Followers

Thursday, June 30

Bila Sudah Melamar

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:52 AM 2 comments




Alhamdulillah, semalam kita dah bertemu dengan artikel bangau oh bangau. Hari ni, saya nak ke utarakan pula mengenai sambungan Dah Sedia Nak Kahwin. Bila seseorang tu dah sedia nak kahwin atau nikah, dia mesti bersiap siaga setelah melamar. Siap sedia dengan pelbagai ujian dan mehnah kehidupan yang mesti kita lalui. Bukan satu, bukan dua, tapi pelbagai ujian yang akan di lalui. Macam-macam ada,(macam astro pulak).

Sebelum tu, nak tanya, macam mana tadi perlawanan bola sepak? Saya pun tengok juga tadi. Best dan menarik. Ok dah stop. Sekarang kita tumpukan pula pada tajuk kali ni. siap sedia setelah melamar.

Melamar Ketika Masih Belajar

Bukan ada masalah atau satu kesusahan dan keresahan apabila melamar ketika masih belajar. Mudah. Senang. Bahkan, sekiranya melamar(bertunang) ketika masih usia muda, orang lain akan lihat “ bolehkah dia ni bertanggungjawab?”. Jangan risau. Sifat tanggungjawab tu memang ada dalam diri setiap insan. Samada saya, kamu, dia atau sesiapa sahaja. Ini dari sudut pandangan sesetengah pihak.  Manakala dari sudut penglihatan orang lain. Kita (lelaki) akan di lihat lebih bertanggungjawab dan sudah bersedia memikul tugas dan seorang suami.

Sebab apa? Iaitu suadara sudi melamar dan memberitahu hasrat untuk mengambil si dia sebagai isteri. Sikap ini sebenarnya baik, malah sebolehnya sebagai remaja lelaki memang perlu mereka memulakan hal-hal sebegini.

Namun, masalahnya akan menjadi rumit apabila LAMARAN itu diterima tetapi PERLU MENUNGGU untuk kahwin. Kalau LAMARAN diterima dan BOLEH TERUS kahwin, itu tiada masalah. Malah itu dikira rezeki datang bergolek. Tetapi, jika sudah sama-sama suka, sama-sama green light. Tiba-tiba ada trafik jem. Ini memang masalah. Ia akan mendatangkan banyak ujian emosi.

Saya akui, kita sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan itu dengan sebaiknya agar tidak bercampur dengan dosa atau zina hati. Tetapi, apabila lamaran itu dilakukan dalam tempoh sedang belajar. Maka ia tetap menjadi masalah dan gangguan kepada emosi.

Sepatutnya, kita perlu menilai terlebih dahulu keadaan kewangan dan kemampuan keluarga masing-masing. Malah kita sebagai lelaki juga perlu bersedia awal dari aspek kewangan sebelum membuat lamaran. Persediaan awal AMAT PENTING dari segi kewangan, jika ada wang dan tiba-tiba perasaan TERDESAK untuk kahwin…maka niat itu boleh diteruskan dengan mengadakan pernikahan secara sederhana.

Cincin Sudah Di Jari, Janji Sudah Di Ikat

APAPUN, lamaran sudah dibuat. Masa tidak boleh diundur semula. Nasi sudah menjadi bubur. Ibaratnya “Cincin pertunangan sudah disarung” Cuma akad nikahnya belum tahu bila waktu tiba.

Jangan cemas, jangan gundah. Saya dapat lihat di sini, kamu adalah seorang yang benar-benar ikhlas mahu menjadi suami yang baik. Keikhlasan itu tidak akan digugat oleh ujian-ujian kecil. Apa yang utama, saudara perlu melakukan 3 perkara.

1) Bertaqarrub kepada Allah.
 Pencinta yang mahu menikah dengan pasangan, maka seharusnya dia menjaga nafsunya daripada membuat perkara keji. Adalah wajar jika saudara berpuasa sunat dengan kerap sekaligus menjaga ibadat fardhu dengan ketat. Jangan dicicirkan solat berjemaah.

