Laman Pautan Lain

Saturday, November 12

Sederhana Itu Satu kesenian.


Sederhana. Ya, kali ini kita bertemu dengan tajuk. Kesederhanaan dalam kehidupan. Sebab kesederhanaan itu sendiri satu keseniaan yang indah andai kita hayati setiap sederhana. Bila kit abaca pada tajuk, kesederhanaan dalam kehidupan, cuba kita refleksi diri kita. Adakah kita seperti sahabat-sahabat Rasulullah? Bersederhana dalam kehidupan. Seperti Abdurrahman Al-Auf, yang merupakan seorang yang hartawan, tetapi dia begitu merendah diri. Seperti Saidina Abu Bakr As- Siddiq yang merupakan seorang hartawan tetapi beliau juga bersederhana dalam kehidupannya. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi, itulah yang di tuntut dalam Islam.

Andai ada orang tanya saya, apa yang saya cari lagi di dalam dunia ini selain amal soleh? Pasti akan saya menjawab. Saya nak pupuk sifat qanaah dalam diri.

Apa itu qanaah?

Qanaah biarlah saya huraikan dengan membawa maksud bersederhana.

Kenapa?

Sebab saya melihat keindahan dalam setiap kesederhaan itu sendiri. Seni yang hebat dalam perjalanan dan pentas persekolahn manusia yang cukup luas.

Pada dasarnya, manusia melihat sederhana itu dalam aspek harta sahaja. Tapi, bagi saya sendiri, kesederhaan itu sendiri ada dalam setiap aspek juzu’ kita sebagai manusia.
Bukan mudah untuk kita memupuk sifat kesederhanaan dalam diri. Sederhana dalam penampilan, sederhana dalam pandangan, sederhana dalam pergerakan mahupun banyak lagi sederhana yang boleh kita terapkan dalam diri kita.

Hal ini kerna kesederhanaan itu sendiri adalah satu garisan berlebih-lebihan dan berkurang-kurangan.

Membuatkan manusia yang mampu bersederhana itu, seperti sedang melagukan satu music yang terindah untuk di nyanyikan dalam jiwa dan diri kita. Hingga kadang kala membuatkan orang lain terpesona melihat keindahannya.

Namun itu juga adalah satu bukti bahawa sederhana bukanlah satu perkara yang mudah di capaioleh manusia. Kerana garisan sederhana itu adalah amat tipis dan mudah putus.

Yang Menghilangkan Apa Itu Sederhana

Apakah yang menghilangkan sifat sederhana dalam diri manusia? Saya boleh bagi dua contoh.
1)    Ego
2)   Inferiority

Ego akan membawa diri kita lebh kea rah berlebih-lebih dalam segala aspek kehidupan. Samada dari segi pemakaian. Manakala inferiority adalah satu aspe yang membawa kita kea rah kekurangan. Tapi, jarang kita melihat orang terkeluar dari segi berkurang-kurangan.

Dengan rasa terlalu layak, rasa bagus, rasa terlalu hebat, semua itu membawa diri kita kepada satu peribadi yang keras seperti bongkak, takbur dan mungkin eksterim!
Rasa terlalu kurang, rasa bahawa diri ini terlalu lemah, rasa bahawa diri ini tidak layak untuk itu dan utnuk ini akan membawa diri kita kepada peribadi yang lembik, lemah, bodoh, mudah di pergunakan dan mungkin mudah di perkotak-katikkan. Ya, walaupun kita tidak merasakan sedemikian, tetapi kehidupan kita akan terhanyut kea rah itu lama kemudian.
Tetapi sesiapa yang mampu mengawal egonya dan menghapuskan inferioritinya maka dia adalah manusia yang berjaya dalam bersederhana.

Sederhana Memerlukan Pengorbanan

Saya kira itulah sebabnya yang paling sukar untuk berkorban. Sebab dengan menjadi bersederhana kita kena mengorbankan sifat ego yang membara dalam jiwa.
Ada orang yang suka mengikuti egonya, kerana merasakan bahawa dia akan menjadi yang tertinggi dengannya. Ada orang suka dengan sifat inferioritinya kerana dia merasakan mudah dan tidak rasa terbeban dengan perasaan dan lari dari sifat tanggungjawab.

Penutup: Orang yang bersederhana itu indah dengan cahaya.

Orang berperasaan seperti itu adalah indah. Mereka tidak sakit dengan dunia. membuatkan mereka tersenyum dengan riang.

Saya cemburu dengan mereka. Dan terus menjadikan sederhana dalam maltlamat hidup saya.

Abdullah Imran
-      Saya bukanlah seorang yang bersederhana. Sebab itu saya sekarang sedang mengejarnya.-
16 Zulhijjah 1432

No comments:

Post a Comment

Yang suka berbual