Followers

Thursday, March 31

Gadisku Sepi Mewangi

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:59 PM 0 comments





Gadisku-Search

sebelum den berlepas ke Brunei ingin di kongsikan mengenai gadisku

Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nfsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : 

“Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Continue...


Tuesday, March 29

Denai Kehidupan Seorang Musafir

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:47 PM 0 comments




Alhamdulillah, lama sudah tidak menari-narikan jari di atas keyboard kesayangan. Sibuk dengan urusan dunia yang akhirnya membuatkan diri terlupa untuk membuat satu perkongsian baru. Mungkin buat pertama kali saya akan ke luar Negara. Mungkin pertama kali, mungkin kedua. Mungkin kedua, seblum ni Singapore telah menjadi destinasi. Orang-orang Brunei, tunggu saya di tempat anda.

Ramai orang yang mengatakan, hidup ini tak seindah mana. Namun pada dasarnya, hidup ini cukup indah dan nikmat bila di ketahui.

Kenikmatan Hidup Bermula Dengan Ibadah.

Beribadahlah ke jalan Allah untuk mencari ketenangan jiwa dan tanda kita mensyukuri nikmat pemberian-Nya. Manusia bersedih, putus asa apabila ditarik nikmat, namun ia dugaan memperkukuh iman. Nafsu manusia tidak mungkin berhenti pada satu noktah kepuasan dalam mencari kesenangan. Setelah menikmati nafsu yang pertama, dia memburu nafsu kedua lalu yang ketiga dan seterusnya tanpa henti melainkan dengan izin Allah SWT.
Apabila dia tidak dapat mencapai hasrat nafsunya, dia pun bersedih dan putus asa, menangis dan meratapi kenikmatan yang hilang padahal Allah SWT menahan nikmat itu bukan kerana Allah bakhil tetapi Allah amat menaruh belas kasihan kepadanya. Supaya dia tidaklah dilalaikan dengan nafsu kerana nikmat yang dicurah selama ini, nyata membuat hatinya keras dan semakin terseleweng dari jalan Allah. Dunia yang dilihat semata-mata nikmat padahal mengandungi ujian berat bagi mereka yang sedar. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu tujukan kedua mata mu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami uji mereka dengannya dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Taha ayat: 131).
Setelah memahami hakikat bahawa diri kita tidak pernah puas dengan apa yang dikejar, akhirnya kesedaran itu lahir daripada jasad yang telah lelah, hati yang gelisah dan jiwa yang terdera oleh kesibukan mencari nikmat. Seseorang tidak akan sampai kepada ketenangan jiwa melainkan dirinya berada pada suasana ibadat sepanjang masa. Seluruh perbuatannya dilakukan kerana Allah, bersama Allah dan untuk Allah ketika mencari nafkah, bergaul dengan manusia bahkan dalam perkara mubah sekalipun hendaknya kehadiran Allah sentiasa dirasai.
Orang mukmin juga mempunyai hawa nafsu, dia tidak pernah terlepas daripada pergolakan nafsunya. Kadang-kadang dia menang dan ada kalanya dia kecundang, begitulah sifat manusia yang memang lemah dan amat memerlukan petunjuk dari-Nya. Jika Allah SWT mengasihi orang mukmin maka Dia menunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Dibukakan aibnya sedikit untuk sekadar ingatan dan diujinya dengan musibah sebagai peringatan. Kemudian dituntun hati orang yang dikasihi-Nya ke lembah hijau tempat ranumnya iman, demi mengubati kegelisahannya itu dicurahkanlah mata air jernih ilmu dan makrifat, ditolong supaya hamba-Nya itu bangkit mengabdikan diri kepada-Nya. Begitulah rahmat Allah SWT kepada orang mukmin.
Adakalanya setiap mukmin merasai kerasnya hati, malas beribadah dan longgarnya rasa pengawasan Allah ke atas dirinya. Semua itu pasti dirasai sesiapa yang bermujahadah di jalan Allah. Sepatutnya kita bersyukur kerana cepat mengenal diri saat terlangar larangan Allah atau terlupa suruhan-Nya. Kenal dengan sifat-sifat dosa dan maksiat yang mencemari hati. Kemudian berusaha mengganti kelalaian itu dengan semangat ibadah dalam kehidupan. Rasulullah SAW bersabda:
“Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk itu dengan kebaikan sesungguhnya kebaikan akan menghapus keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis Hasan Riwayat Al-Tirmizi).
Semangat ibadah sentiasa timbul dan tenggelam di jiwa mukmin, untuk memastikan seorang mukmin tetap istiqamah perlu dihadirkan suntikan motivasi yang mencergaskan jiwanya untuk beribadah kepada Allah SWT.
Ibadah tanda mensyukuri nikmat.
Kita sering melipatgandakan ibadah pada masa tertentu kononnya Allah memberi rezeki yang banyak atau kejayaan dalam bidang diceburi, maka kita amat bersungguh-sungguh mengingati jasa Allah. Menjemput saudara mara ke doa selamat, membaca Yasin, sembahyang berjemaah, memberi makan anak yatim dan bersedekah. Malangnya ada manusia apabila tidak menerima nikmat daripada Allah, mereka hilang semangat beribadah.
Padahal nikmat Allah tidak semestinya berupa harta benda, kejayaan dan kecemerlangan hidup bahkan nikmat yang paling bernilai adalah dijauhkan kita daripada musibah yang menimpa kita, anak-anak dan keluarga. Jika setiap hari kita mendengar berita jenayah, tidakkah kita bersyukur kepada Allah kerana terhindar daripada musibah dengan perlindungan-Nya?
Orang yang memahami hakikat bersyukur akan menemui di dasar hatinya bahawa tiada nikmat yang lebih besar selain menjadi orang mukmin yang diredai Allah SWT. Kerana itulah kita bersujud dan menuai amal salih setiap masa kerana jasa baik Allah ke atas kita. Rasulullah SAW bersabda ketika bersembahyang tahajjud di bilik Aisyah walaupun kaki baginda sakit, baginda bersabda:
“Afala uhibbu an akuuna abdan syakuran?”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari Muslim)
Ibadah tanda percaya janji Allah.

