Alhamdulillah segala syukur ke atas Allah SWT dan rahmatNya, selawat dan salam ke atas
Junjungan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat, Tabi’in, Tabi’ Tabi’in dan seluruh
Muslimin Muslimat yang menjunjung tinggi syariat Pencipta sekalian alam.
Risalah yang ringkas ini berkisar mengenai beberapa amalan bid’ah yang berlaku di dalam
kehidupan umat Islam amnya dan di Malaysia khasnya. Seperti yang diketahui, Allah SWT
telah menurunkan Islam dengan penuh syumul, yakni sempurna dan meliputi segenap segi
kehidupan manusia.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu, Aku telah penuhkan nikmatKu
untuk kamu dan Aku hanya meredhai Islam sebagai agamamu”.19
Maka amalan-amalan bid’ah ini menafikan pensyariatan Allah SWT dan menunjukkan
bahawa di dalam Islam masih ada ruangan yang tidak diisi, sedangkan Nabi Muhammad
SAW tidak berkata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Oleh yang
demikian, andainya Rasulullah SAW menyuruh para pengikutnya melakukan sesuatu amalan
dan yang lainnya tidak dilakukannya maka sesungguhnya itulah yang benar datangnya dari
Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Wahai umat Islam,
taatilah suruhan Allah Jalla Wa Ala dan PesuruhNya Muhammad SAW, dan jauhilah kamu
dari segala laranganNya, semoga kita diberkati Allah SWT di dunia dan di akhirat.
KEMBALI KEPADA AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH
Firman Allah SWT
Maksudnya:
“Maka jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dan Rasul”20
“Dan apa – apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka hukumnya kepada Allah”21
“Tidak ada suatupun yang Kami lewatkan dalam Kitab”22
Dan ketika datangnya Imam – Imam yang berempat, mereka telah mencurahkan segala
kemampuan yang ada pada mereka buat memperkenalkan agama ini dan membimbing
manusia dengannya, mereka larang orang yang bertaklid – iaitu mengikut secara membabi
buta tanpa mengetahui dalil dan alasannya dengan berkata : “TIDAK SEORANGPUN
BOLEH MENGIKUTI PENDAPAT KAMI TANPA MENGETAHUI ALASAN KAMI”23
Pernyataan ini jelas melarang kita daripada menurut sesuatu mazhab tanpa mempelajari
selok belok hukum – hakam Fiqh Islam. Namun, kini kita dapati banyak umat Islam hanya
mengikut satu mazhab tertentu sahaja, sedangkan para Imam ini hanya membantu
menunjukkan hukum Allah berdasarkan ilmu pengetahuan mereka tetapi tidaklah ianya
muktamad atau maksum sebagamana amalan dan pertunjuk daripada Rasulullah SAW.
Ingatlah segala amalan Nabi Muhamamad SAW telah diakui Allah SWT sebagai WahyuNya.
Firman Allah SWT. Maksudnya:
19 Al-Ma’idah (5:3)
20 An-Nisa’ : 59
21 As-Syura: 10
22 Al-An’am : 38
23 Fiqh Sunnah, Jilid 1-2, Sayyid Sabiq, pg 27
Pembahagian bid’ah: Bid’ah Hasanah & Bid’ah Dhalalah
Mengikut Ahlus-Salaf:
Bid’ah Hasanah: Ciptaan yang baik yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan (kebendaan)
semata. Maka bid’ah (ciptaan) ini diharuskan dan digalakkan oleh Islam. Contoh: penciptaan
kereta, kapalterbang dan komputer.
Bid’ah Dhalalah: Ciptaan yang menyesatkan, iaitu segala apa yang bersangkutan dengan
amal ibadah atau urusan agama (syara’). Haram menambah-nambah amalan sedia ada
kerana agama Islam telahpun lengkap dan sempurna.
ANTARA AMALAN-AMALAN BID’AH TERSEBUT:
Berzikir beramai-ramai selepas solat
Imam As-Syafie mengharamkan berzikir dengan cara mengangkat suara selepas
menunaikan sembahyang fardhu. Imam Syafie hanya menggalakkan para jemaah berzikir
secara sendirian.26
Imam As-Syafie menyatakan bahawa perbuatan Nabi SAW menyaringkan suara takbir adalah
untuk mengajar para Sahabat tentang zikir tersebut, sesudah itu Rasulullah SAW tidak lagi
menyaringkannya.
Bacaan yang disukai Imam As-Syafie ialah masing-masing imam dan ma’mum membaca
sekadar yang dapat didengari sendiri dengan tidak berzikir secara berjemaah.27
Prof. T.M. Hasbi As-Siddiqi: ‘Antara Bid’ah itu ialah membaca istighfar serentak dengan
mengangkat suara sesudah salam. Yang sunat, kita masing-masing membaca istighfar
sendiri (juga ketika berwirid dan berdoa).28
Bertahlil sempena kematian seseorang
Imam As-Syafie dan Imam Malik tidak pernah mengatakan ibadah badaniah yang khusus
seperti sembahyang dan membaca Al-Quran sampai kepada si mati.29
Imam As-Syafie dan ulama lain:
24 Al-Najm (3 – 4)
25 H/R Muslim
26 Al-Umm, Jilid I, hlm 127, Bab Kalam Al-Imam wa julusihi ba’da As-Solat
27 Sembahyang Nabi SAW, hlm 18, Abdullah Al-Qari Hj Salleh
28 As-Sunan Wal Mubtadi’at, hlm 119, Prof. T.M. Hasbi
29 Al-Ibda’ fi Mudhar Al-Ibtida’, hlm 245, Syeikh Ali Mahfuz
“Apa yang dilakukan manusia (hari ini) iaitu berkumpul (buat kenduri) di (rumah) keluarga si
mati dan menyediakan (makanan) hidangan, adalah perbuatan bid’ah yang mungkar. Dan
orang yang membanterasnya adalah diberi pahala”.30
Imam An-Nawawi:
“Adapun menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si mati dan mengumpulkan manusia
(orang ramai untuk berkenduri) di rumah (keluarga si mati) adalah tidak pernah sama sekali
ada nasnya (dalilnya). Perbuatan tersebut adalah bid’ah yang tidak pernah disunnahkan”.31
Imam As-Syafie:
“Aku memakruhkan berkumpul (di rumah si mati) walaupun bukan untuk tangisan”.32
“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan berkumpul beramai-ramai di
rumah tersebut maka itu adalah bid’ah bukan Sunnah”.33
Ertinya: “Dari Ibnu Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai
(kenduri) di rumah si mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan”.34
Caranya yang sebenar sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW ialah dengan menghulurkan
bantuan (makanan atau lain-lain keperluan) kepada keluarga si mati. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: “Semasa kematian Ja’far, Rasulullah SAW pulang menemui keluarga baginda
dan bersabda: Sesungguhnya keluarga Ja’far sedang sibuk dengan urusan kematian,
maka buatkanlah untuk mereka makanan”.35
Post a Comment