Followers

Friday, July 22

Cukup, Cukuplah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:24 PM 1 comments






Wanita Idaman Saya… 

Seorang Wanita yang aku idamkan..Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…
 
Biarlah dia seorang yang BUTA...
BUTA, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha.. 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang lelaki ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah ..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang BISU..
 
BISU, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan ..Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Wanita yang aku idamkan ialah seorang yg BAKHIL
BAKHIL, Bakhil dalam memberi senyuman..Pada lelaki yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan lelaki ajnabi yang boleh dinikahinya..Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang lelaki yang tidak sepatutnya..Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya ..Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran ..Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..Kembali megah di muka bumi 

Wanita yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA
 
PAPA, Papa dalam melakukan perkara maksiat..Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat..Papa memiliki akhlak mazmumah..Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan ..Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri..Dia mahu menjadi seorang syuhada..Yang syahid di jalan Maha Esa




Continue...


Saturday, July 16

Di Satu Kesah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:13 AM 0 comments




Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Awak, apa tandanya isteri solehah?” 

Saya menjawab, “Wardah,  kau  tentunya lebih  ‘arif  daripadaku  untuk menjawabnya...”
Sebenarnya saya tahu tujuan  pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling  memperingatkan diri agar  berhati-hati  dan  teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.

Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim     :  Siapakah kamu? 

Menantu            :  Aku isteri Ismail. 

Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 

Menantu            :  Dia pergi berburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 

Menantu            : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak 
                            pernah senang dan lapang. 

Nabi Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. 
                            Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan 
                            supaya   menceraikan isterinya). 

Menantu            :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 

Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 

Isteri                 :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu                dalam kesempitan, tidak pernah senang. 

Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 

Isteri                 :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam 
                           kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 

Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. 
                           Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.

Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.

Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 

Menantu            :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? 
                            Mudah-mudahan dalam kesenangan? 

Menantu            :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, 
                            tiada apa yang kurang. 

Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 

Menantu            :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan 
                            sedikit  makanan. 

Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 

Menantu            :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 

Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka 
                            dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, 
                            Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
                            berkat doa Nabi Ibrahim). 

Nabi Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku 
                            kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya 
                            (sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 

Isteri                 :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya 
                           sepertimu. 

Nabi Ismail       :  Apa katanya? 

Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 

Isteri                 :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada 
                           apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 

Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 

Isteri                 :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu 
                           mengekalkan tiang pintu rumahmu. 

Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang 
                           dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku 
                           kekalkan. 

Isteri                 :  Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.

Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri salehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

Continue...


Friday, July 15

Jom Tengok Lebah Tu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:11 PM 1 comments




RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar).


Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat unggul. Sifat berkenaan membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. 


Sehingga di mana pun mereka dia berada, ke mana pun mereka pergi, apa yang mereka lakukan, apa peranan dan tugas apa pun yang mereka lakukan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain. 

Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah, “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera memerlukan manusia seperti itu. Menjadi apa pun, dia akan menjadi yang terbaik; apa pun peranan dan fungsinya maka segala yang dia lakukan adalah hal yang membuat orang lain, menjadi bahagia dan sejahtera.

Nah, sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah SAW dengan penyataan dalam hadis di atas mengisyaratkan agar kita mencontohi sifat positif yang dimiliki oleh lebah. 

Tentu saja, sifat itu sendiri memang adalah ilham daripada Allah SWT seperti mana yang Dia firmankan, “Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. 

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl ayat 68-69). 

Sekarang, bandingkan apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut: Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih. 

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Dia sangat jauh berbeza dengan lalat. Serangga yang terakhir amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat berbau busuk. 

Tapi lebah ia hanya mendatangi bunga-bungaan atau buah-buahan atau tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu. 

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah ayat 168). 

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah Al-A’raf ayat 157). 

Kerananya, jika ia mendapatkan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan sewenang-wenangnya, manipulasi, penipuan dan dusta. 

Segala kekayaan hasil perbuatan tadi adalah khabaits (kebusukan). Mengeluarkan yang bersih. Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu madu mempunyai khasiat kepada kesihatan manusia. 

Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan daripada organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikkan ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan: air liurnya! 

Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah Al-Hajj ayat 77). 

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah diwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). 

Al-khair di dalam ayat itu bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan manusia dan makhluk lainnya. Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. 

Hatinya jauh daripada prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik perilakunya tidak menysahkan orang lain melainkan malah membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar manfaat manusia. 

Tidak pernah merosak seperti yang disebutkan dalam hadis yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dihinggapi. 

Begitulah sifat seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam hal apa pun: baik material mahupun bukan material. Bahkan dia selalu melakukan kebaikan terhadap orang lain. 

Dia melakukan kebaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. 

Jika kerosakan terjadi akibat rasuah, ia perlu membanterasnya kemudian menjauhi perilaku buruk itu. Berbalik kepada lebah, ia serangga yang kuat bekerja. 

Ketika muncul pertama kali dari biliknya (menetas), lebah membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. 

Begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Surah al-Insyirah ayat 7). 

Kerja keras dan semangat pantang undur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia kecuali yang mendapat rahmat Allah- tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam menegakkan keadilan. 

Bekerja secara berkumpulan (jama’i) dan tunduk pada satu pimpinan. Lebah selalu hidup dalam kelompok besar, tidak pernah menyendiri. 

Mereka pun bekerja secara kolektif dan masing-masing mempunyai tugas sendiri. Ketika mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. 

Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk memanggil teman-temannya untuk membantu dirinya. 

