Followers

Tuesday, June 29

Millatfacebook, Fifa World Cup 2010 dan Menjelang Olympics 2012

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:40 PM 0 comments

Sekarang rata-rata penduduk dunia tidak kira kafir atau ummat Islam kebanyakannya sedang dibuai dengan mimpi-mimpi bola, termasuk saya dan mungkin anda para pembaca. Demam bola, makan bola, minum bola, tidur bola, segalanya bola. Walhal, baru beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi Freedon Flotilla dan serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza iaitu Mavi Marmara yang mana ia juga melibatkan rakyat warganegara Malaysia. Tidak dapat dinafikan, pengaruhnya begitu kuat dalam kehidupan seharian kita sepanjang bulan Jun dan Julai ini.


Bercakap mengenai millatfacebook (mfb) pula, tahukah anda apa itu millatfacebook? Pernahkah anda dapat mesej seperti ini?

“Jom sokong millatfacebook, mfb ni buatan orang Islam Pakistan, jom ramai-ramai kita pakat buat akaun di mfb, boikot fb buatan yahudi ni”

Sudah pasti anda yang mempunyai akaun di facebook (fb) pernah mendapat mesej seperti itu bukan? Ataupun mesej yang seumpamanya. Tetapi, pernahkah anda tertarik untuk mengkaji siapakah disebalik dalang mfb tersebut? Tahukah apa isu disebaliknya yang menyebabkan munculnya mfb ini?


Mfb mendakwa, mereka mencipta mfb tersebut atas usaha untuk memboikot barangan yahudi (fb) yang mana fb telah melakukan satu penghinaan kepada Junjungan Besar Baginda Rasulullah saw dengan melakukan satu aktiviti melukis wajah Muhammad dalam ruangan mereka. Jadi disini memang ada niat baik bagi pencipta mfb tersebut.


Tapi persoalannya, mengapakah terlalu pantas mfb tersebut wujud? Baru satu hari fb lakukan ‘Hari melukis Muhammad’ tapi mfb sudah siap dicipta??? Hebat betul pereka mfb ini? Atau dia sudah menjangkakannya dari awal lagi? Kalau sudah menjangkakannya dari awal, mengapa server mfb tersebut terlalu lambat? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mfb, pasti akan ‘page loading’ berjam-jam. Dan mengapa Facebook.com tidak mengambil tindakan terhadap pereka mfb ini? Kerana pereka mfb ini telah mencuri hak cipta fb dengan meletakkan facebook pada jenama mereka.


Dan tidak dinafikan didalam mfb tersebut, sudah banyak mereka-mereka yang mencipta grup-grup mengenai Islam. Dan ia mfb sungguh kelihatan seperti milik orang Islam. Satu persoalan lagi, pada sekitar 3 hari mfb diwujudkan, satu ‘quote’ telah muncul di muka hadapan mfb yang berbunyi “If Facebook can reach 1Thousand Million followers, We at Millatfacebook also can! Yes, We Can!”


Oh! Apakah ini tanda paling ketara yang sudah cukup membuatkan saya syak wasangka dengan mfb ini??? Apakah itu “Yes, We Can!”??? Saya rasa anda sudah tahu apa jawapannya.


Sekarang mari kita huraikan pula apa itu ‘millatfacebook’ yang didakwa oleh sesetengah pihak yang ianya bagus lah apa lah…

1, Millat = Kata asalnya adalah dalam Bahasa Arab yang mana berbunyi Millatun yang membawa maksud Agama atau pegangan kepercayaan.

2, Face = Muka, wajah

3, Book = Buku, kitab, catatan

4, Jika digabungkan ketiga-tiganya, maka ia akan menjadi ‘millatfacebook’ yang mana ia akan membawa maksud ‘Agama Muka Buku’ atau dalam erti kata lain boleh juga anda menjadikan ‘facebook’ itu sebagai agama atau pegangan. Atau juga boleh dirungkaikan sebagai ‘Agama yang menjadikan sesuatu platform sebagai catatan’. Mungkin maksudnya kurang jelas, tapi tidak mengapa. Ia tidaklah terlalu membebankan. Terserah kepada anda, jika ada yang lebih mahir, dipersilakan tampil untuk menghuraikannya.


Seterusnya, kita tinggalkan huraian nama mfb ini, sekarang mari kita trace IP Adress mereka. Kita jejaki dari mana ia berasal? Adakah ia sama seperti facebook? Adakah ia juga milik Amerika/CIA? Mari kita lakukannya. Anda juga boleh melakukannya bersama-sama saya.

