Hidup ini adalah
pertarungan antara jahat dan baik.
Di
saat diri asyik dengan perkara baik, datang pula dorongan untuk melakukan
perkara jahat. Di saat terjerumus jauh ke lembah kejahatan, datang pula pujukan
untuk melakukan kebaikan. Pertarungan dua elemen ini hakikatnya akan berterusan
sehingga tibanya saat kematian atau apabila hari Kiamat menjelang.
Kalau
dilihat kepada asas kehidupan, sudah tentulah dasarnya adalah supaya melakukan
kebaikan. Allah berfirman dalam surah Az Zariyat : ” Dan tidak Aku jadikan jin
dan manusia melainkan untuk melakukan ibadah “. Ibadah adalah kebaikan dan
gesaan ke arahnya. Maksiat pula adalah kejahatan dan gesaan ke arahnya.
Tetapi
ia ternyata tidak mudah.
Sehebat
mana kita membina benteng pertahanan dalam diri, ada ketikanya benteng tersebut
seperti mahu roboh. Dan inilah yang mahu saya bicarakan dalam tulisan kali ini.
“BAHAGIANYA MEREKA…”
Banyak kali kita diajar supaya buat baik dan maintain dengan
kebaikan. Jaga kehidupan beragama. Jaga aurat, jaga pemakaian, jaga pergaulan,
jaga solat dan sebagainya. Jangan terjebak dengan pergaulan bebas, jangan
terlibat dengan budaya bercouple,
merempit, melepak dan seribu satu budaya negatif yang lain. Kita akur. Setiap
masa kita berusaha mengawal diri dan memantapkan jiwa agar terselamat daripada
segala perkara negatif yang dimomokkan kepada kita.
Tetapi
kadangkala aneh juga. Mereka yang terjebak atau terlibat dengan perkara-perkara
negatif seperti yang dimomokkan kepada kita itu, ternyata hidup mereka lebih
bahagia.
Bercouple contohnya. Hidup mereka penuh dengan
warna warni. Datang kuliah bersama-sama, study juga bersama-sama. Paling teruja
apabila mereka sama-sama beroleh markah yang tinggi. Apa sudut negatifnya?
Mereka kelihatan begitu ‘gagah’ walaupun orang sekeliling memandang serong apa
yang mereka lakukan.
Begitu juga dengan kawan-kawan yang freehair. Mereka bahagia dengan hidup mereka. Mereka
nampak selesa, tidak rimas dan aktif sepanjang hari. Aku pula lesu dan selalu
letih. Berbungkus berlapis-lapis ada waktunya membuatkan aku rasa mahu pitam.
Di
atas ini, mungkin adalah antara monolong yang terbit dari hati segelintir
pemuda mahupun pemudi yang berusaha mantain dalam kebaikan.
Dalam keadaan diri mereka yang berdarah muda, pertimbangan akal
seringkali goyah dan tidak tetap. Mahu terus mantain dengan kebaikan, atau membuka ruang
untuk kejahatan?
JAHAT?
Siapa kata bercouple itu jahat? Siapa kata freehair itu
jahat? Ternyata, sampai saat ini hati terbeban dengan begitu banyak kekeliruan.
Kalau kesemua itu bukan jahat dan tidak boleh dianggap ‘kejahatan’ maka untuk
apa pula aku mantain melakukan kebaikan selama
ini? Untuk apa aku kawal diri dan perasaan dari terlibat dengan budaya bercouple? Untuk apa
aku bertudung rapi? Untuk apa aku berjubah dan berbaju kurung? Untuk apa aku
menjaga ikhtilat ( pergaulan ) lelaki dan perempuan? Seakan tiada kesan. Seakan
tiada bahagia. Mereka-mereka itu, yang selalu dikatakan ‘jahat’ rupanya lebih
bahagia dari aku.