Kitab-kitab yang menerangkan fadhilat ibadah wajib dan sunat sudah banyak diringkaskan daripada kumpulan hadis-hadis Nabi yang sahih, doa-doa Nabi yang maktsur juga menjadi keutamaan kerana ganjaran yang dikhabarkan. Ia diharapkan menjadi berita gembira yang didahulukan khabarnya di dunia, tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya dan Maha benar Allah atas segala janji-janji-Nya. Apabila hati keras dan jiwa menjadi malas, ubatilah ia dengan bacaan Al-Quran dan hadis sahih yang mengandungi unsur pujukan dan motivasi untuk mempertingkatkan iman dan amal kita di sisi Allah.
Ibadah tanda mengutamakan Allah.

Apapun kesibukan yang membelenggu orang mukmin, hatinya tetap milik Allah. Tiada yang lebih penting daripada menjaga apa-apa yang diwajibkan-Nya dan juga amalan yang sunat. Apabila waktu berhibur dan bermain berlebihan berbanding waktu beribadah dan bekerja hendaklah disoal hati yang lalai itu mengenai siapakah sepatutnya yang lebih diutamakan?
Penutup : Kuatkan Tekad Hati

Hati yang sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah semangat, dan sering berada di dalam kegelisahan, akan selalu diliputi dengan kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan terhadap segala perkara yang mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan.

Jika seorang pemuda meningkatkan ketahanan diri
Maka segala sesuatu akan berlalu
Dan yang tersisa hanya kebahagiaan...
Continue...


Saturday, March 26

Mencari solehah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:28 PM 0 comments



Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. 

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. 

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.” 

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. 
Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. 

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
 
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar. 

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. 

“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” 

“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng. 

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. 

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! 

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini. 

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. 

Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian. 

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. 

“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika. 

“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. 
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. 

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu. 

“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. 

“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nur ayat 26 bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” 

“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga? 

“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remeh. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.” 

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. 
Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini. 

“Hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah.
Continue...


Friday, March 25

La Tahzan -Berterima Kasihlah-

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:45 AM 1 comments


Kehidupan tidak selalunya senang dan mendamaikan. Ketika kita belum puas meneguk erti kebahagiaan, keresahan mengintai dengan penuh cemburu dan irihati. Ketika kegembiraan baru memercikkan sinarnya, awan kesedihan tiba-tiba saja berarak memendungkan jiwa.

Inilah kehidupan. Simpang siurnya penuh keraguan dan jalannya dipenuhi ranjau dan duri yang melukakan hati. Betapa banyak jiwa yang tersungkur lesu sebelum tiba ke destinasi yang dituju.Inilah kehidupan. Liku-likunya menyakitkan jiwa dan kesulitannya begitu menekan. Ada masa-masa mendaki hingga kita terpaksa memerah tenaga dan segala kemampuan yang kita ada hingga ada saatnya kita tersimpuh lesu.

