Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:20 PM
0
comments
Haish, apa la nak jadi dengan dunia Islam sekarang ni. Lepas Tunisia, ni Mesir pulak? 10,328 orang pelajar Malaysia di Mesir selamat ke tak? Tadi baru baca paper Metro Bekalan makanan tak sampai sebulan, hanya untuk beberapa minggu je. Entah-entah seminggu. Ana wakil sahabat ana yang mengambil jurusan kedoktoran di Al-Azhar Mesir menyeru badan-badan NGO Malaysia yang prihatin akan nasib rakyat Malaysia di sana.
Dengar kata balai polis kena pecah, lapangan terbang Alexander dah tak dapat di gunakan. Penjara kena serang, aduh. Banyak pelajar muslimah kat sana. Kepada Dato’ Seri Najib dan Menteri Luar, tolonglah selamatkan pelajar Malaysia.
Sekali lagi:
Kepada sesiapa yang ada abang, akak, adik, mak, ayah, ataupun sedara maralah nak tau keselamatan ahli keluarga mereka sila hubungi PENTING : Untuk mendapat maklumat lanjut tnt keadaan di Egypt, ibubapa dan pelajar boleh juga menghubungi Wisma Putra di Malaysia 03-88892746 atau 03-88874570. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi nombor berikut: +20237610013 atau +20237610164 Ext 116. GMN akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk menyelaras gerakan di Mansoura dan Alexandria menggunakan staf GMN.
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:19 PM
0
comments
dah dekat 3 minggu tak aktif sangat promote blog, tibe-tibe dalam masa 2 minggu dok promote blog kat blog, naik pulak blog ana nih,,haish,,2 minggu setengah naik 1185, ok lah tu,,buat mula-mula,lama-lama orang kenal la.. pape pun kali ni ana tetap nak share something untuk korang.
Memburu Redha Allah
Kelemahan bukan untuk dirintihkan
Tapi satu peluang keemasan,
Untuk Saling Melengkapkan
Ingatlah mafhum sabda junjungan:
"Jika kamu mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya. sesiapa yang redha dengan Allah, Allah redha dengannya."
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:00 AM
2
comments
Apa yang Kena diBuat
• Ikhlaskan niat
Niat?Ikhlas?Memang kena ada semua ni. Sebab apa? Semua perkara yang kita buat perlulah ada niat, bila ada niat, kena ikhlas. Susah tu nak ikhlas. Bukan pepatah bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Tapi bukan senang nak ikhlas, bukan susah nak ujub dan taqbur. Kalau awal-awal dah tau niat nak terpesong bila melalui jalan da’ie, biarlah dari awal-awal. Jangan dah tengah-tengah niat dah lain.
Rasulullah SAW sendiri menasihatkan kepada kita, “Bahwa sesungguhnya amal itu tergantung kepada niatnya dan bagi seseorang adalah apa yang ia niatkan. ” HR Bukhari.
• Jaga mutabaah
Di mana nilai etiqa (bukan etiqa insurans) kita? Di mana kedudukan kita? Di mana tahap kita pada hari ni? Kat bawah? Tengah-tengah? Atau tak da langsung?
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa hari ini?” Kata Abu Bakar: “Saya”. Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian siapa yang mengiringi jenazah hari ini?” Abu Bakar berkata: “Saya”. Sabdanya lagi:“Siapa yang memberi makanan kepada orang miskin hari ini?” Kata Abu Bakar: “Saya”. Sabdanya lagi: “Siapa yang menziarahi orang sakit hari ini?” Kata Abu Bakar: “Saya”.(HR Muslim)
• Kreatif mecari jalan
Sentiasa fikir macam mana nak tambah penghayatan untuk hari ini, esok dan seterusnya. Macam mana nak jadi da’ie? Kena kreatif menggunakan akal dan otak kita. Orang mood sentiasa berubah-ubah, tapi akal takkan nak maintain sama je kot?
“ Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan benar-benar hidup” Saidina Hassan bin Ali
• Jaga prestasi akademik
Prestasi akedemik pun penting ape. Ye la, nak jadi seorang pendidik dan contoh kalau dok tazkirah sana, tazkirah sini. Kan dah sibuk, jadi kenalah selalu jumpa pensyarah, tanya kot-kot ada masalah ke.
• Menyumbang semaksimum mungkin
Berikan sokongan spiritual, material dan fizikal. Infaq dalam keadaan susah mahupun senang.