Apatah lagi, bila berbicara dengan mereka, atau meluah kepada
mereka, kadang-kadang mereka menasihati supaya bersikap lebih ‘terbuka’. Bahkan
jangan sikap sahaja yang terbuka, kalau boleh pakaian pun janganlah
‘berbungkus’ sangat. Sesekali freehairatau
berbaju t-shirt tiada salahnya. Dengan lawan jantina pun janganlah tegas
sangat. Kawan-kawan lain jantina akan merasa lebih selesa untuk mendekat. Ah!
Terkadang nasihat-nasihat mereka ada benarnya. Sungguh, mereka tidak jahat.
Bahkan mereka tidak pun melakukan kejahatan. Mereka enjoy dan
bahagia dengan life mereka. Aku juga mesti jadi seperti
mereka!
ANTARA IBADAH DAN MAKSIAT
Apa
yang cuba saya nukilkan di atas, adalah contoh pergolakan jiwa yang biasa berlaku
dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi jika kita seorang yang sentiasa berusaha
untuk menyuburkan kebaikan dalam diri.
Cuba
kita renung kembali. Dari alam roh, kita sebenarnya telah berjanji dengan
Allah. Mengakui bahawa Allah adalah Tuhan. Kita lahir dengan komitmen untuk
menjadi seorang hamba. Menurut segala arahan dan menjauhi segala larangan.
Itulah namanya ibadah. Ketundukan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi.
Seorang hamba dikira melakukan kebaikan apabila dia tidak mengingkari tuannya,
dan dikira melakukan kejahatan sekiranya tidak setia atau memberontak kepada
tuannya.
Kita
sendiri pun begitu. Kalau kita punya seorang kawan baik, dan kawan itu pula
berjanji untuk setia bersama kita, tiba-tiba dia membelot, depan cakap lain
belakang cakap lain, bahkan dia mengkhianati pula hak-hak kita, sudah tentu
kita akan menganggap dia seorang yang jahat.
Seorang
hamba yang melakukan kemaksiatan kepada Allah tetap dikira melakukan kejahatan,
tanpa menafikan ‘nila-nilai’ murni yang ada pada diri mereka. Sebab itu
kadang-kadang manusia keliru. Kawannya yang seksi punya budi pekerti yang baik,
tetapi kawannya yang bertudung labuh kebetulan perangainya pula kurang baik.
Lalu dia kebingungan yang mana satu kebaikan dan yang mana satu kejahatan.
Perlu
diingat. Kejahatan yang dimaksudkan itu bukanlah kejahatan dia kepada kita,
tetapi urusan dia dengan Allah. Jahat dalam konteks hamba kepada Tuan. Adapun
dengan kita, tidak perlu dianggap dia sebagai penjenayah ataupun penjahat. Apa
yang kita benci adalah kejahatan dan kemaksiatan, tetapi itu bukan penghalang
untuk kita memandang saudara kita dengan pandangan belas dan kasihan.
MEMBERONTAK
Hasil
dari kekeliruan yang berpanjangan itu, maka jiwa terasa mahu memberontak. Mahu
‘bebas’ dari kepompong kebaikan. Mahu bebas dari sekatan-sekatan dan halangan,
yang mana telah disalahtafsir sebagai ‘kongkongan kebaikan’. Ini suatu musibah
sebenarnya. JIwa yang tandus itu harus segera diubati dan disirami kembali
dengan penawar dari racun dunia.
”
Lihat si Tina, dia tidak syadid ( tegas ) dengan lelaki seperti aku. Dia open. Sekarang dah berpunya. Ke mana-mana pun dengan
teman lelakinya. Sungguh bahagia. Aku pun boleh jadi begitu kalau aku nak! ”
” Aku penat nasihat orang sini sana
tentang agama. Aku dah boring dengan kopiah atas kepala. Aku tengok
member-member aku syok je layan zaman remaja mereka. Aku? Macam pak aji. Aku
rasa macam dah ‘tua’ sebelum masa. Dorang ingat aku tak boleh pakai macam
dorang? Aku pun boleh jadi romeo apa! “
BERCAKAP DENGAN HATI
Teman,
mari saya kongsikan satu tips.
