******************************************* Hari ni Adam rasa bahagia kerana bakal berjumpa dengan buah hati Adam. “Assalamualaikum” “aik, takkan la dia tutup muka dia dengan sapu tangan?” bicara hati Adam. “Wa’alaikumusalam,”sambil memandang ke arah luar Asikin menjawab salam “ Segan ke?” “ Mestilah, dah Ad ni kenapa duduk sebelah Kin?Gi duduk jauh sikit.” “Hehe, baik bos. Pekerja menurut perintah”dengan nada selamba Adam bergalih tempat duduk. Banyak juga yang mereka borakkan. Kisah hidup, sejarah silam. Setelah hampir akhir tahun, Adam memberikan pemberian hadiah sebentuk cincin dan kain kurung sebagai kenang-kenangan. **************************************************** Hari ni merupakan hari ke tiga penghabisan peperiksaan SPM. Dan merupakan hari ketiga juga Adam tidak berjumpa Asikin. Bukan sahaja tidak berjumpa malah tidak berhubung antara satu sama lain. Ibu Adam telah menyimpan handphone Adam kerana Adam makin leka dan lalai dalam pembelajaran. Adam memohon kebenaran ibunya untuk bekerja sementara keputusan peperiksaan SPM belum keluar. Kerinduan Adam kepada Asikin hanya di serah kepada yang Maha Penyayang. Adam bekerja sehingga dapat mengambil lesen kereta dan motor. Keinginan Adam ingin berjumpa Asikin makin hari makin kuat. Setelah lima bulan berlalu, kepuutusan SPM pun keluar. Adam mendapat 12A semua matapelajaran yang di ambil oleh Adam termasuk juga matapelajaran yang Adam belajar sendiri iaitu Syariah Islamiah dan Quran Sunnah. Ramai cikgu yang mula-mula menentang dan cakap-cakap belakang, tetapi dengan keyakinan dan azam yang tinggi, Adam tidak mempedulikan cakap belakang orang lain. Adam melilau mata memerhati keadaan sekeliling kelibat seseorang tidak Adam nampak, yang ada hanya rakan-rakan Asikin. Adam pulang ke rumah lalu memeluk ibunya. Terperanjat ibunya dengan keadaan Adam yang berjaya menaikkan martabat keluarga. Sujud dan menitis airmata tanda kesyukuran ibu Adam ke hadrat Ilahi kerana memperkenankan doa’ Adam sekeluarga. Sedang leka Adam melayan pelanggan di kedai yang boleh di katakan kedai abang angkat Adam bekerja,vibrator hnadphone bergetar. Adam mngambil masa sebentar untuk membalas mesej yang di terima. “Assalamualaikum”eh no sape ni pulak masuk. Adam beriaksi agak terperanjat. “Wa’alaikumussalam,sapa ni?” “Em,ni Kin. Ni nombor baru Kin”ujar pemberi mesej. “Owh, Kin,ingatkan sapa tadi. Kin apa khabar? Rindu Ad tak?”saja Adam ingin menduga jawapan dari Asikin. Tapi apa yang di harapkan berlainan. “Kin, mesej Ad sebenarnya nak mintak putus. Tolong lepas ni jangan ganggu hidup Kin lagi. Dan jangan balas apa-apa mesej pun pas ni” Adam tepukul apabila mendengar kenyataan yang bagi dia cukup menyakitkan. Bukan itu sahaja, cawan yang sedang Adam pegang jatuh terhempas. Cukuplah sekali kehilangan orang tersayang. Dia tak mahu kejadian yang sama berulang kembali. “Kin,apa yang Kin cakap ni, Kin main-mainkan?” Adam sudah hampir mengalir airmata. Tetapi dia tahankan jua. Kalau di rumah, Adam akan menangis semahu-mahunya. “Tolong paham bahasa Kin cakap ok? Kin cakap simple je, jangan kacau hidup Kin. Kin dah tak minat.” Adam cuba membuat panggilan, tetapi tiada jawapan yang di terima. “Tapi, Ad nak sebab” ************************************************** Adam bagaikan orang kurang siuman apabila mendengar permintaan dari Asikin. Terus di capai kunci motor, dan menuju ke rumah. Adam hanya berpesan kepada abang angkatnya baha dia nak bercuti. Setiba Adam di rumah, Adam mencapai kunci kereta lalu memecut laju ke arah kawasan penginapan Asikin tinggal. Dalam kepala Adam hanya satu, kenapa orang yang di sayangi pergi meninggalkan tanpa sebab. Setiba di hadapan pintu pagar, Adam memberi salam dari luar pagar. Akan tetapi yang dengar hanyalah bunyi siaran televisyen. Adam memberi salam berkali-kali, dan akhirnya Adam mendengar sesuatu yang benar-benar mengguris hatinya. “ Dik,sapa kat luar tu? Macam orang tak betul je. Suruh dia balik. Tiada tempat pengemis kat sini.” Adam kelu seribu bahasa. Adam akui, dia datang untuk mengemis, tapi