Followers

Sunday, July 25

Pembuangan Bayi Yang Makin Berleluasa

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 12:22 AM 0 comments


Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (surah Al-Isra ayat 32)

Masih kedengaran isu pembuangan bayi. Itu jasad kecil yang ditemui. Bagaimana jasad kecil yang tidak ditemui? Mungkin hilang ditelan masa. Adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Kita mampu menilai dimana silapnya. Bagi aku, dunia ini tidak zalim. Manusia yang membuatkan dunia menjadi zalim.

Keimanan Seorang Insan

Inilah asas atau basic bagi kita sebagai seorang muslim. Yang membezakannya adalah tahap keimanan seseorang itu. Jika keimanan seseorang itu ditahap yang baik, dia tidak akan memilih jalan yang gelap. Jangan meletakkan nafsu lebih tinggi daripada iman dan akal.

Didikan dan Perhatian Ibubapa

Ibubapa seharusnya memberikan didikan yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan ini bermula sejak anak dalam kandungan ibu lagi. Mungkin pembuangan bayi terjadi kerana kurangnya didikan dan perhatian daripada ibubapa. Anak-anak diabaikan. Keadaan ini amat menyedihkan. Aku tak hairan terlihat anak gadis bersama heronya tika malam hari.

Gejala Sosial

“Takda keja berfaedah lain lagi ke nak buat?” Pengaruh gejala sosial kepada remaja memang kuat. Ditambah lagi dengan jiwa remaja yang suka memberontak, ingin mencuba dan berani. Mungkin disini titik hitam itu bermula. Dari gejala sosial ringan-ringan hingga ke jenayah pembuangan bayi

Masyarakat Prihatin

Masyarakat perlu peka keadaan sekeliling. Jangan hanya memandang sebelah mata. Terkenang kejadian yang menimpa adik Syafiah Humairah. Kenapa masyarakat ketika itu hanya memandang sedangkan mereka tahu syafiah humairah didera? Ada kalanya prinsip “jangan jaga tepi kain orang” tidak lagi releven.


0 Responses so far: