Monday, May 24
kepada kawan aku iryani nasib
Saturday, May 22
Semalam Yang Hilang (6)
*********************************
Setiba di rumah, Adam masih diam seribu bahasa. Kekecawaan yang di rasai amat dalam. Mencengkam ke lubuk hati insan yang bernama Adam Ahmad.
Tin..tinnn…bunyi hon kedengaran di luar rumah Adam. Sa’id berjalan keluar menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Posmen datang mengahntar surat dengan muka yang tersenyum bangga. Ss’id kehairanan melihat gelagat posmen tadi. Macam kera sumbang pun ada.
“ishk, surat abang ni” getus hatinya. Ingin di buka takut di marah abangnya. Dia menyerahkan surat tersebut kepada ibunya.
“Mak, ni surat abang, surat tawaran kemasukan ke u ni mak” Sa’id sedikt emosi kerana abangnya berjaya melanjutkan pelajaran.
“ Banyak juga tawaran abang kamu tu, tapi mak risau keadaan abang kamu bila jauh dari mak. Takut hilang terus tak jumpa” ibu dengan nada sedih membuka surat tawaran Adam.
Tok…tok…
“Along….along…”sahutan ibunya kedengaran dari dalam bilik.
Adam hanya mengurungkan dirinya dan bercakap sendirian.
“Along…mak nak masuk ni..” pintu dikuak dan kelihatan dua susuk tubuh yang sudah memasuki bilik berkenaan.
“Along, ni ha surat tawaran along, surat tawaran pergi A-level kat Kolej Gabungan Jepun-Malaysia. Adam macam mane nak?nak pergi tak?”usap ibu dengan lembut ke kepala Adam.
Adam hanya menggeleng kepala. Apa yang Adam mahukan adalah Asikin, kekasih hati pertama dan akhir untuk dirinya.
“Lagi satu along dapat tawaran buat Diploma Kejuteraan Carigali ni kat Universiti Petronas. Adam nak pergi tak?”ibu cuba memujuk Adam.
“Hmm..mak taruklah dulu kat situ. Nanti Adam tengok, Adam pilih yang mana Adam nak pergi”sambil menunjuk ke arah almari using yang telah reput Cuma tunggu masa untuk rebah.
Ibunya berlalu pergi, dan Adam menguatkan kembali semangat untuk menjadi seorang hamba yang patuh dan taat akan ujian hambanya. Adam teringat akan beberapa potong ayat Al-Quran yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)
Ayat lain yang berfirman maksudnya:
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba' 34:21)
Selama Adam termenung. Adam memikirkan ayat-ayat suci Al-quran:
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 4:19)
Kini Adam telah membina azam dan semangat baru. Dia tekad untuk meneruskan perjalanan hidupnya dengan satu landasan iaitu Allah.Adam mengambil wudhuk lalu menunaikan solat sunat dhuha dan solat taubat kerana menyesal akan perbuatan yang di lakukan. Adam bertekad untuk masuk ke Uni Tek. Petronas. Kerana itu adalah impian yang ingin di laksanakan. Dia sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Hokaido Jepun semata-mata impiannya yang satu, iaitu menjalankan tugas yang belum selesai iatu janjinya pada Asikin.
*************************************
Lapan tahun telah berlalu, kini Adam telah berjaya menjadi seorang yang betul-betul manusia. Adam telah berjaya dalam hidup dan mempunyai empayar perniagaan yang begitu besar. Empayar perniagaan minyak hasil kerjasama dengan PETRONAS. Adam juga telah mendapat gelaran Dato’ yang membuatkan dirinya sungguh bertuah kerana di hargai. Tiba-tiba kenangan lalu mengusik kembali jiwa Adam. Adam hanya tersenyum mengingati peristia yang baginya cukup manis.
Setelah hampir enam bulan lamanya Adam tidak pulang ke kampung halaman, Adam tergerak untuk pulang ke kampung halaman. Kini, adiknya sudah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya yang bernama Marliana Azman.
Setibanya di rumah, Adam terus memeluk insan yang amat di rindui olehnya iaitu ibunya. Setelah selesai bersiap untuk menunaikan solat fardhu maghrib, Adam melangkahkan kaki menuju masjid yang dahulunya tempat dia dan adiknya mengumandangkan azan.
Setelah pulang, Adam terpaku di jendela. Di harapkan semalam yang hilang dapat menyinar kembali dan ters kekal sepanjang hayatnya. Adam balik ke kampung dengan tujuan yang baru iaitu untuk berjumpa dengan Asikin. Pemaisuri hatinya yang pernah memenuhi segenap hatinya. Apa yang Adam mahukan adalah Asikin kembali ke pangkuannya. Sambil melihat bintang ciptaan Ilahi, Adam terbang jauh mengibau kenangan silam. . Bagaikan baru semalam kenangan bersama dia. Bagaikan baru semalam berbual-berbual dengan dia. “Dam, nape termenung tu?”lamunanku tesentak sebentar. “Oh mak,tak da ape-ape mak, cume tengah celaru fikiran Adam, mak masuklah tidur dulu.”
Adam hanya tersenyum dan mengaharapkan semalam yang hilang tidak hilnag terus dari ingatannya.
Penulis: Mohd Saad Mubarok Ahmad
Nama pena: Hazanutz
Semalam Yang Hilang (5)
*******************************************
Hari ni Adam rasa bahagia kerana bakal berjumpa dengan buah hati Adam.
