Persoalan: Mencari , Menjadi Atau Menanti?
Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam edisi rancangan yang di gelar cinta. Bukan selama ini dah berkaitan tentang cinta ke? Memang pun, dah nama warkah bersama. Mestilah tentang cinta sahaja. Eh, bukan-bukan. Kali ni nak kupas sekejap isu, mencari, menjadi atau menanti jodoh anda? Nak buat macam Prof Izzi Haji Ali. Selamat membaca dan selamat beramal.
Okey, sebelum saya mulakan lagi edisi kali ni. Nak tanya kat semua. Siapa yang mencari jodoh? Siapa yang menanti jodohnya datang bergolek-golek, macam bola sepak yang di sepak lalu melantun-lantun dan bergolek-golek? Atau siapa yang ingin menjadi jodoh saya? Eh-eh,salah. Siapa yang ingin menjadi jodoh si pulan bin si pulan? Jangan salah faham ye. Gurau je tu.
Sebenarnya kat sini kadang-kadang kita ada tersilap konsep dan tersilap percaturan tentang lumrah kehidupan. Lumrah alam persekolahan dunia. ini bukan bermakna saya suruh anda melanggar sesuatu yang telah di tetapkan. Tidak. Cuma ingin menjelaskan akan sesuatu.
Saya pernah berbicara soal ini di status saudara Hilal Asyraff. Persoalan jodoh perlukah di cari atau dinanti? Pendapat saya dengan saudara Hilal mempunyai kesefahaman. Mungkin? Atau secara tidak di sengajakan ia menjadi suatu kesamaan antara satu dengan yang lain? Atau ini adalah gerak hati seorang da’ie? Ada orang yang bersetuju dengan pendapat saya dan siap berseloroh. “ Mungkin encik Hazanutz Slay tiada buat buku tapi pendapat boleh di muntahkan di dalam buku.” Saya pun. “ erk. Tak terkata.” Mungkin?
Sebelum saya berbicara lebih jauh. Lebih dalam bab cinta ini. Cuba kita fikirkan konsep. 1+1=3. Ada tak kita belajar matematik di rumah atau di sekolah macam ini? Saya mahu menerangkan lebih ringkas sikit. 1+1=3 adalah satu itu adalah diri kita di tambah dengan satu lagi. Satu itu adalah perjalanan kita mencari cinta. Dan mempunyai hasil dua. Dan untuk hasil tiga adalah, dalam pencarian cinta, redha Allah amatlah penting dan amat di utamakan.
Saya bukan fakih dalam hal cinta. Saya juga tidak fakih dalam bab cinta kahwin. Mungkin ada yang lebih hebat berbicara tentang isu yang boleh di gelar evergreen ini?
Confius Dan Pening Bila Fikir
Bila saya tengok, bila saya di tanya. Encik, betul tak cinta tu dosa? Kapel itu dosa? Saya selalu cakap, cinta itu tidak pun mendatangkan masalah pada diri kita. Kapel pun tidak mendatangkan masalah pada diri kita. Dua benda ini tidak berdosa. Tetapi yang berdosa adalah diri kita. Sebab kita adalah pelaku dalam aspek ini.
Sejak di bangku sekolah lagi, kita dapat lihat ramai yang bercinta monyet. Macam saya. Sampai kena rampas telefon bimbit oleh mak. (jujur kot). Untuk mencari kejodohan, mereka mula berkenalan antara satu samalain. Yela, nak cari jodoh kena kenal dahulu. Kalau tak kenal, macam mana nak jadi jodoh?
Kemudian subjek matapelajaran kehidupan di pentas dunia iaitu subjek cinta telah makin luas skopnya. Kenapa? Sebab dah berpindah pula ke institut pengajian tinggi. Ramai yang tidak mahu terlepas dalam mencari kejodohan mereka. Saya teringat akan kata-kata seorang ikhwah saya yang berada di university pertahanan Malaysia. “Di ipta, kita kalau dah jumpa seseorang itu, kita kena cepat-cepat tangkap. Masukkan dalam sangkar. Sebab nanti takut terlepas. Terbang ke sangkar yang lain.” Lagi-lagi sekarang ni dah zaman ict. Semua serba serbi maju. Nak chatting, nak berfb, nak bertweet. Maaf. Sebut pasal tweeter, ada seorang follower saya tanya, tak da tweeter ke? Saya memang tiada tweeter. Tak reti. Dulu ada. Ntah lupa password dan username. Dah lepas sesi perkenalan, mulalah sesi “couple” istilah yang orang takut nak dengar ni.
