Followers

Thursday, March 31

Gadisku Sepi Mewangi

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 6:59 PM 0 comments

Gadisku-Search sebelum den berlepas ke Brunei ingin di kongsikan mengenai gadisku Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang...
Continue...


Tuesday, March 29

Denai Kehidupan Seorang Musafir

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 5:47 PM 0 comments

Alhamdulillah, lama sudah tidak menari-narikan jari di atas keyboard kesayangan. Sibuk dengan urusan dunia yang akhirnya membuatkan diri terlupa untuk membuat satu perkongsian baru. Mungkin buat pertama kali saya akan ke luar Negara. Mungkin pertama kali, mungkin kedua. Mungkin kedua, seblum ni Singapore telah menjadi destinasi. Orang-orang Brunei, tunggu saya di tempat anda. Ramai orang yang mengatakan, hidup ini tak seindah mana. Namun pada...
Continue...


Saturday, March 26

Mencari solehah

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:28 PM 0 comments

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur...
Continue...


Friday, March 25

La Tahzan -Berterima Kasihlah-

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:45 AM 1 comments

Kehidupan tidak selalunya senang dan mendamaikan. Ketika kita belum puas meneguk erti kebahagiaan, keresahan mengintai dengan penuh cemburu dan irihati. Ketika kegembiraan baru memercikkan sinarnya, awan kesedihan tiba-tiba saja berarak memendungkan jiwa. Inilah kehidupan. Simpang siurnya penuh keraguan dan jalannya dipenuhi ranjau dan duri yang melukakan hati. Betapa banyak jiwa yang tersungkur lesu sebelum tiba ke destinasi yang dituju.Inilah...
Continue...


Wednesday, March 23

Duhai Sahabat

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 8:55 PM 0 comments

Katakanlah, “Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku – mahasuci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”. Ikhwah wal Akhawat, Para Da`ie !! Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Redha Allah Cinta adalah sumbernya, hati dan...
Continue...


Tuesday, March 22

Bicara Tuhan Dengan HambaNya

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:36 PM 0 comments

Jika kereta rosak, mekanik yang membaikinya, jika tubuh badan bermasalah, doctor yang akan mengubatinya. Jika murid mengalami masalah dalam pelajaran, guru yang bertindak mengajarnya.Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku ALLAH SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat ALLAH bila berhadapan dengan masalah.Sisipan berita yang dimuatkan di dada akhbar metro...
Continue...


Monday, March 21

Kau Bukan Milikku Lagi

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 3:32 AM 0 comments

Kelopak demi kelopak  Kuntuman mekar si kemboja putih  Jatuh berguguran  Semerbak mengharumi suasana  Mengiringi bersama deraian air mata  Membasahi pusara insan kesayangan  Kau....  Ku semadikan dalam keranda kaca  Dalam kamar terkunci di hatiku  Kutimbus bersama arca impian  Ku makamkan jua bingkisan sayang  Ku abdikan hanya serpihan kenangan  Biarpun zahirnya,  Nafasmu belum...
Continue...


Thursday, March 17

Apa Yang Kita Inginkan?

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:00 PM 1 comments

Wargh, hari ni tension dengan assgmnt, semualah, awek lagi, kuar dating lagi. Kusut. Memang kusut. Mungkin ini yang di rasai sebagai seorang pelajar. Bila permulaan hidup sebagai seorang pelajar telah bermula, pelbagai yang di alami berlaku. Argh, kusutlah. Tapi sebenarnya apa yang saya nak dari hidup aerk? Kadang-kadang mesti tertanya pada diri sendiri. Betul ke apa yang saya buat ni? betul ke tindakan saya ni? saya nak tu, saya nak ni. kalau...
Continue...


Monday, March 14

Aku Dan Konvo

Posted by Abdullah Imrran As-Sabar on 4:37 PM 1 comments

mungkin lagu ni tak da kena mengena dengan perkongsian kali ini, Alhamdulillah, detik-detik yang di tunggu sebagai seorang pelajar selama 3 tahun telah habis dan tamat. Hari sabtu itu hari baru je saya habis konvo. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran selama tiga tahun, akhirnya telah berjaya juga menamatkan pengajian di dalam bidang mekatronik. Pecah kepala, semua berbaloi. Mungkin sebagai seorang pelajar, detik-detik konvokesyen adalah hari...
Continue...