Followers

Tuesday, November 8

Kita Merancang Dia Maha Merancang

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:21 AM 1 comments





Apa tujuan kita untuk berada di kem ini?’ saya bertanya kepada semua peserta yang rata-rata remaja macam saya sendiri.

Untuk membina sahsiah diri dan disiplin dalam diri.’ Semua peserta menjawab dengan serentak. Saya tersenyum gembira melihat perubahan dan semangat mereka yang membara.

Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama mereka sebagai salah seorang motivator dalam menjalani program Kem Bina Insan Sekolah Menengah Tanjung Adang.

baiklah, hari ini saya nak ajak kamu semua menulis karangan.’

ala, karangan mesti panjangkan Ustaz.’ Dengar rungutan peserta-peserta kem.

tidak, saya nak kamu buat satu perenggan saja. Tajuknya, ‘ kalau saya adalah satu benda, saya ingin jadi apa’ tuliskan sekali sebab-sebab kenapa kamu nak jadi apa yang kamu inginkan. Pilih apa yang kamu inginkan, lepas itu lakarkan, dan tunjuk kat saya. Dan akhir sekali, atas tajuk tadi tulis bab tauhid. Faham semua? Kalau tidak faham saya tunjukkan contoh untuk kamu semua.’

Faham Ustaz.’ Jawab mereka serentak.

Sesi penulisan karangan pun bermula. Ada yang bermain-main pen memikirkan apa yang dia ingin jadi. Macam-macam ragam dan gaya yang saya lihat di mata kepala sendiri. Yang paling ramai adalah yang tersenyum sendirian, apa yang di senyumkan, saya pun tidak tahu.

Saya Ingin Menjadi

Masing-masing sibuk angkat tangan untuk membacakan hasil karangan mereka pada saya, tapi saya mulakan di bahagian depan.

Kalau saya satu benda saya nak jadi makanan yang halal lagi baik, sebab dengan makanan manusia boleh beribadah dengan tenangnkan ustaz? Dia mesti tidak lapar lagi perutnya.’

Saya beralih pula kepada pelajar lain, Izzati, Azizah, Anis, Hakimah, dan ramai lagi peserta yang mengikuti seminar. Ada yang nak jadi telefon bimbit, ada yang nak jadi komputer, ada yang nak jadi robot yang bersifat seperti manusia pun ada!

Tiba pula giliran pelajar lelaki membacakan jawapan, saya tersenyum mendengar jawapan mereka. Ada yang nak jadi menara bekembar petronas, nak jadi komuter laju, nak jadi Al-quran. Pelajar seterusnya nak jadi pintu dan buku. Masing-masing memberikan hujah dan kekuatan yang menarik. Sampai ramai yang tersenyum-senyum malu bila mendengar hujah dan kepetahan rakan. Yang paling saya ingat adalah, seorang pelajar ini nak jadi pistol.

Wah, pistol? Terkehadapan dia ni.

ya saya nak jadi pistol. Kenapa saya nak jadi pistol? Sebab bila kita jadi pistol, kita boleh tembak orang sesuka hati, macam cerita James Bond. Tak pun macam Gaddafi yang di laporkan membunuh rakyatnya dengan pistol.’

Saya pun terkejut. Sungguh teruk propaganda kaum Kuffar Laknatullah untuk menjatuhkan imej Islam di mata masyrakat Islam sendiri. Saya pun membetulkan kembali niat asalnya, biarlah menjadi pistol yang baik. Untuk kegunaan yang baik. Yang mempertahankan diri dari musuh-musuh.

Kita Berusaha Allah Pula Yang Tentukan.

Baiklah, semua jawapan beserta sebab yang bagus dan menarik telah di berikan oleh kamu. Tentu kamu tertanya-tanya kenapa di ruangan interapsi diri ini saya suruh kamu semua menulis apa yang kamu ingin jadi?”

Masing-masing menggelengkan kepala.

