Followers

Monday, February 18

Pertunangan dan Kaitannya

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:42 PM 2 comments


Pertunangan dan Kaitannya

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
(Al-Baqarah 2:235)

Pertamanya saya menghubungkan antara ironinya pertunangan dengan ayat al-quran. Kenapa? Sebab masih lagi ramai yang berfikir tiada pertunangan dalam Islam. Dan ada juga sesetengah yang berfikir di dalam Islam juga tidak di galakkan untuk bertunang. Itu sebenarnya pandangan yang agak keras mengenai Islam. Pertunangan ataupun hibah adalah satu hikmah yang terkandung di dalam Islam.

Yang tidak di galakkan di dalam Islam adalah seperti perbuatan yang menjurus kepada maksiat. Walaupun kita sudah bertunang tidak semestinya kita dah dapat lampu hijau untuk berdua-duaan, selalu berhubungan. Tidak. Bukan begitu pada dasarnya. Kerana dalam kehidupan kita, mempunyai lampu isyarat yang mengawal. Bukan lampu isyarat di kawal.

Sebelum kita bergerak dengan lebih jauh, apa itu pertunangan dan kefahaman mengenai pertunangan. Kita bergerak dahulu kepada soal hukum pertunangan dalam Islam.

Hukumnya di sebut oleh ulama’ sebagai sunat. Dan ada juga ulama’ yang menyebut hukum kepada pertunangan ini adalah kepada hukum harus. Ini bergantung kepada maqasid (tujuan) tertentu. Apabila kita berbalik kepada hukum, kita kena lihat kepada hikmah di sebalik hukum tersebut. Barulah jelas akan konsep pertunangan yang di lakukan.

Bertunang ada hikmahnya yang tersendiri. Di pertengahan artikel ini akan saya selitkan sedikit perbincangan dan pemberian penyelesaian masalah kepada seorang sahabat saya di dalam menghadapi pertunangan.
Antara hikmah yang boleh di ambil adalah penyediaan fizikal dan mental sebelum menjadi pasangan suami dan isteri. Boleh jadi ia di katakan sebagai medium untu kita berkenalan dengan keluarga bakal suami atau isteri kita. Pernah dengar kata-kata orang tua.

“ Bila hendak berkahwin, kita bukan berkahwin dengan pasangan. Tetapi kita berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya.”

Saya akan selitkan sedikit tentang permasalahan seorang sahabat saya yang hendak bertunang. Saya pun tidak menyangka dia menyimpan masalah yang cukup besar bagi saya selama enam bulan dan menunggu saya untuk kembali ke kampung halaman hanya untuk bercerita dan meminta pandangan. Ya, bagi saya perkara yang sensitive sebegini hanya memerlukan seseorang pendengar untuk di bicarakan.

Di Sebuah Cerita

Saya dan sahabat saya yang bernama Amsyar (bukan nama nama sebenar) baru pulang dari  perjalanan jemputan pernikahan seorang ikhwah saya. Dalam perjalanan dia memulakan perbualan.

“ Ad, aku nak minta pendapat kau sikit. Boleh tak? Aku betul-betul bingung. Masalah yang aku pegang ni macam, aku pun tak tau nak cakap macam mana. Memang besarlah. Aku hanya perlukan seseorang untuk dengar dan memberi idea untuk jalan penyelasaian.”
 Ermm, apa dia Syar? Kalau aku rasa, aku boleh tolong, insyaAllah aku bantu. Aku bantu yang aku mampu jelah.” Saya masih lagi fokus pada pemanduan ke destinasi yang saya ingin tuju. Iaitu Parit Simen, Batu Pahat Johor. Berangin, dengar bunyian ombak. Memang sesuai untuk tempat luahan jiwa. Ya, tempat saya dulu-dulu menenangkan jiwa sambil berzikir.

“ Erm, nantilah sampai Simen, aku cerita. Sambil minum-minum, lepak-lepak. Aku memang lama dah tunggu kau balik Batu Pahat. Kau asik kat Jb je. Macam dah lupa balik kampung.”