Namun apa yang di lalui pengalaman diri sendiri, akhirnya. Break-up. Putus.
Walaupun usaha sudah di lakukan, namun mengapa jodoh ni tak nak mari-mari? Macam-macam sudah di buat. Adakah jodoh segan dengan diri kita ni?
Atau silap percaturan kitakah yang selama ini tidak mengena?
Adakah Jodoh Ini Ketetapan?
Adakah soal jodoh ini adalah satu ketetapan dari Allah Tuhan sekalian alam?
“… Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Maka jawapannya adalah ya. Setiap sesuatu yang Allah ciptakan ini ada ketetapan dia sendiri. Ketetapan dari Allah adalah merupakan salah satu dari Qada’ dan Qadar Allah. Dan percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah adalah salah satu dari rukun iman itu sendiri. Rukun yang wajib kita imani. Kita percayai. Kalau kita tidak percaya pada ketentuan Allah maka keimanan kita tidak akan sempurna.
Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),
Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir(Qadha’ dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk -semuanya dari Allah jua."
Lelaki itu berkata: "Tuan benar."
[HR. Muslim]
Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik pada persoalan awal kita, maka, perlukah kita berusaha untuknya?
Berusaha Itu Perlu
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
Jika dalam masa terdekat, kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka, 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.
Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah, kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan ‘pasangannya itu’, dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu, mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.
Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah(halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya, kita dapat melihat, ramai di antara mereka yang ber’couple’ dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah, kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan ‘pasangannya itu’, dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu, mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.
Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah(halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya, kita dapat melihat, ramai di antara mereka yang ber’couple’ dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
" Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia "
[HR Bukhari dan Muslim]
Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber’couple’, perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?). Oleh sebab itu, saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Sebenarnya bukan saya yang mencari. Saya yang di kejar dan di buru. huhu. Dan diringkaskan cerita, lepas saya break-up senang kata saya di tinggalkan ( putus ber’couple), saya diberikanNya petunjuk(dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya, pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.
Hmm. Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?
Hmm. Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?
Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?
Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.
Wasilah Dalam Pemilihan Jodoh.
Kat sini saya nak ke utarakan dua wasilah dalam mencari jodoh. Mungkin boleh di guna pakai oleh semua? Mungkin. Tak sepatutunya di guna pakai, apa wasilahnya? Pertama, jadilah orang yang baik, insyaAllah, akan dapat jodoh yang baik. Kedua. Ikutlah pilihan orang yang baik-baik. insyaAllah, pilihan itu adalah yang terbaik.
Tapi, kebanyakan orang akan menolak pilihan kedua. Sebab apa? Sebab semua dah berfikir, sekarang ni semua boleh mencari sendiri jodoh. Kenapa mesti nak orang yang carikan? Cukuplah aku jadi baik. Nanti jodoh yang baik akan datang pada diri aku.
Tapi kadang-kadang pun bukan mudah nak jadi orang yang baik. Dalam proses nak jadi baik, macam-macam hal boleh jadi. Macam-macam hal boleh jadi halangan. Ia juga satu proses yang panjang untuk menentukan adakah diri kita ni dah cukup baik?
Sebenarnya kedua-dua cara ini bleh di jalankan secara beriringan. Macam mana? Tidak memahami? Kalau kita berusaha menjadi orang baik, insyAllah akan datang yang baik untuk diri kita, kalau tidak pun, bila sudah datang jodoh kita akan di restui oleh orang yang baik. Tak begitu?
Penutup: Jangan Putus Asa Dengan Sesuatu
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Wahai hati-hati yang suci. . .