2) Bersiaga dan Mencari Ilmu.
Saya percaya, sampai masa kita akan menikah dengan gadis pilihan. Inilah waktu saudara berjuang mencari ilmu dan mempersiapkan diri untuk menjadi SUAMI MITHALI. Saya dapat melihat sikap saudara yang sangat ‘Mandiri’ dan saya ada suatu perasaan bahawa saudara akan menjadi suami yang baik. Cuma, pastikan ilmunya dicari sekarang. Itulah ilmu agama dalam berumahtangga. Baca buku-buku dan dengarkan kuliah online. Insya allah…sukses!

3) Awas Jerat Zina.
Ingat, saudara mahu memimpin bakal isteri ke syurga. Bukan ke neraka. Saudara mahu bahagia sampai ke akhirat, bukan merana di akhirat. Oleh itu, sentiasalah menasihati diri sendiri dan juga calon pasangan dengan sebaik-baiknya. Jangan berhubung terlalu kerap, tetapi sentiasalah berkongsi nasihat yang baik apabila perlu. Itu sahaja.

-"Adakalanya, demi mengurniakan bantuan, Dia jadikan kita menderita,
tapi penderitaan kerana-Nya menghadirkan kebahagiaan.
Tawa menyusul kemudian daripada airmata.
Sesiapa yang memahami hal ini adalah hamba yang diberkati-Nya.
Di mana air mengalir, kehidupan subur melata;
di mana airmata menitis, belas kasih Ilahi menyata."


Continue...


Tuesday, June 28

Bangau Oh Bangau

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 11:20 PM 1 comments


Alhamdulillah bertemu kita pada minggu ini dengan perkongsian terbaru. Harap, bila semua membaca perkongsian terbaru, kita pun dapat azam dan semangat baru. Bukan, makin melehmakan semangat yang kita ada. Sekarang saya nak ajak pembaca dan pemerhati  mengenai lagu masa kita kecik-kecik dulu. Ingat tak? Agak-agak? Mesti ingat lagi. Bangau oh bangau.
               
Bangau oh bangau

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus
Rumput panjang sangat,

Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang,
Macam mana aku tak panjang
Lembu tak makan aku.

Lagu dia perasan tak macam salah? Ha, kat sini kita boleh perasan, dah perhatikan konsep salah menyalahkan antara satu sama lain. Engkau salah, pastu salahkan orang lain. Kesalahan yang kita patut tanggung tu kita letak kat orang lain.

Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.

Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yang proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. Misalnya apabila seseorang anak itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas ia menyalahkan ibu-bapanya.

Jika ditanyakan kepada sianak, “Henapa awak jadi begini?”

Dia pun menjawab, ”Ini bukan salah saya. Ayah dan ibu saya yang salah!”
Manakala apabila ditanya kepada ibu-bapanya pula, lantas mereka pula menjawab, “ Ini bukan salah kami tetapi ini salah guru.”
Begitulah seterusnya.

Masing-masing melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yang tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila-bilapun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif. Dan inilah yang sedang membudaya dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain.


Lawan kepada sikap reaktif ialah proaktif. Proaktif maksudnya apabila ia berhadapan dengan sesuatu masalah, berdepan dengan suatu peluang, dia akan menumpukan kepada apa yang dia boleh buat. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang mampu dikawalnya. Walaupun pengaruh itu kecil, lama kelamaan ia akan bertambah. Jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu akan mampu mengubah orang lain. Sikap lebih berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita.  Orang yang proaktif ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan self- esteem (harga diri) yang tinggi. Ia bukan sahaja mampu mengawal diri bahkan akan mampu mengawal orang lain. Manakala orang yang reaktif pula ialah orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana dia pergi, dia akan dicorakkan kerana tiada kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan setiap masalah.

