“Ya
Allah, kami memohon cintaMu, cinta kepada orang-orang yang mencintaiMu, dan apa
sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu.. dan jadikanlah Engkau lebih kami
cintai air yang dingin..”
Katakanlah:
“Jika bapa-bapak, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya,
dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan
Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, Maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan Keputusan-Nya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang fasik.” Surah At-taubah :24
Sebelum saya memulakan
artikel ini, saya ingin mengucapkan selamat bertunang kepada seorang sahabat
saya di bangku persekolahan. Yang seusia dengan saya. Yang sejalan dengan saya.
Memang agak terperanjat bila
dengar khabar berita gembira yang dia sudah bertunang, siapa yang tidak
terperanjat, orang yang senyap dengan cinta terus bertunang setelah sebulan
mengenali bakal isterinya. Alhamdulillah, sungguh berani dan yakin. Itulah
sifat seorang pejuang muda.
Setahun yang di berikan bagi
saya amat pendek. Dan amat singkat untuk kita bersedia menjadi seorang
pendidik. Bukan sahaja sebagai seorang pendidik diri sendiri, malahan untuk
mendidik isteri dan anak-anak yang makin membesar. Dari satu segi mungkin yang
kita nampak hanya persediaan dari segi fizikal dan kewangan. Sama juga saya
tanya dengan sahabat saya. Empat jam saya dengan dia berbincang mengenai hal
perkahwinan.
“Kau dah sedia?” saya
bertanya.
“ Sedia apa?”
“Persediaan jiwa dan
fizikal?”
“ InsyaAllah, kalau kau
tanya bab persediaan aku baru berapa percent. Aku nak kumpul dana nak buat
majlis. Aku pun nak cari duit tepi.” Sahabat saya membalas jawapan saya.
“ Dari segi rohani? Kau dah
sedia menjadi seorang suami?”
“ Dari segi rohani? Emmm,
yang tu aku belum sedia. Macam mana nak jadi baik?”
“Setahun tu bagi aku tempoh
yang cukup pendek. Sebab kita kahwin bukan untuk setahun dua, kita kahwin untuk
tempoh yang panjang. Persediaan sebelum berkahwin, persediaan lima tahun lepas
perkahwinan. Semuanya kita perlu hadapi.”
“ Tapi macam mana?”
Nak
Jadi Baik, Nak Berubah Menjadi Baik
Inilah
antara pertanyaan atau luahan dari pelbagai manusia sama ada yang dikenali
ataupun tidak, namun satu kesimpulan yang dapat diutarakan di sini ialah,
mereka mahu berubah. Tapi… hah, itulah masalahnya, ada perkataan “TAPI”. Yang
akhirnya menjadi ALASAN kenapa perubahan itu tidak mampu untuk dilakukan.
Dalam Chemical
Engineering Fluid Mechanics, kita akan belajar mengenai konsep
peralihan (transfer) atau pengaliran (flow). Di mana,
jika satu peralihan atau pengaliran itu mahu berlaku, dia mesti kena ada satu
benda yang kita panggil sebagai driving force. Contohnya, udara
bertekanan tinggi akan ‘mengalir’ ke kawasan udara bertekanan rendah.
Jadi, driving force nya di sini ialah, pressure
gradient. Sama juga untuk pengaliran haba. Haba akan mengalir dari satu
tempat yang panas kepada tempat yang sejuk. Driving force nya
ialah heat gradient. Jika tiada driving forces,
fluid atau bendalir itu akan digelar statik. Tidak berubah, tidak
bergerak.
Maka, jika kita mahu melakukan satu perubahan, mestilah kena ada driving force. Tidak kisahlah mahu berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi yang terbaik atau berubah menjadi lebih buruk dan terus menuju ke dasar neraka yang paling dalam. Itu terpulang, kerana Allah sudah mengilhamkan kepada setiap daripada kita ini dua jalan. Pilih ikut suka kita yang mana kita rasabest.