Itulah seharusnya sikap orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah Ash-Shaff ayat 4). 

Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu. Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang ketika terasa terganggu atau terancam. 

Untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. 

Tapi jika ada, tidak lari. Itulah beberapa karakter lebah yang perlu dicontohi orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam.

Continue...


Thursday, July 14

Kekasig Agung Sedang Cemburu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:37 PM 0 comments



Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog ini. Blog warkah bersama. Setiap warkah dan penaipan ini adalah untuk semua. Samada yang nampak, yang follow. Dan yang tak follow. Semua adalah sahabat saya yang saya sayang. Peace no war.

Anda Buat Dia Cemburu? Jeles?

Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram?

Anda sedang menanti sms dari si dia?

Anda ternanti-nanti panggilan dari yang tersayang?

Atau anda sedang menunggu saat-saat bertembung dengannya?

Atau anda sedang memilih minyak wangi yang paling harum untuk keluar ber”tenet”?

Yang manakah jawapan anda ye? Err, kalau jawapannya ya, maknanya anda sedang membuat kekasih agung cemburu. Anda sedang membuat kekasih agung anda amat-amat cemburu.
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah , “ Allah cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia”

Kata-kata ulama’ muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah. Daripada Mughirah r.a katanya : Saad bin Ubadah mengatakan :

“ Kalau sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong ( bermesra-mesraan ) dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak deangan pedang, bukan dengan punggungnya.”

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah lalu baginda berkata :

“ mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya ( terhadap perkara yang di ambil endah dan di benci demi agama ). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu di larangNya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka member maaf lebih dari Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembiradan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah, dan kerana itu ( untuk orang memuji-Nya ) di janjikannya syurga.”

( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ucapan ni selalu kita sebut di awal perbuatan kita. Tak kira kita buat apa. Samada mahu makan, pergi tandas, sesudah bangun mahupun mahu tidur.

Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak atas kelalain diri kita. Tidak terjejas walau sekelumit tanpa kehadiran diri dan cinta kita.

Tapi kita? Muhasabah diri balik. Adakah kita meletakkan di tempat yang selayaknya?
Keperluan kita kepada cinta Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, atau oksigen. Sebab bila kita sudah dapat rasa kemanisan mencintai Allah, rasa nak makan pun dah kurang. Makan sikit dah kenyang. Bila agaknya kita akan jadi macam tu yer? Err, tanya pada diri sendiri ni.

Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada cinta Nya. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia tidak mahu kita melalui detik-detik yang sukar. Dia juga menawarkan sebuah cinta yang tak pernah kenal erti kecewa. Tak pernah kenal erti menyesal. Macam lagu sixth sense. Menyesal ku akui, tak terima cinta Mu, dan kini Engkau pergi meninggalkan hidupku.

Bagaimana Kita Menguruskan Cinta
Ya ketertarikanmu pada si dia itu satu lumrah. Fitrah itu yang Allah hadirkan dalam hidup setiap insan berketurunan Adam. Hinggakan ada kisah malaikat Harut dan Marut yang ingin memiliki perasaan dan hawa nafsu seperti manusia. Tapi setiap ada peraturannya. Sama juga macam makan. Setiap kali kita nak makan mesti ada peraturan.
Oleh itu wajarkah kitamencipta langkah seterusnya tanpa membelek dan menyelak diari-diari kehidupan kita? Rona-rona dalam setiap langkahan? Bahkan peraturan yang telah Allah tetapkan?

Sanggupkah diri kita mencipta satu kenangan cinta tanpa sebarang peraturan hidup? Penuh dengan maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat dan setiap perbuatan.
Sahabatku yang ku sayangi.

Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tidak akan terkecuali termasuk para rasul, sahabat, dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula dengan kita?

Ibnul Qayyim menukilkan begitu indah di dalam bukunya Raudahtul Muhibin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri dan zuriat Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali.  “ Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.”
Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata “ habis itu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”

Si isteri menjawab nakal dengan sekuntum senyuman menghias bibir, “ tidak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kekanda.”

Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan si wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur dating di bawah pohon kurma? Membonceng unta?
Begitu juga dengan Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji kosong? Adakah dia memnita seseuatu dengan ayat manis?

“ sayang tak percayakan abang?”

“ kalau sayang mana buktinya?”

Penutup: Bagaimanakah Kita Menguruskan Cinta?

Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut di sampaikan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak mempunyai kualiti diri?

Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang penuh dengan fitnah atau dengan jalan yang menghampiri berkat Allah?



Tuhan Izinkan Aku Mencintai
Tuhan,
Izinkan aku memandang cinta,
Walau hanya dari kejauhan,
Izinkan aku dekati cinta
Walau hanya dalam kebisuan

Tuhan,
Izinkan aku membisik rindu
Biar hanya berkumandang di sudut hati
Izinkan aku menitip kasih
Biar hanya berbekas di dada malam

Tuhan
Izinkan aku menyentuh cinta
Lewat lafaz zikrullah
Seiring dengan degupan jantung ini
Seiring dengan denyutan nadi ini
Seiring dengan setiap hembusan nafas ini

Tuhan,
Biarlah cinta tak pernah lagi berbalas
Biarlah rindu ini mengundang sejuta pilu
Tapi izinkan aku menyubur rasa cinta
Dengan detak lafaz zikrullah
Kerana cinta ka uterus mekar mewangi
Seiring dengan seharum asma-Mu Ya Ilahi.
Continue...