WAHAI LELAKI..
Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati,perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa????
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki senditi tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia. Akal wanita setipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok. Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah megharapkan ketaatan,tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya di bawah kepimpinanmu.
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH..
Post a Comment