“Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya
kepada Allah” [Al-baqarah: 165]
Ta’aruf
Cinta
Cinta adalah satu perkara yang memang tidak di nafikan
orang yang dari kecil anak, hingga dewasa malahan yang mana kubur sudah
memanggil pun akan tetap mendefiniskan pada satu makna. Cinta itu adalah satu
perumpaan seperti kasih sayang yang berlainan jantina. Saya pernah bertanyakan
kepada seorang remaja mungkin dalam belasan tahun ataupun baru awal kenal usia
dengan hidup. Kononnya saya ingin membuat sedikit bancian. Padahal tidak buat
bancian manapun.
“Adik, boleh abang nak tanya adik sikit”
“ Hmm, boleh. Tapi abang kena belanja
adik makan chicken chopla..”
“Aik, memilih betul nak abang belanja.
Abang nak tanya kat adik, apa yang adik paham tentang maksud cinta?”
“ Lah, perkara kecik macam ni pun abang
nak tanya adik? Cinta itu boleh di ibaratkan seperti pasangan kekasihlah..
Apalah abang ni tu pun tak tau.”
Inilah corak jawapan yang
rata-rata saya tanya kepada mereka yang saya jumpa. Mereka telah di cetak dan
di mesinkan tentang makna cinta. Cinta adalah untuk kepada pasangan hidup.
Cinta adalah untuk pasangan yang berlainan jantina. Bila di persoalkan tentang
cinta. Hakikat yang akan keluar dari jawapan semua adalah.
“Cinta adalah seperti hubungan seorang
lelaki dengan seorang wanitalah.. Takkan tu pun tak tau.”
Yang mana dahulu perkara
cinta berlainan jenis ini adalah menjadi satu kejanggalan bagi masyarakat tapi
pada pertukaran zaman dan era moden, perkara ini sudah menjadi satu “kenormalan”
hidup dalam setiap masyarakat. Bagi mereka yang tidak bercinta mungkin akan di
anggap satu ketinggalan zaman dan tiada kenikmatan hidup dalam diri. Padahal
kenikmatan hidup bukan sahaja kepada teori bercinta. Brcinta boleh menjadi ia
sebagai satu tonik luka, boleh pula ia menjadi sebagai luka seribu rindu.
Malalahan makin
bertaburanlah satu perkara dan peristiwa yang mana akan menyebabkan cerita
mengenai cinta bersepah-sepah keluar di kaca televisyen dan panggung-panggun
wayang. Hmm, eronikan?
Walaupun kisah dan hal cinta
ini telah banyak di ceritakan, telah banyak di dendangkan tapi ia tetap akan menjadi
satu fenomena yang kuat. Umpama memasak tomyam di kedai siam. Cara memasak
berlainan, tapi menu yang di order adalah sama. Iaitu tomyam. Dan rasa yang di
hasilkan adalah berbeza.
Definisi
Cinta
“Cinta adalah sebuah epilog
indah yang tiada akhirnya.” Betul ke? Mungkin mereka yang merasa nikmat akan
merasakan betul, dan yang kurang gula akan rasa derita dan masamnya.
Tapi menurut kepada Imam Dawud
Azh-Zahiri:
“Cinta adalah cermin bagi orang sedang
jatuh cinta untuk mengethui watak dan kelembutan dalam citra kekasihnya. Kerana
sebenarnya dia tidak jatuh cinta melainkan hanya jatuh cinta kepada dirinya
sendiri.”
Bermaksud, orang yang jatuh cinta sebenarnya jatuh hati pada
kemiripan peribadi orang yang dicintai. Ia mencintai kekasihnya kerana ada
kesamaan selera, kebiasaan, watak mahupun sifat antara dirinya dan
kekasihnya.
Ibn Qayyim al-Jauziyah pula mendefinisikan sekitar lima puluh
buah nama cinta!
Antara poin-poin yang dihuraikan beliau dalam bukunya Taman-taman
Orang –orang Jatuh Cinta dan Rekreasi Orang-orang Dimabuk Rindu adalah,
“Cinta adalah sikap mementingkan orang yang dikasihi lebih dari
semua teman”
“Cinta ialah memelihara kesetiaan. Oleh itu,
tidaklah benar bila orang yang mengaku cinta kepada seseorang sedang dia tidak
memelihara kesetiaannya”
Dan…
“Cinta adalah ingatan kepada sang kekasih dalam setiap helaan
nafas”
Itulah definisi-definisi cinta yang saya dapat kongsikan di
sini.
