Rata-rata mungkin telah mendengar nama Sultan Al-Fateh. Tapi, mungkin di kalangan kita masih lagi tidak mengenali dan mengetahui siapakah dia Al-Fateh? Dan apa dia jasa-jasanya pada perkembangan Islam zaman kini?
Mungkin bagi mereka yang telah menelaah sejarah mungkin akan menjumpai siapakah Al-Fateh, ataupun lebih di kenali dengan nama Muhammad Al-Fateh penumbang Konstantinopel.
Berpakah umurnya sewaktu beliau dapat menumbangkan Kota yang di katakana gah? Kota Konstantinopel?
Mungkin ramai yang mengangap umurnya dalam lingkungan tiga puluh sehingga empat puluh an? Beliau amat muda sebenarnya. Amat muda remaja. Umur di awal pemuda. Tetapi beliau berjaya melakukan apa yang tidak mampu di lakukan oleh orang-orang yang sebelumnya, oleh ayahnya, oleh datuknya, sehingga ke beberapa generasi sampai menginjakkan hampir 800 tahun lamanya. Tetapi, bila tampuk pemerintahan bertukar alih, dari ayahnya kepada Al-Fateh, barulah kota Konstantinopel berjaya di tawan. Berjaya di alunkan alunan azan di setiap lorong dan ceruk kota.
Melihat pada Al-Fateh yang baru berusia dua puluh satu tahun talah berjaya membuka dan menawan kota Konstantinopel, macam mana pula dengan zaman remajanya? Ya bagaimana pula dengan zaman remajanya? Adakah penuh dengan bersuka ria sehinggakan mampu membuka sebuah kota?
Adakah wujud lagi Al-Fateh pada masa kini? Ya, masih adakah pewaris seperti beliau? Mungkin yang boleh membebaskan Palestin dari cengkaman zionis?
Al-Fateh dan kekuatannya
Al-Fateh hakikatnya dalah seorang remaja, di awal remaj yang mempunyai satu ambisi. Yang mempunyai satu cita-cita. Dia mempunyai satu sasaran. Memang dari kecil, cita-citanya adalah dengan membuka kota konstantinopel bagi mengejar tawaran Rasulullah s.a.w :
‘ konstantinopel itu akan jatuh di tangan tentera Islam. Pemimpinya adalah sebaik-baik pemimpin. Dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.’ [ Riwayat Ahmad]
Dari kecil, beliau merujuk kepada hadis ini sebagai cita-citanya. Sebagai ambisinya. Sebagai misi Islam. Maka Muhammad ibn Murad mempersiapkan dirinya. Dia telah belajar dari seorang ilmuan dan juga ulama’ yang bernama Sheikh Shamsuddin dan telah menjadi seorang yang soleh dan juga faqih dalam ilmu agamanya. Beliau juga merupakan seorang yang terkenal yang tidak pernah tinggal akan Qiamullail semenjak beliau mencapai tahap Aqil Baligh.
Muhammad Al-Fateh juga telah mendalami pelbagai bahsa, terutama bahasa musuhnya. Dia juga mendalami selok belok ilmu geografi dan amat mengambil tahu isu semasa. Dia juga pernah menyusup dan menyamar masuk ke dalam kota bagi mengambil maklumat dan sosio politik konstantinopel. Ini semuanya di lakukan seawal zaman remajanya. Mungkin juga pada zaman umur belasan tahun. Mana mungkin dalam masa sesingkat beliau boleh memahami pelbagai cara dan taktik tersendiri.
Namun, bagaimanakah kita para remaja? Para ibu bapa? Janji-janji Allah berlambak di dalam al-Quran, dan siapakah di antara kita yang sanggup menyahut seruan sebagaiman Al-Fateh mengisi zaman remajanya?
Peranan Ibu Bapa
Bila berbicara mengenai keperibadiannya. Maka perlu kita lihat bagaimana ibu bapa mencorakkan perwatakan anak-anaknya? Lalu tidak perlu saya menyatakan dengan lebih panjang bagaimana pembentukan sahsiah Al-Fateh di awal zaman remajanya. Semuanya hasil didikan kedua ibu bapanya.
Sultan Muradlah yang telah mengupah Sheikh Shamsuddin untuk mendidik Al-Fateh. Sultan Murad jualah yang banyak memainkan peranan memberikan kasih sayang kepada Al-Fateh supaya pembentukan sahsiah dan mempunyai emosi yang stabil.
Ibunya pula saban hari, dari dukungan membawa Muhammad Al-Fateh ke satu tempat tinggi mengahdap kota Konstantinopel dan kemudiannya membacakan hadis riwayat Ahmad tadi.
‘ Engkaulah anakku sebaik-baik pemimpin’
Justeru amat jelaslah di sini yang bahawa, ibu bapalah yang memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan seharian. Adalah tidak pantas dan tuntas andainya ibu bapa hanya mengharapkan bantuan dari pihak sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Guru hanya membantu. Selebihnya, adalah dengan acuan ibu bapanya sendiri. Ibu bapalah yang mencorakkan rentak anak-anak.
Harapan Melahirkan Seorang Lagi Al-Fateh
Seorang remaja yang ingin berubah. Dan kedua-dua ibu bapa pula membantu. Itulah corak perubahan Al-Fateh yang dapat menumbangkan Konstantinopel. Yang berjaya melayarkan bahtera di atas pergunungan, dan berjaya menumbangkan tembok tebal Konstantinopel dari di tembusi pelbagai serangan selama 800 tahun!
Persoalannya, di manakah harapan itu?
Adakah akan lahir dan akan wujud seperti itu? Di manakah remaja kita yang mempunyai satu ambisi yang amat besar? Renungkan.
No comments:
Post a Comment
Yang suka berbual