“Assalamualaikum”
“aik, takkan la dia tutup muka dia dengan sapu tangan?” bicara hati Adam.
“Wa’alaikumusalam,”sambil memandang ke arah luar Asikin menjawab salam
“ Segan ke?”
“ Mestilah, dah Ad ni kenapa duduk sebelah Kin?Gi duduk jauh sikit.”
“Hehe, baik bos. Pekerja menurut perintah”dengan nada selamba Adam bergalih tempat duduk.
Banyak juga yang mereka borakkan. Kisah hidup, sejarah silam. Setelah hampir akhir tahun, Adam memberikan pemberian hadiah sebentuk cincin dan kain kurung sebagai kenang-kenangan.
****************************************************
Hari ni merupakan hari ke tiga penghabisan peperiksaan SPM. Dan merupakan hari ketiga juga Adam tidak berjumpa Asikin. Bukan sahaja tidak berjumpa malah tidak berhubung antara satu sama lain. Ibu Adam telah menyimpan handphone Adam kerana Adam makin leka dan lalai dalam pembelajaran.
Adam memohon kebenaran ibunya untuk bekerja sementara keputusan peperiksaan SPM belum keluar. Kerinduan Adam kepada Asikin hanya di serah kepada yang Maha Penyayang. Adam bekerja sehingga dapat mengambil lesen kereta dan motor. Keinginan Adam ingin berjumpa Asikin makin hari makin kuat.
Setelah lima bulan berlalu, kepuutusan SPM pun keluar. Adam mendapat 12A semua matapelajaran yang di ambil oleh Adam termasuk juga matapelajaran yang Adam belajar sendiri iaitu Syariah Islamiah dan Quran Sunnah. Ramai cikgu yang mula-mula menentang dan cakap-cakap belakang, tetapi dengan keyakinan dan azam yang tinggi, Adam tidak mempedulikan cakap belakang orang lain. Adam melilau mata memerhati keadaan sekeliling kelibat seseorang tidak Adam nampak, yang ada hanya rakan-rakan Asikin.
Adam pulang ke rumah lalu memeluk ibunya. Terperanjat ibunya dengan keadaan Adam yang berjaya menaikkan martabat keluarga. Sujud dan menitis airmata tanda kesyukuran ibu Adam ke hadrat Ilahi kerana memperkenankan doa’ Adam sekeluarga.
Sedang leka Adam melayan pelanggan di kedai yang boleh di katakan kedai abang angkat Adam bekerja,vibrator hnadphone bergetar. Adam mngambil masa sebentar untuk membalas mesej yang di terima.
“Assalamualaikum”eh no sape ni pulak masuk. Adam beriaksi agak terperanjat.
“Wa’alaikumussalam,sapa ni?”
“Em,ni Kin. Ni nombor baru Kin”ujar pemberi mesej.
“Owh, Kin,ingatkan sapa tadi. Kin apa khabar? Rindu Ad tak?”saja Adam ingin menduga jawapan dari Asikin. Tapi apa yang di harapkan berlainan.
“Kin, mesej Ad sebenarnya nak mintak putus. Tolong lepas ni jangan ganggu hidup Kin lagi. Dan jangan balas apa-apa mesej pun pas ni” Adam tepukul apabila mendengar kenyataan yang bagi dia cukup menyakitkan. Bukan itu sahaja, cawan yang sedang Adam pegang jatuh terhempas. Cukuplah sekali kehilangan orang tersayang. Dia tak mahu kejadian yang sama berulang kembali.
“Kin,apa yang Kin cakap ni, Kin main-mainkan?” Adam sudah hampir mengalir airmata. Tetapi dia tahankan jua. Kalau di rumah, Adam akan menangis semahu-mahunya.
“Tolong paham bahasa Kin cakap ok? Kin cakap simple je, jangan kacau hidup Kin. Kin dah tak minat.” Adam cuba membuat panggilan, tetapi tiada jawapan yang di terima.
“Tapi, Ad nak sebab”
**************************************************
Adam bagaikan orang kurang siuman apabila mendengar permintaan dari Asikin. Terus di capai kunci motor, dan menuju ke rumah. Adam hanya berpesan kepada abang angkatnya baha dia nak bercuti. Setiba Adam di rumah, Adam mencapai kunci kereta lalu memecut laju ke arah kawasan penginapan Asikin tinggal. Dalam kepala Adam hanya satu, kenapa orang yang di sayangi pergi meninggalkan tanpa sebab.
Setiba di hadapan pintu pagar, Adam memberi salam dari luar pagar. Akan tetapi yang dengar hanyalah bunyi siaran televisyen. Adam memberi salam berkali-kali, dan akhirnya Adam mendengar sesuatu yang benar-benar mengguris hatinya.
“ Dik,sapa kat luar tu? Macam orang tak betul je. Suruh dia balik. Tiada tempat pengemis kat sini.” Adam kelu seribu bahasa.
Adam akui, dia datang untuk mengemis, tapi bukan mengemis harta, mengemis makanan, tetapi apa yang Adam mahukan hanya harapan yang tinggal harapan. Langkahan Adam longlai menuju ke arah kereta. Apa yang Adam tahu, kenapa semua jadi kat Adam. Adam menangis sepuas hati di dalam kereta.
Mulai hari itu, sifat Adam yang banyak bercakap, lebih kepada diam. Lebih banyak termenung. Kusut masai Adam mulai ketara. Ibu Adam mulai perasan dengan perubahan sikap anak kesayangannya.
