Saya berbual dengan seorang sahabat tentang kasih sayang. Juga
tentang bagaimana menghargai kasih sayang yang dikurniakan. Sebelum saya
huraikan hasil perbualan kami, saya ingin menyoal anda dengan pertanyaan saya
ini.
Kamu fikir, siapakah
sebenarnya yang paling sayang kepada kamu?
Mungkin
ada yang menjawab ibu, pasangan hidup, sahabat karib, dan lain-lain. Mungkin.
Tetapi, jika ada yang memberikan jawapannya adalah Allah, ketahuilah bahawa
jawapan kamu itu bersamaan dengan jawapan saya.
Ya,
yang paling sayang kepada kita ialah Dia. Pencipta kita. Pembuat kita. Allah.
Bayangkan,
kita sebagai manusia yang lemah ini pun akan sayang kepada sesuatu yag
dihasilkan dengan titik peluh kita sendiri, bagaimana pula dengan Dia yang
mengakui secara jelas bahawa Dialah Yang Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Perasaan Sayang Yang Makhluk Miliki Adalah
Kurniaan Allah
Kita
biasa melihat betapa sayangnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Juga
perasaan sayang seorang iteri kepada suaminya. Namun, biasakah kita melihat
bahawa perasaan sayang mereka ini, Allahlah yang mengurniakannya kepada mereka.
Berkenaan
perkara ini, sahabat nabi, Abu Hurairah R.A. ada meriwayatkan sebuah
hadis dengan katanya,
"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:
Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia
menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu
bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi
sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut
melukainya." [riwayat Imam Muslim]
Bayangkan,
betapa banyaknya kasih dan sayang yang Allah miliki. Maka betapa besarnya pula
kasih sayang Allah kepada manusia kerana manusialah makhluk yag paling
dikasihiNya.
Pernah
suatu hari Sayyidina Umar datang menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa
beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita
sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan
dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan
anaknya ke dalam api?" Para sahabat menjawab: "Tidak, demi Allah,
sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya." Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap
anaknya."
Begitu
sekali kasihnya Allah kepada hambaNya. Tidakkah kita patut berfikir untuk
menghargainya?
Menghargai Kasih Sayang Allah
Kita
ini, bila kita tahu ibu bapa sayang kepada kita, kita jadi tak tergamak untuk
lukakan hati mereka. Tak sampai hati hendak buat perkara yang mereka tak suka
kita buat. Tetapi, kita buat juga secara sembunyi.
Namun,
Allah lain. Dia tak sama dengan orang yang kita sayang. Allah, bila Dia
menyuruh kita berbuat sesuatu, atau melarang kita dari melakukan sesuatu yang
lain, Dia sentiasa Melihat kita. Maka, di sinilah nilaian kepada sejauh mana
kita menghargai kasih dan sayang yang Allah berikan.
Adakah
kita tetap buat yang Allah larang?
Atau
masih tak laksanakan perkara yang Dia suruh?
Sedangkan
Dia tetap melihat apapun yang kita lakukan.
Tinggalkan Dosa Kerana Hutang Kasih
Kita
selalu dengar ustaz-ustaz kita pesan supaya tinggalkan maksiat kerana setiap
maksiat kita itu balasannya adalah neraka Allah. Neraka pula azabnya tidak
terfikir oleh otak, tidak terucap pula oleh lidah. Betapa dahsyat.
Tapi
masih ramai yang tidak tinggalkan maksiat.
Jadi,
selain dari ancaman azab-azab yang sangat mengerikan itu, saya ingin mengajak
kita kepada menghindar maksiat dengan menginsafi bahawa kita sudah terlalu
banyak berhutang kasih kepada Allah. Sangat banyak. Kasih Allah kepada kita
bukan sekadar semasa kita hidup, bahkan sebelum kita hidup dan selepasnya.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah
menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa
sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].
Sahabat-sahabat,
tergamaknya kita membalas kasih sayang Allah dengan kemungkaran. Hamba apakah
kita ini?
Salam Ramadhan. Mari menggapai 10 malam terakhir.
bila membaca ni, hati terdetik Ya Allah banyaknya dosa yg dah dibuat selama hidup ni, masih belum terlambatkan utk kita merubah jalan hidup ni.. terima kasih sbb ingat mengingati sesama kita
ReplyDelete~follow sini ye
Assalamualaikum...bismilahirahmairahim..
ReplyDeleteSyukran sudi kongsi artikel ini..setelah membacanya..rasa kerdil sangat diri di hadapan Maha Pencipta..terkenang dosa-dosa yang lalu..