• Berikan komitmen
Bersungguh sungguh berada di jalan ini. Jangan sekejap nak, sekejap xnak. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu, pastikan hawa nafsu tunduk dengan kita. Prioritikan study dan tarbiyyah.
• Bina sungguh-sungguh
Baiki sisi kelemahan, kuatkan sisi kelebihan. Bina sehingga mereka sama tahap dengan kita atau lebih hebat dari kita.
• Tingkatkan pengetahuan
Daripada bermain game yang sia-sia, lebih baik banyakkan membaca. Dapatkan buku daripada siapa-siapa. Pengetahuan am perlu diupdate, sirah Rasul perlu diketahui.
• Sentiasa bersedia
Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Pastikan anda bersedia dan reda dengan kehendak Ilahi. Pastikan dah ada sebarang back-up plan.
Apa yang Kena Tinggalkan
• Bermaksiat
Merosakkan hubungan kita dengan Allah. Tinggalkan dosa-dosa besar, hindari dosa-dosa kecil. Banyakkan istighfar, mudah mudahan akan melicinkan kembali pergerakan kita.
• Banyak bermain game.
Melalaikan. Kepala akan leka dengan keseronokan, lalu akan terlupa berfikir bagaimana memantapkan binaan. Kerja-kerja bertimbun akan lambat diselesaikan.
• Menonton movie (baca: aurat-aurat wanita)
Merosakkan penglihatan, menyalahi suruhan supaya mensederhanakan pandangan. Akan mengundang konflik masa depan kepada diri kita.
• Membuang masa
Elakkan bermain game, menonton movie, membaca komik (ni ana la), mengadap laptop terlalu lama (pun ana juga). Diri masih belum hebat, mengapa gunakan masa kepada benda yang langsung tidak membantu.
• Bertangguh buat kerja (khas untuk diri ana)
Dapat homework atau sebarang tugasan, terus siapkan. Kalau xtahu, at least, siapkan first draft homework. Nanti top-up dengan kawan. Nanti akan datang alasan, “Banyak homework xsiap lagi. Esok nak kena hantar.”
• Banyak memberi alasan
Pastikan alasan yang diberi, jika ada adalah syar’i. Jangan menolak seruan dengan alasan remeh-temeh. Bijak mencari jalan, bukan alasan. Jangan juga menolak seruan tanpa sebarang alasan. Akan menimbulkan lagi banyak persoalan.
Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Qur'an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.
[al Kahf, 18:54]
• Abaikan tugasan
Hilang daripada diri kita sifat amanah, taat dan menepati janji.
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:05 PM
1 comments
Assalamualaikum, apa khabar semua? dah ready nak baca sambungan Kau Yang Bernama Hanis.Ana pun tak tu nak buat apa kat episod kali ni, tapi ana harap semua terhibur dengan apa yang nak di sampaikan. Kita mulakan dengan baca ummul kitab. Al-Fatihah.
Dah habis baca?dah habis baca baru buka lagu. Jangan hayal masa baca Fatihah. Nanti entah apa yang di baca.
orang bila dengar lagu nih akan di kaitkan dengan cinta manusia-manusia, tapi bagi ana, dan diri ana sendiri, lagu nih boleh di kaitkan cinta sang di cipta dengan sang Pencipta.
Tak nak cakap banyak-banyaklah, so antum/antuna boleh bacalah dulu. Pastu baru ngomen.
Mereka semua bergerak seperti satu tubuh. Yang menyatukan mereka adalah keimanan yang telah terbangkit dan dipupuk. Di sinilah mereka mampu memanifestasikan apa yang Allah SWT firmankan:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
***
“Assalamu’alaikum” Ikhwan mengetuk pintu.
Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Aman memandang Irfan.
“Nak apa?”
Ikhwan mengukir senyum segaris. Walau dikasari, berusaha untuk tenang. Bukan tidak terasa, tetapi keimanan menyebabkan dirinya mampu mengawal jiwa.
“Ini kinafah.” Ikhwan mengangkat plastik halawiyat di tangannya.
“Untuk kamu semua.” Ikhwan menghulur kepada Kamaruzzaman.
Kamaruzzaman mengambilnya. “Ada apa-apa lagi ke?” Dingin Kamaruzzaman bertanya.
