Followers

Saturday, August 28

hanya Allah dan Rasul tahu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:54 AM 0 comments

Ya Allah..ujian apa yang Kau beri pada aku kali ini? dulu Kau memberi ujian yang begiu getir dan berat. Tapi kali ni mungkin aku tak mampu.
Ya Allah moga di Kau memberi aku kekuatan untuk menghadapi pada bulan Ramadhan ini. Fitnah dan penuduhan terhadap diri ku amat kuat.
Ya Allah, moga di Kau memberi kerahmatan pada diri ku dan Kau kurniakanlah pada rakan ku yang berada di satu jamaah. Moga Kau memberi sirna yang elok untuk dirinya.
Continue...


Wednesday, August 25

Sihir Penghalang Perkahwinan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:57 PM 2 comments

بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Umumnya penyakit batin/gangguan mental /gangguan perasaan bukan semata2 disebabkan oleh unsur makhlus halus tetapi banyak faktor mendrorong dan menyebabkan terjadinya penyakit/gangguan2 tersebut.  Di antaranya :


1. Gangguan pada perjalanan darah dan angin didalam urat, tulang yang disebabkan oleh anasir2 seperti cuaca, keadaan kebersihan persekitaran dsb.

2. Gangguan disebabkan oleh faktor keturunan.

3. Gangguan disebabkan oleh interaksi dengan manusia lain ; seperti anak, isteri, mertua, majikan dan lain2nya.

4. Gangguan disebabkan masalah kehidupan seperti kemiskinan, kepayahan hidup, kerjaya.

5. Gangguan disebabkan oleh mahkluk halus.


Dengan demikian kita tidak dapat menentukan secara pasti setiap penyakit yang berlarutan atau penyakit yang kelihatan aneh sebagai sebagai gangguan makhluk halus.   Ini adalah kesilapan.

Umpamanya sakit kepala yang berterusan mungkin disebabkan oleh faktor keturunan.  Kita pernah bertemu kes2 begini.  Ianya bukan disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

Hati selalu berdebar2 mungkin disebabkan oleh penyakit "tekanan darah rendah".

Kesan lebam pada badan mungkin disebabkan oleh virus atau penyakit.


Dengan demikian sebelum mengesyaki sesuatu penyakit sebagai gangguan makhluk halus, sebaiknya periksa dahulu dengan doktor biasa. Setelah benar2 pasti ianya bukan disebabkan faktor2 luaran seperti tersebut diatas barulah berjumpa dengan mereka yang mahir didalam Ilmu perubatan lain.

Tetapi PAK ARAB beri peringatan,  JANGAN  sesekali berjumpa 'BOMOH'' dalam ertikata mereka yang menggunakan khidmat jin dan syaitan untuk berubat.  Berdasarkan pengalaman PAK ARAB,  mereka2 ini bukannya berikhtiar untuk mengubat penyakit tetapi menambahkan penyakit kerana jika pesakit asalnya  tiada gangguan mereka akan masukkan jin dalam badan pesakit.  Jika sudah ada jin dan gangguan makhluk halus, mereka akan tambahkan lagi jin syaitan ini kedalam badan mangsa.  Kebanyakan mereka ini semata2 menipu untuk mengaut keuntungan dunia.

Dengan demikian pastikan tabib yang kita jumpa benar2 orang soleh dan tidak gunakan khidmat jin dan syaitan.


Wallahu A'lam.
Continue...


Sunday, August 22

Air Mata Keinsafan

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 10:55 PM 0 comments


Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….


Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Continue...


Saturday, August 21

Tidak bermakna cantik tetapi mesti lawa

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:41 AM 0 comments


Ramai akan menyangka bahawa wanita yang mempesonakan itu haruslah cantik dan menghairahkan tetapi telahan dan sangkaan itu ternyata agak silap. Bukan jasad cantik yang semua orang lelaki selalu cari tetapi mereka melihat kepada lawa.

Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.

Pemakaian

Tentu anda biasa melihat wanita yang berkulit gelap, tidaklah memiliki potongan badan yang ramping tetapi dengan pakaian menutup aurat yang dipadankan ketubuhnya, berjubah labuh misalannya, bertudung litup dan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit, bedak yang lembut di muka dengan senyuman ikhlas di wajah wanita tersebut, maka apakah lelaki yang memandang tidak akan mengatakan dia itu lawa ?

Tidak lawa ? Pasti anda berbohong !

