Laman Pautan Lain

Friday, January 6

Travelog To Tour : Langkahan Ini.


Travelog To Tour : Langkahan Ini.

Masih menari-nari lagi di ingatan, pesanan seorang ikhwah kepada ana. ‘ Saad, langkahkanlah kaki mu ke arah kebaikan. Jangan pula di kau langkahkan kaki mu ke arah kemurkaan Allah. Biarlah kaki mu berdebu, biarlah kaki mu berdarah sekalipun, jangan sesekali di kau berpaling arah daripada jalan Allah. Jalan yang di redhai. Sungguh indah dan beruntung ganjaran kita sekiranya kita menginfakkan langkahan-langkahan kita ke jalan Allah.’

Kenapa?

Kita di kurniakan sepasang kaki untuk melangkah. Ke mana arah langkahan kita. Kebaikan dan keburukan, bermula dengan kaki kita. Tapi, kenapa kita jarang mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan pada kita?

Dengan sepasang kaki yang sempurna ini, ke mana langkahan kaki kita? Adakah ke kiri? Atau langkahan kaki kita ke kanan?

Langkahan kaki manusia ada pelbagai sifat. Ada bersifat yang terpuji, ada pula bersifat tercela. Yang terpuji adalah langkahan kaki kita ke arah yang Allah redhai, bukan yang Allah murkai.
Itulah jalan-jalan dan langkahan kaki kita yang di namakan di jalan Allah. Fi sabilillah. Semua orang impikan impian yang setinggi gunung. Mungkin lebih. Yang mana ganjaran adalah pahala. Allahu rabbi. Sungguh besar nikmat yang Allah telah berikan pada kita. Cuma kita je yang nampak atau tidak. Renungkan sebentar hadis berikut:

Nabi Muhammad S.A.W bersabda ketika salah seorang sahabat menuju solat Juma’at :
‘ Barangsiapa yang berdebu kakinya menuju ke jalan Allah, maka Allah haramkan ia daripada api neraka’ [Al-Hadis]

Sekalipun sabab wurud hadis ini berkenaan langkahan seorang sahabat menuju bersolat Jumaat, namun langkah-langkah fi sabilillah yang di ungkapkan di hadis itu adalah bersifat umum dan lebih meluas lagi ruang lingkupnya. Hadis ini bukan sahaja menyentuh perjalanan seseorang menuju bersolat Jumaat bahkan kepada semua langkah yang menuju ke tempat-tempat yang mulia seperti majlis zikir, majlis usrah, ta’lim, zikir solat berjamaah, menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, melakukan gerak kerja yang Islami dan di redhai Allah.

Maka debu yang sampai di kaki kita itu amat di hargai oleh Allah.

Tabarakallah!

Di Haramkan Api Neraka Kerana Debu

Apabila seseorang ke masjid maka dia telah menjadi tetamu Allah. Cuba kita lihat, adakah lebih kemuliaan selain menjadi tetamu Allah semata? Siapakah yang mencintai tetamunya melebihi cinta Allah kepada tetamu-Nya?

Siapakah yang lebih merai dan menghargai kedatangan tetamu-Nya? Allah amat menghormati tetam-Nya hingga debu yang terinjak di telapak kaki mereka itu membuatkan mereka di haramkan oleh Allah daripada di jilat api neraka. Maha Besar Allah Yang Maha Penyayang.
Walhal, hamba-hamba-Mu itu tadi berjalan dengan kaki yang bersih, berwudhu’ akan tetapi kaki mereka yang bersih itu di kotori dengan selaput debu di saat mereka melangkahkan kaki ke masjid.
Demikian pemurahnya Allah yang tidak bertepi hingga Allah menghargai debu daripada kaki kita yang mana setiap langkahan mencari redha Allah semata.

Ini baru permulaan kita sebagai hamba-Nya. Bagaimana pula dengan setiap hamba-Nya yang memburu cinta-Nya? Bagimana pula dengan jiwa-jiwa yang sedang sarat merinduiNya? Bagaimana dengan mereka yang sedang menjadi tetamu Allah paling mulia saat ini. Tika ini. Mengabdikan diri pada yang Maha Esa di Baitullah? Musim haji? Pada bulan zulhijah ini? Jiwa mereka di penuhi dengan zikir munajat, solat malam, menuntut ilmu, bertaubat mahupun berdoa?

Suatu travelog kehidupan seorang hamba telah bermula. Yang mana mereka menyimpan dengan berdikit-dikit. Seusia muda. Sehinggakan mendapatkan modal yang mencukupi untuk menjadi tetamu Allah. Bermula dari tanah air, mereka sudah bermain dengan emosi apabila mahu meninggalkan anak-anak dan keluarga tersayang. Tapi ingatlah, Allah menjaga tetamuNya. Maha Suci Allah. Masing-masing berebut mahu menjadi tetamu Allah.

Inilah grand training selepas madrasah Ramadhan, Syawal yang telah kita lalui. Semangat pengorbanan tiga insan kekasih Allah menjadi pembakar semangat.
Hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as. Beranikan diri melakukan perubahan dengan melaksanakan pengorbanan untuk diri dan masyrakat. Teruskan legasi perjuangan Nabi Ibrahim as yang di sambung oleh zuriat sulbi baginda iaitu Nabi Muhammad s.a.w penutup segala nabi. Tiada nabi selepas Nabi Muhammad.

Penutup: Hayatilah dan Mengertilah Kasih Sayang Allah Maha Luas.

Hayatilah dan jiwailah sifat kasih sayang dan kepemurahan Allah serta fahamilah di dalam sanubari mu, kau akan merasakan satu ledakan samudera agung itu melimpahkan ramat dan kasih sayangNya setiap waktu dan ketika.

Ketika kita dalam keadaan tidur, duduk, berbaring, berzikir, bersemabang, berbual bicara dan yang lainnya. Namun, Rabbul Alamin tidak pernah berhenti melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada yang di kehendakiNya.

‘RahmatNya sampai kepada segala sesuatu.’ [ Al-A’raf : 156]

Abdullah Imran.

Madinah Munawarah.

Aku merindui Insan Agung Yang terpilih lagi terpuji,
Dialah Muhammad,
Rasul terakhir.
15/09/2011
4.35 p.m

No comments:

Post a Comment

Yang suka berbual