“Demi jiwa serta penyempurnaan
(ciptaannya). Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan
ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang mensucikannya. Dan sungguh rugi
orang yang mengotorinya.”
[QS asy-Syams, 91:7-10]
Mudah.
Jalan syurga atau jalan neraka. Mahu yang mana? Dan kalau sudah ada jawapannya
itu, janganlah hanya lekat dimulut, tapi tidak lekat di hati. Kalau setakat
cakap saja..
“Syurga!!!”
Baik
tanya pada budak sekolah yang tak mampu nak berfikir jauh lagi atau orang bukan
Islam. Mereka pun saya percaya kalau kita tanya, nak masuk syurga atau neraka,
mereka akan jawab syurga juga. Tapi, untuk orang-orang yang beriman, mereka
bukan hanya sekadar seronok bercakap, melaungkan itu dan ini sahaja. Tetapi
mereka akan berbuat untuk apa yang mereka katakan! Sebab Allah melarang mereka
melakukan perbuatan, ‘cakap, tapi tak buat’, dan untuk mereka yang beriman
pasti yakin dengan janji Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah amat
besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu
kerjakan.”
[QS As-Saff, 61:2-3]
Jadi,
jika kita mahu melakukan perubahan, perkara yang pertama mesti kena ada ialah
kemahuan. MAHU atau TIDAK MAHU. Itu sahaja. Dia bukannya 'mampu' atau 'tidak
mampu' dan macam-macamlah benda lain. MAHU atau TIDAK MAHU, itu sahaja. Kalau
kita mahu, cakaplah apa sekalipun, lautan api sanggup diredah. Macam kalau kita
mahukan seorang perempuan, cakaplah apa sekalipun, buruk mana atau jahat mana
sekalipun, tapi bila kita sudah kata “MAHU”, maka tidak ada lagi penghalang ke
arahnya. Tapi kalau kita kata kita “TAK MAHU”, maka sebaliknya lah yang akan
berlaku.
Itu
merupakan satu contoh keinginan atau kemahuan seorang manusia yang cenderung ke
arah untuk membakar diri sendiri. Belum lagi cerita tentang games,
movie, tengok bola sampai tak solat dan lain-lain. Tapi, macam mana
pula keinginan kita dalam hal-hal kebaikan? Hal-hal yang membuatkan hidup kita
lebih tenang, lebih tenteram dan lebih bermakna?
“Dijadikan terasa indah dalam
pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa
perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas
dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan
hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]
Wanita,
harta, lepak, dan macam-macam lagi itu memang fitrah kita sebagai manusia.
Tapi, kalau fitrah yang akhirnya membawa kita ke arah semakin jauh dari Allah
itu bukanlah alasan untuk kita ‘halal’ bermaksiat kepada Allah.
“Alah, standard lah couple, lumrah
manusia untuk merasakan diri dicintai dan mencintai..”
Haah.
Betullah tu. Mencintai dan dicintai. Hidup bahagia di dunia sama-sama, pastu
terjun dalam neraka sama-sama jugak Memang sehidup semati.
Sama
juga untuk kes yang lain macam tengok movie, tengok bola sampai
lambatkan solat atau tidak solat langsung, kemudian buang duit bagi kat FAM dan
RTM. Kononnya mahu dapatkan ketenangan atau release tension, tapi
akhirnya semakin jauh dari Allah SWT. Inikah yang kita mahukan? Atau sebenarnya
ada cadangan lain daripada Allah..
+++
Kadang-kadang,
kita akan menemui satu endpoint atau titik mati dalam
kehidupan kita yang memaksa kita untuk memilih. Memilih untuk sama ada kita
mahu menjadi lebih baik dan menuju yang terbaik, atau sebaliknya sebagai corak
masa depan kita.