Ikhwan menggeleng. “ Sebelum tu, ana nak pesan. Malam ni kalau anta nak ikut ana, ana datang umah anta. Pergi dulu, Assalamu’alaikum”
Kamaruzzaman menghantar Ikhwan pergi dengan pandangan mata sahaja. Pelik dengan perlakuan Ikhwan. Sangat mesra, cuba merapati, dan tenang. Akhlaknya sangat bersih dan peribadinya sangat baik. Langsung tidak terkesan dengan kedinginannya tadi, juga tidak kekok untuk berhubungan dengan mereka.
“Ah, malas aku fikir” Kamaruzzaman menutup mindanya dari terus memikirkan kebaikan Ikhwan.
Hakikatnya, ada calar lama yang berbekas di dalam jiwa, membuatkan dirinya tidak berapa suka dengan manusia seperti Ikhwan.
“Kawan-kawan, ni ada halawiyat! Kinafah!” Kamaruzzaman menjerit sebaik sahaja menutup pintu.
Yang pertama sekali muncul adalah Yusuf.
“Aha, dah agak dah. Kalau Kinafah, yang pertama sekali muncul mestilah Yusuf”
Yusuf tersengih. “Rajin kau keluar beli halawiyat Kamaruzzaman? Kinafah pula tu.”
“Aku nak beli halawiyat? Ei… Buat apa la aku membazir masa?” Kamaruzzaman meletakkan kinafah di atas meja tamu. Ketika ini, Badruddin, Wafiq dan Muiez telah keluar dari bilik.
“Halawiyat seh, malam sejuk yang panjang macam ni, memang seronok makan halawiyat” Muiez menggosok-gosok tangan. Tidak kisah perbincangan Kamaruzzaman dan Yusuf.
“Kalau bukan kau beli, siapa?” Yusuf bertanya. Dia mula merasakan sesuatu.
“Tadi, Ikhwan datang. Dia yang bawa ni” Kamaruzzaman mengambil tempat.
Mendengar nama Ikhwan, hati Yusuf macam tersentuh. Bersungguh-sungguh benar Ikhwan ni.
“Ikhwan ya?” Badruddin memandang halawiyat di tengah meja itu.
“Ya, yang pernah bagi kita makanan buka puasa dan lauk pauk raya dulu” Kamaruzzaman menjelaskan. Takut Badruddin terlupa siapa Irfan Hakimi.
Badruddin diam sahaja. Dia tidak duduk, walaupun Muiez, Wafiq, dan Harith sudah bersedia hendak makan. Wajah Badruddin serius. Yusuf yang teringat akan Ikhwan pun, tertarik dengan perubahan wajah Badruddin.
“Jangan makan. Buang” Badruddin mengarah.
“Eh?” Wafiq memandang Badruddin. Kenapa tiba-tiba ja ni?
“Kenapa Bad?” Kamaruzzaman tidak faham. Kalau tak suka orang macam Irfan pun, takkan makanan dibuang?
“Ya la, kenapa? Halawiyat sedap ni” Muiez tak puas hati.
“ Dah aku cakap, buang. Buang je la. Kalau korang nak makan, jangan depan aku. Aku tak suka orang macam dia, menyampah. Buat-buat baik konon, nak naik jawatan dalam persatuan cakap je la. Piker aku tak tau? Dah buang! Aku nak mandi, jap lagi nak pergi kuliah.” sambil membentak, Badruddin menghentak meja.
Masing-masing terkesima melihat kelakuan Badruddin, ikutkan hati nak di belasah Badruddin, tapi apakan daya, kerana atas kawan dan pelajar lebih lama di Zamalek, mereka membiarkan Badruddin membuat hal sendiri. Masing-masing terus makan tanpa tinggalkan walau sedikit untuk Bad.
“sop, aku nak tanya ko sikit la, boleh tak?” Kamaruzzaman memulakan bicara.
“ umm, pe dia?” dengan makanan yang masih penuh di mulut, Yusuf melayan kerenah Aman.
“ Malam ni aku dengar ada ceramah? Ceramah ke usrah beb?”
“ Umm, ala ada usrah sikit, tapi malam ni usrah dia best beb, tentang cinta tak silap aku. Kenapa? Kau nak pergi gak ker? Aku memang malam ni pergi, bro yang bagi usrah tu best. Tak la bosan sangat macam malam tadi. Pergh, ngantok habis mata aku. Nasib la masa tu ada Ikhwan.” Kamaruzzaman melihat dengan muka yang pelik.