“Along, along kenapa ni, kusut masai. Hish, bau apa ni? Along tak mandi ke?pergi mandi sana”ibu adam mengambil tuala lalu di beri kepada Adam. Adam hanya menganguk dan berlalu pergi.
Seminggu lamanya Adam tidak balik ke rumah, Adam berjalan mengelilingi kampung, dan dengan sedikit duit poket yang ada, Adam menaiki bas menuju ke bandar. Di sanalah tempat Adam mencari ketenangan. Hampir terniat Adam hendak menyalahkan takdir. “Kenapa semua jadi kat aku” getus hati Adam yang separuh gila. Adam berjalan memasuki satu bangunan, bangunan yang bagi orang-orang kampung Adam cukup asing. Bangunan yang hanya agama Kristian beribadat. Adam telah jauh lari, terpesong dari landasan agama. Hilang bekalan agama yang selama ini tersemat kukuh dalam jiwa Adam.
“ Hei, u, u buat apa kat sini? U lari rumah ke? Kusut masai I tengok u ni” tegur seorang pendeta Kristian.
“Tak buat apa-apa, saya cuma nak duduk sahaja.”terang Adam.
“U ada masalahkah? Kalau ada masalah cerita la pada I, kalau I boleh bantu, I bantu” pendeta itu dengan niat untuk memancing diri Adam supaya rapat dengannya.
Iman Adam hanya tinggal sekelumit, sekiranya Adam tidak mempertahankan keimanannya Adam akan murtad. Dan Adam memang bukan Adam yang dahulu. Adam dengan agama yang baharu.
“ Tak pelah,saya hanya nak duduk sahaja” ujar Adam sekali lagi.
“Hm, kenapa kamu duduk sini? Nanti orang-orang Islam akan marah. Janganlah kamu menghidupkan api keagamaan.”ujar pendeta terbabit sambil berlalu pergi.
Adam hanya diam membisu tanpa kata. Jelas terpancar di wajahnya kekecewaan, kehampaan. Adam bangun lalu berlalu meninggalkan gereja tersebut. Adam tidak mahu di goda nafsu syaitan supaya Adam murtad. Tidak sama sekali akan Adam murtad, kerna Islam adalah agama yang cukup indah. Adam berjalan ke sana-sini sambil berbicara seorang diri. Sepatah perkataan pun tidak jelas kedengaran di mulut Adam.
Di rumah, ibu Adam semakin sakit apabila seminggu sudah Adam tidak pulang ke rumah. Sa’id sibuk mencari Adam ke hulu kampung hingga ke pekan, tetapi hampa dan kecewa apabila kelibat Adam tiada. Sudah puas di tanyai orang sekeliling perihal abangnya, tiada seorang pun yang nampak.
Kelihatan dari jauh kelibat seorang pemuda yang sedang bertenggek di atas jambatan sebatang sungai. Kelibat itu tidak lain tidak bukan hanyalah Adam Ahmad. Hampir 50 km perjalanan Adam dari rumahnya. Sedang Adam asyik memerhatikan ke indahan aliran sungai, keinginan Adam untuk terjun ke dalam sungai itu terbatal. Belum pun sempat Adam terjun ke sungai berkenaan, sebuah kenderaan polis tiba atas aduan orang ramai. Adam di tahan dan di bawa ke balai polis. Adam juga di bawa ke hospital untuk memastikan Adam tiada penyakit mental.
Kring…kring…deringan telefon rumah berbunyi dengan nyaring. Sa’id berlari mencapai gagang telefon.
“Assalamualaikum, kami dari Balai Polis Kuala Kelawang. Di rumah encik ada orang bernama Adam Ahmad?”sapaan yang di terima Sa’id cukup membuatkan Sa’id berhati-hati mendengar percakapan.
“Waalaikumusalam, ya encik, ni rumah Adam Ahmad, dan saya adik dia” Sa’id bertutur deengan penuh kegusaran akan berita yang bakal dia terima.
“Begini encik, pihak kami telah menjumpai abang encik di Kuala Kelawang, harap encik dapat membawa dia pulang” sa’id tersenyum girang kerana penantian selama seminggu berhasil.
Sa’id terus menuju ke bilik ibunya, “ mak,mak, adik ada berita gembira ni. Pihak polis dah jumpa along” Sa’id memeluk erat ibunya. Tangisan gembira kedua-dua beranak kedengaran.
Semalam yang hilang (4)
********************************************
Suasana nyaman ketika berada di kampung memang mengasyikkan. Angin bertiup lembut mendinginkan suasana seluruh alam sebelum sang mentari datang dengan bahangnya. Embun-embun menitikkan airnya di tengah-tengah kebasahan dedaun dan kabus memenuhi alam sebelum menghilang. Siapa sangka disebalik keindahan ciptaan tuhan, masih ada yang melemaskan. Merimaskan. Menghargaikah mereka melihat alam ini hancur? Masih adakah seorang hamba yang bernama manusia yang berfikiran meluas sampai di persada akhirat? Masih adakah mereka yang simpati atas pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan ciptaanNya berzikir menyebut-nyebut keagungan kuasa Tuhan?
Meskipun jam sudah menunjukkan tepat 7.30 pagi, bunyi-bunyi cengkerik masih kedengaran suyup-suyup disebalik kebisingan motor dan kereta yang merentasi. “Assalamualaikum”
“Mak oh mak” laungan Adam memecah kesunyian pagi di rumahnya.
“Mane la mak pergi pagi-pagi cuti ni”bisik hati Adam.