Cara-caranya:

1) Pergi ke Start Menu, kemudian klik pada Run…

2) Taip ‘cmd’ pada ruangan komen untuk Run …

3) Kemudian akan muncul satu kotak berwarna hitam

4) Taipkan ‘ping millatfacebook.com’ pada ruangan yang terdapat dalam kotak hitam tersebut. Dan tunggu beberapa saat. Anda akan dapat hasilnya.

5) Hasilnya akan kelihatan seperti ini atau mungkin lain sedikit:

Microsoft Windows [Version 5.1.2600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.


C:\Document and Setting\kapak>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:


Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51

Ping statistics for 204.61.223.84:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 329ms, Maximum = 352ms, Average = 381ms
C:\Document and Setting\kapak>


6) Seterusnya 'copy' Ping Statistics (IP Adress) tersebut dan 'paste'kan di

http://www.ipaddresslocation.org/ip-address-tracker.php

7) Anda akan dapat hasilnya! Dan hasilnya akan kelihatan seperti ini:

Continue...


Sea Games

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:26 AM 0 comments

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!
Continue...


Monday, June 28

Ambilah sedikit bukan semua.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:27 PM 0 comments

Tidak semua apa yang disampaikan secara lisan merupakan perkara penting yang perlu diambil oleh pendengarnya. Setiap apa yang disampaikan kepada anda mempunyai tujuan yang tersendiri dan memerlukan anda untuk bertindak bijaksana untuk memilih apa yang penting dan menapis mesej-mesej yang bukan menjadi keutamaan anda untuk memberi perhatian.

Menjadi pendengar yang baik mementingkan keperluan, kualiti, penilaian terhadap mesej yang diterima. Jadilah pendengar yang kritikal agar anda tidak dibebani dengan maklumat-maklumat yang tidak membantu anda dalam membuat keputusan. Pendengar yang kritikal akan terbuka kepada kedua-dua mesej negaif dan positif sebelum memilih salah satu daripadanya.

Ada individu yang menyampaikan mesej yang tidak logik dengan kenyataan-kenyataan mengelirukan. Boleh jadi ia bertujuan untuk menguatkan mesej dengan menyokongnya melalui alasan-alasan yang dirasakan bersesuaian dan boleh diterima.

Kenalpasti sama ada mesej tersebut boleh diterima, relevan, tepat dan bukannya sesuatu yang dibuat-buat. Ambil pendekatan yang sesuai untuk mengenalpasti kepalsuan maklumat dalam kelompok berikut.

“Jika ia berlaku begitu, maka beginilah jadinya.”

Ada yang sengaja membuat-buat cerita untuk menguatkan keadaan bahawa sesuatu yang berlaku pasti akan berlaku kesan yang sama. Namun begitu, mesej kesan dan akibat tidak semestinya berlaku dalam setiap keadaan.

Ada waktunya, seseorang percaya dengan situasi demikian kerana telah disogok dengan kenyataan demikian berkali-kali. Misalnya kepercayaan, jika mengambil gambar bertiga pasti salah seorangnya akan pendek umur adalah kesan dan akibat yang tidak wujud dan tidak ada perkaitan sama sekali

“Pendapat kita sama seperti orang lain”

Anda akan berhadapan dengan individu yang sedaya upaya untuk mendapat persetujuan anda dengan memberi alasan mesej yang disampaikan adalah perkara yang turut dipersetujui orang lain. Misalnya, “Semua orang bersetuju jika saya katakan ketua kelas itu bukanlah seorang yang bertangungjawab.”

“Pilih sama ada itu atau yang ini?

Pendengar kritikal ada waktunya berhadapan dengan individu yang seboleh-bolehnya hanya akan memberi dua pilihan sama ada untuk anda menerima mesej yang disampaikan meskipun anda sebenarnya mempunyai pilihan ketiga. Anda mungkin sedang berbincang berkenaan isu pelajar yang tidak aktif dalam persatuan, namun pilihan yang anda dengar hanyalah mewajibkan atau mendenda pelajar yang ingkar. Boleh jadi anda mempunyai pandangan ketiga, iaitu menggalakan ganjaran berbentuk sijil dan markah untuk mereka yang aktif.

“Kenyataan umum adalah benar.”