 Haha, mana ada Syar, dah family aku semua kat sana, mak aku ada. Ayah aku pun dah kat Jb, takkan aku nak sorang-sorang kat Batu Pahat?” Saya memberi signal ke kiri untuk membelokkan kereta. Sampai sudah ke desitnasi yang di tuju.

“ Hmm, tak dalah sekurangnya tengok lah rumah kau kat sini. Bukan pe, dah nak masuk tiga tahunkan? Rumah kau kat kampung terbiar? Jom, kita lepak meja hujung. Tak da orang. Aku nak cerita pun senang.”
Alarm kereta BMW 325i di bunyikan untuk mengunci kereta. Kereta yang besar bukan untuk menjadikan diri kita riak, tetapi menjadikan kita lebih tunduk. Jadilah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.

“ Ha, apa cerita? Aku dah duduk, dah get ready nak dengar masalah kau ni.” Saya memulakan perbualan sambil menghirup udara segar. Sambil menikmati air teh yang rasa kelat, tapi manis. Itulah kehidupan. Bila kita rasa kehidupan itu kelat tetapi kita tidak sedar dalam kelat itu ada kemanisan yang tersendiri.

“ Erm, mula-mula sekali aku nak cakap. Macam mana ye. Aku punya majlis pertunangan, pihak perempuan minta percepatkan. Dalam bulan lima. Sebelum akak aku walimah. Kau taukan akak aku nak walimah bulan enam ni?” amsyar memulakan bicara. Saya hanya mengangguk. Saya kurang gemar menyampuk bila sedang menjad pendengar.

“ Yang jadi masalahnya, aku bingung sekarang ni. aku dah pernah cakap ngan ayah aku, aku nak tunang bulan lima ni, tapi ayah aku tak bagi. Ayah aku tetap dengan pendirian dia, dia nak aku lepas habis belajar. Kau ada plan apa-apa tak? Ngan kalau aku tak tunang ni macam mana? Aku terus anjak ke nikah je?” Amsyar mengusulkan cadangan, yang mana mungkin usul itu yang akan di bincangkan.

“ Erm, dulu aku dengar cerita dia lain Syar? Majlis bukan ke kau pernah cakap ngan aku lepas kau habis belajar? Bulan tujuh nikan kau habis degree? Dalam bulan lapan kau boleh buat majlis pertuanangan.” Balas saya. Saya seolah ingin bermain akal dengan sahabat saya ni. untuk menguji setakat mana kekuatan dia untuk mendirikan rumahtangga.

“ Erm, memang tu dulu. Tapi sekarang ni, family belah perempuan ni nak di percepatkan majlis pertunangan ni. Kau taukan, diakan pernah putus tunang. Takut di kecewakan kali kedua. Tapi yang sibuk-sibuk hal ni, bukan mak dia, tapi keluarga tiri dia.” Amsyar menerangkan perkara yang saya sudah tahu.

“ Oklah, aku amek macam ni. aku selami jiwa orang tua si dialah ok? Dan aku selami jiwa ayah kau sebagai orang tua. Lepas tu aku bagi kau option. Samada kau nak guna pakai atau kau nak minta pandangan orang lain, aku tak kisah.” Saya meminta izin terlebih dahulu.
Amsyar hanya angguk.

“ Ok, aku selami hasrat seorang ibu yang hanya ada seorang anak perempuan. Ya. Mungkin bagi kau dia hanya seorang anak perempuan, tapi bagi seorang ibu, anak perempuan ni lebih susah nak di jaga. Lebih susah nak di belanya. Sebab apa? Orang akan memandang dengan siapa anak perempuan dia keluar. Bila anak perempuan dia nak menamatkan zaman bujang. Itu semua orang lihat Syar. Sekarang ni aku nak tanya kat kau, kau pernah bawak si dia balik rumah jumpa mak ayah kau? Maksud aku kat sini, memperkenalkan dia dengan lebih detail. Bukan bawak jumpa mak ayah hanya nak tunjuk mak ni bakal menantu mak, ni bakal menantu ayah. Bukan macam tu, maksud aku kau dah bawak dia kalau rumah kau ada buat majlis-majlis ke?”