bukan mengemis harta, mengemis makanan, tetapi apa yang Adam mahukan hanya harapan yang tinggal harapan. Langkahan Adam longlai menuju ke arah kereta. Apa yang Adam tahu, kenapa semua jadi kat Adam. Adam menangis sepuas hati di dalam kereta. Mulai hari itu, sifat Adam yang banyak bercakap, lebih kepada diam. Lebih banyak termenung. Kusut masai Adam mulai ketara. Ibu Adam mulai perasan dengan perubahan sikap anak kesayangannya. “Along, along kenapa ni, kusut masai. Hish, bau apa ni? Along tak mandi ke?pergi mandi sana”ibu adam mengambil tuala lalu di beri kepada Adam. Adam hanya menganguk dan berlalu pergi. Seminggu lamanya Adam tidak balik ke rumah, Adam berjalan mengelilingi kampung, dan dengan sedikit duit poket yang ada, Adam menaiki bas menuju ke bandar. Di sanalah tempat Adam mencari ketenangan. Hampir terniat Adam hendak menyalahkan takdir. “Kenapa semua jadi kat aku” getus hati Adam yang separuh gila. Adam berjalan memasuki satu bangunan, bangunan yang bagi orang-orang kampung Adam cukup asing. Bangunan yang hanya agama Kristian beribadat. Adam telah jauh lari, terpesong dari landasan agama. Hilang bekalan agama yang selama ini tersemat kukuh dalam jiwa Adam. “ Hei, u, u buat apa kat sini? U lari rumah ke? Kusut masai I tengok u ni” tegur seorang pendeta Kristian. “Tak buat apa-apa, saya cuma nak duduk sahaja.”terang Adam. “U ada masalahkah? Kalau ada masalah cerita la pada I, kalau I boleh bantu, I bantu” pendeta itu dengan niat untuk memancing diri Adam supaya rapat dengannya. Iman Adam hanya tinggal sekelumit, sekiranya Adam tidak mempertahankan keimanannya Adam akan murtad. Dan Adam memang bukan Adam yang dahulu. Adam dengan agama yang baharu. “ Tak pelah,saya hanya nak duduk sahaja” ujar Adam sekali lagi. “Hm, kenapa kamu duduk sini? Nanti orang-orang Islam akan marah. Janganlah kamu menghidupkan api keagamaan.”ujar pendeta terbabit sambil berlalu pergi. Adam hanya diam membisu tanpa kata. Jelas terpancar di wajahnya kekecewaan, kehampaan. Adam bangun lalu berlalu meninggalkan gereja tersebut. Adam tidak mahu di goda nafsu syaitan supaya Adam murtad. Tidak sama sekali akan Adam murtad, kerna Islam adalah agama yang cukup indah. Adam berjalan ke sana-sini sambil berbicara seorang diri. Sepatah perkataan pun tidak jelas kedengaran di mulut Adam. Di rumah, ibu Adam semakin sakit apabila seminggu sudah Adam tidak pulang ke rumah. Sa’id sibuk mencari Adam ke hulu kampung hingga ke pekan, tetapi hampa dan kecewa apabila kelibat Adam tiada. Sudah puas di tanyai orang sekeliling perihal abangnya, tiada seorang pun yang nampak. Kelihatan dari jauh kelibat seorang pemuda yang sedang bertenggek di atas jambatan sebatang sungai. Kelibat itu tidak lain tidak bukan hanyalah Adam Ahmad. Hampir 50 km perjalanan Adam dari rumahnya. Sedang Adam asyik memerhatikan ke indahan aliran sungai, keinginan Adam untuk terjun ke dalam sungai itu terbatal. Belum pun sempat Adam terjun ke sungai berkenaan, sebuah kenderaan polis tiba atas aduan orang ramai. Adam di tahan dan di bawa ke balai polis. Adam juga di bawa ke hospital untuk memastikan Adam tiada penyakit mental. Kring…kring…deringan telefon rumah berbunyi dengan nyaring. Sa’id berlari mencapai gagang telefon. “Assalamualaikum, kami dari Balai Polis Kuala Kelawang. Di rumah encik ada orang bernama Adam Ahmad?”sapaan yang di terima Sa’id cukup membuatkan Sa’id berhati-hati mendengar percakapan. “Waalaikumusalam, ya encik, ni rumah Adam Ahmad, dan saya adik dia” Sa’id bertutur deengan penuh kegusaran akan berita yang bakal dia terima. “Begini encik, pihak kami telah menjumpai abang encik di Kuala Kelawang, harap encik dapat membawa dia pulang” sa’id tersenyum girang kerana penantian selama seminggu berhasil. Sa’id terus menuju ke bilik ibunya, “ mak,mak, adik ada berita gembira ni. Pihak polis dah jumpa along” Sa’id memeluk erat ibunya. Tangisan gembira kedua-dua beranak kedengaran.
Saturday, May 22
Semalam Yang Hilang (5)
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 9:23 PM
0
comments
Post a Comment