“Adik,oh adik. Sini jap. Tolong along jap kat dapur ni. Mana mak dik?”sapa Adam kepada adiknya yang kelihatan tercungap-cungap bagaikan di kejar hantu di siang hari.
“Mak pergi kebun la abang”selamba adiknya meneguk air minuman yang baru siap di buat Adam untuk bersarapan.
“Kau dari mana ni dik? peluh-peluh along tengok?”perasaan simpati Adam menular ke lubuk hati. Mana taknya, dulu masa Adam PMR, semua kerja di buat oleh akak-akaknya. Tetapi sejak kemalangan yang meragut hampir keseluruhan ahli keluarganya menyebabkan Adam menjadi Along dalam ahli keluarganya. Airmata tiba-tiba menitis mengalir ke pipinya apabila teringat kisah yang menimpa ahli keluarganya.
“Abang, abang kenapa? Tiba-tiba je nangis? Cewek tol abang ni la.”gurauan adiknya menyebabkan Adam mengesat airmata.
“Tak da papa la dik. Dah, kau pergi angkat makanan yang along dah siap masak tu,, tolong hidang sekali. Along nak mandi jap. Nanti panggil mak sekali,kita sarapan sekali.” Adam sempat berpesan sebelum berlalu pergi.
Di dalam bilik Adam menangis semahu-mahunya, “Abah, Adam rindukan abah. Kenapa abah pergi cepat sangat? Kenapa abah tinggalkan Adam, adik dengan mak sendiri. Adam masih perlukan abah.” Adam memeluk erat gambar dia bersama dengan arwah bapanya. Memang tidak di nafikan Adam merupakan anak yang manja kepada bapanya. Dari kecil Adam rapat dengan bapanya. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa bapanya pergi meninggalkan Adam sewaktu menduduki peperiksaan akhir PMR.
Habis sahaja kertas matapelajaran sains, Adam segera menelefon rumhnya. Biasanya petang-petang macam ni antara akak dan bapanya mesti sudah berada di rumah. Petang-petang waktu ahli keluarganya bersantai di rumah setelah lelah penat bekerja di pejabat. Adam pelik panggilan telefeon rumahnya tidak berjawab. Adam membuat panggilan kepada bapanya. Namun tiada ruang liputan. “ Aik, mana abah ni, akak pun tak angkat” Adam sudah mula rasa gusar, perkara sebegini tidak pernah berlaku lagi.
Setibanya Adam di rumah, tiada satu kenderaan pun kelihatan. Kenderaan bapa Adam mahupun kenderaan kakak Adam. “Assalamualaikum” sahutan yang Adam laungkan tiada jawapan dari dalam rumah. Rumahnya sunyi sepi. Macam tiada orang yang pernah menghuni.
“ Abah,Adam dah balik” Adam mencuba untuk memangil nama bapanya, mana tahu bapanya sedang tidur. “ Hmm…mana la orang kat dalam rumah ni. Mandi dulu la, Asar pun jap lagi nak masuk” bisik Adam sendirian.
Tok…tok….tok…
Taluan pintu rumah Adam di ketuk. Adam terpisat-pisat bangun dari tidur. Sempat juga dia kerling mata ke arah jam loceng di katilnya. “hmm..baru kul 10. Aku tertidur rupanya” Adam berbisik. “ Sapa tu? Jap-jap.” Adam melaung sambil bangun dari tempat katil.
Kelihatan dua anggota polis tercegat di pintu rumah Adam
“ Assalamualaikum, ni rumah Encik Ahmad Zafran?”anggota polis yang berpangkat konstabel memulakan perbicaraaan.
“Waalaikumussalam, ye ni rumah Encik Ahmad, tapi abah tak da la encik. Abah dari siang tadi tak balik-balik”ujar Adam tanpa perasaan curiga.
“Kami datang nak bawak adik pergi ke hospital untuk membuat pengecaman mayat. Keluarga -adik mengalami kemalngan ngeri pada petang tadi” dengan tidak semena-mena Adam jatuh terjelopok ke lantai. Dunia yang di rasai hitam semuanya.
“Abang, kenapa tak mandi lagi ni? Mak dah kat dapur tunggu abang, mak pangil-panghil nama abang, abang tak nyahut. Tu yang adik datang ni”lamunan Adam terhenti kerana pertanyaan Sa’id.
“Eh, jap-jap. Adik keluar dulu. Abang keluar jap lagi tau” Adam tersenyum memandang adiknya. Kerana kini yang tinggal hanya adik dan ibunya sahaja.
“ Mak pergi mana tadi?pagi-pagi mak dah tak da?”Adam tersenyum melihat ibunya.
“Mak pergi kebun tadi, kenapa kamu ni?tak sihat?tersenyum-senyum tengok mak? Macam tak pernah tengok mak je sebelum ni?”ibu Adam bertanya kepada Adam kehairanan.
“Hehe,tak da pape la mak,cuma along sekarang makin sayang kat mak”
Uhuk..Uhuk..bunyi batuk kedengaran. Adam memandang kea rah suara yang memang di kenali. Wajah Adam pucat kerisauan apabila melihat darah keluar dari mulut ibunya.
“Mak,mak kenapa? Mak tak sihat ke ni, along hantar mak pergi klinik” Adam mula merapati ibunya. Selera untuk makan telah terbantut, Sa’id berlari mendapatkan kain basah untuk membersihkan wajah ibunya yang berlumuran darah.