Dalam kes masalah sosial remaja  setiap pihak hendaklah bersikap proaktif. Budaya ‘bangau oh bangau’ hendaklah dihentikan. Sebagai manusia yang telah akil baligh, yakni berfikiran waras, remaja tidak seharusnya terus menyalahkan ibu-bapa atas kesilapan dan kesalahannya. Firman Allah swt:
“Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa-apa yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikt apa-apa yang kami perolehi dari bapa-bapa kami. Meskipun bapa-bapa mereka itu tiada memikirkan suatu apapun dan tiada pula mendapat petunjuk.”
                                                                   (Surah Al-Baqarah: 170)

Sekalipun, ibu-bapa tidak memainkan peranan yang betul, maka dengan fikiran dan ilmu yang didapati dari sekolah dan masyarakat para remaja sudah sewajarnya mampu menilai dirinya sendiri. Mereka adalah ‘pemandu’ pada kereta kehidupan mereka. Jika berlanggar jangan salahkan ibu-bapa, tapi salahkan diri sendiri. Dan tindakan selanjutnya ialah belajar lebih gigih agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Penutup: Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Tergadah

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah.

Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".
Continue...


Thursday, June 23

Esok Bukan Semalam

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:49 AM 5 comments



Semalam,hari ini dan esok tak pernah pun hilang dari hidup kita,meskipun semakin berjalan waktu,semakin jauhlah ia.Namun,bekas-bekasnya sentiasa ada...selagi kita bernyawa.Kita berada di sini...di tempat kita pada hari ini pun kerana peristiwa semalam...dan kita berada di mana-mana jua pada esok hari pun...kerana peristiwa hari ini..

Adakalanya,semalam itu lebih besar nilainya buat seseorang berbanding esok.Semalam itu mendewasakan sedangkan esok me"remaja"kan.Semalam makin bertambah sedangkan esok semakin berkurangan.

Untuk semalam,

Bila diri diuji,kembalilah kepadaNya....beristighfar,berdo'a kerana DIA Ya Mujib...panjatkan munajat cinta padaNyaYakinkan hati bahawa setiap ujian yang datang terselit hikmah di sebaliknya..

Bila diri diuji,ubati hati dan jiwa dengan puji-pujian & qasidah cinta pada Rasulullah..kerana baginda merupakan 'Thibbul qulub'...ubat hati dan penawar...

Bila terasa kehilangan,kembali pada diri.Mungkin kita terlalu ego atau ada membuat kesilapan pada seseorang....lalu ujian ini sebagai didikan untuk kita kembali menghayati diri sebagai seorang hamba.Mungkin pernah suatu ketika kita tak pernah menghargai anugerah yang sedikit,lalu kita diajarkan erti 'menghargai' melalui'kehilangan'.

Bila hati disakiti,jangan cuba lagi ke tempat yang boleh membuat jiwa terluka..cukuplah,jangan lagi ke tempat itu jika hati tak terdaya,kerana tak semua orang punya kekuatan hati untuk menghadapi semua itu.

Bila hati disakiti,berundurlah...dan jangan lagi hadir dalam hidup insan yang menyakiti hati kita,jika itu membuat jiwa terluka...cukuplah,pergi saja dan jangan datang lagi dalam hidupnya..kerana nanti bimbang jika hati terluka lagi..

Bila hati disakiti,carilah teman atau sesiapa saja yang mampu menenangkan jiwa dan membantu memotivasikan hati...sebaik-baik teman ialah yang membawa ingat padaNya sebab semua ujian,musibah itu datang daripadaNya dan kepadaNya jua kita kembali...semoga jiwa terubat dengan nasihat dan kejujuran mereka.
"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin.Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan.Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya merupakan kebaikan.Apabila kebaikan dialaminya, maka ia bersyukur,dan hal itu merupakan kebaikan baginya.Dan apabila keburukan menimpanya,dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya."
[H.R.Muslim]

Untuk hari ini dan esok....

Hari ini dan esok,kita bangun kembali...tak mahu mengaku kalah,jangan kerana hati disakiti...kita ingin musnahkan hidup kita.Kembali pada niat asal cita-cita kita,apa yang ingin kita gapai dalam hidup....cari semula kekuatan dalam diri,bina semula jiwa yang terluka dengan kekuatan baru.Orang yang selalu sabar,tak pernah berputus asa walaupun apa yang dihadapinya itu menyakitkan,akan selalu mendapat keuntungan & kebahagiaan di akhirnya.

