Laman Pautan Lain

Saturday, August 13

Cerpen: Transfomasi Cinta


Cerpen: Transformasi Cinta

Dia duduk jauh. Jauh dari sudut pandangan mata orang yang melihat. Sambil menghirup udara petang. Dia tersenyu, sendirian, sekejap murung, sekejap pula masam. Mungkin sebab terpana akan teguran semalam oleh mudir iaitu mentor bagi Mumtaz Ajmain.

“ Taz, mari sini sekejap.”

“ ye ustaz, ada apa? Kenapa?” Mumtaz hairan apabila mudir sekolah memanggil dia selepas tamat waktu belajar.

“ Ustaz dengar,Taz bercinta ya sekarang? Alhamdulillah, baguslah sebab Taz sudah bercinta. Ini maknanya Mumtaz Ajmain sudah seperti nama yang di beri.”

“ Aik, ustaz ni macam menggalakkan aku bercinta je ni. Ni yang musykil.” Mumtaz bermain dengan fikiran dalam dua dirinya. Macam ada satu lagi dirinya di dalam setiap diri.

“Ustaz, boleh saya tanya ustaz? Kenapa ustaz cakap saya bercinta ni bagus? Kan orang lain akan cakap, bercinta ni boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Bercinta ni juga boleh akan mendatangkan penyakit hati. Lama-lama hati itu akan rosak, bila akan rosak hati itu akan mati. Lalu, terkubur menjadi seperti sepohon kemboja yang layu di tepian pusara. Tak begitu ustaz?” Mumtaz dengan bersungguh-sungguh menerangkan.

Ustaz Imran As-Syaid hanya tersenyum melihat keletah anak murid kesayangannya. Perangkapnya mengena. Hanya Mumtaz yang tak mengerti. Bagi Mumtaz dia sudah menerangkan kepada Ustaznya yang lebih banyak ilmu. Orang kata orang yang banyak ilmu, bila di asuh dan di didik dengan ilmu. Mereka akan tunduk. Tunduk tanda hormat.
Ustaz Imran As-Syaid mengajak Mumtaz duduk memerhatikan keindahan tasik. Ustaz sempat bertanyakan kepada Mumtaz mengenai pokok semalu. Kenapa bila di sentuh, ia makin tunduk. Tidak pula, berdiri tegak.

“ Nak tau kenapa ustaz cakap macam ni? Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.” Ustaz menerangkan sambil mengambil beberapa helaian dedaunan yang berguguran.
“ sebenarnya, kalau kita nak pelajari dari alam. Banyak Mumtaz. Hakikat alam ni amat luas. Hanya kita je yang nak teroka atau tidak. Contoh lagi satu yang ustaz boleh berikan macam daun ni. Kenapa dia layu?”

“ sebab dia dah layulah ustaz. Allah dah sampaikan ajal dia sampai situ je. Takkan dia nak 

bantah.”
“ Ha, nilah ibrah yang kita boleh nampak dari apa yang ustaz tunjuk. Daun ni asal dari 
sepohon pokok. Bila Allah katakana layulah engkau wahai daun, maka layulah daun itu. Sama juga macam hati dan cinta kita. Tanpa redha, restu dari Allah, hati kita akan sentiasa di selubungi resah. Kejap nak buat tulah, kejap nak buat ini lah.”

“tapi ustaz, daun dengan hati manusia tidak sama. Daun tidak mempunyai zat yang sama seperti manusia. Sifat atom dia pun berbeza bagi manusia dan tumbuhan. Tumbuhan mengeluarkan gas oksigen untuk manusia. Gas oksigen gas yang bagus untuk hidup. Tengok sapa lagi baik? Takkah manusia? Tumbuhan? Hanya sedut gas yang di keluarkan oleh manusia.” Getus Mumtaz dengan perasaan ego.