“Dik,kau pergi ambil abang kunci kereta mak. Along nak hantar mak pergi klinik, cepat sikit.” Sa’id berlari segera mencapai kunci dan Adam memapah ibunya menuju ke kereta.
Adam dan Sa’id keresahan menanti ibunya keluar dari klinik. Adam hanya mengadu dan mengeluh kepada Allah supaya Allah menyelamatkan ibunya.
“Mak. Doktor cakap apa tadi?mak taka pa-apakan?”Adam memapah ibunya menuju ke kereta.
*************************************************
Penantian Adam selama dua bulan berakhir. Larian merentas desa peringkat Sekolah Menengah Dato’ Abdurrahman Yassin akan bermula. Adam tersenyum lebar apabila bakal mengetahui siapa gerangan insane istimewa yang bertakhta di hati Adam. Bertuah Adam apabila rakan-rakan sekeliling menyokong Adam, terutama Atok.
“Tok, kalau hari ni kau ada nampak perempuan pakai sapu tangan kuning,kau bagitau aku tau.” Ssmbil membetulkan tali kasut yang dipakai Adam memerhatikan Atok yang asyik ketawakan dirinya.
“Kenapa kau gelak? Aku serius ni. Asikin dah bagi aku klu, dia guna sapu tangan kuning hari ni.”
“Hmm..yela. kawan punya pasal,tak da halla. Eh, dah jom orang dah mula ni”
Sambil berlari, Adam memerhatikan keadaan persekitaran. Ingin dia lihat wajah puteri hatinya yang telah mencuri hatinya.
“Ad, ni dah separuh larian ni ad. Mana Asikin kau? Tak da pun.”Atok memulakan pertanyaan kepada Adam.
“Hmm..ntahlah Tok,tapi dia dah janji dengan aku,Tok, check point depan tu kita berhenti jap. Aku rasa mual dah. Aku hampir tak dapat nafas ni.”Adam berlari sambil memegang dada.
“ Eh, Ad, muka kau, pucat. Ni minum air aku dulu,, kau duduk selunjur Ad.”tiba-tiba Adam jatuh tersembam ke arah jalan. Sempat Atok sambut untuk mengelakkan rakannya jatuh ke jalan.
“ Ad, kita naik motor teruskan sampai sekolah.” Atok mengajukan soalan sambil membuka tutup botol yang Atok pegang..
“ Tak nak, aku nak jalan. Aku nak jumpa dia. Ni je peluang aku Tok.” Adam membantah dengan keras.
“Hmm,ikut kau la. Kalau tak boleh cakap. Aku tahan motor.” Atok mengingatkan kepada rakannya yang sedang berelunjur dengan sahaja.
“Jom kita sambung. Aku dah ok.” Adam berlari jauh meninggalkan Atok yang tercengang melihat gelagat Adam. Semangatnya yang tinggi untuk berjumpa menyebabkan Atok terpaksa ikut kehendak kawannya. Setibanya di tapak perjumpaan kelihatan dua pelajar yang terakhir tiba. Ramai yang telah minum dan makan yang telah di sediakan oleh pihak sekolah.
“Ad, aku bukan nak cakap apa, aku rasa kau dah kena ni” Atok mengelap peluh yang mula menitis jatuh ke pipi.
“Eh, kenapa kau cakap macam tu?”Adam meneguk air yang baru di hulurkan kepadanya oleh seorang anggota St. John.
“ Kau tak nampak ke? Mana Asikin kau?”Atok meninggikan suara sedikit kepada Adam kerana suasana yang amat bingit.
“Ala, ada la tu sebab kenapa. Dia dah janji ngan aku. Aku berpegang pada janji dia”Adam membetulkan kembali apa yang Atok cakap.
Sedang dua remaja rancak berbual ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari jauh. Lama-lama pemerhatian tertumpu pada Adam. Adam perasan ada seseorang sedang memerhatikan dia dari jauh. Adam melilau keadaan sekeliling.
“Jom la Tok kita ballik.” Adam dengan muka yang sedikit penat mengeluh.
Adam segera mencapai handphone.
“Assalamualaikum,Kin.”
Setelah lama menunggu akhirnya handphone Adam berbunyi menandakan mesej baru masuk.
“Wa’alaikumusalam.”
“Em,Kin, Ad nak tanya”Adam membalas dengan muka yang sedikit mencuka
“Em, pasal tadi ke?Adam tak jumpa Kin ae?”
“Em,aa,Kin cakap Kin jaga laluan lelaki tadi?”
“Ad, Kin ada jumpa Ad la tadi. Ad je tak perasan, rancak sangat borak.Entah borak apa tah, sampai Kin kat sebelah pun Ad tak tau”
“La, yang bagi air tadi tu Kin ke?”
“Em, iye la. Habis tu sapa lagi? Nat tau tunggu dia sampai. Lama sangat..”
“ Hehe,mana la Ad perasan. Ad pun bukan kenal Kin sapa.”
“Em, yela. Esok pas balik sekolah Kin tunggu kat kelas Kin tau. Itu pun kalau Ad nak jumpa Kin”
“Hehe,,betol ni?”
“Betol”
Semalam yang hilang (3)
Rintihan Adam makin lama makin sayu. Mengharapkan restu dari Ilahi supaya meredhai hubungan cinta antara seorang Adam dan Hawa. Namun pada hakikatnya Adam hanya mampu merancang dan berdoa akan tetapi hanya Dia yang layak memperkenankan hajat hambaNya.
