Followers

Thursday, April 22

yahudi takut akan ketrurunan Rasulullah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:35 PM 0 comments

“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)


Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.

Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.

Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)

Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).

Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”

Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.


Continue...


Amalan bidaah di negara kita

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:27 PM 0 comments


Alhamdulillah segala syukur ke atas Allah SWT dan rahmatNya, selawat dan salam ke atas

Junjungan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat, Tabi’in, Tabi’ Tabi’in dan seluruh

Muslimin Muslimat yang menjunjung tinggi syariat Pencipta sekalian alam.

Risalah yang ringkas ini berkisar mengenai beberapa amalan bid’ah yang berlaku di dalam

kehidupan umat Islam amnya dan di Malaysia khasnya. Seperti yang diketahui, Allah SWT

telah menurunkan Islam dengan penuh syumul, yakni sempurna dan meliputi segenap segi

kehidupan manusia.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu, Aku telah penuhkan nikmatKu

untuk kamu dan Aku hanya meredhai Islam sebagai agamamu”.19

Maka amalan-amalan bid’ah ini menafikan pensyariatan Allah SWT dan menunjukkan

bahawa di dalam Islam masih ada ruangan yang tidak diisi, sedangkan Nabi Muhammad

SAW tidak berkata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Oleh yang

demikian, andainya Rasulullah SAW menyuruh para pengikutnya melakukan sesuatu amalan

dan yang lainnya tidak dilakukannya maka sesungguhnya itulah yang benar datangnya dari

Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Wahai umat Islam,

taatilah suruhan Allah Jalla Wa Ala dan PesuruhNya Muhammad SAW, dan jauhilah kamu

dari segala laranganNya, semoga kita diberkati Allah SWT di dunia dan di akhirat.

KEMBALI KEPADA AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH

Firman Allah SWT

Maksudnya:

Maka jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dan Rasul”20

“Dan apa – apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka hukumnya kepada Allah”21

“Tidak ada suatupun yang Kami lewatkan dalam Kitab”22

Dan ketika datangnya Imam – Imam yang berempat, mereka telah mencurahkan segala

kemampuan yang ada pada mereka buat memperkenalkan agama ini dan membimbing

manusia dengannya, mereka larang orang yang bertaklid – iaitu mengikut secara membabi

buta tanpa mengetahui dalil dan alasannya dengan berkata : “TIDAK SEORANGPUN

BOLEH MENGIKUTI PENDAPAT KAMI TANPA MENGETAHUI ALASAN KAMI”23

Pernyataan ini jelas melarang kita daripada menurut sesuatu mazhab tanpa mempelajari

selok belok hukum – hakam Fiqh Islam. Namun, kini kita dapati banyak umat Islam hanya

mengikut satu mazhab tertentu sahaja, sedangkan para Imam ini hanya membantu

menunjukkan hukum Allah berdasarkan ilmu pengetahuan mereka tetapi tidaklah ianya

muktamad atau maksum sebagamana amalan dan pertunjuk daripada Rasulullah SAW.

Ingatlah segala amalan Nabi Muhamamad SAW telah diakui Allah SWT sebagai WahyuNya.

Firman Allah SWT. Maksudnya:

19 Al-Ma’idah (5:3)

20 An-Nisa’ : 59

21 As-Syura: 10

22 Al-An’am : 38

23 Fiqh Sunnah, Jilid 1-2, Sayyid Sabiq, pg 27

Pembahagian bid’ah: Bid’ah Hasanah & Bid’ah Dhalalah

Mengikut Ahlus-Salaf:

Bid’ah Hasanah: Ciptaan yang baik yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan (kebendaan)

semata. Maka bid’ah (ciptaan) ini diharuskan dan digalakkan oleh Islam. Contoh: penciptaan

kereta, kapalterbang dan komputer.

Bid’ah Dhalalah: Ciptaan yang menyesatkan, iaitu segala apa yang bersangkutan dengan

amal ibadah atau urusan agama (syara’). Haram menambah-nambah amalan sedia ada

kerana agama Islam telahpun lengkap dan sempurna.