“ Kau pergi ke usrah kat sini? Yang tadi malam Ikhwan cakap tunggu sahabat, tunggu kau la?” makin pelik di buatnya. Sejak bila si Usop ni baik ngan Ikhwan.
“ A’a ler, aku yang suruh ajak ko. Hehe, sekali ko layan dia moody. Sian mamat tu. Tapi aku respek ngan dia. Kau buat macam tu masih lagi ok. Lau aku, dah lama singgah sebijik dua tau kat muka kau. Hahaha..” helaian tawa di ikuti dengan Muiez dan Wafiq. Merah padam muka Kamaruzzaman.
“ dah la aku nak mandi,” kamaruzzaman bagun dan berlalu.
Hentian pertama: Ya Allah, berikanlah keredhaan dalam hidupku
tak terucap kepiluan ini titik hitam yang menghijab hati hitung dosa saat pergi tak kan kembali sisa umur tidak undur lagi
Perjalanan dalam kehidupan bukan jauh ketentuan datang mungkin esok takdir takkan dapat dihalang untung nasib di genggaman Tuhan
Ya ALLAH Ya Tuhanku, Pasrahkanlah daku dengan takdirMU, sesungguhnya apa yang telah ENGKAU takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMU ini,
Ya ALLAH permudahkanlah segala urusanku dan bantulah daku
dalam menempuh segala ujian da dugaan dariMU....
Amin..
Kesejukan melampau sehingga menarik ubun-ubun kepala, boleh mengakibatkan kematian. Ye ke kematian boleh tejadi kalau sejuk melampau? Ye kot, cuba kita tengok kat Negara eropah sana. Dengan wabak selesema pun boleh membawa kepada maut.
“ man, apa yang ko menung lagi tu? Jomlah bersiap, kita dah nak gerak ni, Ikhwan dah tunggu.” Laung Yusud dari luar bilik.
“ jap la, aku baru nak mandi ni. Kau ni, nama orang lain tak da ker? Asik Ikhwan je, cuba la kau cari nama yang best sikit ke, macam Ramle Sirap ke, Samton Lam ke, ni Ikhwan, apa kes? Haha,,” Aman memerli Yusof dari dalam sambil tertawa.
Jarak antara rumah Kamruzzaman dengan tempat usrah sejauh 200 meter. Tapi perjalanan yang di rasai begitu jauh, kerana cuaca sejuk yang mencengkam dan mengigit sum-sum tulang. Kelihatan kelibat tiga manusia sedang berjalan menuju kea rah satu tempat perjalanan.
Perjalanan mencari redha Allah, dan bermulanya titik tolak kehidupan seorang pemuda yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam. Walaupun jiwa muda memberontak mahukan yang terbaik, namun fitrah dan Qada’ Qadar Ilahi, hanya dia yang merencanakan. Dia yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Allah juga telah berfirman di dalam surah Ar-Rad
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Allah dah pesan pada hamabNya, Dia takkan ubah nasib dan perangai hambaNya. Sesiapa yang inginkan syurga, berubahlah ke arah kebaikan. Maka kebaikanlah yang akan mereka dapat.
Sesungguhnya dari dalam jiwa akan terjadi perubahan. Barangsiapa yang redha, maka keredhaan yang akan dia dapatkan. Barangsiapa yang termakan kebencian, maka kebencian akan mengikuti dirinya. Barangsiapa yang optimis akan mendapatkan kebaikan, maka dia akan dapat dan barangsiapa yang selalu khuatir keburukan akan menimpa dirinya maka keburukan atau malang akan menimpa mereka.
Sesungguhnya kebahagiaan muncul dari dalam jiwa, sebab jiwalah yang membawa perasaan dan emosi yang melihat nilai kehidupan. Begitu juga keburukan berasal dari jiwa, kerana yang dilihatnya hanya dari aspek kehidupan yang gelap. Rasa cinta pada manusia juga mencul dari dalam jiwa, kerana yang dilihat dari mereka adalah sifat-sifat menghormati antara satu dengan lain, kesetian dan kebaikan.
Pun kebencian muncul dari jiwa, jika dia hanya memperhatikan tipu daya, pengkhianatan, dan keingkaran mereka.