“ Dah, dah tiga kali aku ajak. Tapi aku tak pernah bagitau tujuan aku kat dialah kenapa aku bawak dia jumpa mak ayah aku. Kenapa aku minta dia tolong-tolong kalau rumah aku ada majlis.”

“ Ok, sekarang ni aku nak tanya kau pula, apa persepsi ayah kau masa kali pertama kau bawa dia jumpa ayah kau, dan apa persepsi selepas kau buat kaedah pertama tu yang aku terangkan kat kau sebelum ni?”

“ Ok, aku terus terang kat kau. Mula-mula sekali masa aku bawa dia jumpa keluarga, ayah aku terkejut. Yalah, aku tak pernah bawa perempuan balik rumah untuk tunjuk kat mak ayah aku yang aku dah ada bakal menantu, tapi masa tu ayah aku betul-betul terkejut. Ini ke calon isteri aku. calon menantu mak ayah aku. kira masa tu, ayah aku tak berapa ngamlah. Pastu lepas dia kerap tolong rumah aku bila ada majlis,ayah aku cakap kat aku:  “ Syar beruntung dapat dia, sejuk je mata ayah lihat dia. Baik, ustazah, pakai tudung labuh. Memang sesuailah jadi isteri solehah.”

Saya hanya tersenyum. Sebenarnya dari situ saya boleh buat kesimpulan, yang pada pandangan pertama seseorang akan melihat negative dahulu sebelum melihat positive sesuatu perkara.

“ Macam nilah Syar. Aku sarankan kat kau, kau bincang balik ngan ayah kau tentang masalah kau ni? minta ayah kau hantar rombongan untuk bertunang bulan lima ni? seperti mana yang di minta pihak perempuan. Tapi aku nak tanya lah kat kau. Dia ada cakap apa-apa tak kat kau? Macam bagi sokongan ke, bagi dorongan ke. kekuatan ke, atau kenapa kau tak bincang je ngan dia?”

“ Ad, aku kenal ayah aku. ayah aku macam aku Ad. Kalau dia kata A, maka “A” lah keputusannya. Erm, tentang dia. Payah aku nak cakap. Dia macam tak amek pusing pun tentang hal ni. tulah aku kusut sangat. Tak tau nak cakap kat sapa.”

“ Syar, kau dengar sini. Aku bagi kau dua option. Dua kaedah penyelesaian masalah kau ni. option pertama. Kau bincang dengan ayah kau. Tapi, kau jangan bincang masa ayah kau ada kat rumah. Kau bawa perbincangan kau ni di luar rumah. Sebenarnya aku dah nampak jawapan ayah kau dari A, ke B. Kau nak tau kenapa? Kalau kau nak tau. Kau cuba dulu. Syar. Ayah di dalam rumah, dia memikirkan ribuan masalah. Dia kembali ke rumah je, dia akan memikirkan masalah mak kau, masalah akak kau, masalah rumah, masalah semua sekali. Dia nampak je baca suratkhabr, tapi kita tak tau dalam benak dia ada beribu permasalahan yang dia kena selesaikan. Sebab itu bila kau berbincang dengan ayah kau di rumah, dia tidak akan setuju. Sebab ego dia sebagai seorang bapa di rumah. Kau ajak dia keluar, makan-makan ke. Main snooker ke, kau berbincang dengan dia. Jadikan dia seorang rakan. Tempat kau berbual.”

“ Ok, kalau cara macam tu tak berjaya? Option kedua apa dia Ad?”

“ Option kedua kau kena berbincang dengan family perempuan. Kau bawa keputusan yang kau dah bincangkan dengan ayah kau kat diorang. Kau sebagai lelaki kau kena tegas dengan tanggungjawab dan keputusan, kau sendiri yang tetapkan tarikh.”

“Habis kau tak da option ketiga?”

