Artikel kali ini
berkisarkan persoalan yang saya dapat dari facebook saya.
“Assalamualaikum, betulkah orang
yang bercinta ini bergantung kepada solatnya yang tidak sempurna? Boleh
jelaskan? Dan bagaimana untuk menasihati orang supaya tidak bercouple.”
Apa pandangan anda
dengan persoalan di atas?
Saya akui, ramai dari
kita yang bersolat pun masih lagi bercouple. Ya, memang saya akui juga solat
yang sempurna itu menjadi benteng penghalang buat diri kita dari melakukan dosa
kecil mahupun dosa besar.
Allah telah berfirman
yang membawa maksud :
“Sesungguhnya
solat itu dapat menghalang dari melakukan perbuatan keji dan mungkar”
[Al-Ankabut : 45]
Kenapa
Macam Ini
Kita akui, mungkin ada
yang dari kalangan ahli couple akan menyatakan sebegini.
“
Aku dah lama menjalinkan hubungan dengan dia. Dah lebih dari tiga tahun. Tapi,
pada kami couple itu bukan macam istilah yang orang lain fikirkan. Couple mesti
pegang-pegang tangan. Jangan nak lihat dari luar yang saya couple ni buruk ok?
Saya masih tahu lagi jaga batas-batas agama. Saya masih lagi bersolat lima
waktu. Saya selalu nasihatkan dia solat, jangan tinggal solat. Kan lagi baik
macam itu? Sambil itu saya juga sempat berdakwah kepada dia dan saya nak
membimbing dia ke jalan yang Allah redha. Tentang kes pembuangan bayi, zina
semuanya orang yang tidak merasakan diri mereka bertuhan. Mereka tidak takut
pada Allah sebagai tuhan mereka yang memerhatikan mereka.”
Oh, ini adalah hujah
dari kalangan mereka yang ada ilmu. Macam mana pula dengan mereka yang kurang
mendalam dalam ilmu agama? Adakah mereka lagi teruk kenyataannya? Realiti atau
fantasi sebenarnya?
“
Ok, aku tau aku couple, tapi apa salahnya aku bercinta? Kan lumrah setiap
manusia itu bercinta berlainan pasangan? Ada yang siap sampai ke jinjang
pelamin diorang bercinta. Bercinta bertahun dan dapat bertahan. Jadi kau jangan
persoalkan sangat. Baik kau tegur orang lain yang lagi teruk dari aku.”
Ini adalah antara
warna-warna pelangi yang mewarnai alam mereka yang sedang bercinta. Ya,
bercinta sampai ke anak cucu. Sampai boleh cerita ke cucu tentang indahnya
mereka bercinta masa muda-muda. Adakah tidak akan menjadi contoh kepada
generasi akan datang?
Sekarang ini sudah
menginjak ke zaman moden. Macam-macam medium boleh menjadikan mereka
menghalalkan kaedah mereka bercinta. Ada yang berfacebook, bertwitter, skype
dan macam-macam medium yang boleh di gunakan sebagai pengantara cinta jarak
jauh. Bukankah cukup “sweet” andai pasangan membuat panggilan dari luar negara
semata-mata untuk memujuk hati pasangan yang sedang rajuk? Oh, alangkah
indahnya zaman bercinta. Keasyikan bercinta ini membuatkan aku terasa dunia ini
aku yang punya. Sweetnya.
Mencari
Kebenaran Di Balik Kegelapan
Bercouple memang
seronok, itu saya tidak nafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu
yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak
saya nafikan. Pada saya, dah terlanjur anda masuk membaca, mari kita berdiskusi
dari segala sudut yang ada. Supaya akhirnya yang menang bukan orang yang nak
couple, dan yang kalah bukan orang yang asyik larang orang dari couple. Baik,
kita cari kebenaran.
Apabila masuk bab nak mencari kebenaran, kita
rasa meluat pula untuk cari ‘orang agama’, apatah lagi mereka-mereka ini jenis
yang suka menghukum. Tak apa, kita tak payah cari orang agama. Tapi kita tak
suka pada orang agama tak bermakna kita tak beriman pada Al-Quran dan Sunnah,
betul? Jadi kita buka sendiri Al-Quran dan Sunnah.Sekali lagi, kita nak mencari
kebenaran.