Dalam ayat 23-24 surah Al-Baqarah Allah ada member cabaran kepada mereka yang ingkar. Sesungguhnya cabaran Allah adalah satu amaran buat kita untuk di renung bersama.
Selepas Allah s.w.t menyebut selepas dalil-dalil tauhid sebagai hujah ke atas kenabian, Allah datangkan pula segala pembuktian kemukjizatan al-Quran sebagaimana firman-Nya:
Maksudnya: “Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (sahaja) yang semisal al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar”.
Ulama telah menafsirkan ayat Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) dengan maksud kalau kamu ragu wahai manusia dan syak tentang kebenaran al-Quran ini yang penuh dengan mukjizat pada keterangan, tasrik dan undang-undangnya yang Kami turunkannya kepada hamba dan Rasul Kami, Muhammad s.a.w. Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di berkata, ”Pada sifat rasul dan ubudiah pada makam yang mulia ini menjadi dalil bahawa sebesar-besar sifat Rasul s.a.w adalah pelaksanaan ubudiah yang tidak diikuti oleh mana-mana yang dahulu dan kemudian.”
Maka Buatlah satusurat (sahaja) yang semisal al-Quran itu,yakni buatkan hanya satu surah yang seumpama al-Quran dan segi balaghah, fasahah dan keterangannya. Al-Syaukani di dalam tafsirnya Fath al-Qadir berkata, “Yang semisal itu, kembali kepada al-Quran.” Dan pendapat ini merupakan pendapat jumhur ahli ilmu.
Kegembiraan akan muncul dari jiwa jika dia dihidangi dengan cita dan optimisme, baik sangka, harapan mulia, sabar menunggu jalan keluar dari suatu kesulitan, dan menerima takdir dengan ridha. Kesedihan akan muncul dari jiwa jika dipenuhi dengan rasa putus asa, pesimis, perasaan tak berdaya dan gagal, su’uzh-zhan, prasangka bahwa keburukan akan menimpa dirinya dan menunggu-nunggu hal-hal yang jelek.
Barangsiapa mengubah keburukan yang ada dalam dirinya, lalu dia bertaubat dan kembali meratap kepada Allah serta bersiaga, maka akan dibukakan pintu padanya.
Allah jalla sanu’hu berfirman: “Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-banar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS.Al-Ankabut {29}: 69).
Sebaliknya, barangsiapa yang membangkang dan berpaling dari Allah serta menolak hidayah-Nya, maka dia akan dipalingkan hatinya dari kebenaran. Allah swt Ta’ala berfirman, “Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (QS.Ash-Shaff {61}: 5).
Barangsiapa yang merasa lebih dekat dengan kesehatan daripada sakit dan laranya, maka rahmat Allah dan perlindungan-Nya akan datang menghampirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang pesimis dan menunggu kejelekan, maka dia akan dihantam bencana.
Rasulullah saw. datang mengunjungi seorang Badui yang sedang sakit panas, lalu beliau berkata kepadanya untuk memberikan harapan, “Tak apa-apa semoga Allah mengampuni dosa-dosamu, InsyaAllah.” Namun orang Badui itu tidak menerima optimisme yang baik ini bahkan sebaliknya ia berkata, ‘Panas ini telah membakar orangtua yang telah mendekati kubur.’ Mendengar perkataannya, Rasulullah bersabda, “Kalau begitu, itulah adanya.” (HR. Bukhari) Demikianlah, jika ia menginginkan bencana yang menimpa dirinya tetap ada, maka itulah yang akan didapatkannya.
Ada dua orang penyair yang dipenjarakan. Seorang optimis dan seorang lagi pesimis. Keduanya lalu melihat keluar jendela penjara. Yang optimis melihat sekilas pada bintang gemintang dan dia pun merekahkan senyumnya. Sedangkan yang pesimis, dia melihat jalan sempit, kemudian dia pun menangis sambil melantunkan syair:
“Yang berakal merasa sengsara dalam kenikmatan karena akalnya
Sementara si bodoh, dalam kemeranaan dia merasa nikmat.”
Beberapa orang Badui menginfakkan hartanya di zaman Nabi saw untuk tujuan jihad. Sebagiana dari antara mereka menjadikannya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah, sebagian lainnya menjadikannya sebagai suatu kerugian. Yang pertama mendapatkan pahala perbuatannya, sedangkan yang kedua mendapatkan siksa, padahal dirham yang mereka keluarkan sama. Namun,nilainya kemudian berubah hanya karena niat yang bersarang dalam hati mereka.