“ Mumtaz, ustaz dah anggap Mumtaz macam anak ustaz sendiri. Macam anak kandung ustaz. Cuba Mumtaz fahami ayat Allah yang berfirman : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisaa' 4:36). Adakah kita mahu di golongkan dalam golongan mereka yang suka membanggakan diri? Mumtaz, banyakkan istighfar. Ustaz tahu, Mumtaz marah sebab ustaz dah memerangkap Mumtaz dalam diri Mumtaz sendiri. Manusia memerlukan tumbuhan dalam hidup. Tumbuhan juga memerlukan manusia dalam kehidupan. Masing-masing memainkan peranan dalam struktur sekolah kehidupan. Kitar oksigen adalah edaran gas oksigen dibumi melalui proses-proses fotosintesis, pernafasan , pembakaran dan pereputan. Ini bermakna Kitar oksigen ialah proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke atmosfera secara berterusan. Dalam kitar oksigen , gas oksigen digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan untuk mengoksidakan makanan dan menghasilkan tenaga karbon dioksida. Begitu juga proses pereputan yang dilakukan oleh organisma dalam menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkai –bangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria. Semasa proses ini berlaku oksigen digunakan. Pembakaran juga menggunakan oksigen terutama dalam kehidupan manusia seperti memabakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lain. Oksigen pula akan dikembalikan ke udara oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesin. Semasa proses fotosintesis timbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makana. Oleh itu hasil sampingannya oksigen dibebaskan. Proses ini berlaku berterusan. Tak ke sama-sama saling memerlukan dalam kehidupan? Sama juga sama dengan hati. Ustaz tidak melarang Mumtaz bercinta. Malah ustaz suka melihat Mumtaz bercinta. Tapi adakah cara Mumtaz bercinta ni syarie?”

Mumtaz tunduk sepi. Dia rasa bersalah kerana telah meninggikan suara kepada mudir dan juga idola merangkap ayah angkatnya di sekolah menengah ibnu khaldun. Ustaz Imran As-Syaid yang banyak menegur. Dia yang banyak membimbing.

“ kalau macam tu boleh ustaz terangkan kat Taz? Apa itu cinta syarie?”
 Permulaan sekali, ustaz nak ucapkan tahniah kerana Mumtaz telah bercinta. Ini menunjukkan sifat dan kepertihatinan Mumtaz pada seseorang. Ini juga menujukkan watak dan pertunjukan Mumtaz dalam kehidupan. Pertama, Taz kena mengerti apa itu soal cinta, 
apa itu soal jodoh, apa itu soal kasih sayang. Semuanya banyak konsep.”

“ Tapi Ustaz, taz nak tau. Satu ni je. Taz ada dengar orang cakap, kita kena mencari jodoh kita. Taz dah cari ni. Tapi ustaz macam larang je.” Mumtaz bertanya inginkan kepastian.

“ Memang kita perlu mencari jodoh kita. Setiap insan di ciptakan berpasang-pasangan. Tak kira manusia atau haiwan semua berpasangan. Sebab Allah itu Maha Adil. Tak salah kita mencari, tapi kita harus menjadi terlebih dahulu. Taz fahamkan maksud Ustaz? Kat sini, Ustaz ada tulis sedikit nota untuk Mumtaz, mungkin boleh jadi rujukan bila Mumtaz belajar ke Zamalek?” Ustaz Imran mengeluarkan sehelai surat lalu di hulurkan kepada Mumtaz

Aku mengangukkan kepala berkali-kali. Macam burung belatuk sedang mematuk batang pokok.

Selepas isya’ Mumtaz berjalan menuju asrama lelaki. Aku mengambil bantal, dan surat yang di berikan oleh mudir.

Assalamu’alaikum Mumtaz, kat sini ustaz ada membicarakan sedikit ibrah cinta buat Mumtaz. Harap Mumtaz 
memahami.

 "Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” 

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. 

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati....

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. 

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan...hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21) 

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. 

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) 

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. 

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, 

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) 

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 


" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian 
dari harta mereka".(An-Nissa':34) 

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. 

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. 

"Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. 

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Aku melipatkan surat dan meletakkan di dalam fail. Di simpan rapi agar tersimpan kemas dalam simpanan.

Aku kini baru mengerti mengapa Allah mengenalkan aku dengan si dia. Jikalau cinta kita benar-benar kerana Allah, hati kita akan mengerti dan memahami. Ya. Allah mengenalkan aku dengan dia semata-mata agar mata aku terbuka untuk melihat cinta yang sebenar di sebalik wajah seorang perempuan. Cinta yang lebih agung, yang lebih bermakna dan cinta yang tidak pernah cuba untuk mengecewakan aku. Kata dan setiap janji-Nya itu pasti. Maka akan aku letakkan cintaku, hanya pada Allah.Mungkin lepas ni aku kena transformasi cintaku? Memahami makna kehidupan?

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. 
[QS ar-Ruum, 30:21]







1 comment:

  1. MasyaAllah Alhamdulillah...(T.T)
    cinta Allah y pertama&Utama..Allahu Allah,,

    ReplyDelete

Yang suka berbual