Aku Fikirkan Alim Ulama,
Rupanya Alim bin Fullamak Fuyyoh
‘Aku
tak nak terima kau kalau kau bukan seorang ustaz atau ulama’
‘
Kalau setakat sekolah agama, mana boleh jadi ustaz, kalau tak boleh jadi ustaz,
mana boleh jadi calon menantu. Saya nak calon menantu saya ulama atau title
ustaz paling koman’
Ini cerita dari seorang
teman (berusia 18 tahun) yang ingin masuk meminang seorang gadis pujaan hati.
Hai, nak masuk minang pun payah? Kena ada title ustaz baru boleh masuk minang?
Kalau orang biasa? Macam saya,
saya bukan sekolah agama, sekolah sains pulak tu, lulusan pun bukan diploma
dalam bidang agama, lulusan dalam bidang kejuteraan. Nak masuk minang macam
mana?
Teman saya, saya lihat
berkaca-kaca matanya. Sedih. Tapi dia redha. Aik, sedih tapi redha? Macam mana
tu?
Saya tanya dia,
‘kau
tak sedih ke dia cakap macam tu kat kau?’
‘
tak sedih apanya, memang la aku sedih. Malu pun ada juga. Tapi aku tak kesah,
aku kehilangan seorang yang aku cintai. Tapi dia kehilangan seorang insan yang
mencintai dia’
Saya rasa dia ada macam
Karam Singh Walia cakap,
Terbakar kampung nampak
asap, terbakar hati siapa yang tahu
Cerita
Lama, Cerita Baru
Ini cerita tujuh tahun
yang lalu, selepas berakhirnya peperiksaan SPM. Dia di maki, dia di hamun. Saya
terbuka balik minda saya kepada peristiwa lama kerana sejak dia menghubungi
saya untuk menghantar undangan
perkahwinan.
Dalam hati saya, walimah
juga dia ni. walaupun setelah di kecewakan bertahun-tahun lama.
Saya tak banyak bertanya
tentang dia dengan bakal isteri. Macam mana dia kenal, macam mana dia bercinta.
Sebab saya kenal dengan dia, dia jenis tidak bercinta tanpa ikatan.
Cuma saya terfikir,
kasihan dekat dia masa kisah lama. Kena maki hamun, kena rendah-rendahkan.
Yerlah. Budak sekolah agama belum tentu keluar sekolah jadi budak agama. Belum
tentu keluar jadi ustaz, atau ulama.
Mungkin jadi engineer agama? Mungkin jadi
pensyarah agama?
Secara tidak langsung saya
teringatkan kisah Kassim Selamat. Ala Kassim, maafkan mak nak. Tapi,
sekurang-kurangnya Kassim Selamat dapat berkahwin dengan pujaan hati. Cuma
perbezaan taraf kehidupan antara seorang pemuzik dengan seorang doktor yang di
anak tirikan.
Ahli muzik.. apa kelas??
Mula-mula dengar cerita
begini memanglah terkejut. Yerlah. Pilihan yang mengikut taraf.
Saya akui keluarga si
wanita itu merupakan keluarga yang mempunyai latar belakang agama yang cukup
kuat. Kata orang, barangkali keluarga dia mementingkan agama. Saya bersangka
baik. Andai keluarga mementingkan agama, mestilah calon menantu pandai taranum.
Namun itu hanyala pandangan cetek saya. Mungkin mereka ada pandangan sendiri.
‘
Kalau tak nak terima aku pun, janganlah sampai menghina keluarga aku sekali. Keluarga
aku tak salah pun.’ Dialog sedih yang keluar dari mulut
seorang kawan.
Benar, kadangkala saya
hairan mengapa golongan yang hebat ilmu agama mereka, namun mempunyai
perwatakan yang berlainan.
Bab merendahkan orang,
Allah dah berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan
fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujuraat 49:11)
Cinta
Itu Menguatkan
Cinta yang terputus di
tengah jalan membuatkan sahabat saya semakin bersemangat menyambung pelajaran. Azamnya,
biarlah bukan menjadi seorang ustaz, tetapi dia akan tetap berjaya menjadi
seorang yang berakhlak.
Tidak kira apa juga karier,
dia mahu menjadi seorang yang berakhlak.
Itu ceritanya. Cerita saya,
entah bila akan habis dan tamat.
Saya masih teringat kata
seorang teman saya semasa berada bersama liqa’.
‘
Mulianya kita hari ini di mata manusia, kerana Allah masih simpan aib kita’
Menutup perbualan dengan
teman, saja saya menanyakan khabar mengenai bekas teman lamanya.
‘
Mak dia memang dapat menantu idaman. Menurut cerita, menantunya itu lulusan
jurusan agama. nampak macam ustaz, di
hebokan seorang yang pandai dalam bab agama. Setaun kemudian kahwin, kena
tangkap polis. Rupanya menantunya seorang pengedar. ‘
Saya simpati. Cuma saya
teringat kata-kata ikhwah.
‘
Allah akan balas dengan apa yang kita lakukan, kalau tak kat dunia, kat
akhirat.. lagi baik kena balas dekat dunia, dari kena balas kat akhirat.’
Saya ingatkan betul-betul
dalam orang alim ulama’, rupanya dia memang nama Alim bin Fullamak Fuyyoh.
assalamualaikum.
ReplyDeleteentry kamu ni sangat buat saya tersenyum dari kelat sepanjang hari :D
itu alkisahnya kepada yang alim ulamak. erm tak tahu la mcm mana nak ckap. tapi byk yang sya jmpa pun lebih kurang gini jugak. macam ada tmbok pulak antr org yang berilmu agama ni dgn org yg tak bljr dlm alirn agama.
memanglah ikut alquran, perempuan yang baik utk lelaki yg baik. begitulah sebaliknya. tapi, tak smstinya yg tak dlm aliran agama tu tak baik n tak beragama kan.
betul la kan. tak dpat blasan kat sini, di sana menanti.~mcm lagu pulak dah. :D
anywy, thanks entri ni. sangat bermakna. :)
Sebenarnya, semasa saya menerima berita ini pun saya terkejut. Adalagi ke zaman sekarang ni perbezaan darjat? Macam inilah yang menyebabkan orang menutup pintu kepada keluarga yang faham agama.
ReplyDeletehahaha.i like this -->>>"Saya ingatkan betul-betul dalam orang alim ulama’, rupanya dia memang nama Alim bin Fullamak Fuyyoh."
ReplyDelete