Hidup kita akan selalu dan tetap positif walaupun sakit bila kita diuji,walaupun pedih bila hati kita disakiti...ANDAI KITA MENERIMA SEGALA TAKDIR YANG MENIMPA.Semakin kita menghayati nilai takdir dengan kacamata iman,akan membawa kita semakin hampir pada Sang Pencipta.Di kala itu,pintu kebahagiaan pasti akan terbuka untuk kita.Apa yang kita lalui,sebenarnya kita tak pernah bersendirian tapi DIA selalu bersama kita...
Untuk semalam,hari ini dan esok...
Andai kita melalui kehidupan hanya dengan menghadap ke arah hadapan tanpa menghadap ke arah belakang bererti kita tidak menghadap ke mana-mana arah sama sekali.Sebab yang berlalu itu pelajaran.Orang yang tak tahu menghargai hari yang telah berlalu,nescaya dia takkan tahu menghargai hari yang akan datang...."Masa hadapan" dibina dengan "masa silam" kerana semalam juga adalah sebahagian daripada hari esok.Mungkin ada yang mengatakan,

'Awak dah berubah,tak seperti dulu'

Kita cuma senyum,tak perlu kata apa-apa.Yang penting,cuba kembali membina jiwa,berubah ke arah lebih baik,lebih matang,lebih dewasa.Kita berusaha untuk bina kekuatan jiwa ,kata hukama',"Semua orang berusaha.Namun,natijah usaha itu tetap apa yang telah ditentukan oleh Allah.Maka,redhalah dengan setiap ketentuanNya.Andaikata seseorang ditakdirkan miskin oleh Allah misalnya,adakah dengan bersifat tidak redha terhadap ketentuanNya terhadap takdir tersebut,boleh menyebabkan dia menjadi kaya?

Setiap orang pernah terluka hatinya,sebab itu satu perasaan yang DIA kurniakan dalam tiap-tiap diri manusia.Kecewa...atau dikecewakan, semuanya memberi kesan kepada kita.Mungkin bila kita kecewa atau dikecewakan,dapat melembutkan jiwa kita yang ego selama ini..ataupun apa saja hikmah yang terkandung di sebalik anugerah kurniaanNya itu.Sunnatullah dalam kehidupan ini,dipenuhi dengan seribu satu ujian.Sebab itu  hidup duniawi ini terlalu sempit untuk mencari makna kebahagiaan sejati padanya....melainkan orang yang bergantung padaNya.Kebahagiaan hakiki takkan hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendak diri sendiri tapi ia hanya hadir daripada kepuasan dalam mengikut kehendakNya...kita kan hamba...:-)

p/s:Saya yang menulis artikel ini bukanlah baik,bukan juga seorang yang terbaik dan tak pernah pun baik....sebab yang Maha Baik hanya DIA...

Semalam bukannya hari ini..dan hari ini bukannya esok...tapi semalam,hari ini,dan hari esok semuanya ada pengertian tersendiri untuk kita hayati



Continue...


Tuesday, June 21

Sekiranya Satu Jam Itu MilikKu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:43 PM 1 comments





TENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya:
TENANGKAN DIRI

·         Kawal emosi
Emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan yang negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata-kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Ta’ala. Mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-Nya menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.
·         Sentiasa berwuduk
Air wuduk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan hati dan jiwa kita.
LUAHKAN

·         Cari teman
Cuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati kita. Orang yang menjadi pendengar yang setia, amanah dan jujur. Jangan salah pilih teman kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bagi yang lelaki, jangan terlalu ego sehingga hanya memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.
·         Berterus-terang
Belajar untuk berkata hak atau benar. Cuba singkap kembali mengapa dan bagaimana kasih itu boleh terhenti. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya jika ada salah silap kita, jangan takut untuk mengaku kesilapan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar, faham situasi yang sebenar dan dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar, tapi untuk memudahkan mereka memberi pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.