Tahajud Adam pada malam ini sungguh benar berlainan di rasai oleh dirinya. Amat sayu dan suram kelihatan di wajahnya. Ketenangan malam yang hening menggamit lagi perasaan hati Adam.
Adam merayu lagi pada Yang Khalid:
Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 4 pagi. Tetapi, masih lagi ada seorang hamba Allah yang bermunajat kepada Illahi. Adam meneruskan tahajud malam dengan menunaikan solat hajat dan taubat. Kedengaran suara Adam yang merdu mengalun-alunkan ayat suci Al-Quran. Surah At-Taubah yang paling di gemari Adam kerana mempunyai peringatan dan pengajaran di ulang-ulangi bacaan sehingga menitiskan airmata seorang hamba yang lagi daif dan hina di sisi Allah.
Friday, May 21
mencari keikhlasan
Thursday, May 20
Semalam yang hilang (2)
Adam merupakan salah seorang peserta hafazan Al-Quran peringkat negeri Selangor. Masakan Adam tidak mengetahui hakikat ayat al-quran yang banyak di hafal. Akhirnya, Adam terpaksa merelakan hati berpindah ke sekolah yang dahulu paling tidak di sukainya.
“Awak,yang kat pintu pagar tu. Berhenti.Bagi nama dengan kelas awak”sempat juga Adam menjeling tajam kea rah pengawas yang menahannya.
“Adam Ahmad. Kelas tingkatan 4 Zamrud. Ada pape lagi tak? Lau tak da saya nak jalan dulu” dengan suara yang agak tegang Adam memandang pengawas yang menahan dia.
“ Lambat baru 3 minit, sibuk-sibuk lak nak tahan” Adam membebel seorang diri tetapi dengan suara yang agak kuat.
“ Apa? Awak cakap saya penyibuk tahan awak? Awak pelajar barukan? Sebab sebelum ni tak pernah nampak awak. Sekarang awak pergi sebelah baris perempuan sana.” Adam menuruti sahaja arahan pengawas yang sempat di kerling tag nama Suhaila.
Adam mengetahui bahwa ada sepasang mata yang sedang asyik memandang tepat ke muka Adam. Tapi, Adam mengingati pesanan daripada pakciknya jangan jadikan keindahan rupa sebagai pengaruh di sekolah barunya.
Di kelas, Adam duduk bersebelahan dengan seorang pelajar yang bernama Izzudin. Izzudin merupakan seorang pelajar yang baru berpindah dari sekolah bandar ke sekolah kampung. Bukan tiada rakan sekelas lama semasa Adam di sekolah kampung ini, ada dua pelajar yang merupakan rakan dari sekolah rendah Adam juga.
“ Din, kau dari sekolah mana dulu?”sambil menulis Adam bertanya kepada Izzudin.
“Aku? Aku sekolah munshi. Ko lak? Mana kau tau nama aku? Aku nak panggil ko apa aerk?” Izzudin kebingungan apabila Adam mengetahui namanya.
“Tu, kat name tag kau. Kan ada nama, ape la ko ni. Panggil aku Adam boleh, Ad pun boleh.” Tersenyum simpul Adam melihat gelagat rakan barunya itu.
Bangun…Assalamualaikum cikgu…Ketua kelas memberi arahan tanda cikgu telah masuk dan ingin memulakan waktu p&p. Assalamualaikum cikgu. Pelajar yang lain menuruti apa yang ketua kelas arahkan termasuk Adam sekali.
“Cikgu minta maaf sebab minggu lepas cikgu tak dapat masuk kelas. Cikgu dengar ada pelajar baru masuk kelas ni ke?”Tanya cikgu yang bernama En.Zaidi.
Kelas kembali riuh seperti tiada cikgu yang masuk di dalamnya. Cikgu Zaidi mengetuk-ngetuk rotan ke atas meja supaya kelas dapat di kawal. “Sape pelajar baru? Ramai yang dah kenal kan?jadi tak payah la cikgu nak suruh dia perkenalkan diri. Pelajar baru tu mari ke sini, daftar nama”ujar cikgu Zaidi.
Setelah selesai urusan pendaftaran, cikgu Zaidi memulakan aktiviti pembelajaran. Adam tertidur di dalam kelas kerana mengantuk. Lagipun semasa di sekolah lama, Adam sudah habis belajar Matematik tingkatan 4 dan baru memasuki bab 1 Matematik tingkatan 5.
*****************************
Kringgg…tanda waktu rehat menjelma. Adam masih tak bangun-bangun lagi. Ketua kelas yang bernama Shahrul dan telah di beri gelaran Atok datang dan mengejut. “Ad, bangun.”atok mengoyang-goyangkan badan Adam. Sambil terpisat-pisat Adam bangun menuju ke pintu keluar dan menuju ke kantin. Banyak mata yang memandang ke arah Adam.
“Bang, kasi kopi satu. Roti kosong satu” Adam membuat pesanan kepada abang kantin.
Suasana yang riuh rendah di kantin betul-betul membuatkan Adam tak selesa. Kalau boleh nak di paksa tukang masak dan buat air buat untuk dia dulu.
“Tok, aku nak tanya sikit boleh?” Adam memulakan perbicaraan.
“ape dia? Ko nak Tanya sikit? Tanya la banyak sikit.” Sambil menghirup air yang baru sampai di pesan oleh Atok.
“ Aku nak tanya kat kau. Kau kenal tak orang nama Asikin?” Adam memulakan pertanyaan dan membuatkan beberapa orang yang dengar sedikit tersentak.