“Sahabat saya selalu didenda oleh ketua pengawas meskipun tiba awal di sekolah tersebut. Awak juga akan didenda jika berpindah ke sekolah itu keranan awak pelajar baru,” kata Suhaidah kepada rakannya yang bercadang berpindah ke sekolah tersebut. Pengalaman sahabat Suhaidah dijadikan kenyataan umum olehnya dan menjadi alasan untuk disampaikan kepada rakannya agar tidak berpindah. Kenyataan umum seperti ini tidak disokong oleh bukti-buki yang kukuh kerana ia mungkin berkaitan dengan keadaan dan individu yang berbeza.

“Memang dia selalu begitu.”

Pernahkah anda mendengar mesej-mesej negatif berkenaan sikap negatif seseorang yang disampaikan kepada anda? Jika ya, anda sedang berhadapan dengan mesej yang bersifat menyerang peribadi yang timbul kerana penyampainya berasa tidak berpuas hati terhadap individu tersebut. Ia boleh timbul apabila seseorang tidak dapat menerima idea dan pandangan yang dikongsi, maka menjadikan identiti sebagai sumber serangan untuk menyokong kehendaknya.

“Semuanya terlalu banyak!”

Dengan membiarkan anda mendengar terlalu banyak maklumat, ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian anda terhadap isu utama yang sedang dibincangkan. Jika dalam perbincangan kumpulan, anda mungkin telah mengagih-agihkan tugasan agar setiap ahli menyerahkan salinan nota untuk tajuk yang dibincangkan sebelum ini. Tetapi, salah seorang daripada ahli kumpulan bercerita tentang perkara lain yang kelihatan besar dan penting untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang isu tersebut kerana dia belum menyiapkan lagi.

“Serupa tetapi tidak sama”

Isi sebuah mesej yang disampaikan kepada anda mungkin kedengaran janggal apabila apa yang disampaikan seawalnya dan penutupnya tidak ada kaitan sama sekali walaupun penyampainya sedang cuba mendapat persetujuan anda. Anda mungkin kehairanan apabila seseorang memberi alasan ketiadaan elektrik di rumah jiran mengakibatkan dia tidak sihat untuk ke sekolah atau alasan seumpamnya. Tujuan sekadar untuk meraih simpati anda atas kesihatannya, tetapi alasan disebaliknya tidak munasabah sama sekali dan ganjil bunyinya.

Tetapi, jangan terkejut ada yang menyampaikan mesej dalam kategori ini kerana yakin bahawa anda pasti mempercayainya
Continue...


Ambillah waktu untuk bercinta

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:21 PM 0 comments

"KASIH SAYANG BUKAN HANYA SEKADAR UCAPAN, BUKAN SEKADAR MEMILIKI TAPI SESUATU YANG MEMBERI KITA NILAI UNTUK TERUS HIDUP, BERI KITA KEKUATAN DAN MAKNA SEBUAH PERHUBUNGAN"

TATKALA pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan, rasa cinta masih mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.
Itulah kekuatan cinta. Satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi. Semakin lama semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika cinta singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.
Cinta adalah mekanisme un-tuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut, dan lain-lain seumpamanya. Oleh sebab itu, cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut.
Kasih sayang ialah kenderaan cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada Tuhannya, dia sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat. Biar apapun ancaman yang diberi, Tuhan masih dilihat utama. Cinta sebegini paling agung.
Biasanya seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan lebih jauh, tetapi seseorang yang sedang digelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah. Tatkala kerajaan China diserang Manchuria dalam zaman keagungan Dinasti Ming, Jeneral Wu tidak segan silu membukakan pintu gerbang kota untuk membolehkan tentera Manchuria masuk dengan mudah. Mengapa Jeneral Wu sanggup berbuat begitu? Disebabkan cintanya diragut oleh maharaja.
Ikut catatan sejarah, Jeneral Wu bercinta dengan seorang gadis bernama Chen, bagaimanapun pada suatu hari maharaja berkenan dengan Chen tanpa mengetahui kedua-duanya sedang bercinta. Maharaja telah mengambil Chen untuk dijadikan gundik daripada sekian ribu gundik yang ada. Jeneral Wu sangat kecewa dan berasa dikhianati oleh maharaja.
Apabila ada serangan dari luar, Jeneral Wu tidak teragak-agak untuk mengkhianati negaranya kerana merasakan tindakanya ialah balasan terbaik untuk seorang maharaja yang bernafsu buas. Padahal dia tahu perbuatannya itu turut memusnahkan dirinya sendiri. Demikianlah cinta boleh membodohkan manusia meskipun tidak dinafikan ramai manusia mencapai cita-cita mereka oleh cinta.
Kasih sayang ialah makanan roh. Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang.
Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itulah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itulah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itulah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itulah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

sumber dewan agama tahun 2006
Continue...