Ya, inilah kehidupan. Jalannya begitu sukar dan membebankan, namun ia perlu diteruskan. Kita tidak diberi pilihan untuk menentukan halangan bagaimana yang ingin dan sanggup kita tempuhi dan kedamaian bagaimana yang kita ingin corakkan pada laluannya. Tangisan bukan penyelesaian, begitu juga dengan keluhan dan kegelisahan. Kesedihan tidak akan meninggalkan kita hingga kita sendiri yang menghindarinya. Segala keputus asaan tidak kan terusir dengan kebencian.

Yang lebih besar dari segala kesulitan, kepayahan dan bebanan itu ialah bagaimanakah sikap kita untuk berdepan dengan segalanya; adakah kita ingin menempuhinya dengan kekecewaan, putus harapan dan kesedihan atau kita ingin hadapinya dengan ketabahan, kepasrahan dan teguh hati.

Teguhkanlah jiwamu
Kerna hidup ini untuk ditempuhi
Bukan ditangisi

Teguhkanlah jiwamu
Agar terlerai segala kesulitan dan kesempitan
Biar semalam berlalu bersama segala kesedihan
Dan esok menanti bersama seribu janji dan impian

Teguhkan jiwamu
Bersama kepasrahan dan pengharapan
Dengan jiwa terbuka, kenal diri dan kenal Tuhan
Sambutlah hari ini dengan lagu kedamaian
Bersama alunan paluan semangat baru
vTerima kasih atas pemberian Mu
Terima kasih atas apa yang telah terjadi
Kau selalu menemani ku tanpaku sedari
Kau tak pernah biarkan aku sendirian menjalani hidup ini
Kau selalu menyertaiku

Terima kasih kerana Kau telah menyentuh hatiku
Dikala aku lalai di pentas duniawi
Kau telah memperingatiku
Kau sentiasa merancangkan yang terbaik buatku
Walaupun aku selalu lupa pada Mu

Terima kasih Ya Allah
Kau telah menyentuhku dengan kasih-sayang Mu
Kau telah mengubah hidupku menjadi yang baru
Bagai emas yang murni berkilauan
Kau telah membentuk kekuatan hatiku

Perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan
Kau tidak pernah lelah untuk memberi
Tidak pernah sedikitpun Kau meminta

Terima kasih kerana menyentuh hatiku
Terima kasih kerana kasih-sayang Mu
Sebuah kasih Yang selalu memberi
Bagai air yang mengalir
Yang tidak pernah berhenti

TERIMA KASIH YA ALLAH!!

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya,supaya timbul rasa kesabaran
dan kesyukuran,setiap yang payah itu pasti ada kesenangan,setiap kesabaran itu 
pasti ada ganjaran.Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang
boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.."
Continue...


Wednesday, March 23

Duhai Sahabat

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:55 PM 0 comments


Katakanlah, “Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku – mahasuci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”.

Ikhwah wal Akhawat, Para Da`ie !!
Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia

Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Redha Allah
Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya, berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Ikhwah wal Akhawat, Para Junudud Dakwah !! Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM

Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra
Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS

Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti Kata Abul Anbiya, “Sesungguhnya sholatku ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta” Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allahu ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL
membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja berada
yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHAD Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan.

Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya, Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangkutangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT

Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHHIYAH,

Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Karena yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda
Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT,

Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD

Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TSIQOH

Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinanKepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH

Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya, Itsar bentuk tertingginya Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya

berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah, saling berjanji untuk menolong syariat-Nya
Continue...


Tuesday, March 22

Bicara Tuhan Dengan HambaNya

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:36 PM 0 comments


Jika kereta rosak, mekanik yang membaikinya, jika tubuh badan bermasalah, doctor yang akan mengubatinya. Jika murid mengalami masalah dalam pelajaran, guru yang bertindak mengajarnya.
Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku ALLAH SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat ALLAH bila berhadapan dengan masalah.
Sisipan berita yang dimuatkan di dada akhbar metro berkenaan lima beradik yang menjadi mangsa kerakusan abang kandung sendiri sememangnya meruntun emosi saya selaku seorang hawa. Apakah selama ini seorang adam yang seharusnya bertindak sebagai pelindung namun bertindak sebaliknya sebagai ‘pemusnah’ kepada kaum hawa.
Kita sering juga melihat laporan-laporan yang menyiarkan pembuangan bayi yang sarat menghiasi dada-dada akhbar. Dan sering kali itu juga, masyarakat akan menyalahkan ibu yang membuang bayi tersebut. Jarang sekali menyalahkan ayah yang ‘membunting’kan si ibu yang menyebabkan hasil akhirnya anak tersebut di buang tanpa rasa berdosa.
Bagaimana pula kita menilai kes seorang bapa yang bertindak menyembelih anak kandung sendiri? Bukankah seorang bapa itu perlu bersikap ‘protective’ namun sebaliknya anak menjadi mangsa penyembelihan. Yang paling ironis, sabarnya hawa hanya redha dan memaafkan kesilapan adam biarpun anak sendiri terkoban.
Hakikatnya, kerosakan manusia pada hari ini tidak dirujuk kepada DOKTOR yang sebenar. Ubat yang ditelan pula tidak berasaskan ramuan yang sebenar. Akhirnya ia tidak menjadi ubat tetapi berubah menjadi racun. Masakan tidak, pihak yang bertindak sebagai doctor itupun sebenarnya pesakit kronik yang perlu diubati.
Siapakah yang boleh menafikan kerosakan kronik menimpa masyarakat hari ini? Polis semakin ramai, denda semakin berat, namun jenayah terus menjadi-jadi. Buang anak, pecah amanah, rasuah, khianat dan berjela-jela lagi senarainya. Di mana silapnya?
Mudah sahaja, DOKTOR yang sebenar tidak dirujuk!
Continue...


Monday, March 21

Kau Bukan Milikku Lagi

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:32 AM 0 comments




Kelopak demi kelopak 
Kuntuman mekar si kemboja putih 
Jatuh berguguran 
Semerbak mengharumi suasana 
Mengiringi bersama deraian air mata 
Membasahi pusara insan kesayangan 

Kau.... 
Ku semadikan dalam keranda kaca 
Dalam kamar terkunci di hatiku 
Kutimbus bersama arca impian 
Ku makamkan jua bingkisan sayang 
Ku abdikan hanya serpihan kenangan 

Biarpun zahirnya, 
Nafasmu belum berpenghujung 
Jasadmu masih bernyawa 
Nadimu tetap berdenyut 
Namun hakikatnya 
Kau bukan milikku lagi..... 

Dalam keterpaksaan, tanpa kerelaan 
Kupadukan harapanku dan rohmu 
Kukebumikan dalam kuburan yang satu 
Dengan siraman air mawar 
Ku tumpahkan kasihku jua 
Merasmikan perpisahan kita 
Sungguhpun bukan di batasi alam 
Nyatanya dunia kita berbeza... 

Continue...


Thursday, March 17

Apa Yang Kita Inginkan?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:00 PM 1 comments




Wargh, hari ni tension dengan assgmnt, semualah, awek lagi, kuar dating lagi. Kusut. Memang kusut. Mungkin ini yang di rasai sebagai seorang pelajar. Bila permulaan hidup sebagai seorang pelajar telah bermula, pelbagai yang di alami berlaku. Argh, kusutlah. Tapi sebenarnya apa yang saya nak dari hidup aerk? Kadang-kadang mesti tertanya pada diri sendiri.

Betul ke apa yang saya buat ni? betul ke tindakan saya ni? saya nak tu, saya nak ni. kalau boleh saya nak semua. Cuba kamu semua baca apa yang pernah saya kongsikan dulu-dulu. Hidup adalah sebuah perkongsian. Kenapa? Memang hidup ni berkongsi, hatta udara sekalipun kita berkongsi dengan masyarakat sekeliling. Bukan udara je, matahari, semualah.

Biasalah, manusia. Setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah mempunyai akal fikiran untuk berfikir, akal fikiran untuk melakukan sesuatu. Mempunyai nafsu. Nafsu yang amat besar. Big nafsu.

Kita tidak pernah puas dengan satu

Memang sebagai insan kamil, kita sebagai manusia memang tidak pernah puas akan sesuatu benda. Dah dapat yang kecil, kita nak yang besar sikit. Dah dapat yang besar sikit nak yang lagi besar. Begitulah sifat manusia yang mengikutkan nafsu.
Biar kita baca ungkapan yang pendek ni sebentar

♫♫ Bebas Bebas Ku Berlari....
Ibarat Burung Terbang Di Langit...
Bebas Bebas Ku Di Sini...
Bermain-main Sesuka Hati.....
♫♫

Dalam diri kita nak jadikan penghidupan kita ni sebagai satu wadah dan jalan. Memang kadang-kadang kita sendiri ragu-ragu dan tidak tahu mana hala tuju kita. Ke sana ke? Ke sini ke? Ke kanankah atau ke kiri? Semuanya bergantung pada niat dan amalan diri kita sendiri.