ANTARA AMALAN-AMALAN BID’AH TERSEBUT:

Berzikir beramai-ramai selepas solat

Imam As-Syafie mengharamkan berzikir dengan cara mengangkat suara selepas

menunaikan sembahyang fardhu. Imam Syafie hanya menggalakkan para jemaah berzikir

secara sendirian.26

Imam As-Syafie menyatakan bahawa perbuatan Nabi SAW menyaringkan suara takbir adalah

untuk mengajar para Sahabat tentang zikir tersebut, sesudah itu Rasulullah SAW tidak lagi

menyaringkannya.

Bacaan yang disukai Imam As-Syafie ialah masing-masing imam dan ma’mum membaca

sekadar yang dapat didengari sendiri dengan tidak berzikir secara berjemaah.27

Prof. T.M. Hasbi As-Siddiqi: ‘Antara Bid’ah itu ialah membaca istighfar serentak dengan

mengangkat suara sesudah salam. Yang sunat, kita masing-masing membaca istighfar

sendiri (juga ketika berwirid dan berdoa).28

Bertahlil sempena kematian seseorang

Imam As-Syafie dan Imam Malik tidak pernah mengatakan ibadah badaniah yang khusus

seperti sembahyang dan membaca Al-Quran sampai kepada si mati.29

Imam As-Syafie dan ulama lain:

24 Al-Najm (3 – 4)

25 H/R Muslim

26 Al-Umm, Jilid I, hlm 127, Bab Kalam Al-Imam wa julusihi ba’da As-Solat

27 Sembahyang Nabi SAW, hlm 18, Abdullah Al-Qari Hj Salleh

28 As-Sunan Wal Mubtadi’at, hlm 119, Prof. T.M. Hasbi

29 Al-Ibda’ fi Mudhar Al-Ibtida’, hlm 245, Syeikh Ali Mahfuz

“Apa yang dilakukan manusia (hari ini) iaitu berkumpul (buat kenduri) di (rumah) keluarga si

mati dan menyediakan (makanan) hidangan, adalah perbuatan bid’ah yang mungkar. Dan

orang yang membanterasnya adalah diberi pahala”.30

Imam An-Nawawi:

“Adapun menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si mati dan mengumpulkan manusia

(orang ramai untuk berkenduri) di rumah (keluarga si mati) adalah tidak pernah sama sekali

ada nasnya (dalilnya). Perbuatan tersebut adalah bid’ah yang tidak pernah disunnahkan”.31

Imam As-Syafie:

“Aku memakruhkan berkumpul (di rumah si mati) walaupun bukan untuk tangisan”.32

“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan berkumpul beramai-ramai di

rumah tersebut maka itu adalah bid’ah bukan Sunnah”.33

Ertinya: “Dari Ibnu Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai

(kenduri) di rumah si mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan”.34

Caranya yang sebenar sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW ialah dengan menghulurkan

bantuan (makanan atau lain-lain keperluan) kepada keluarga si mati. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: “Semasa kematian Ja’far, Rasulullah SAW pulang menemui keluarga baginda

dan bersabda: Sesungguhnya keluarga Ja’far sedang sibuk dengan urusan kematian,

maka buatkanlah untuk mereka makanan”.35


Continue...


Monday, April 19

2010 Tahun Keruntuhan Masjid Al Aqsa?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:46 PM 0 comments




Jawatankuasa Jerusalem dari Dewan Legislatif Palestin (PLC) pada hari Rabu (27/1) yang lalu memperingatkan bahawa tahun 2010 akan menjadi saksi lebih banyak pelanggaran Israel ke atas Palestin dan meningkatnya serangan terhadap kota Jerusalem yang diduduki, terutama berkaitan dengan perancangan jahat mereka untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa .

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa itu mengatakan bahawa penggalian yang dilakukan Israel di bawah tanah semakin meningkat sehingga akan menyebabkan lubang dan rekahan dalam skala besar di dalam Masjid Aqsa. Jawatankuasa tersebut mengekspresikan akan kekhuatiran mereka bahawa Israel akan segera menghancurkan Masjid suci itu melalui penciptaan gempa bumi buatan di wilayah Negev.

Jawatankuasa tersebut menyeru kepada organisasi konferensi Islam dan Liga Arab untuk mengadakan konferensi dan pertemuan darurat bagi membahas situasi yang semakin kritikal di Jerusalem serta ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa.

Jawatankuasa juga meminta agar PBB membahas masalah kota suci dan masjid Al-Aqsa ke dewan keamanan PBB untuk mengaktifkan tekanan undang-undang antarabangsa ke atas Israel.

Jawatankuasa juga mendesak dewan keamanan, sidang umum PBB dan UNESCO untuk menghantar pasukan pencari fakta ke kawasan Masjid Al Aqsa agar dapat mengeluarkan laporan lengkap tentang pelanggaran yang dilakukan Israel di kota tersebut.



Continue...


sempena hari ibu..

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:04 PM 0 comments





walaupun hari ibu lama lagi...tapi aku takut tak sempat nak ucap kat mak aku..yang bahawa aku sayang sangat kat dia...

Dedikasi untuk ibu-ibu pejuang palestine....


Ibuku....di sana ada syurga menanti!!

Pemuda berusia 23 tahun itu tidak tidur pada malam 23 March 2010. Sedari tadi dia asyik mencatat sesuatu di atas sehelai kertas putih. Catatan itu lahir dari hati nuraninya yang tulus. Pemuda ini mahu catatan ini bukan sahaja di tatap oleh ibunya, adik-adiknya bahkan semua umat manusia yang cintakan kedamaian yang hakiki dan kebebasan di muka bumi Allah yang terbentang luas.

Kalu boleh, nanti biralah catatannya ini menjadi perangsang kepada pemuda seagama dan sebangsa dengannyabejuang dan terus berjihad menentang musuh Allah di muka bumi. Pemuda ini tidak rela maruah agama dan bangsanya di nodai seuka hati.

Seperti mana pejuang-pejuang yang dahulu, pemuda ini rindukan syahid. Syahid begitu indah dan nikmat bagi mereka yang reti bersyukur. Pemuda ini sudah merancang sesuatu bersama teman baiknya Ahmad Yusuff Abd Wahab, 23.

Sebaik sahaja surat ini siap di tulis, dia pergi bersama Ahmad bagi merencanakan satu misi sulit. Surat yang di tinggalakan di atas meja di baca oleh si ibu:

"Ibuku, sesungunya aku pergi meningalkanmu bukan bermakna bencikan dirimu, bahkan aku pergi di kau harus bergenbira. Kerana selepas kematian itu adalah syurga. Sebaik sahaja mendengar berita kematianku, bertakbirlah wahai ibuku! Allah mengetahui penderitaan kita.
Ampunkanlah dosaku sekiranya selama ini aku cuai dalam menunaikan hakmu. Demi Allah, saat aku meulis surat ini, air mataku berguguran jatuh. Tetapi demi agama tercinta, negara yang ku sanjungi, warisan para anbia' aku tidak rela tanah air ku menjadi bahan mainan. Tapi, apa daya ku, di sana ada syurga yang menanti, anugerah Allah yang paling bernilai"

Esok harinya, stesen televisyen Al-jazera memaparkan Ra'id Al Agha bersama temannya Ahmad Yusuff Abd Wahab terbunuh sewaktu cubaan melakukan serangan ke atas trak yang membawa tentera Israel. Mereka berdua mati serta-merta di tempat kejadian.


Si ibu redha dengan kesyahidan anaknya. Ra'id mati syahid ketika sedang berjuang membebaskan tanah airnya. Sewaktu si ibu mencium jenazah anaknya haruman kasturi semerbak menyelubungi kawasan. Sambil menitis air mata, si ibu bersyukur bahwa ada syurga menanti buatmu di sana....


