Followers

Wednesday, September 1

Sejenak kita berfikir.

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:26 AM 1 comments

Alhamdulillah, perkongsian kali ni nak membawa kita bersama-sama berfikir akan sesuatu. Kenapa dan mengapa 31 Ogos pada kali ini jatuh pada sepuluh malam terakihir Ramadhan. Tadi selepas terawikh, saya bersama seorang rakan pergi ke masjid bandar Batu Pahat. Alhamdulillah, dalam perjalanan menuju ke masjid, ramai orang juga berpusu-pusu menuju ke bandar. Tapi, dengan tujuan apa? Hanya untuk menyambut 31 Ogos 10.

Bila sampai di masjid, ustaz fadhil saiban telah memulakan ceramah yang bertajuk 10 malam terakhir Ramadhan. “ ramai “ juga muslimin dan muslimat yang dengar ceramah, tetapi lagi ramai yang sedang bersuka-ria menyambut 31 Ogos. Bukankah Allah telah mengurniakan kita akal untuk kita berfikir?

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'aam 6:32)

Dalam Al-Quran Allah telah menyuruh hambaNya berfikir, tetapi kenapa kita sebagai hamba sering leka dan lalai dalam arus dunia? Sedih melihat gelagat pemuda zaman sekarang. Adakah mereka tidak menyedari bahawa kiamat hampir menjelang? Dan Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi?

31 Ogos 2010 yang jatuh pada hari ini tidak bermakna kita boleh enjoy dengan sepuas hati. Kita perlu berfikir, kenapa 31 ogos jatuh pada 10 malam terahkhir Ramadhan. Tidak silap, kita menyambut hari kemerdekaan dalam bulan puasa sebanyak dua kali. Kalau kita fikirkan apa maksud yang Allah telah suratkan kepada diri kita, alangkah indahnya kita menjadi seorang hamba Allah yang reti bersyukur dan berfikir.


1 Response so far:

Muhammad Saiyidatina Khadijah said...

salam wbt,teringat jg akan nasihat seorang ustaz sms iftor di surau Habibah beberapa hari lalu..pentingnya kita,seorang muslim untuk sentiasa berfikir dan berfikir dan sering2 berfikir..Berfikir untuk kepentingan ummah,juga utk kebaikan semua..pesannya penting utk seorang daie utk sntiasa berfikir apabila terlihat akan sesuatu.Moga lintasan2 yang lahir dari hati kita mendapat lindungan dan Taufiq Hidayah Allahu Rabbi amin...teruslah kita berfikir dn menggunakan niqmat besar dariNya itu untuk menyampaikan syariat Islam secara berkesan dn leboh sistematik insyaAllah