"Aku Ingin berubah! Ya, Aku Ingin berubah!" Kata-kata ini hanya memperakui perubahan diri dalam tempoh sehari sahaja. Walaupun lelah dada mengulangnya 100 kali dengan satu nafas, ia tidak mampu memberikan kesan yang jitu dalam diri. Memang kelihatan ada perubahan. Namun hanya sementara. Perubahan ini bukan semudah menjadi ultraman ataupun gaban dalam sekelip mata, tapi ini adalah satu perubaahan diri dari negatif kepada positif.

Perubahan sebenarnya lahir bukan hanya dari kata-kata sahaja. Perubahan itu timbul dari gelodak hati kita. Kerana itu hati disebut sebagai qalbun di dalam Bahasa Arab, yang membawa maksud antaranya; berbolak balik atau tidak tetap atau berubah.

Firman Allah Ta'ala:

وَنُقَلِّبُ أَفۡـِٔدَتَہُمۡ وَأَبۡصَـٰرَهُمۡ كَمَا لَمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهِۦۤ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَنَذَرُهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ

Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quran) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat. (Surah Al An'aam; ayat 110)

Sebagai contoh, anda berjanji untuk tidak meninggalkan solat fardhu pada awal waktu dengan berjemaah. Dalam tempoh masa 2 -3 hari ini anda kelihatan aktif bergiat keluar masuk masjid. Namun setelah beberapa hari berlalu, perubahan itu semakin luput dari jasad. Ke mana ia menghilang?

Sebenarnya suasana juga memainkan peranan dalam perubahan diri menuju ke arah kebaikan. Suasana yang membuatkan hati mula berubah yang kemudiannya memberi kesan kepada pengurangan iman anda. Anda ingin belajar mengikut masa. Namun anda masih duduk di dalam sebuah rumah yang dilingkungan oleh penggemar bola sepak yang sentiasa terduduk keras di hadapan televisyen. Ahli rumah anda seramai 6 orang. Hanya anda seorang sahaja yang kini terkial menongkah dan melawan arus sifat negatif dengan sampan azam yang masih baru itu. Bolehkan ia bertahan untuk berlawan dengan ombak yang sekuat 6 orang itu? Gagah itu tidak ada pada anda di saat ini.

Oleh itu, jika anda masih lemah, masih baru untuk melakukan perubahan, maka bersahabatlah dengan orang-orang yang sudah beruabah. Bergaullah dengan mereka yang selalu ke masjid, walaupun anda tidak berniat langsung untuk menjadi AJK Masjid. Bergaul dengan mereka yang rajin belajar. InsyaAllah ada kesan dan peningkatannya.

Penutup:Redhalah Dengan Kehidupan Anda

Redhalah dengan kehidupan anda sekarang atas apa yang berlaku. Kelak klita akan mampu meneruskan kehidupan ini dengan bahagia. Inilah mengapa sebabnya semua orang Islam wajib untuk beriman dengan taqdir Allah Ta'ala. Apa yang ditaqdirkan oleh Allah pasti akan berlaku walau betapa kuat diri kita untuk menolaknya. Begitu juga sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Usahlah bersedih dengan rezeki yang sedikit. Ia tetap pemberian Allah. Yakinlah bahwa rezeki tetap akan datang kepada tuannya seperti juga maut datang tanpa dipinta oleh si hidup. Jangan juga menyalahkan Allah dan mempersoalkan akan keadilanNya. Walaubagaimana kuat anda bekerja kelak tiba-tiba dipecat, anda akan menderita juga.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Janganlah engkau menuduh Allah terhadap apa yang telah ditetapkannya kepadamu.(Hadith riwayat Ahmad) Ketahuilah setiap apa yang Allah lakukan dalam hidup kita adalah kebaikan. Apakah kebaikan itu. Kebaikan akan datang bila anda bersabar;

Pertama: Pahala akan diberikan seandainya anda bersyukur di atas kejayaan yang diberi.

Kedua: Pahala juga akan diberikan andai anda sabar dalam kegagalan yang ditimpa.