‘ Sebenarnya ustaz nak sentuh bab tauhid. Bab kekuasaan Allah. Sebagai Tuhan, Allah telah menentukan segalanya. Kita merancang sesuatu, tetapi Dia lagi Merancang sesuatu untuk kita. Yang kita sendiri pun tidak tahu kadang-kadang. Dalam rukun iman, ia di sebut sebagai beriman dengan qada dan qadar Allah.’

Pada saya tidak perlu di huraikan dengan panjang lebar akan maksud qada dan qadar, cukuplah mereka sekadar mengerti dan boleh mencerna di akal. Cukup hanya dengan contoh ringkas berserta aktiviti yang menarik perhatian sebagaimana permulaan yang saya mulakan baru tadi.

‘ Cuma satu perkara yang ustaz nak pesan pada semua. Tidak semua yang kita impikan itu menjadi kenyataan. Tidak semua yang kita inginkan itu menjadi. Sebagai contoh, tadi kamu nak jadi macam-macam, tapi Allah dah tetapkan kamu sebagai manusia. Sebagai manusia wajib beriman pada qada dan qadar Allah. Jangan tak percaya pula tau. Sebagaimana yang kita telah ketahui, Allah mempunyai perancangan yang cukup luas dan maha Hebat akan perancanganNya.’

Seterusnya saya menceritakan ibrah dua pokok yang hidup menyendiri jauh dari pohon-pohon yang lain.

Kisah Dua Batang Pokok

Ada sebuah kisah menarik yang pernah say abaca dan saya ingin kongsi pada semua. Pengajaran yang saya rasa amat baik untuk di kongsi bersama.

Suatu ketika ada dua batang pokok yang membesar bersama. Kedua-duanya membesar di dalam hutan yang dalam. Satu hari, kedua-duanya saling berbicara antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita mereka.

‘ Aku berharap satu hari nanti aku di tebang dan di jadikan bekas simpanan untuk emas, berlian dan intan. Semua barangan kemas itu bergemerlapan di dalam badan aku. badanku akan di ukir dengan ukiran yang indah.’ Kata pohon pertama memasang angan-angan.

‘aku pula mengimpikan menjadi sebuah kapal yang besar dan teguh. Aku akan membawa raja dan pembesar negara belayar merentas lautan sehingga ke hujung dunia. mereka yang berada di atasku akan berasa selamat kerna keampuhan dan keteguhan diriku.’ Pohon kedua pula menceritakan perihal cita-citanya.

Selang beberapa tahun, datang sekumpulan pembalak. Setelah di tinjau, kedua-dua ppohon itu di tebang untuk di jadikan kayu.

Takdirnya Begitu

Sebaik tiba di tempat tukang kayu, pohon pertama di potong dan di gergaji untuk di jadikan sebuah kotak kayu, dan di gunakan sebagai bekas simpanan makanan haiwan. Ia di letakkan di dalam bangsal ternakan. Pohon kedua pula di bawa ke limbungan kapal. Di sana dia di jadikan sebuah sampan kecil untuk nelayan menangkap ikan. Maka musnahlah impian kedua-duannya.

Bertahun-tahun berlalu, kedua-dua pohon itu melupakan impiannya.
Pada satu hari, ada sepasang suami isteri datang ke bangsal ternakan haiwan. Si isteri hendak bersalin. Lalu bersalinlah dia di dalam bangsal. Si suami mencari-cari bekas yang boleh di gunakan bagi meletakkan bayi mereka. Lalu terjumpa dengan si kotak kayu pohon pertama tadi.

Pohon pertama turut merasai betapa pentingnya dia di saat ini. Kini baru dia menyedari bahawa dirinya amat berguna sekarang, lebih berguna kepada bekas simpanan permata dan barangan kemas.

Kenapa Semua Bersebab?