Continue...


Sunday, April 18

hari ni

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:13 PM 0 comments

asslamualaikum
hari ni aku nk buat pengunguman sikit la...
hehe....Tautan Hati dah ada fan club kat facebook...

Online Users

Continue...


dah boleh

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:20 AM 0 comments

sume org dah boleh komen....termasuk yang bukan follow...semoga sama2 dapat berbincang dan erat kan ukhwah...amin
Continue...


KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 1:50 AM 0 comments







(Hadis Riwayat Bukhari)

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.


1. Intisari:

Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan. Hidup yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti. Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau yang singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masihjauh. Kita hendaklah mengambil peluang semasa kita masih sihat dan masih hidup untuk mengumpul bekalan akhirat. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah menghargai masa dan tidak melengah-lengahkan urusan yang baik.

2. Kehidupan Di Dunia Adalah Sementara

· Tempoh kehidupan di dunia terlalu singkat berbanding di alam akhirat yang kekal abadi.

· Dunia merupakan tempat manusia mencari bekalan untuk hari akhirat.

· Antara bekalan atau amalan tersebut ialah seperti ilmu, ibadat, sedekah jariah, dan seumpamanya.

· Manusia tidak wajar leka dengan keseronokan di dunia hingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih berharga.

· Kedudukan manusia sama seperti seorang perantau yang tidak boleh leka dengan keseronokan di tempat persinggahannya hingga lupa kepada destinasi yang masih jauh.

3. Teknik Pengurusan Masa Yang Efektif

Pengurusan masa secara efektif boleh dilakukan dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

a. merancang penggunaan masa:

§ kita mestilah memperuntukkan masa untuk bersolat, membaca buku, mengulang kaji pelajaran, menyelesaikan kerja rumah, membantu ibu bapa, beriadah dan berehat.

§ kita wajib menjauhi aktiviti-aktiviti tidak berfaedah seperti melepak dan berpeleseran.

§ untuk menjadikan pengurusan lebih efektif dan sistematik, hendaklah menyediakan jadual waktu yang tersusun.

b. mengurus masa dengan bijak:

§ kita mestilah menggunakan waktu dengan perkara-perkara yang berfaedah

§ semasa berada di dalam kenderaaan atau perhentian bas umpamanya kita boleh membaca buku, nota, akhbar, bacaan lain yang berfaedah.

§ jika kita tidak menggunakan waktu tersebut dengan sebaiknya kita akan menghadapi kerugian.

c. menentukan wawasan hidup:

§ menentukan wawasan hidup adalah perkara penting kerana ianya menentukan matlamat dalam kehidupan kita.

§ orang yang tidak berwawasan akan membuang masanya tanpa sebarang matlamat dan tujuan.

§ dengan wawasan, kita akan mendisiplinkan diri kita dan menggunakan semula kualiti penggunaan masa yang telah kita lalui.

§ untuk mengukur pencapaian wawasan kita hendaklah menggunakan diari merekodkan aktiviti harian kita.

§ pengurusan masa secara efektif adalah faktor terpenting kejayaan tokoh-tokoh dunia.

4. Keburukan Menangguhkan Sesuatu Urusan

1. Orang yang menangguhkan sesuatu urusan akan memberi kesan negatif kepada diri, masyarakat,dan negara.

2. Antara kesan negatif menangguhkan sesuatu urusan ialah:

a. hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana menghadapi tekanan daripada majikan

b. hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan akan menjejaskan nama syarikat dan sebagainya

c. produktiviti sesebuah syarikat akan menurun. Ini akan menjejaskan ekonomi sesebuah negara

d. pembangunan sesebuah negara akan berjalan dengan perlahan. Ini akan menyebabkan negara ketinggalan dalam arus perdana dunia

Continue...