CARI PETUA

·         Pandang ke depan
Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas, tidak perlu dikenangkan kembali, tapi perlu ambil peduli untuk tidak diulangi.
·         Cari yang berpengalaman
Dapatkan pandangan dari mereka yang lebih dulu makan garam. Mungkin masalah yang sedang dihadapi, telah mereka hadapi terlebih dahulu. Kekadang cara mereka lebih romantik berbanding dengan gaya orang muda.
KUATKAN ROHANI

Kalau dulu jauh, dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini petanda yang Dia murka, dan masih sayangkan diri anda supaya kembali kepada jalan yang lurus. Bertaubatlah dari segala dosa, pertingkat diri dengan ilmu dan perbaiki segala kekurangan dengan sedaya mampu. Mari kita fikirkan, apa guna kebahagiaan yang sementara, tetapi bergelumang dengan maksiat atau melanggar perintah Allah. Kalau Allah sudah tutup hati, bagaimana? Petuanya mudah, kita lihat diri kita, cermin diri kita – kalau nikmat banyak atau semakin banyak, semuanya berjalan dengan lancar, tapi hakikatnya kita semakin jauh dari Allah, maka yakinilah nikmat itu adalah petanda kehinaan.
·         Amalkan baca Al-Fatihah

Ummul Kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. Begitulah juga untuk menjadi pengikat kasih. Bukan sahaja mampu untuk mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Allah untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan Tuhan kabulkan.
·         Amalkan ayat Seribu Dinar

Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu (surah at-Talaq, ayat 2-3) sebagai hiasan dinding tanpa membacanya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.
Harus diinsafi, seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.
MEMBERI PELUANG

·         Diri sendiri

Buka semua tingkap yang ada pada diri sendiri. Jangan tutup mahupun separa terbuka. Jika tidak, kita tidak dapat menerima hakikat, pandangan mahupun nasihat daripada orang lain. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap ataupun tiada tingkap. Bukan sekadar angin tidak dapat masuk, cahaya, pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Tinggal mereka dalam sebuah rumah yang kelam dan lemas dalam dunia sendiri. Buka, dan cuba terima apa yang diberikan oleh orang lain. Tukarkan apa yang mereka katakan kepada suatu tindakan yang positif dan memberikan impak yang berkesan pada diri sendiri.

·         Orang lain

Dengar dulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita. Jangan cepat menghukum dengan ilmu kita yang sedikit. Apa yang sering berlaku adalah, kita tidak memberi peluang mahupun ruang kepada orang lain untuk membantu diri kita sedangkan kita memerlukan bantuan. Pendek kata, ego.
·         Maaf dan memaafkan

Inilah perkara yang sukar untuk dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang berlaku. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bahkan bertambah mulia di sisi Tuhan. Janganlah menunggu Aidilfitri, baru kemaafan di pohon. Kemudian berilah ruang dan peluang untuk diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan semula talian kasih yang terhenti itu.
Kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Bila tertitik noktah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang. Justeru, perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan. Jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan.
Continue...


Thursday, June 16

Tiap Ketika Hati Terusik

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:34 AM 3 comments




Bila teringat-ingat kembali,terasa sukar untuk memaafkan tapi kerana lembutnya hati,tetap memaafkan walaupun hati disakiti.Tetap takkan membenci walaupun jiwa terluka...hati terdetik,mungkin ada pengajaran di sini untuk di'muhasabah’kan.

Untuk melupakan,mungkin mengambil masa, kata orang,"I'll draw you, then erase you...but I will remember you again"...dan kini cukuplah hanya do'a mengiringi kelukaan itu.Sejarah yang berlalu tetap berlalu.Dan dengan harapan agar cukuplah...tak perlu lagi hadir dalam hidup ini.Pergilah untuk selamanya.

'Belajarlah untuk memberi sebanyak-banyaknya tapi jangan terlalu menerima sebanyak-banyaknya.'

[Laskar Cinta]

Terkadang,bila kita cuba untuk berbuat baik,tak semestinya dibalas dengan baik juga.Kita kena menerima hakikat itu..Imam Asy-Syafi'e sendiri pernah berkata,

'Setiap orang dalam hidup ini ada peminat dan pembencinya.'

Adakalanya hati kita disakitkan,kita dikritik seolah-olah terlalu besar kesilapan kita...Mungkin terdetik di hati kita apabila diperlakukan sebegitu..

'Hina sangatkah aku ni?'
'Jahat sangatkah aku ni?'