Ada sebab Allah perlakukan begitu. Allah beri kita semua keupayaan untuk beriktihar dan berusaha sebaik mungkin. Kita ada akal untuk berfikir, ada tenaga untuk bekerja. Apabila sudah berusaha sehabis daya, namun hasil yang kita dapat tidak seperti apa yang kita inginkan. Itulah dugaan yang Allah datangkan supaya kita melipat gandakan usaha kita.

Bukan dengan berserah semata-mata atau menyalahkan setiap takdir yang berlaku pada diri kita. Allah berikan pelbagai ujian itu sebagai penguat keimanan untuk diri kita. Allah mahu melihat sejauh mana hubungan kita dengan Allah yang di katakan kita ini adalah hamba Nya yang taat dan patuh akan perintah Allah.

Allah jua mahu melihat sejauh mana usaha kita dalam menghadapi ujian yang telah Allah berikan pada diri kita. Adakah masih patuh dan taat mengkut syariat yang telah Allah tetapkan pada diri kita atau kita teruskan dengan melakukan apa yang Allah Ta’ala benci? Sebab itu Rasullullah s.a.w telah mengajar kita akan erti beriman. Bagaimana orangyang beriman, apabila datang waktu sukar, dia bersabar. Apabila datangnya waktu kesenangan dia mengucapkan kesyukuran.

Penutup: Dia Penentu Segalanya

Sememangnya perjalan hidup tidak selalunya indah seperti yang kita harapkan. Tiada manusia yang inginkan keburukan menghingapi diri kita yang hidup hanya sementara sahaja lagi. Bahkan apa yang kita mahukan dalam kehidupan dan diri kita adalah semuanya mulus, comel dan baik-baik sahaja.

Akan tetapi, hidup di dunia merupakan satu ujian yang besar bagi orang yang mahu beriman dan bertaqwa kepada Allah. Ia datang bersilih ganti. Umpama putaran siang dan malam. Semua kesulitan itu datang menerjah dalam apa jua keadaan sekalipun yang membuatkan hati kita tersentak dengan keperihan uijan yang Allah berikan pada kita. Sampai kadang-kadang kita mengeluh. ‘ Oh, kenapa aku yang di beri ujian begini? Kuatkah aku menggapai ujian yang Allah berikan pada diri aku ini?’

Tapi kalau kita sedari, nak menggapai syurga Allah yang kita idam-idamkan, bukan semudah dengan lafaz dan perkataan, aku nak masuk syurga. Tanpa pengorbanan yang kita lakukan manakan kita dapat mencium bauan syurgawi? Tapi, mengertilah. Setiap perngorbanan yang kita lakukan ada ‘rupa’ yang indah. Yang kita sendiri pun tidak ketahui. Untuk menyaring umat manusia, yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah dan RasulNya untuk berjihad dan berjuang di jalan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Kami ( Allah) benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.’ ( surah Muhammad 47: 31)

Jadi, kadang-kadang Allah pertemukan kita dengan orang yang salah untuk kita perbetulkan balik, dan dekatkan diri dengan Allah. Selalu berkhalwat dengan berkata ‘ Ya Allah, berikanlah daku kekuatan Nabi Mu, Para sahabat kepada diri ku untuk menempuh jalan Mu ini.’

Kalau rajin refer link ini, link yang membawa maksud yang sama

Abdullah Imran.
5/11/2011
  • Aku idamkan, sesuatu yang kau sendiri tidak jangkakan. Tapi, ini adalah hanya hajat di hati ku. Namun, aku tahu, rencana Allah maha meliputi sekalian Alam. Aku hamba hanya perlu mengikuti gerak tarian seorang hamba-
Seberang Takir, Terengganu.
Hamba Allah yang merintis mencari redha.


1 Response so far:

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

."Boleh jadi kamu membenci sesuatu pdhl ia baik bagimu dan Barangkali kamu tdk menyukai sesuatu pdhl Allah menjadikan padanya kebaikan yg byk" (Al-Baqarah:216 & An-Nisa :19)
Assalamualaikum..Salam Ziarah..may Allah bless us:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me