Pergolakan seperti itu boleh menyerang jiwa sesiapa sahaja. Dan
jika jiwamu yang sedang diserang, anggaplah dirimu sangat beruntung. Allah
sedang menguji kekentalan imanmu. Ya, anda boleh buktikan kepada mereka yang
anda mampu ‘keluar’ dari kepompong kebaikan. Anda mampu berpakaian seperti
mereka dan buat apa yang mereka buat. Anda boleh enjoy dengan
zaman muda anda sepertimana mereka. Benar, memang anda boleh buat jika itu yang
anda mahu. Tetapi terlebih dahulu, jawablah satu soalan : Setelah anda sampai
ke tahap tersebut, apa yang akan anda dapat?
Tenang?
Bahagia?
Amalan
beragama selaku seorang muslim telah anda singkirkan. Pakaian seorang muslimah
juga telah anda kurang-kurangkan. Majlis ilmu dan Al-Quran yang selama ini
mendorong ketenangan juga telah anda tinggalkan. Anda melompat masuk ke dunia
yang anda jangka bakal memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang lebih besar
dari dunia anda sebelumnya. Soalnya, benarkah begitu? Bahagia tahap mana yang
lebih agung dari menyirami hati dengan ayat-ayat Allah? Ketenangan peringkat
apa yang lebih hebat dari menggabungkan diri dengan para kekasih Allah?
Fikir
dan terus fikir, sebelum membuat keputusan untuk beralih. Suatu ketika dahulu
saya kerap memujuk hati seperti ini : ” dah ramai sangat yang jahat, takkan aku
pun nak buat jahat? ”
Percayalah, ia berkesan. Sedikit sebanyak menggamit kembali
sayangmu kepada agama. Cuba lihat sekeliling. Bilangan teman anda yang terlibat
dengan budaya coupleitu berapa
nisbahnya jika hendak dibanding dengan yang tidak bercouple? Bilangan
teman anda yang gemarkan hiburan berapa nisbahnya dengan yang sukakan majlis
ilmu dan agama? Bilangan teman anda yang berpakaian menjolok mata dan tidak
menutup aurat dengan sempurna itu berapa nisbahnya dengan yang benar-benar
beriltizam dengan pakaian muslimah?
Sangat
sedikit bukan?
Jika
anda sedar bilangannya sangat sedikit, tergamakkah anda untuk mengurangkan lagi
bilangan tersebut dengan ‘melompat’ kepada bilangan majoriti yang sedang lalai?
Bahkan, lebih dari itu anda perlu sedar. Allah telah memberikan nikmat besar
kepada anda berupa keseronokan beriltizam dengan kebaikan. Tanggungjawab anda
sebenarnya bukan sekadar menjadi baik, bahkan mengajak orang lain untuk turut
sama melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.
Jika
anda pun mengalah, mahu harapkan siapa lagi? Jika anda pun jemu dengan
kebaikan, mahu tinggalkan kebaikan ini untuk siapa lagi?
Sudah
terlalu ramai manusia yang larut dalam kelalaian dan kemaksiatan kepada Allah.
Zahirnya anda cemburu dengan kebahagiaan mereka, walhal batinnya mereka
menderita akibat tidak merasai kebaikan seperti anda. Jiwa mereka sengsara dan
langsung tidak tenang. Alasan paling mudah adalah ; mereka rasa bersalah dengan
Allah. Mereka menanti tangan anda sampai kepada mereka, menarik mereka ke atas,
namun malanglah jika anda pula yang mahu terjun bersama-sama mereka.
KESIMPULAN
Teman.
Ayuhlah mantapkan kembali keimanan. Keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada
janji-janji Allah- si Pemberi Ketenangan dan Kebahagiaan. Jika datang kepadamu
bisikan melakukan kejahatan, lekas-lekas kembali kepada titik permulaan iaitu
niat. Sungguh, hanya jauhari mengenal manikam!
Post a Comment