Followers

Sunday, May 15

Ketika Duka Terserlah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 2:22 PM 1 comments




macam kena je lagu ni dengan cerkon ni..jom baca cerkon ni

Ketika Duka Terserlah

Lokasi: Sebuah Restoran Di Kuala Lumpur
Tarikh: 1 Mei 2000
Event : Duka Berkalang

Qayyum menunggu dengan penuh debaran. Adakah Ren mahu berjumpa dengannya. Kini Ren sudah menjadi tunangan orang. Resah di rasai seperti ada seketul batu yang menghempap kepala. Bagaikan ribuan batu yang terbang ke arahnya tanpa arah tujuan. Belum sempat sepasang matanya mencari kelibat seseorang, suara yang sering menjadi tarikan hatinya hinggap di telinga menyapa namanya.
“ Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan saya” Qayyum memulakan bicara.
Wajah Qayyum kelihatan tenang. Setenang langit yang membiru. Senyuman yang ikhlas di tunjukkan. Qayuum memesan makan mengikut selera dan rentak tekaknya. Tidak memaksa Ren yang hanya memesan jus Oren.
“ Kalau awak tak sudi tak mengapa tapi boleh teman saya makan?” mohon Abdul Qayyum.
Ren hanya mengangguk lemah. Tapi degupan jantung laju bagaikan orang yang baru lepas lari seratus meter. Pelbagai perasaan menalu-nalu masuk dalam dirinya. Rasa bersalah, rasa rindu, dan kesal datang menimpa-nimpa.
Qayyum menyuarakan rasa terkilannya atas kesalahan yang pernah di lakukan. Suaranya tetap tenang seperti dahulu. Tidak mudah gelabah.
“ Atas apa jua kesalahan yang saya lakukan, dalam sedar mahupun tidak, saya harap Ren maafkan”
Tutur lembut Qayyum terus menujah masuk ke dalam hati Ren. Sayunya hati hanya Tuhan yang tahu.  Sebaik sahaja Qayyum tunduk, Ren menatap wajah yang di rindui. Tetapi, sebaik Qayyum mengangkat kepalanya. Segera di alihkan pandangan matanya.
“Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan Yum, Khairi tunang Ren sudah ceritakan segala masalah Ren pada Yum. Yum memang mintak maaf. Yum tak tahu, yang Ren berkorban untuk Yum. Yum dah rendahkan ego dalam diri Yum”
Tersentak Ren bila nama Khairi, tunangannya di sebut. Tidak sangka, rahsia yang kemas di simpan, akhirnya di buka sendiri oleh tunangnya sendiri. Ren mengeluh dalam diam. Berat sungguh dugaan yang menimpa dirinya. Di tuduh curang kerana hampir berkahwin dengan Qayyum.
Ren terus bangun dan meletakkan sekeping surat untuk Qayyum. Ren hanya member isyarat supaya surat itu di baca di rumah.
Qayyum termangu-manggu keseorangan. Pelik melihat gelagat Ren. Seorang wanita yang di kenali dengan ego yang tinggi. Dan sering menjaga personaliti diri. Personality seorang muslimah.
Kerana ego dan personaliti diri itulah yang membuat hati Qayyum tertawan. Tertawan dalam satu daerah usang. Daerah yang dulu hanya dia dan Ren beraja dialah Raja, dan Ren pula permaisuri.
Seusai tiba di rumah. Qayyum mencapai surat yang di berikan oleh Fashareena.
Assalamualaikum,
Qayyum apa khabar? Ren harap Yum sihat. Ren Cuma kat sini nak cakap, Ren dah nak berkahwin. Ren harap, Yum maafkan salah silap ren. Kalau kita memang di takdirkan ada jodoh. InsyaAllah, adalah. Kalau tiada, Ren Cuma harapkan, Yum redha dengan ketentuan.
                                                #######
Lokasi: Sebuah Villa QayRen
Tarikh: 1 Mei 2011
Event : Kenangan Mengusik Jiwa