Oleh itu selesai dari apa-apa pekerjaan, serahkanlah kepada Allah. Fahamilah takdir Allah itu bukan untuk menyiksa manusia tapi untuk memperkukuhkan jati diri dalam hati kita.
Continue...


Monday, March 14

Aku Dan Konvo

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:37 PM 1 comments


mungkin lagu ni tak da kena mengena dengan perkongsian kali ini,

Alhamdulillah, detik-detik yang di tunggu sebagai seorang pelajar selama 3 tahun telah habis dan tamat. Hari sabtu itu hari baru je saya habis konvo. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran selama tiga tahun, akhirnya telah berjaya juga menamatkan pengajian di dalam bidang mekatronik. Pecah kepala, semua berbaloi.

Mungkin sebagai seorang pelajar, detik-detik konvokesyen adalah hari yang paling bermakna buat mereka. Mana taknya kan, sekali dalam seumur hidup, naik atas pentas. Terima anugerah dan sijil. Macam-macamla, anugerah pengarah atau dekan, angerah projek terbaik semua di tonjolkan pada majlis konvokesyen.  

Macam-macam ragam manusia yang dapat di perhatikan semasa majlis istiadat konvokesyen. Orang yang rambut panjang, rambut pendek, yang ‘smart’ yang bergaya, semua ada. Tapi hakikat yang asal adalah untuk melahirkan pelajar yang berguna di sisi agama, bangsa dan Negara.

Baru Permulaan Konvokesyen

Kenapa baru permulaan konvokesyen? Bukankah konvo itu sekali atau dua kali? Adakah konvo ni hari-hari ada dalam diri setiap orang yang bergelar al-insan? Mungkin. Kalau mereka ni jenis yang kaki belajar. Mungkin hari-hari adalah hari konvo mereka. Mana tidaknya, dunia adalah “sekolah” kehidupan bagi mereka yang di ciptakan oleh sang Pencipta.

Dengan keadaan dunia yang serba-serbi nakkan kemajuan dan terkehadapan. Diri kita mesti nak upgrade dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Dari ke arah yang lebih baik. Bertepatan dengan kata-kata sari saidina Ali karamaAllah:

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."

Tapi pada pandangan semasa yang boleh di ambil. Kebaikan yang di ambil kira adalah sedikit berbanding keburukan. Trend ikut-ikut kawan yang akhirnya terjebak ke satu konflik yang lebih menjerumus diri ke lurah yang lagi dalam. Mungkin bagi mereka itu adalah yang terbaik. Mungkin. Itulah “sekolah” dunia. “Sekolah” yang amat luas dan cukup besar untuk kita mendalami ilmu yang ada.

Pada hakikatnya, adakah kita sedar yang sebenarnya kita ini akan ada satu lagi majlis “konvo” yang amat bermakna di dalam hidup kita? Adakah selama ni kita sedar dan memerhati hakikat penciptaan? Kenapa kita di ciptakan? Apakah tujuan di sebalik kita di ciptakan? Adakah kerana untuk enjoy? Adakah untuk kita bersuka-ria. Suka-ria dengan enjoy sama tak? Harap-harap sama.

Apabila di katakan bahawa dunia adalah “sekolah” yang amat besar. Maka, ia mesti ada pengakhiran dan waktu tamat belajar. Adakah kita gunakan masa yang ada untuk belajar, dan mempelajari, malah memperbetulkan sebarang bentuk kesilapan? Muhasabah balik diri kita, adakah selama ini kita di dalam kategori manusia yang bersyukur? Atau kita ni dari kategori mereka yang kufur?

Apabila kita lihat dan perhatikan ayat Allah dalam surah al-baqarah:

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah 2:28)

Adakah kita ini dalam kategori insane yang bersyukur akan nikmat Allah yang Allah beri pada hambaNya?

Penutup: Muhasabah Diri, Kita Akan Di Konvokan

Mungkin perkongsian kali ini agak tak best untuk di baca, namun sedarlah duhai diri. Ingatlah wahai diri, bahawa kita akan di “konvo”kan setelah kita di bangkitkan. Setelah tamatnya sesi pembelajaran kita di sekolah.

Kita akan di “konvo” di hadapan Sang Pengajar Yang Maha Agung iaitu Allah s.w.t. dan di hadapan Allah kita akan menerima “buku” penghargaan dari Dia mengenai amalan dan catatan kita semasa hidup. Adakah kita telah bersedia meniti hari itu duhai diri? Ajak diri berfikir sebentar.
Continue...