Di antara peribahasa paling indah yang dikatakan mengenai hal ini : Hidupmu adalah sesuai dengan apa yang kamu pikirkan. Tidaklah kehidupan itu kecuali merupakan persepsimu terhadap sesuatu;cinta atau benci.
Dalam sebuah syair dikatakan,
“mata yang diliputi cinta tidak lagi mampu melihat aib
Sebagaimana mata kebencian hanya akan melihat kejelekan.”
Allah ta’ala, karena mengetauhi keimanan yang ada dalam hati para sahabat Rasulullah saw, Dia turunkan ketenangan dalam jiwa mereka. Di sisi lain, karena Allah mengetahui apa yang ada dalam jiwa orang-orang munafik, maka Allah tambahkan bagi dosa atas dosa mereka yang lain.
Sesungguhnya orang yang sesat dia tidak akan mendapatkah hidayah hingga dia melangkah dengan satu langkah dari dirinya, dan menerima secara terbuka hidayah tersebut dan mau melihat cahayanya. Dalam hadits qudsi disebutkan, “Barangsiapa yang berjalan mendekati-Ku, maka Aku akan datang padanya dengan berlari.” Dan seseorang tidak akan pernah tersesat hingga dia berniat melakukan penyimpangan, dan memiliki maksud yang tidak baik. Allah swt berfirman,
“Kalau sekiranya Allah Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka. Tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.” (QS.al-Anfal {8}: 23)
Sesungguhnya pemilik nikmat akan senantiasa menikmatinya sepanjang dia tidak mengubah sikap pada nikmat itu dengan kekafiran dan mengubahnya dengan keingkaran. Firman-Nya, “Orang-orang yang kafir kepada Rabb-nya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (didunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” (QS.Ibrahim {14}: 18).
Demikian juga dengan bencana, maka dia akan senantiasa berada bersama dengan orang itu, hingga dia bertaubat dari keingkarannya dan menarik diri dari kekurang ajarannya, sebagaimana firman Allah, “Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (QS.Ash-Saaffaat {37}: 148)
Inilah sunnah yang akan senantiasa berjalan. Dan sekali-kali tidak akan didapatkan perubahan dalam sunnah Allah. Seorang pemangku kekuasaan yang berkuasa dengan benar dan adil, maka dia akan senantiasa memiliki harga diri, dan Allah akan menguatkan kekuasaannya. Allah swt berfirman, “Dan Kami kuatkan kerajaannya.” (QS.Shaad {38}: 20).
Jika pemangku kekuasaan melupakan Allah, berlaku zhalim pada hamba-hamba-Nya, dan berlaku tidak adil dalam kekuasaannya, maka dia aakan hancur dan akan goyang sendi-sendi kekuasaannya. Firman-Nya, “Maka itulah rumah-rumah mereka dakam keadaan runtuh disebabkan kezhaliman mereka.” (An-Naml {27}: 52).
Demikianlah, tidak akan ada perubahan apa pun dalam diri kita, hingga kita sendiri mengubahnya dari dalam diri kita sendiri.
Hentian Kedua: Mencari Destinasi Cinta
Kelihatan susuk tubuh kecil molek di hadapan. Ramai orang tengah mengelingi dia. Aman memerhatikan dengan penuh minat. Dengan bersahaja dan tanpa di suruh oleh kedua-dua rakannya, dia sudah berada di kalangan kelompok orang yang sedang dengar usrah.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Zamalek sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah 9: 71]
Lelaki dan perempuan, bukan sebarang lelaki dan perempuan.
Mereka adalah lelaki dan perempuan yang beriman.
IMAN itu adalah asas pergaulan dan interaksi kita.
Mereka saling bantu membantu dalam urusan amar makruf nahi munkar, menegakkan Solat dan melunaskan Zakat, serta seluruh agenda yang berada di dalam lingkungan mentaati Allah dan Rasul
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:38 PM
0
comments
Jom sama-sama dengar lagu Fareast-Cinta Pertama. Nak senikata tak?tak payah la ae.