Qayyum duduk termenung. Memerhatikan gelagat orang ramai. Masing-masing bergerak dengan laju. Menuju ke destinasi masing-masing. Qayyum sahaja yang masih lagi kaku di tempat duduk. Qayyum bingkas bangun apabila waktu di tangan sudah hampir kepada subuh. Qayyum bergerak ke arah surau. Lambat benar langkahan kaki, rasa bosan. Rindu. Semua menerpa ke lubuk hati.
“ah, aku nak pergi berjumpa Tuhanku, aku tak nak di selebungi perasaan rindu.” Qayyum berbisik memberi semangat pada diri.
Seusai solat subuh berjemaah. Qayyum mendapat satu kekuatan yang baru. Dia melangkah ke arah kereta yang seminggu terbiar di kawasan parkir. Perjalanan menuju ke villa QayRen begitu lama. Bagaikan  berjam-jam lamanya. Villa yang di berikan nama sempena gabungan namanya dan arwah isterinya Fashareena.
Sesudah tiba di rumah, Qayyum menuju ke arah sebuah pondok kecil tepi rumah. Dulu, di situlah tempat isterinya menanti kepulangan. Kini, hanya bayangan yang tinggal. Hanya kenangan.
Dalam monolog
Sayang,

Subuh tadi, sebaik sampai mendarat di LCCT, abang terus bertolak menuju ke pusara mu. Dalam perjalanan dari KLIA ke pusara mu. Sebaik sampai di hadapan rumah kita, abang keluar dari Pajero. Abang renung rumah yang sudah tidak berpenghuni.

Sunyi dan sepi .


Perlahan-lahan abang berjalan ke arah pondok gazebo di taman rumah kita.

Abang masih ingat. Saat abang kembali dari pejabat, di situlah tempat sayang duduk sambil membaca Al Quran atau kitab Berzanji. Tersedia kuih-muih dan air teh-O panas yang menanti kepulangan abang. Kita akan minum petang bersama-sama, sambil bercerita dan bergurau senda. Terhibur hati abang, lupa akan masalah di pejabat dek layanan mu.

Begitulah setiap kali abang kembali pulang ke rumah selepas mencari rezeki.

Pernah terjadi, kepulangan abang disambut suasana sunyi. Tak terdengar suara mu. Abang tercari-cari lelibat dan suara ayang. Yang kelihatan hanya diri mu di pondok gazebo sendirian, termenung keseorangan. Bila diri mu sedar kehadiran abang, pantas tangan mu mengusap air mata di pipi mu, sambil mengukir senyuman, cuba menyembunyikan tangisan mu. Diri mu bangkit dan menjabat tangan abang sambil tangan abang kau kucup. Lantas abang bertanya :

Tengah buat apa tu sayang ? Sayang sakit ke?

Tidak ...... Sedang baca surat cinta dari kekasih


Jawab mu, sambil melontarkan senyuman manis kepada ku dan ditangan mu tergenggam Al Quran Terjemahan.

Dan ku lihat, yang terpapar di halaman Al Quran itu adalah surah Al Maidah sambil bucunya terlipat, menunjukkan tempat terhenti bacaan mu di ayat 118.

Dan ingatan abang mengimbas kenangan silam. Telinga abang seolah-olah mendengarkan alunan suara merdu mu membaca Al Quran.
Sayang, abang memang rindukan sayang. Abang redha dengan suratan takdir. Tiada apa yang dapat melawan kehendak takdir. Abang tiada kuasa menahan suratan takdir. Dia yang lagi berhak ke atas diri sayang.
Sayang, bagi abang mendapat sayang adalah bagai mencari butir permata di tepian pantai. Tidak semua yang ada. Abang memang bersyukur kerana sayang sudi menjadi isteri abang. Sayang juga sanggup memutuskan pertunangan dan kembali pada abang.
Lokasi: Cherating.
Tarikh: 3 Mac 2005
Event: Bibit Cinta
Malam itu kita solat berjemaah. Dan surah Al Maaidah ayat 118 itulah yang abang baca di dalam solat.
###########
Lokasi : Kota Madinah
Tarikh : Selepas Hijrah
Masa : Sepertiga Malam
Event : Rintihan Kekasih


Dalam kegelapan pekat malam. Sambil muka langit dihiasi bintang-bintang yang bertaburan di sisi bulan yang bagaikan tersenyum. Di kala insan sedang nyenyak dibuai mimpi. Di sebuah rumah kecil, kelihatan seorang insan yang mulia menzahirkan kekerdilannya, berdiri mengadap Sang Kekasih yang dirinduinya.