Seperti
Mus’ab bin Umair yang akhirnya memeluk Islam setelah merasakan kekayaan, wanita
dan kemasyhuran itu seolah tiada nilai, dan dia kembali kepada Islam kerana
Islamlah yang membuatkan dia bukan sahaja hidup tenang dengannya, bahkan dia
syahid atau mati kerana Islam. Begitu juga dengan Hanzhalah anak kepada ketua
munafikin pada zaman Rasulullah, dia syahid hanya kerana keinginan dia untuk
menjadi lebih baik. Dan juga Ikrimah bin Abu Jahal, hanya kerana merasakan diri
dia telah berdosa, bahkan pernah menduduki carta orang yang wajib dibunuh, tapi
akhirnya dia tahu dia kena berubah, dan destinasi akhir dalam hidupnya adalah
syahid. Masya-Allah! Itulah mereka.
Tapi
kita di mana? Hidup kita ini untuk apa? Dan jika kita mati nanti untuk
apa?
Pertunangan Adalah Hentian Rawat dan
Rehat
Kenapa
pertunangan adalah hentian rawat dan rehat? Padahal saya kata di atas tadi
bahawa pertunangan adalah masa yang amat singkat untuk kita catchup segalanya. Sebab di sini aspek
yang utama saya nak ceritakan.
Aspek
pengisian rohani dan jasmani diri. Kita acapkali alpa dengan pengisian dan
persediaan rohani. Kadang-kadang sampai kita kelu lidah untuk berkata. Aku dah
bersedia untuk menjadi suami dan seorang ayah.
Saya
amat menekankan pengisian dan pendekatan rohani. Kerana sebagai seorang suami,
kita wajib mengetahui ilmu agama untuk bekalan.
Kita
kahwin bukan untuk setahun dua kita berkahwin, malahan, kita hendak berkahwin
dengan pasangan seumur hidup.
Ada
Allah telah menjelaskan dalam al-quran:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
[QS ar-Ra’d, 13:28]
Kalau
semakin kita mendengar nama Allah, semakin sesak nafas kita untuk lari, jiwa
terasa semakin panas. Dengar pasal solat, berat hati kita untuk mengerjakannya.
Dengar ada majlis ilmu atau halaqoh, mula dah berfikir-fikir alasan untuk lari
daripadanya. Maka wahai yang sedang membaca, lebih baik kita buka mati, hati
dan jiwa kita semula untuk berfikir. Inikah yang kita mahu persembahkan kepada
Allah di akhirat kelak, atau ada benda lebih baik yang kita idamkan.
Inilah
soal rohani kita untuk pengisian yang kontang. Kita kadang-kadang kontang
dengan ilmu, tetapi kita sombong untuk mengisikan dengan ilmu. Kita isikan
dengan dunia. kita isikan dengan kelalaian dunia semata.
Kita
kata nak lahirkan seorang generasi soleh?
Bagaimana
kita mahu melahirkan generasi sleh andai kondisi soleh tiada dalam diri kita?
Kita
nak anak-anak bangun malam tahajjud, tapi diri kita tidak memulakan?
Kata
orang, “ Paku dulang paku serpih. Kata
orang dia yang lebih”
Penutup: Orang Selalu Lebihkan
Material Berbanding Rohani
Nak
menjadikan anak soleh pada usia 13 tahun, harus bermula dari generasi sekarang,
bukan generasi yang terbaharu.
Lihat
sahaja contoh bagaimana Al-Fateh yang cemerlang di lahirkan. Bukan pada
generasi Al-Fateh di lahirkan. Tetapi adalah dari zaman para sahabat yang ingin
melahirkan Al-Fateh.
Lihat
sahaja pada Ikhwanul Muslimin yang di tubuhkan Hassan Al-Banna. Bukan sehari
dua Ikhwanul Muslimin terus menang. Tetapi berpuluh tahun.
Takkan
kita nak anak yang soleh terus sahaja kita dapat anak yang soleh tanpa kita
merubah peratusan dalam diri?
Renungkan.
Dari
insan yang belum mempunyai ikatan.
No comments:
Post a Comment
Yang suka berbual