Lawa terhasil apabila wujud gabungan penampilan imej yang baik dengan pemakaian yang sesuai, menutup aurat dan menyelesakan pemakai bukannya yang sendat sehingga terseksa ketika berjalan, bukanlah warna yang terang sehingga menyakitkan mata dan bukanlah yang terbuka di sana sini sehingga setiap kali terpaksa ditutupi dengan tangan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Ramai gadis murahan (kerana murah dibeli atau didapati) , baik di IPT atau sudah bekerja suka sekali memakai seluar jeans dan seluar ketat yang menampakkan bentuk pinggul mereka. Mereka tidak sedar bahawa lelaki suka sekali melihat hanya untuk menjamu nafsu tetapi tidak ada yang akan sudi mengambil gadis sebegitu sebagai teman di dalam kehidupan.

Pemakaian seksi menyeksa batin lelaki, membuatkan mereka tergoda, namun daripada sudut pandang psikologi, perbuatan wanita memakai pakaian seksi terbabit hanya akan meruntun nafsu lelaki supaya menyeksa kaum wanita, disebut menghukum dan menganaiyai wanita itu di atas katil dengan kekuatan seks luar biasa dan memperlakukan pelbagai tindakan luar batasan bagi memuaskan nafsunya yang diruntun secara tidak normal oleh wanita itu dengan pemakaiannya yang seksi.

Gejala ini disebut pembalasan dendam daripada lelaki yang kemudiannya akan meninggalkan wanita tersebut setelah kepuasannya dipenuhi, perbuatan ini jauh daripada cinta, jauh daripada kasih dan segalanya yang selama ini di dambakan oleh seorang wanita tetapi dipandu oleh nafsu dan runtunan syahwat.

Pemakaian yang menutupi aurat, bermaksud menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan bukan hanya memakai tudung, tetapi mesti labuh sehingga menutupi dada, juga tidak terbuka dan terdedah di bahagian lain serta tidaklah ketat dan sendat menampakkan bahagian dan bentuk badan.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)

Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat.
Continue...


Mana Yang Perlu di Hiaskan? Rumah atau Penghuni Rumah?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:37 AM 0 comments

Sepanjang masa ini sudah kelihatan banyak rumah-rumah yang sibuk berkemas dan dihiaskan cantik-cantik sebagai persiapan menyambut hari raya. Mengecat rumah, memasang lampu berkelip dan tidak kurang yang mengupah pakar untuk melakukan pengubahsuaian di saat-saat akhir.

Banyak duit, masa dan tenaga dihabiskan bagi mempersiapkan rumah dan menghiasinya agar kelihatan cantik bagi menyambut hari raya.

Persoalannya ialah, yang manakah lebih utama untuk dihiaskan apakah rumah atau penghuninya ?

Rumah hanya binaan

Adapun penghuni rumah ialah manusia yang tinggal di dalamnya dan merekalah yang menjadi sebab dan akibat kepada sesebuah rumah itu sama ada bagus, buruk dan seronok atau menyedihkan untuk di diami.

Hiasi penghuni rumah dengan akhlak, adab dan agama yang mulia akan menyebabkan rumah tersebut diberkati sekalipun buruk.

Rezeki datang melimpah ruah masuk dan tetamu merasa keseronokkan berada di dalamnya walaupun sempit.

Itulah dia nikmat yang diberikan tuhan, tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi terasa sendiri oleh hati.

Pandanglah dengan mata hati...

Hiasilah penghuni rumah dengan iman dan taqwa, suburi taman ukhuwah dengan kasih sayang
Continue...


Saturday, August 14

Rindu Pada Mu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:12 AM 0 comments

Rindu PadaMu 

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

( 1 )
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Continue...


Tuesday, August 3

kod widget islamic (1)

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:05 AM 0 comments


Continue...


Monday, August 2

…50 LaNgkAH m’JaDi sUAmi MitHALi…

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:02 PM 0 comments


Continue...


Lirik Lagu ST12 – Terlalu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:13 PM 0 comments

aku terasa mati ditinggal kekasih
tak pernah terpikir ini bisa terjadi
aku terasa pilu saat kau berlalu
hilang semua kisah cinta dalam hatiku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* cintaku padamu tlah setinggi langit
namun kau tak merasakan
sayangku padamu kan ku ingat slalu
biar ku bawa sendiri
reff:
aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti
aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku
repeat *
reff2:
aku tak bisa menahan langkah kakimu
aku tak bisa menahan kepergianmu
kamu terlalu telah dengan yang lain
untuk hidupmu nanti
aku tak bisa menahan kepedihanku
aku tak bisa menahan air mataku
hatiku tlah hancur hilang semua mimpiku
untuk hidupmu nanti
aku tak bisa menahan air mataku
aku tak bisa kesedihanku
aku telah hancur hilang semua mimpiku
aku telah hancur hilang semua mimpiku
Continue...