Dicelah kesunyian malam, bergema dan bergentar suara insan mulia yang sedang enak dilamun cinta membaca warkah cinta dari Sang Kekasih,mendayu dengan suara yang sayu .


رَبِّ إِنَّہُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ‌ۖ فَمَن تَبِعَنِى فَإِنَّهُ ۥ مِنِّى‌ۖ وَمَنۡ عَصَانِى فَإِنَّكَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)


Bergentar hati insan yang mulia tatkala warkah cinta Sang Kekasih di tatap dengan penuh kehambaan, penuh rasa pengharapan. Harap akan ampunan Allah buat dirinya, buat umatnya .

Kemudian lembaran warkah cinta itu diselak satu persatu oleh tangannya mulus .... lantas dibacanya pula suatu ayat dari warkah cinta tersebut dengan rasa gentar dek sifat kehambaan ....... warkah cinta titipan dari Sang Kekasih.


إِن تُعَذِّبۡہُمۡ فَإِنَّہُمۡ عِبَادُكَ‌ۖ وَإِن تَغۡفِرۡ لَهُمۡ فَإِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ


Jika engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Maaidah : 118)

Semakin pilu dirasainya. Air matanya sudah lama mengalir sejak awal tadi. Tubuhnya menggigil kegerunan dek ancaman oleh Sang Kekasih. Selesai membacanya, si pemuda terus mengangkat tangan tinggi menadah ke langit dan merintih bersama tangisan kepada Sang Kekasih :

"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"
"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"
"Ya ALLAH, Ya Tuhan ku .... Umat Ku ... Umat Ku ... Umat Ku"

Insan mulia ini terus-terusan merintih tanpa henti ... dengan nada yang sayu ...... merintih kepada Sang Kekasih . Terasa betapa lemah dan hina dirinya di hadapan Sang Kekasih ....

Kepada siapa tempat hendak ku mengadu kalau bukan pada MU ....
hanya ENGKAU yang punya iradah ....
hanya pada ENGKAU yang punya kudrah ....
hanya ENGKAU yang punya kekuasaan ....
maka hanya pada ENGKAU tempat ku meminta .....
dengarlah rintihan dari hamba MU yang lemah lagi hina ini .....
andainya bukan pada MU , kepada siapa lagi harus ku mengadu ...
kerana sesungguhnya ENGKAU-lah yang Maha Mendengar ...
maka dengarilah rintihan hamba MU yang lemah ini ....
lindungilah umat ku ...
kasihanilah umat ku ...
kerana sungguh ...
aku amat mencintai umat ku ....
Umat ku ... umat ku ... umat ku

Sang Kekasih Yang Maha Mengetahui apa yang dirasai oleh kekasih-NYA, maka utusan diutus menemui insan kerdil yang mulia ...

Jibrail : Wahai Muhammad kekasih ALLAH, apakah yang menggusarkan hati mu sehingga rintihan mu tidak bisa dibendung, menggentarkan isi langit dan bumi tempat mu bersujud pula basah dek siraman air mata mu?

Rasulullah SAW : Wahai Jibrail. Aku merindui dan mencintai umat ku. Tatkala aku membaca firman Tuhan ku, akan kekuasaan-NYA, akan iradah-NYA, akan kudrat-Nya, aku khuatir umat ku akan mendapat siksaan di akhirat sana. Maka untuk itu aku merintih dan merayu kepada kekasih ku, Allah Rabbul Jalil, agar dilindungi dan diampunilah umat ku. Sesungguhnya aku rindu dan cintakan mereka."

