Laman Pautan Lain

Saturday, August 13

Arghh...Aku Ni Da'ie Ke?

Duhai hati,
Di mana di kau berada?
Adakah berada di tahap yang sebenar?
Adakah di kau sehitam-hitamnya?
Atau adakah di kau seputih-putihnya?

Sekonyong-konyong hati yang putih itu adalah
Hati yang mengikut perintah Allah dan Rasul.
Tapi aku?
Kenapa aku begini?
Ke mana arah penyampaian aku?

Ke mana hala tujuan aku sebagai da’ie?
Adakah kerana publisiti?
Murahan yang mana membawa bencana pada hati.

[kejadian] di kedai makan

Tengah lepak kat warung tepi jalan ni, nak sahur.

Zuup.. laju betul motor tu. Kalau kita Nampak motor yang bawak laju lalu sebelah kita mesti kita tertanya-tanya. Lajunya orang tu bawak motor. Kenapa? Yang ni ok.

“ lajunya orang tu bawak motor, dahlah tak pakai helmet, nak mati cepat ke?” ( siap sumpah 
lagi )

Ha, tengok jam jarum dah nak dekat pukul 2.30 pagi. hatiku terus berbisik, bila aku nak 
balik ni?

[kejadian] di rumah

Bila sampai je kat rumah. Macam ada satu hempukan batu yang besar menghempuk kepala. 
Dush! Sakitla.

Mungkin kat sini je kita sakit? Tapi kat sana? Kalau kita sedar awal-awal, cepat insaf.

Hatiku terus berbisik, merintih, meraung.

Sampai bila harus aku begini?

Bila kali terakhir aku menangis kerana takut akan seksaan Allah?

Allah, bila hatiku menangis tatkala aku melakukan maksiat?

Kenapa sampai begini hatiku merintih sayu?

Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk membina jati diri seorang pelayar yang ingin 
berlayar dan memberikan sebuah pelabuhan.

Adakah kerana usaha ku sia-sia?

Adakah kerana setiap titik peluh ku hanya angan-angan dan sedar?

Ya Allah.

Kenapa begini sekali kau azab aku?

Kenapa?

Adakah kerana mutabaah aku yang silap?

Atau aku yang khilaf?

Atau adakah kerana keihklasan aku?

Ikhlas?

Adakah tahap keihklasan aku sudah sempurna?

Adakah kerana Allah?

Atau adakah kerana mahukan sesuatu yang lagi murah?

Tapi, permulaan niat aku kerana Allah, tapi kenapa akhirnya menyimpang ke jalan lain? 

Kerana dunia? Kerana harta?

Macam melepaskan batuk di tangga?

Aku sendiri pun tak nak tengok. Ada batok, siap dengan kahak. Orang cakap package. 

Lengkap dan meliputi semua aspek.

Adakah Kita Da’Ie Pernah Merasakan Malu?

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. (Al-Hadiid 57:16)

Aku menangis. Aku merintih bila membaca surah ni.

Allah bertanya pada hambanya :Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?

Adakah diri aku belum tiba masa untuk merintih?

Adakah diri aku belum tiba masa untuk menangis?

Adakah diri aku belum sampai lagi masanya untuk khusyuk semata-mata kerana agama 
Allah?

Sampai bila aku nak sampai?

Sampai esok?

Sampai aku mati?

Kenapa aku tidak sedar-sedar?

Wahai diri, bangunlah. Allah telah menegur dirimu. Wahai diri, bangkitlah. Jangan duduk melepek. Macam orang mati bini. Wahai diri, kuatkanlah hati kamu. Carilah hati kamu yang hilang. Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Penutup: Teruskan Mujahadah Jangan Mengalah

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini. 

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya… kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.
Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

2 comments:

  1. hati itu ada.. cuma kita kena cari semula ia dengan cahaya keimanan.. insya-Allah, jumpa.. =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..Ya Allah,thabbatkan kami di jalan daqwahMu amin Ya Robbal Alamin

    ReplyDelete

Yang suka berbual