Bayangan
Gurauan
Saya akan merakamkan dialog
kenangn saya bersama seorang sahabat saya yang sibuk berbicara soal kahwin
sehingga kini dia tidak berkahwin. Tapi yang saya seronok melihat semangat dan
azam untuk menyelesaikan masalah dia untuk berkahwin. Dan saya masih lagi ingat
akan kata-katanya,
“Orang lelaki yang tidak berazam untuk
berkahwin dan tidak berusaha untuk berkahwin dia bukan lelaki. Tetapi dia
adalah seorang yang sengaja mempermainknkan hati dan perasaan wanita.”
Ya, pada masa itu saya agak
tersentap jugak. Sebab dalam masa itu saya langsung tidak berfikir akan
berkahwin muda.
Saya dan sahabat saya sedang
kepenatan bermain badminton. Dan dia pun sibuk-sibuk membicarakan mengenai
hakikat seorang kekasih. Masa ini saya masih lagi 19 tahun. Masih di awal
remaja. Sekarang nak masuk 24 dah. Tua jugak saya ni ye.
“Ad,
kau ni sampai bila kau nak biarkan hati kau terluka? Hati kau mengenang cinta
lama?”
“
Ishk, mana ada aku mengenang cinta lama. Aku pun tak terluka atas cinta lama.
Itu hal lama. Dah dua tahun pun berlalu. Biarlah. Yang aku nak kenang lagi buat
pa? Terang-terang akan mendatangkaan masalah untuk aku.”
“Tau
pun. Jadi apa lagi? Move on lah.. cari sorang untuk buat bakal isteri.”
Masa ni saya belum terfikir
lagi nak cari sorang untuk buat bakal isteri. Saya lagi seronok sorang-sorang.
Bahagia yang saya cari ada bersama saya. Bahagia yang saya cari sentiasa dengan
saya. Derita yang saya cari pun ada dengan saya. Jadi buat apa saya nak mencari
bahagia dan derita itu di luar?
“Erm,
bukan tak nak cari beb. Tapi bagi aku biarlah aku macam ni. Aku tak nak di
gelar mengejar bayangan gurauan.”
“Lah,
tukan tajuk lagu? Bayangan gurauan? Buat pe pulak kau kaitkan dengan masalah
kau ni?”
“
Dik, kau kena fahamkan konsep bayangan gurauan. Bila kita bercinta, tapi kita
tidak move kepada sesuatu arah yang lebih menjamin halalnya cinta kita, baik
kita biarkan. Jadi macam aku ni. Sorang-sorang. Lagi best. Bayang-bayang noda
dan dosa pun tak kejar kita. Tu yang aku gelar cinta ini macam bayangan
gurauan. Kita sibuk berbicara tentang cinta. Tapi sebenarnya itu adalah gurauan
dalam hati kita. Kita nak cari keseronokan dalam kehidupan. Kita nak tiru
kawan-kawan yang tiada didikan dengan didikan Islam. Payahlah macam tu. Hidup
bukan untuk tiru-tiru.”
“
Erm, betul apa yang kau cakap. Tapi, bila kita tidak bercinta kita mungkin akan
di katakan ketinggalan zaman. Erm, ad, zaman dah berubah tapi mindset kau yang
tak berubah.”
“
Dik, biarlah apa orang nak cakap. Mindset yang tidak berubah itulah orang yang
mempunyai pendirian yang tetap. Aku tetap dengan pendirian aku.”
“
Habis macam mana kau nak nikah lau kau tak da awek? Nak nikah kena ada
perempuan lah ad. Ne leh kawin ngan lelaki.”
“
Lah sapa cakap aku nak kahwin dengan lelaki? Dan siapa yang cakap tiada awek
maka orang yang tiada awek tu tak leh nikah? Ada-ada je ko ni.”
Ya, bagi saya cinta itu
adalah satu bayangan gurauan yang mana jika kita tidak meneruskan cinta yang di
namakan cinta kepada sesuatu yang lebih serius. Seperti pertunangan dan perkahwinan.
Jika di kata aku cinta kau, kau cinta aku, tapi tidak di teruskan dengan
langkahan yang lebih jauh. Ia ibarat berkata dengan cermin yang mana ia
melontar kembali kepada kita.
Ayuh kita berfikir sejenak.
Seteruk inikah mindset budak-budak sekolah
zaman sekarang? Kalau nak nikah, mesti kena ada teman wanita dulu. Kalau tak,
kira tak laku sampai ke tua.
Inikah islam?