Bermula kau di sini penentu bicara Kalam kebenaran tiada berdusta Dirimu berharga dari segala-galannya Bertakhta keimanan untuk dipertahankan
Hadirlah cinta cinta pertama Hadirlah cinta cinta utama Sayangi diri ini cinta cinta pertama Hati ini cinta cinta pertama
Kali ni aku nak guna gaya bahasa ana. Macam sopan sikit, bukan apa guna bahasa aku kau ni, macam cakap ngan membe pulak. Memang kat tempat kerja ngan orang tua pun cakap aku kau, orang kata friendly tu lebih sikit la.
Cinta pertama? Cinta pertama memang dahsyat.
Macam Nazmi raja lawak, cakap, dahsyat betul. Kenapa dahsyat? Mana tak dahsyat, orang cakap, cinta pertama ni kalau dah break up, ishk, payah nak lupa. Betol ker? Mungkin kot. Sebab pernah jadi kat ana. Memang ana payah la nak lupa. Yer la baru first time sayang orang, yang betul-betul sayang.
Dahsyat. Tapi ana lupa, akan cinta yang lebih utama. Apa dia cinta yang lebih utama? Cinta yang lebih utama ni kalau boleh, bukan kalau boleh pun. Memang kena. Cinta pertama ni, pada Allah, Rasulullah dan agama Islam sendiri. Jadi tak da la frust menonggeng bila putus cinta tu.
Orang cakap, walaupun dah jumpa yang kedua/ketiga/ keempat dan terakhir tak dapat lah nak ganti dengan cinta pertama. Empunya diri tu kalau dah putus ngan cinta pertama, janganlah nak frust menonggeng macam esok tak da lagi untuk hidup. Dan-dan jela diorang nih. Pengalaman, tak pe. Ana bukan nak menghalalkan couple ok? Nanti kang tibe-tibe dapat surat layang. Tautan Hati cakap boleh couple sebelum kahwin.
Lagi pun efek cinta pertama ni cukup dalam. Macam dalam lautan terdalam kat dunialah. Ada ke? Cari sendiri kat atok google.
Begitu juga dengan diri kita. Sewajarnya cinta pertama yang berlaku dalam diri kita merupakan cinta kepada Allah. Andai tiba-tiba datang cinta kedua, mengatasi cinta yang pertama, maka jangan dilupakan terus cinta pertama, kerana peluang kedua masih terus wujud untuk cinta pertama menjadi cinta yang teratas semula.
Kerana hidup kita penuh dengan cinta. Cintakan perempuan, harta, nama kemasyhuran, bahkan juga keseronokan dalam penjajahan.
Kita tengok jap bagaimana sayangnya dan cinta para sahabat pada Nabi Muhammad. Kita tengok kisah saidina zubair al awwam.
Suatu hari beliau mendengar isu yang mengabarkan bahwa Nabi Muhammad saw telah meninggal, maka dia keluar menuju jalan-jalan di Mekkah sambil menghunuskan pedangnya, dan memecah barisan manusia, lalu pergi mencari kepastian dari isu ini dan berjanji jika isu itu benar dia akan membunuh orang yang telah membunuh Rasulullah saw, akhirnya beliau bertemu dengan Rasulullah saw di utara Mekah, maka saat itu Rasulullah saw berkata kepadanya,“ada apakah engkau gerangan ?” dia berkata,“Saya mendengar kabar bahwa engkau telah terbunuh,” Nabi berkata kepadanya,“Lalu apa yang akan engkau lakukan?” dia berkata,“Saya akan membunuh orang yang telah membunuhmu.” Setelah mendengar hal tersebut beliaupun bergembira dan mendoakannya dengan kebaikan dan pedanganya dengan kemenangan. (Abu Nu’aim), beliau juga merupakan orang yang pertama menghunuskan pedangnya di jalan Allah.
Wallahualam, ALLAH kurniakan kita akal untuk fikir. Fikir benda berfaedah bukan benda yang lagha.
Saya hanya berpura-pura baik dengan berkopiah dan menulis perkara yang baik. Janganlah anda tertipu dengan imej ini. Sesungguhnya saya, adalah lebih teruk dari kutu-kutu rayau di jalanan..lagi hina dari penagih-penagih dadah..lagi teruk dari penghisap-penghisap rokok. "Ya Allah! Jadikan aku di kalangan manusia ini serendah2nya sehingga tiada yg nampak kewujudanku, tetapi Ya Allah aku bermohon padamu, bantulah aku hingga aku mjadi setinggi2nya di sisiMu kelak. Amin."