Followers

Friday, May 21

mencari keikhlasan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:24 AM 0 comments

assalamualaikum..ha...maaf la sibuk sangat buat penulisan..lupa plak nak upload tentg motivasi...kali ni akan di sambung mencari keilhklasan..bukan mencari konklusi tau...mencari keihklasan atau keredhaan...siri (10)

Mencari keikhlasan tidak sama seperti mencari duit atau mencari harta. Mencari duit atau harta memang kita nampak dengan mata tetapi mencari keikhlasan seseorang memang sukar, sebab dia tak berbentuk dalam apa keadaan pun, kecuali org terbabit itu sahaja yg tahu samada dia ikhlas atau ada udang sebalik batu dlm melakukan sesuatu perkara.

Ikhlas sifatnya amat halus dan amat suci. Memang sukar bagi seseorang itu meneka keikhlasan seseorang terhadap dirinya atau bersikap benar-benar ikhlas terhadap org lain. Usahkan sesama manusia, kadang dgn Allah pun manusia tidak ikhlas. Berbuat sesuatu kebaikan kerana mahukan balasan, samada balasan pahala atau syurga. Walaupun balasan baik memang sudah dijanjikan utk org2 yg berbuat baik, tapi kita sepatutnya redha dan ikhlas setelah melakukan kebaikan itu.

Janji Tuhan tetap akan tertunai, tetapi jika asyik membilang semua kebaikkan yg dilakukan, atau bercerita kpd orang lain kebaikan yg kita buat itu, dimanakah ikhlasnya kita?

Ikhlas ini kadangkala antara ibu dgn anak pun tidak mampu dilakukan oleh manusia. Eddie kerap benar dengar org berkata, "Aku harap anak2 tidak lupakan jasa aku bila mereka dah besar atau dah senang kelak."atau "Aku dah bersengkang mata dan lakukan apa saja utk mmebesarkan mereka, tak akan mereka boleh lupakan aku?

"Walaupun sudah menjadi tanggung jawab anak-anak utk membantu ibubapa setelah mereka dewasa dan hidup senang, tapi sebagai org tua mereka, kita tidak boleh menetapkan satu bentuk peraturan bahawa anak-anak mesti balas jasa baik kita itu. Malah ada ibu bapa yg sudah tetapkan berapa bahagian wang gaji anak-anak mesti dimasukkan dalam akaun mereka setiap bulan.

Kalau beginilah keadaannya, ikhlas kah kita memelihara anak-anak yg kita sebutkan sebagai amanah Tuhan itu? Atau yg sering kita katakan membesarkan mereka dgn penuh kasih sayang? Jika kita ikhlas mendidik amanah Tuhan itu, nescaya kelak anak-anak pun akan ikhlas dan tidak rasa terpaksa utk membantu kita kelak. Memang bukan senang utk menerima sesuatu perkara itu, apa adanya!

Percayalah sekiranya kita lakukan sesuatu kebaikan tanpa memikirkan balasan di sebalik apa yg kita lakukan, jiwa kita akan tenang...Inilah Rahmat Tuhan.
sapa Tuhan kita?Tuhan kita adalah Allah yang maha agung...


0 Responses so far: