Pesanan
artikel kali ini adalah untuk diri saya. Kadang-kadang saya meraksan diri ini
jauh dari Tuhan. Saya mula muhasabah
diri saya kembali. Kenapa saya jauh dari Allah? Sedangkan saya selalu
mengungkapkan rasa cinta, sayang dan rindu kepada Allah Tuhan semesta Alam?
Kalau benar rasa cintakan Allah, kenapa rasa
diri ini jauh dari Dia?
Saya
renung kembali. Saya membuka balik lembaran-lembaran lama. Buku catatan saya
yang lama. Bersama dirinya saya menemui tarbiyah. Bersama dengannya saya
menemui nikmat sesuatu. Bukan saya pandai menulis, tidak. Setiap orang akan
merasakan dirinya kosong jika tidak di isi dengan sesuatu.
Kalau Benar Cintakan Allah
Inilah
catatan yang pernah saya catatkan tatkala selalu mendapat tarbiyah ringkas dari
Tok Ayah. Tarbiyah yang tidak formal. Dia tidak pernah mengaji di tempat
terkemuka. Dia tidak pernah mengaji dengan ustaz yang popular. Tetapi dia
mendapat tarbiyah dari ayahnya seorang da’ie bagi penduduk kampung. Saya ingat
lagi, catatan ini di buat semasa saya mengikuti Tok Ayah ke laut bagi menjala
ikan.
Sebutlah
nama Allah banyak-banyak. Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 9 yang
bermaksud : ‘Supaya kamu semua beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan
agamaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang.’
Bertasbih
di sini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualiti yang tertinggi.
Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan
Allah dan segala yang lain kecil belaka.
Namun
apabila Allah di lupakan, umat akan kurang menyebut namaNya. Ketika itu hati
pun lalai dari merasakan kebesaran dan keagunganNya. Akibatnya hukum hakam di
abaikan dan terjadinya maksiat yang berleluasa. Apabila ini terjadi jangan di
tangisi jika Allah ‘lupakan’ kita. Pada hakikatnya Allah tidak pernah sesekali
melupakan hambaNya. Cuma Allah mencampakkan sedikit rasa penyesalan di dalam
hati hamba-hambaNya.
Allah
hanya menjadi pembela kepada hambaNya yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa adalah
orang yang banyak mengingatinya. Namun siapakah kita? Adakah kita dalam
golongan Muttaqin, atau hanya Muslim? Muttaqin adalah orang yang bertaqwa
kepada Allah.
Bimbang Dosa
Saidina
Umar pernah mengingatkan bahawa, dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang di lakukan
oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dengan dosa, akan
terhalangnya bantuan dari Allah kepada kita.
Persoalannya.
Kenapa orang masih melakukan dosa? Sedangkan mendapat dosa adalah satu petanda
yang kita ini jauh dari Allah?
Jawabnya,
kerana kita semakin lupakan Allah. Kita semakin menjauhkan diri dari Allah. Sang
Maha Pencipta. Jadi untuk menggelakkan diri terjerumus dari kancah yang penuh
dosa. Maka diri kita ini perlu elakkan dari melakukan perbuatan yang
mendatangkan kemungkaran Allah, lalu mendatangkan dosa.
Masakan
orang yang selalu mengingati Allah akan melakukan perbuatan dosa dan khianat? Jika
terlanjur sedikit pun golongan yang selalu mengingati Allah akan cepat-cepat
beristighafar. Orang yang sebeginilah yang akan Allah bantu dalam apa sahaja
yang mereka perjuangkan yang mana mendatangkan manfaat untuk Islam. Untuk izzah
Islam itu sendiri.
Mereka
akan di sokong oleh rakan, sahabat dan di hormati oleh lawan. Belum lagi
bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.
Bukan Musuh Yang Terlalu Laju, Kita
Yang Perlahan
Andai
kita perhatikan isu sekarang, musuh-musuh Islam terlalu pantas memintas dan
mencanang yang Islam ini membawa satu agama yang mendorong kepada keganasan.
Bagi kita mereka terlalu laju mengeluarkan hujah-hujah yang begitu ampuh untuk
di tepis.
Sebenarnya,
bukan musuh yang terlalu laju. Kita yang terlalu perlahan. Kita seharusnya
lebih ke hadapan bersama dengan roh cinta dan kasih sayang. Bukan sebagai
pemerhati. Dengan cinta kita berdakwah.
Dengan cinta kita berhujah dan
menjelaskan dengan penuh hikmah.
Dengan
cinta kita tidak hanya menyebut namaNya, tetapi dengan cinta juga kita akan
mendaulatkan hukum-hukum Allah di muka bumi.
Macam
mana kita nak tegakkan agama Allah? Kita tidak perlu lihat sejauh langit. Kita perlu
lihat sedekat diri. Kenapa? Semuanya bermula dari diri. Dengan diri kita patuh
dan taat akan hukum Allah, jalan salafusaleh di hidupkan kembali, dengan bangun
malam. Solat subuh berjemaah di masjid menjadi tunjang utama nadi sesebuah
komuniti yang indah.
Atur
keluarga mengikut syariat. Jauhkan dari pendedehan aurat. Perangi pergaulan
bebas, racun hedonism dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan keluarga. Pacu
kemajuan ekonomi tapi jangan sampai lupa hukum Allah. Bersiasahlah tapi jangan
dekati fitnah dan kehancuran diri demi kepentingan peribadi.
Kalau
benar cintakan Allah.. ingatlah.. “cinta itu bukan dengan kata-kata, tetapi
cinta itu melalui perbuatan (love is verb). Bangkitlah dengan kecintaan bukan
dengan satu nada kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta andai diri
ini tidak di cintai…jika kita sendiri tidak mencintai bagaimana orang mahu
cinta?’
Ada PERKARA yang ingin kita BUANG
JAUH-JAUH..kita lemparkan ke hujung dunia, kita HAPUSKAN dari minda dan
ingatan..bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita
mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya,
hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..
p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA
:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI :
p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA
:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI :