalam hak dan ketaaran memerlukan seorang hamba sentiasa memohon seupaya si kurnaiakan keupayaan seperti itu.
Hidayah dan Taufik Berjalan seiring
Dulu, tok ayah pernah berkata pada saya.
‘ad, sini kejap.’
‘ ada apa tok?’
‘ apa yang ad faham dengan taufiq dan hidayah Allah?’
Masa ni saya kecil lagi. Saya hanya menggelengkan kepala tanda saya tidak mengerti.
‘ cuba Ad tengok penciptaan langit dan bumi, semuanya berpasangankan? Yang langit pasangan dengan bumi, yang lelaki pasangan dengan wanita, cinta pasangan dengan benci. Dan, hidayah juga ada pasangannya iaitu taufik. Jika tidak ada salah satu, maka tidak lengkaplah hidup kita ni.’
‘ tok, apa tu hidayah, apa pula dengan taufik?’
‘Hidayah ni, adalah satu pemberian yang amat besar untuk diri kita. Iaitu cahaya. Taufik pula adalah satu cara yang bagaimana kita nak jalankan. Bagaimana kita nak atasi. Cuba Ad lihat jalan sekarang ni, ada cahaya bulan kan?’
Saya hanya mengganguk kepala.
‘ Setiap cahaya bulan yang menyuluh ke bumi, mesti ada tujuannya. Iaitu untuk memberi bantuan pada kita berjalan di atas muka bumi di kala dalam kegelapan. Cahaya bulan nil ah yang menolong kita atas arahan Allah supaya menyuluhkan cahayanya ke bumi. Tanpa arahan dari Allah, bulan tidak akan menyuluh pada diri kita supaya jalan yang kita lalui ini di terangi. Sama jugalah macam taufik dan hidayah Allah. Kita haruslah sentiasa meminta dari Allah taufik dan hidayah Allah. Supaya kita tidak tempang semasa dalam perjalanan.’
‘Habis tok yang macam sekarang ni. mereka dah Islam tapi tak jalankan syariat Islam. Macam mana? Tak pakai tudung, berzina sana sini. Macam mana tu tok? Adakah mereka tidak dapat hidayah atau tidak dapat taufik Allah?’
‘ Orang yang dah dalam agama Islam ni dah dapat hidayah Allah Ad, Cuma mereka tidak dapat taufik Allah.’
Saya tersenyum sendirian. Sebab sebelum ini akal saya hanya memikirkan. Hidayah itu milik Allah. Dan tanpa hidayah kita tidak boleh berjalan dan menyuluh kehidupan diri kita. Rupanya sekarang, hidayah dan taufik Allah adalah beriringan. Tanpa satu, tempanglah kita. Tabarakallah. Semoga Allah redha.
Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. [Hud :88]
As'salam....Mohon dibenarkan saya salin petikan saudara....saya ucapkan selamat hari raya aidul fitri 1434 Hijrah..maaf zahir dan batin.
As'salam....Mohon dibenarkan saya salin petikan saudara....saya ucapkan selamat hari raya aidul fitri 1434 Hijrah..maaf zahir dan batin.
Post a Comment