10 cara membina motivasi diri

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 7:20 PM 0 comments

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.
Continue...


KALAU ITU YANG KAU IMPIKAN

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:27 PM 0 comments

Kalau itu yang kau impikan
rentasilah denai kepayahan
dengan semangat para Anbia
biar sesekali tersadung rebah
namun kental semangatmu sukar diubah.

Kalau itu yang kau impikan
selamilah laut dugaan
dengan iltizam para sahabat
biar sesekali dibadai gelombang
namun pejal citamu seteguh pualam.

Kalau itu yang kau impikan
dakilah puncak kegemilangan
dengan istiqamah mulia junjungan
biar sesekali tiupan angin hadir menggugah
namun kejap kesabaranmu tak mungkin tergugah.
Continue...


KEKASIH PAGI INI HUJAN MENITIK DI SUNGAIMU

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:24 PM 0 comments

Semakin tidak terbendung
arus sungaimu itu
di padang tinggalan
perkasihan cinta maha duka
meregut denyut nadi
jantung pusaka.

Kekasih
pagi ini hujan menitik di sungaimu
Lhokseumawe
pantai dan kualanya bimbang
tatkala hujan menggerutu di sini.

Dalam perjalanan
merah darah mewarnai tanah bonda
bumi lestari terguris ngeri
dalam kenang rindu puisi.
Continue...


Maafkan Aku

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:23 PM 0 comments

Maafkanku teman,
Tidak terlintas untuk kau ku sakiti,
Tidak terniat di hati untuk menzalimi,
Tidak terdetik di sanubari untuk menguris hati,
Sekadar aku mengikut perintah Rabbi,
Menjunjung kalam suci sebagai pembenteng diri,
Menyusur sunnah nabi tanda mencintai.

Maafkanku teman,
Jika kata-kata ku membuatkan kau membenci,
Jika perbuatanku kau termakan hati,
Jika bisikanku kau terasa dibelakangi,
Tapi percayalah akan sahabatmu ini,
Dirimu amat kusayangi,
Dirimu amat diperlukan dalam perjuangan ini,
Dirimu ibarat sumber kekuatan mujahadah nafsi.

Maafkan aku sayang,
Jika teguranku buat kau berasa bosan,
Jika kalamku, kau terasa ditekan,
Jika bicaraku tak mampu lagi kau layan,
Pintaku tidak banyak wahai sayang,
Jangan ada rindu pada bayangan,
Jangan ada iman yang melayang,
Jangan ada akidah yang hilang.

Teman mengertilah,
Aku tidak mahu kita tertewas,
Menjadi mangsa manusia yang buas,
Kerana mereka tidak akan pernah merasa puas,
Hingga kita semuanya bisa ditumpas.

Temanku yang dicintai,
Tatkala mentari menyinari hari,
Aku merintih pada Ilahi,
Agar kita semua bersatu hati,
Menumpaskan si durjana hakiki,
Jangan pernah ada yang jiwa mati,
Biarlah jasad menjadi korban duniawi,
Tetapkan hati memburu cinta ilahi,
Semoga kita bisa ketemu lagi,
Sebagai bidadari penghias syurgawi.
Continue...


mestica mimpi yang indah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:13 PM 0 comments



MIMPI YANG INDAH
(Album : Mestica Tiga Satu Tiga)

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihmu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang
Bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti

Telah pun ku dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti
Continue...


Sunday, June 27

Apabila syaitan bermesyuarat ????

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:28 PM 0 comments

Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci… insyaAllah. Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi bersama…moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Dgn nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat, syuhadak serta muslimin dan muslimat.

Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci… insyaAllah. Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan untuk dikongsi bersama…moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) …

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, “Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.” “Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.”

“Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah,” kata Syaitan: “lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.”

“Bagaimana caranya?” jerit para iblis.

“Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,” jawabnya “pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 – 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.”

“Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja.”

“Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.”

“Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu.”

“Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka.”

“Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas.”

“Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya.”

“Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.”

“Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!”

“Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai.”

“Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi.”

“Pasti berhasil! Pasti berhasil!” Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, “Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?”

~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna :

B-eing U-nder S-atan’s Y-oke? – Berada di bawah telunjuk Syaitan?

Continue...