Semakin berderai air mata milik insan mulia.

Allah Yang Maha Pengasih Maka Allah berfirman kepada Jibrail :

Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau redha pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau."
                                                   #######

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya :

Wahai sayang ku,

Di manakah hendak engkau cari seorang insan mulia yang tak pernah marah kepada umatnya, bahkan tidak pernah mendoakan kemusnahan kepada umatnya ,walau umatnya sering alpa dan lalai, mengguris hati baginda ? Yang ada hanyalah bimbingan dan doa, agar umatnya selamat di dunia dan di akhirat.

Wahai sayang ku,

Dimanakah hendak engkau cari, seorang insan mulia yang berusaha berkorban dengan masa, tenaga, harta dan nyawa untuk menjauhkan diri kita dari menjadi bahan bakaran api neraka? Usaha baginda bagaikan menghalang kelkatu senja mengerumuni api yang membakar. Walau begitu gigih usahanya menjauhkan kielkatu dari api neraka, namun kelkatu, datang semula mengerumuni api tanpa sedar, perbuatannya itu hanya mengundang duka nestapa. Itulah diri kita, bagaikan kelkatu senja yang mengerumuni api yang sedang membaka. Namun tanpa rasa jemu, baginda berusaha menyelamatkan kita, dengan penuh rasa kasih sayang dan kecintaan baginda kepada kita, walau berkali-kali hati baginda kita lukai dengan perbuatan kita. Alangkah mulianya baginda.

Tidak cukup setakat itu ... ditinggalkan kepada kita Al Quran dan Sunnahnya sebagai panduan ... agar perjalanan kita di dunia ini diterangi nur iman. Maka tidaklah kita teraba-raba dalam gelap pekat zulumat, yang sentiasa menyesatkan manusia ke arah gamitan hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Hatta, doa mustajab anugerah Allah.  yang khusus untuk diri baginda, disimpan rapi untuk digunakan di yaumil mahsyar ... buat menebus umatnya yang dimurkai Allah. Inilah pengorbanan seorang insan kerdil yang lemah yang kaya dengan rasa kehambaan ... bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib.

TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA NYA ?

Sayang,

Masih ingatkah sayang akan kata-kata abang di malam itu ?

Abang kata : Andainya sayang menemui cinta hati sayang yang boleh menjamin cinta terhadap Allah dan Rasul, abang redha sayang meninggalkan abang. Asalkan sayang gembira dan bahagia di bawah naungan iman.

Jawab mu lunak : Iena dah pun temui insan yang boleh menjamin cinta Iena terhadap Allah dan Rasul. Dia ada di depan mata Iena. Iena akan tinggalkan abang, hanya untuk kembali kepada Allah. Untuk dapatkan cinta Allah & Rasulullah SAW.

Dan kita tergelak bersama, kerana melayan seloroh suami isteri.

Benar sungguh,

Sayang mengejar cinta hati sayang, dan meninggalkan abang. Sayang mengejar cinta Allah dan Rasulullah SAW.

Dan pastinya, sayang sudah temui cinta hati sayang.

Semoga beroleh cinta Allah dan Rasulullah SAW di alam yang baqa sana.

############################################

Sebak dan sayu ketika berada di anjung gazebo .

Dari pondok gazebo, abang berjalan ke arah pantai yang terhampar.

Terasa kelembutan hembusan angin bayu laut di situ. Terdengar desiran ombak yang menghempas pantai. Kelihatan camar-camar laut berterbangan sambil mengejar ikan di muka air. Sungguh mendamaikan.

Semakin sebak dan sayu.

Lantas abang memasuki Pajero semula, meninggalkan rumah kita bersama 1001 kenangan yang tak mungkin abang lupakan.

Pajero tersebut terus bergerak dipandu sahabat abang, menuju ke pusara, buat abang mengirimkan serangkai doa buat diri mu.

Al Fatihah buat mu, semoga beroleh syafaat Rasulullah SAW