Cari punya cari, dalam Al-Quran mahupun
Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn
Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil
yang membolehkan :
1.
Berhubungan antara
lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2.
Berpegangan
tangan atau berdating
3.
Bergayut ,
bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama-bersama.
4.
Melazimi
perkara-perkara / perbuatan-perbuatan yang membawa kepada mukaddimah zina
Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud
‘couple’ tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.
Bahkan kita terjumpa pula dengan satu ayat di
dalam Surah An Nur :
Firman Allah ta’ala :
“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya menahan (
menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Firman Allah ta’ala :
“ Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan (
menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Belek-belek lagi, jumpa pula Firman Allah
ta’ala :
“Dan
janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana
dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang-orang yang berpenyakit
dalam hati mereka ..”
Kemudian kita termenung seketika. Walaupun
tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa
melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat-ayat Allah di atas,
nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.
Lelaki yang beriman? Akulah itu.
Perempuan yang beriman ? Akulah itu.
Merendah suara? Manja-manja masa bercakap
ngan boyfriend? Mengusik-mengusik girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta
mestilah nak manja-manja. Tapi Allah larang.
Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah
itu. Yelah, ada masanya keluar pegang-pegang tangan, duduk rapat-rapat. Ini pun
Allah larang..
Baik, berbalik kepada perbincangan asal.
Iaitu mencari kebenaran.
Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?
Apabila kita buang rasa jengkel kita pada
orang-orang yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita
letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan
persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan
berkata begini :
“Ah,
ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk
apa? ”
Pada saya, kata-kata ini POSITIF, walaupun sesetengah
orang menganggap macam negatif. Lebih-lebih lagi pada orang yang ikhlas tegur
kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba-tiba dimarah sebegitu. Kurang asam
betul. Akhirnya bergaduh tak sudah.
Kenapa saya kata
positif?
Sebabnya,
mereka-mereka ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan.
Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan
kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar-benar menggunakan akal dan hati
mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan
berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap,
bukan kawan.Hidayah milik Allah..
Cuma masalahnya
adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata-kata di atas, mengaku itu
urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk ‘menyelesaikan’ hal
tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada
Tuhan. Buka Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat-ayat di atas.
Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih tegar
melakukan..?
Kecuali kalau
anda sanggup menjawab begini :
“ Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli
apa?”
Anda sanggup?
Kesimpulan
Kita kembali kepada
persoalan asal, Islam datang dengan syariat. Syariat datang untuk mencegah
bukan untuk mengubati. Tapi kalau kita berdegil tidak bersetuju dengan bentuk cegahan, dengan
alasan saya orang agama maka saya tahu batasan agama, halal dan haram yang di
tegah dalam agama. Maka kita akan berdepan dengan ssesuatu risiko. Apa
risikonya? Segala apa yang disebut iatu, baik dari segi 'jaga', 'janji', 'tak
bincang benda-benda tak penting' , 'tak dengar suara' semua itu TIADA siapa
yang JAMIN. Yang memberi jaminan adalah anda sendiri dan pasangan anda.
Syariat Islam hadir adalah untuk mencegah sesuatu. Mereka lebih menyayangi pasangan dari menyayangi Allah? Apa buktinya? Larangan Allah supaya merendahkan pandangan pun tidak di buat. Apa buktinya? MMS gambar. Dengan MMS gambar, saya fikirkan sebenarnya ramai yang tidak akan menjaga pandangan. Kerana mereka akan meletakkan sesuatu gambar menjadi paparan dalam telefon ataupun laptop.
Syariat Islam hadir adalah untuk mencegah sesuatu. Mereka lebih menyayangi pasangan dari menyayangi Allah? Apa buktinya? Larangan Allah supaya merendahkan pandangan pun tidak di buat. Apa buktinya? MMS gambar. Dengan MMS gambar, saya fikirkan sebenarnya ramai yang tidak akan menjaga pandangan. Kerana mereka akan meletakkan sesuatu gambar menjadi paparan dalam telefon ataupun laptop.
Post a Comment