Namun,jika difikirkan dengan lebih mendalam,pasti ada hikmah di sebaliknya.Mungkin apabila kita diperlakukan sebegini,Tuhan ingin mematangkan jiwa kita.Mungkin kita kena belajar menerima kritikan,cacian dan apa-apa saja untuk melatih kita menjadi insan berjiwa besar.

Hati pun menenangkan jiwa sendiri,

'Tak mengapa wahai diri.Terima saja kritikan dan penghinaan dengan hati terbuka.Teruskanlah langkah,jangan berhenti sebab Tuhan tahu niat dan tindak-tanduk kita.Yakin padaNya.DIA yang menentukan hidup kita,bukannya manusia.'

Mungkin bila hati kita terluka,kita menjadi insan yang lebih menghargai di masa akan datang.Kita lebih menghargai ungkapan insan lain,pemberian insan lain,luahan insan lain...

Mungkin bila hati kita terluka,kita mula mengenal apa itu erti kasih sayang...

Mungkin bila hati kita dilukai,kita mula mengerti bahawa tak semua orang dapat membahagiakan kita,tetapi selagi kita berusaha membahagiakan orang lain,kebahagiaan tetap akan datang pada kita suatu masa nanti...


"Kebahagiaan itu umpama kupu2.Jika dikejar,ia akan pergi.Jika dibiarkan,ia akan singgah di bahumu."

Mungkin bila hati menangis,baru kita mengerti bagaimana sakitnya hati insan yang pernah terluka sebelum ini...

Terima kasih hati,kerana engkau lebih mengerti tentang kehidupan ini.Diri ini tak tahu nak cakap apa,cuma tersenyum.Tak perlu kata apa-apa... 

Take time to smile because it is a music of heart...
Selamat Malam Dunia...Semoga Ada Sinar Kebahagiaan Untuk Hari Esok...

'Dunia yang indah tak dapat dilihat,kecuali oleh orang yang selalu optimis dalam hidup dan individu bijak tidak akan membiarkan cinta menjadi racun hidupnya.' 

Penutup: Carilah Penawar Di Setiap Kedukaan
tanpa kekecewaan hidup ni tiada indahnya ... tanpa kemanisan hidup ini juga tiada serinya ...yang paling penting jagalah iman ..jaga diri dan hiasa peribadi ..

andainya hari ini hati kesakitan ..cubalah tengok hari esok dan carilah ubat untuk setiap kelukaan itu ... kalau hendak berada di alam kemanisan ..bangunlah dan jauhi kelukaan itu ..bangun dengan penuh semangat dan berazam ...
Yang lepas biarkan ia berlalu...Kita teruskan hidup baru.kan hari esok masih cerah untuk kita?

hari ni aku jatuh ..hari esok aku akan cari penawarnya ~ 
Continue...


Tuesday, June 14

Terasing Sendiri

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:04 PM 3 comments



Terbang Mencari Sinar






Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..

Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa
Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..


Aku Akan Jadi Milikmu?



Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..


Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..
Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?
'Orang berjiwa besar punya dua hati;satu hati yang menangis dan satu lagi hati yang bersabar.'

Penutup: Gunakan Akal Sebaik-Baiknya

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Bagaimanapun, soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. 

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Seperti kata pepatah, cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. 

Dari perspektif lain, ada juga seseorang yang amat menyayangi kita. Sesungguhnya kita amat bertuah kerana ada sekeping hati yang amat mengharap kita. Sanggup susah dan senang demi kita. 

Ungkapan cinta berbunyi ‘kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.’ 

Dari perspektif apa pun, apabila membicarakan soal cinta, kita sendiri boleh membuat keputusan. 

Mungkin kita sudah tahu tindakan apa yang patut diambil. 

Cuma kita amat sukar untuk melupakan dia. Saya akui, untuk melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Jika tiada jodoh dengan dia, belajarlah perlahan-lahan untuk melupakannya. 

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. 

Jika kita benar-benar mencintai seseorang dan ditakdirkan tiada jodoh dengannya, biarkan dia pergi. Ini kerana cinta sejati kita terhadap seseorang ialah kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Benarlah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Continue...