Followers

Wednesday, August 25

Sihir Penghalang Perkahwinan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:57 PM 2 comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Umumnya penyakit batin/gangguan mental /gangguan perasaan bukan semata2 disebabkan oleh unsur makhlus halus tetapi banyak faktor mendrorong dan menyebabkan terjadinya penyakit/gangguan2 tersebut.  Di antaranya :


1. Gangguan pada perjalanan darah dan angin didalam urat, tulang yang disebabkan oleh anasir2 seperti cuaca, keadaan kebersihan persekitaran dsb.

2. Gangguan disebabkan oleh faktor keturunan.

3. Gangguan disebabkan oleh interaksi dengan manusia lain ; seperti anak, isteri, mertua, majikan dan lain2nya.

4. Gangguan disebabkan masalah kehidupan seperti kemiskinan, kepayahan hidup, kerjaya.

5. Gangguan disebabkan oleh mahkluk halus.


Dengan demikian kita tidak dapat menentukan secara pasti setiap penyakit yang berlarutan atau penyakit yang kelihatan aneh sebagai sebagai gangguan makhluk halus.   Ini adalah kesilapan.

Umpamanya sakit kepala yang berterusan mungkin disebabkan oleh faktor keturunan.  Kita pernah bertemu kes2 begini.  Ianya bukan disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

Hati selalu berdebar2 mungkin disebabkan oleh penyakit "tekanan darah rendah".

Kesan lebam pada badan mungkin disebabkan oleh virus atau penyakit.


Dengan demikian sebelum mengesyaki sesuatu penyakit sebagai gangguan makhluk halus, sebaiknya periksa dahulu dengan doktor biasa. Setelah benar2 pasti ianya bukan disebabkan faktor2 luaran seperti tersebut diatas barulah berjumpa dengan mereka yang mahir didalam Ilmu perubatan lain.

Tetapi PAK ARAB beri peringatan,  JANGAN  sesekali berjumpa 'BOMOH'' dalam ertikata mereka yang menggunakan khidmat jin dan syaitan untuk berubat.  Berdasarkan pengalaman PAK ARAB,  mereka2 ini bukannya berikhtiar untuk mengubat penyakit tetapi menambahkan penyakit kerana jika pesakit asalnya  tiada gangguan mereka akan masukkan jin dalam badan pesakit.  Jika sudah ada jin dan gangguan makhluk halus, mereka akan tambahkan lagi jin syaitan ini kedalam badan mangsa.  Kebanyakan mereka ini semata2 menipu untuk mengaut keuntungan dunia.

Dengan demikian pastikan tabib yang kita jumpa benar2 orang soleh dan tidak gunakan khidmat jin dan syaitan.


Wallahu A'lam.