“ Wah, ko budak baru, belum-belum dah tanya pasal dak perempuan sekolah ni pesal? Cari gaduh ke?” kedengaran suara sumbang dan Adam pastila tidak mengenali mereka.
“ Ntahla ad, ada ramai orang nama Asikin la…ko mana dapat nama Asikin ni? Bukan ke kau baru je masuk sekolah ni.” Atok dengan dahi yang berkerut-kerut kepelikan.
“Hmmm…aku pun tak tau la tok, tadi malam la, aku tengah buat kerja Biologi sekolah aku lama, dapat mesej”tidak sempat Adam menghabiskan bicara, bunyi loceng tanda waktu rehat telah habis kedengaran.
“ Kau nak tanya apa tadi Ad?”
“Hmmm,,tak da ape la tok. Tok, pas ni aku tak masuk kelas tau, aku malas dengan cikgu tu. Ajar macam ajar patung.” sambil menghirup air yang sempat di bungkus oleh Adam.
“Mana aku nak berjalan kat sekolah ni aerk.Aaa…aku rasa baik aku jalan-jalan pusing satu sekolah ni. Buat lawatan rasmi,dah nak dekat habis kelas cikgu tu, tau la aku masuk nanti.” Adam berbicara dengan diri sendiri.
“Hish, apa la budak-budak sekolah ni. Pengotor kot. Tandas kotor gila dengan punting rokok, lau kat sekolah aku ni, habis dah budak-budak ni.” sambil ketawa Adam teringat kenangan yang mencuit hati di sekolah lama Adam.
“Adam…adam….sini-sini, tengoklah sini Adam” hish suara sapa lak la ni pangil-pangil nama aku.
“Lah, pesal pulak budak-budak tu? Macam tak betol je tengok”getus hati Adam sambil berlalu pergi.
************************************************
Sewaktu Adam melintasi kelas yang bersebelahan dengan kelas 4 Zamrud, ada seorang lelaki menahan Adam.
“Mat, ko sini jap, ada orang nak jumpa kau.”ujar lelaki yang menahan Adam..
Sambil menuruti apa yang di suruh lelaki tersebut, Adam di suruh duduk di sebuah kerusi. Adam sempat melihat nama di atas buku yang bertaburan di atas meja. Norlyiana binti Azlan. “ Sapa la manusia ni, pening aku la”bisik hati kecil Adam. Setelah lima minit duduk bagai orang bersalah, datang seorang pelajar perempuan dan dengan selamba duduk sebelah Adam.
“ Awak Adam? Adam Ahmad? Saya Norlyiana”sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
“ Aa, saya Adam Ahmad”sambil tersenyum Adam tidak meyambut huluran salam yang diberikan oleh Yana.
“Kak, boleh saya minta diri? Saya nak masuk kelas dah.” Adam bangun meminta izin untuk keluar.
“Japla, saya belum berbual-bual dengan awak lagi, tak payah panggil akak, panggil Yana je”sambil menahan daripada Adam keluar daripada kelas.
Hampir satu jam juga Adam di temubual oleh Yana. Entah kenapa Yana berminat sangat dengar apa yang Adam cerita. Tentang sekolah, diri Adam. Setelah puas berbicara, Adam berlalu pergi untuk masuk ke kelas.
Kriiinggg……bunyi loceng menandakan waktu persekolahan telah tamat.
***************************************************
Setelah dua bulan berlalu, hubungan Adam dan insan misteri yang bernama Asikin semakin rapat. Tetapi, Adam masih tidak mengetahui siapa gerangan tuan punya badan. Setelah puas di seledik, di tanya, Kin masih berahsia. Tidak mahu mendedahkan identiti terlalu awal agaknya. Hanya klu-klu yang di berikan. Adam semakin bingung, siapa gadis ini? Kenapa dia begitu berminat dengan aku?
Hari ni seperti biasa Adam pergi ke sekolah dengan berbasikal. Di letak basikal jauh daripada sekolah dan berjalan kaki menuju ke sekolah. Semasa di sekolah Puan Radziah iaitu guru pengawas telah membuat pengunguman untuk memilih pengawas bagi sesi 2006. Adam menagmbil boring dan keinginan untuk menjadi pengawas sekolah amat kuat. Adam yakin, dengan pengalaman sebagai ketua disiplin asrama peluang menajadi pengawas amat kuat.
Pada tengah hari, Puan Radziah memangil Adam ke pejabat. “Adam Ahmad? Awak pelajar barukan?kenapa awak mohon nak jadi pengawas?”tanya Puan Radziah
“Maafkan saya puan, saya nak jadi pengawas sebab saya mahu meneruskan perjuangan saya yang belum selesai semasa di asrama saya puan”tegas Adam.
“Maaf, saya tidak mengenali kamu, jadi kamu tidak layak memegang jawatan sebagai pengawas sekolah”ujar Puan Radziah.
“Tapi” belum sempat Adam meneruskan bicara. Puan Radziah sudah meyuruh Adam pulang ke kelas.
“Hmm..memang betul la ni sekolah kampung, pemikiran pun kampung” getus hati Adam tak berpuas hati.
*****************************
“Salam, Kin” Adam menghantar mesej kepada Asikin.
“Wa’alaikumusalam,,=)”mesej di jawab.
“Kin, minggu depan dah mula cuti sekolah, pastu kita dah naik form 5, tapi Ad masih tak tau lagi sapa Kin”
“Ad, sabar ae, nanti Ad tau sapa Kin, Kin takut Ad fikir Kin bukan-bukan”
“Hmm,,tak la,,tak fikir bukan-bukan, sebab Ad dah mula rasa sesuatu kat Kin”
“Rasa pe tu?”