“ Aku tak suka bagi option ketiga, sebab option ketiga putus.”

Selang beberapa minggu, saya dapat panggilan dari sahabat saya. Dia telah menggunakan option saya yang pertama. Dan dia telah lulus. Tahniah saya ucapakan. Selangkah ke hadapan sahabat saya.

Masalah semasa hendak bertunang saya dapat simpulkan dalam ringkasan cerita antara saya dengan seorang sahabat saya adalah:

1)      Persetujuan keluarga dalam pertunangan
Ya, saya sedia maklum dan membaca di dada akhbar mahupun majalah. Rata-rata mempunyai masalah semasa untuk mendapatkan persetujuan dari ibu bapa mereka untuk bertunang. Tapi, adakah cara dan masa mereka berbicang itu sesuai atau tidak? Adakah mereka berbincang sama dengan tema? Kena lihat dari konteks, rumah bukan tempat berbincang yang sesuai, kerana rumah adalah tempat beristirehat dan merapatkan ukhwah. Cari tempat yang lagi tenang untuk membicarakan.

2)      Masalah komunikasi antara kedua belah pihak.
Ya. Masalah ini sering terjadi sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh mahu mendirikan rumahtanga. Kadang-kadang hinggakan kita terdengar ayat-ayat yang macam ni. mungkin ayat ini amat menyakitkan hati bagi sesetengah pihak. Tapi, hendak dapat kemanisan kena berkorban dahulu. Tapi saya sarankan jangan berkorban sampai diri kita yang terkorban.

“ Awak, yang nak kawhin dengan saya. Awaklah kena tanggungjawab sikit.”

“ Awakkan lelaki, belum lagi jadi suami dah mudah mengalah”

Ya, cakap memang mudah. Tetapi pelaksanaan itu bukan mudah. Islam mengajar kita supaya setiap permasalahan itu di runding bersama. Ini belum lagi jadi suami isteri, dah jadi suami isteri tiada persefahaman dalam menyelesaikan masalah. Jadi lebih parah. Itu yang kerana ubat gigi sampai ke pejabat agama.

3)      Bertunang Tapi Bercouple

Apa maksud saya di atas? Bertunang tapi bercouple. Kita perlu memahami hakikat pertunangan. Dan maksud di sebalik pertunangan. Pertunangan bukan lesen kepada untuk keluar berdua-duan membeli barang-barang peribadi.

Kalau sudah macam bercouple, buat apa nak bertunang?

“ Eh, saya dah tunang. Ni tunang saya. Lima bulan lagi saya akan jadi suami dia.”

“ Eh, ni tunang akulah. Yang kau nak nyibuk buat pe?”

Anehnya, masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin. Ibu bapa pula ramai yang menjadi dayus dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan ‘mereka sudah bertunang’. Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab walinya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan walinya dikira sebagai dayus. 

Kesimpulan

Maqasid menyatakan hukum pertunangan itu sunat atau harus mempunyai tujuan yang jelas. Seperti yang telah saya perincikan tadi di atas, pertunangan menjadi satu asbab untuk kita menguruskan sesuatu tugas dengan lebih perasaan bertanggungjawab sebelum menjadi pasangan suami isteri.

Jangan ambil kesempatan di atas tiket pertunagan dengan melewat-lewatkan tempoh pertunangan. Dan jangan pula mengambil kesempatan bermain cinta macam orang tengah couple semasa tempoh pertunangan. Habis kalau tidak bermain cinta masa pertunangan macam mana nak kenal bakal pasangan?

Saya tanya balik kepada semua yang membaca, adakah perlu mengenal hati budi seseorang itu dengan bercinta? Jikalau perlu membuat perbincangan untuk majlis, bawalah mahram bersama.

Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang? Jika perlu, kenapa ? Kemudian, berapa lama? Kemudian, adakah target untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?
Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan agama, juga untuk masa depan anda di akhirat sana.






2 Responses so far:

Atiqah Musfirah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Atiqah Musfirah said...

terbaik la abg saad =)