Friday, April 16

Dia Takdirmu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:43 PM 0 comments













HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-‘at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah...” rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: “...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)” an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...” an-Nisaa’ (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

SELEPAS KAHWIN

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia. Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.
Continue...


sepena hari ibu

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:01 PM 0 comments

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Continue...


Kisra Parsi dan seorang perempuan tua

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:41 AM 1 comments

Assalamualaikum, korang pe kabar?pagi2 buta lepas aku uat keje...mcm nak menaip...kesah....kesah Raja Parsi.....sama2 la kita renungkan....

Bzarjamhar, seorang lelaki yang bijaksana di Parsi mengatakan " ada seorang perempuan tua yang memiliki seekor ayam betina yang di letakkan di sebuah kandang yang berdekatan dengan istana Kisra. Suatu hari tu la, perempuan tua ni pergi ke kampung lain. Dia ni sempat berdoa "Wahai Tuhanku. aku serahkan dan amanahkan ayam ini kepadaMu" Dalam masa dia pergi, Kisra ni pergi mendekati kandang perempuan ni untuk besarkan lagi istana. Para tenteranya kemudian menyembelih ayam milik perempuan itu dan memusnahkan kandangnya. Selepas perempuan tu balik ke rumah, wanita ni tadah tangan ke langit " Wahai Tuhanku, aku tidak dapat menyaksikan saat berlakunya kejadian kejahatan itu, namun di mana Engkau di saat itu?" Allah pun telah memberi keadilan kepada wanita itu. Kisra itu di bunuh menggunakan pisau oleh anaknya sendiri sewaktu kisra tidur.

Sesungguhnya Allah telah berfirman dengan maksud :

..........Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya? Dan mereka (kaum musyrik) menakut-nakutkan kamu dengan (sembahan-sembahan) selain Allah....... surah az-zummar ayat 36

Dan alang kan baik kan kalau kita ni memiliki sikap seorang putera Adam yang baik yang berkata kepada saudaranya yang menzaliminya


Di dalam surah Al-maidah ayat 28 ada menerangakan maksud di atas...


..........Seandainya kamu menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu..........Al-maidah ayat 28.....


Rasulullah bersabda:

Jadilah kamu hamba yang terbunuh, tetapi janganlah kamu menjadi hamba yang membunuh.....


Sesungguhnya seorang muslim itu memiliki prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung dari hanya sekadar balas dendam, benci dan dengki..


Kita renungkanlah bersama-sama...wahai muslimin...
Continue...


Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:06 AM 0 comments

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

(Muslim)

Huraian
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.
Continue...


Wednesday, April 14

Allah akan menganti yang lebih baik

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:03 PM 0 comments

Assalamualaikum, apa khabar kalian?topik ni mcm xbest..tpi aku sbgai insan, ingin berkongsi bersama..

InsyaAllah, semoga kita dapat berubah kepada yang lebih baik.


Allah tidak pernah mencabut sesuatu daripada anda kecuali Dia menggantinya dengan lebih baik. Tetapi itu adalah apabila korang sume bersabar dan tetap redha dengan segala ketentuanNya.


Al-hadith:


......................Sesiapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.......................


Maksud di sini barangsiapa yang kehilangan anaknya, tetap berusaha untuk bersabar, maka dia alam keabadian kelak akan di bangunkan untuknya sebuah Baitul Hamd (Istana Pujaan).


Para waliyullah yang pernah di timpa musibah , ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmannNya:


................ Kesejahteraan dan kebahagian bagi kalian kerana kalian telah bersabar dlam mentaati Allah dan menerima cubanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan...................surah Ar-Rad ayat 24


Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk :


................Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah golongan yang mendapat petunjuk................surah Al-baqarah ayat 157


Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.


Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin, Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, baransiapa dapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak..Amin...





Di sini marilah kita bersama-sama renungkan apakah kita ini di dalam golongan yang bersyukur atau kita ini di dalam golongan yang hanya tahu menilai dan tidak mahu berubah. Bersama-samalah kita berubah demi kebaikan.



Continue...