“Rasa sayang kot,hehehe”Adam tersenyum sambil menghantar mesej. Memang betul, sejak pencarian Adam mencari identiti insan misteri Asikin, Adam dah mula rasa saying berputik. Mungkin ini adalah cinta pertama Adam.
“Ele,iyer je Ad ni,kita belum jumpa lagi dah cakap sayang. Nanti dah jumpa, dah tau sapa Kin, terus tolak Kin”
“Hehehe,,tak la..insyaAllah tak, Ad lagi suka macam ni. Usaha tangga kejayaan.”
“Aeh, loyar buruk lak ae.”
***************************************
Hari ni merupakan hari pertama persekolahan. Bosan yang dirasai Adam teramat-amat. Harap tahun baru ni membuka peluang baru untuk Adam terus maju. Adam juga telah memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber. Kin pun memegang jawatan yang sama dalam sekolah.
Adam dan Asikin pun telah menjadi pasangan kekasih, kekasih yang hanya seorang mengetahui rupa dan siapa Adam.
Dua bulan lagi merupakan hari larian merentas desa. Hari yang paling di tunggu-tunggu Adam.
“Ad, lau Ad nak tau sapa Kin, nanti masa hari larian merentas desa, Ad kena datang tau. Jangan nak ponteng, nanti Ad tak dapat tau sapa Kin”
“Hehehe, Kin nak jumpa Ad ker?”
“Ishk,tak la,segan la nak jumpa”
“Habis tu?macam mana Ad nak tau sapa Kin?”
“Ala, dia ni banyak tanya pulak, nanti Kin pakai sapu tangan kuning, Kin jaga laluan lelaki nanti, Kin kan St. John”
“Hehe,macam tu ae?payahnya nak tau sapa Kin ni kan,mintak-mintakla kekal hubungan kita ni”
“Woi, berangan lebih r dia ni. Agak-agak lau harimau melintas sebelah kau perasan tak Ad?”sergahan Atok membuatkan Adam terkejut dari lamunan.
Sambil memegang bahu atok “Tok, ko memang tak kenal ke sapa Asikin?”tanya Adam
“La,dari tahun lepas kau tak tau lagi ke sape orangnye?”tanya Atok dengan muka yang penuh kehairanan
“Emm,,ntahla tok. Payah tol aku nak tau sapa dia ni” Adam menguis-nguis tar sambil memilih batu-batu kecil.
“Ok la,aku bagitau,kat sekolah ni, lau dak form 5 ada sorang je nama Asikin, tapi tak kan dia Ad?”
“Ada sorang je ker?sapa?”dengan penuh bersemangat Adam ingin mengetahui.
“Dia kelas 5 Nilam”
“5 Nilam?”
“aa, 5 Nilam”
“5 Nilam bukan belakang kita ke barisan perempuan dia?”
“Hehe..pandai pun kau”
“Hehehe,,ko tunjukkan aku mane budaknya, nak gak aku tengok.”
“tu ha”atok menunjukkan ke arah seseorang.
“tapi,Ad”
“ape dia tok?”
“dia ada sakit,aku dengar dia sakit jantung berlubang”
“Ya Allah. Kau kuatkanlah hambaMu ini”bisik hati Adam.
************************************************
Malam seperti biasa Adam dan Asikin berbual-bual di telefon, cerita kisah-kisah menarik.
Suatu malam, Adam terjaga dari tidur “Ya Allah,jauhkan lah mimpi ku ini Ya Allah”
Adam bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Adam menuanaikan solat istiharakh adakah pilihan hati dia bahawa Asikin setepat pilihan yang di redhai Illahi.
Ketika malam sunyi hening, bulan pun sndiri
Bersimpuh di atas kain yg menjadi alas raga berlumur dosa
Memejamkn mata, heningkn jiwa, mendengarkn hati
Perlahan bergetar raga yg nmpk kuat ini tanpa kuasa
Hatiku berbicara, menjerit, menangis pilu, tersingkap malu
Atas semua ulah akan raga, ucapan akan kata
Dan pandngan akan hina
S'akan bulan mmalingkn wajahnya krna suara jeritn hatiku
Dn tak kuat mlihat lukany hati akibat dri sgala dosa
Mulut ini smpi malu utk bbicara
Tngan ini smpi tk kuat utk mnadah
Mata ini smpi tk bisa utk dbuka
Seakn tubuhku spt rsa mati
Air mata pn mnitis mbasahi pipi
Suara pn parau, serak tk thenti
Nafas pn berat, seakan dada ini bebani
Ats gala khilafku yg mbungkam hati
Dgn sgala sisa asa jiwaku mmohon
Dgn sgala malu & luka hati ini aku mmohon
Dgn bgetarny raga ini aku mmohon
Dgn piluny hati ini aku mmohon
Mmohon utk d'ampuni dosa ini
Mmohon utk dsembuhkn hati ini
Mmohon utk djaga raga ini
Mmohon utk dlindungi lisan ini
Inilh muhasabahku
Utk diriku
Ats dosaku
Dgan sgala ktidaksederhanaanku
Ya Rabb, jk hati & jiwa ini tk mmpu tuk sempurna
Aku ingin selalu djaga
Dgn sgala ksederhanaan yang ku punya
Dn diampuni dr sgala dosa.