Katakanlah,
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
Katakanlah,
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
“ … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]
assalammualaikum.. alhamdulillah.. satu entri yang amat baik dan saya tidak myesal utk mbacanya sehingga hbs.. persoalan ttg jodoh. wlpn skrg umur baru 19 thn tapi di hati ini sudah berniat mahu menjadi isteri kpd seorg lelaki yang berusia 28 thn, yg telah sy kenali 4 thn yg lalu. cinta ini mmg menyakitkan.biarpun sayang itu ada, rindu itu hadir tp sy amat bsyukur krna kami berjauhan. sy disemenanjung dn dia di sarawak.kata org kalau tak jmpa nanti gila, tp bg sy, tak apa kalau tak jmpa, jika bjumpa dan nanti bw mudarat buat apa? tkt seringkali btandang bila terfikirkan malu mgkn dtg bila berdua-duaan. kahwin, insya allah sedang menuju ke situ. tak kisahlah baru hbs belajar atau tidak. kalau tak direstui, sy redha. niat mahu jauhi segala yg terlarang. insya allah, kalau dia jodoh saya, igin menjadi isterinya bila hbs belajar nnt. cinta itu mmg perit kerana dialah, sy berpegang pd prinsip ini.. " kalau benar mencintai maka lepasknlah, tapi kalau ia dtg kmbli maka ia nya adalah jodoh kamu". alhamdulillah... setahun sy kehilangan dirinya dan sekrg dia akui hati tidak dpt utk ditipu. jadi kami ingin ambil kptsn utk bkahwin bila segalanya selesai wlpn mgkn ditentang. sy tidak kisah. dan sentiasa bdoa agar keluarga akan menerima kami nanti..
ReplyDeletealhamdulillah..terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi datang ke blg yang serba serbi usang ni. mcam tuan dia..usang je..
ReplyDeletekomen sikit tentang komen ukhti yang ada ni.. ini pun merupakan satu persoalan dalam kehidupan..saya lupa nak masukkan sekali dalam aspek kehidupan bab jodoh. restu dan redha ibu bapa itu perlu dalam mencari redha Allah.. kita menggerakkan satu tubuh, bagai satu enjin yang menggerkkan kenderaan itu sendiri. ada enjin, ada injap. bagaikan tidak lengkap tanpa satu benda. faham tak? maksud kat sini senang je sebenarnya. ukhti rancang pun lagi 8 tahun tu. masyaAllah.. kuat sungguh iman ukhti. harap begitulah. banyak dugaan dan pancaroba yang akan ukhti lalui sepanjang menempuh dunia kehidupan ni. ada yang menentang. ada yang di tentang.sama-samalah berdoa. hari-hari meminta. Ya Allah, jika dia adalah jodoh untuk diriku, maka kau permudahkanlah segala urusan diriku. sesungguhnya Engkau Maha Pemudah Segala Urusan.
terima kasih kerana mengingatkan saya tentang perkara2 yang sya terlupa. saya tahi redha itu amat penting dan saya juga takut kalau ibubapa tidak meredhai pernikahan kami nanti. saya mahu bernikah diusia muda dgn lelaki yg lebih tua bukan kerana terlalu taksub dgn cinta tetapi tidak mahu hati ini terus diselubungi oleh perasaan yang boleh merosakkan jiwa. org kata bernikah itu boleh mencegah dr segala keburukan. itulah matlamat saya. saya berharap makin banyak entri berguna seperti ini akan saya temui. semakin hari saya takut dan semakin itu saya mahu mencari seberapa banyak ilmu ttg ni.. sudilah menegur jika dllm entri saya ada pendapat yang tidak betul atau tidak kukuh... sakuraputeriblogspot.com
ReplyDeletealhamdulillah, setiap yang berlaku ada asbabnya. mungkin Allah nak menguji iman dan kesetiaan saudari pada keluarga. islam menggalakkan umatnya berkahwin pada usia awal. untuk menggelakkan maksiat. da perkahwinan ini juga merupakan satu gerbang perkahwinan untuk kita menambahkan umat nabi kita. umat Muhammad. cuma itulah apa yang saya tekankan. buat lah solat hajat klau saudari sudah buat istiharkh.. minta pada Dia petunjuk yang mana tebaik. kalau pihak lelaki dah buat istiharkh, dan jawapnnya adalah saudari, moga saudari pun buat jua. saya tertarik pada apa yang di tanya pada ruangan harian metro pada hari ahad ini. mungkin saudari boleh dapatkan akhbar itu? mungkin juga segala persolan saudari akan terjawab.
ReplyDelete