Kalau itulah mindset remaja 19 tahun yang
bersekolah di sekolah primer nombor satu di dalam carta negerinya, apa pula
agaknya corak pemikiran remaja-remaja sekolah biasa. Bagaimana pula dengan remaja
yang tidak bersekolah? Bagaimana pula dengan remaja-remaja yang mungkin dewasa
sedikit daripada mereka, iaitu yang belajar di IPT, atau yang sedang bekerja di
kilang, atau yang masih berseronok dengan “mengisi” masa mereka dengan dadah,
arak, pergaulan bebas, rempit, menganggur, dan sebagainya?
Pasti lebih teruk. Walaupun mungkin bukan semua,
tetapi saya yakin, majoriti akan berfikiran seperti remaja 19 tahun tadi,
bahkan lagi teruk. Na’uzubillah.
Inikah islam yang diajar oleh Allah melalui perantaraan lisan
Muhammad SAW?
“Saat Allah mencintai seseorang tempat
pertama yang menerima sentuhan adalah hatinya. Dan di situ jugalah Allah
melenyapkan rasa resah, gelisah kesedihan akibat dari dosa dan noda mereka. Dan
Allah telah menggantikan mereka dengan rasa indah dan harapan untuk menjadi
seorang insan yang berjiwa bersih”
Baham
Pemahaman Cinta
Mari kita sama-sama meluaskan sedikit skop perbahasan cinta
kita. Bukan hanya terjumud kepada cinta kepada manusia. Tetapi, segalanya.
Cinta terhadap kekayaan, cinta terhadap kemewahan, cinta
terhadap kekuasaan, cinta terhadap keduniaan, cinta terhadap kemaksiatan, cinta
terhadap kemalasan, dan macam-macam jenis spesies cinta yang wujud. Dalam dunia
keinginan manusia.
Cintanya seseorang kepada kekayaan, maka kita akan melihat
betapa ramai manusia yang sanggup mengorbankan hak-hak mereka terhadap Allah.
Keliru antara rasuah atau kejujuran. Keliru antara waktu solat
atau waktu kerja. Keliru antara infaq atau riba. Keliru antara majlis ilmu atau
karaoke di kelab malam. Keliru akan cinta Allah dan Rasul SAW atau dunia.
Cintanya seseorang kepada kemaksiatan, maka kita akan melihat
betapa ramai manusia yang sanggup mengorbankan agama mereka untuk itu.
Keliru antara zina atau nikah. Keliru antara arak atau pelbagai
jenis minuman yang dihalalkan. Keliru antara Al-Qur’an atau majalah hiburan.
Keliru antara syurga dunia atau neraka akhirat. Keliru antara keseronokan atau
ketenangan. Keliru antara kenginan hawa nafsu atau perintah dari Tuhan.
“Dan di
antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan,
yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat
besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu
melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah
dan bahawa Allah Allah sangat berat azabnya.
[QS al-Baqarah, 2:165]
Dan sebahagian ulama’ tafsir mengatakan, tafsir kepada firman
Allah di atas adalah,
“Katakanlah: “Jika bapa-bapakmu,
anak-anakmu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,
perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya serta
berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.”
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
[QS at-Taubah, 9:24]
Penutup:
Muhasabah Cinta
Tidak mungkin dalam kehidupan seorang muslim untuk memisahkan
antara kecintaannya kepada Allah dengan kecintaannya kepada Rasul SAW. Hal ini
merupakan tuntutan dari kedua kalimah syahadah yang diucapkannya. Tidaklah sah
keislaman seseorang yang hanya mengucapkan satu syahadah dan mengabaikan yang
lainnya.
Bukti kecintaan seseorang kepada Allah, adalah dengan mengikuti
apa yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Qur’an, tanpa pernah cuba untuk menambahi, atau menguranginya.
“Katakanlah: ‘Jika
benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu
serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha
Mengasihani”
[QS Ali ‘Imran, 3:31]
Dan apa antara perintah Muhammad SAW yang direkodkan di dalam surat cinta Allah kepada kita?
“Katakanlah: “Jika
bapa-bapakmu, anak-anakmu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan
Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan
keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
[QS at-Taubah, 9:24]
Bezakanlah antara hawa nafsu dan cinta. Binalah kekuatan
dalam dirimu serta hatimu, dan susunlah kembali tingkatan-tingkatan cinta
seperti yang sepatutnya untuk bertakhta di hati kita. Bermula dengan Allah,
Rasul, jihad dan seterusnya, berdasarkan firman Tuhan di atas.
Perit? Derita? Sendiri rasakan.
Post a Comment