Laman Pautan Lain

Monday, September 19

[ Perkongsian Back To Life] Eksperesikan Hidup Anda

Alhamdulillah, sebelum ini kita dah bertemu dengan pelbagai rencana mengenai back to life samada di Ilmi-Islam mahupun di warkah bersama. Kenapa saya buat back to life? Saya hendak mengajak semua lihat kembali kepada kehidupan. Lihat kembali kepada alam persekolahan yang telah Allah berikan kepada kita. Allah berikan kita banyak kemudahan yang bersesuaian dengan pelbagai cara dan jalan untuk kita pilih. Pelbagai langkah yang telah Allah berikan, Cuma dan hanya kita sahaja yang mahu memilih. Semuanya telah terbentang di depan mata. Mungkin kita tidak tahu cara, edisi saya pada kali ini, saya akan mengajak semua back to life. Kenapa saya mahu menggunakan back to life? Bukan back to fitrah? Saya tidak mahu ada yang terasa.

Kenapa saya pilih eksperesi? Kalau kita lihat, sebelum ini. Hotlink, banyak menggunakan aktifkan hidup anda dengan maxis. Tapi saya hendak mengajak semua aktifkan kembali hidup anda. Dengan apa? Dengan jalan ini, jalan yang telah Allah berikan.

Pengenalan Kepada Diri

Apa itu pengenalan kepada diri? Adakah sama dengan identiti diri? Mungkin sama. Sama dengan kad pengenalan. Identity diri kita. Siapa diri kita. Apa cita-cita kita. Semuanya kita kena tahu hakikat kehambaan. Semua kena memahami.

Tapi, ada yang tidak memahami. Saya pernah di tanya oleh arwah tok ayah.

“ Saad, nanti dah besar nak jadi apa?” dengan menggulung rokok nipah, dia bertanya.

“ Dah besar nak jadi lawyer.” Ini memang cita-cita saya. Tapi tidak kesampaian. Sayang. Tapi Tok Ayah tersenyum. Dia ada hujahan dia sendiri.

“ Tok tak kisah Ad nak jadi lawyer. Tapi tok ada nak bagi cita-cita yang senang kat ad.”

Aku pening. Cita-cita yang senang? Macam mana? Bagaimana caranya?

“ Kalau tok cakap, kenapa Ad tak nak jadi manusia?”

“manusia? Bukan kita ni manusia ke tok?” aku makin tidak faham. Masa ni saya kecil lagi. Adalah dalam umur 15 tahun. Tidak dapat berfikir.

“ A’ah. Manusia. Memang kita ni manusia. Tapi kita hendak jadi manusia yang macam mana? Manusia yang betul-betul, atau manusia yang hanya namanya manusia?”

“ Mestilah betul-betul manusia tok, takkan manusia yang main-main. Tapi apa maksud tok dengan manusia yang betul-betul?”

“ Manusia yang betul-betul, yelah mesti Ad fikir kita ni buniankan kalau atok cakap macam ni. kita ni manusia. Yang Allah telah ciptakan untuk beribadah. Kita ini manusia yang di kurniakan akal untuk berfikir. Tidak macam Charles Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk. Sebab tu lah tok cakap kita kena jadi manusia yang betul-betul manusia. Bukan manusia yang luaran manusia. Dalaman? Kita sama dengan haiwan. Macam tu lebih baik Allah ciptakan haiwan bukan manusia. Betul tak? Itulah identiti kita di dunia persekolahan. Cuba Ad tengok pokok jering ni.”

“ Kenapa dengan pokok jering ni tok?” Aku berjalan menuju ke pokok jering.

“ Sebenarnya pokok jering ni ada ibrah dia kalau Ad nak tau. Biarlah kita jadi pokok jering. Jadikan dia contoh.”

“ Kenapa?” aku makin tidak memahami. Garuk-garuk kepala yang tidak gatal.

“ sebab kalau Ad tengok, pokok jering ni orang cakap dia kedekut. Sampai orang gelarkan jangan jadi macam tangkai jering. Kedekut. Tapi bagi tok. Biarlah kita kedekut untuk jatuh ke bumi. Biar. Orang hendak kata apa. Bila orang nak dia petik. Sama macam kita manusia. Biar kita beribadah. Sampai masa ajal yang akan menjemput diri kita. Tengok? Kan cantik apa yang Allah ciptakan.”

Memang. Kadang-kadang saya sendiri tidak faham dengan persamaan antara hidupan yang Tok Ayah selalu cakap. Tapi bila saya fikirkan betul-betul memang ada yang benar.

Yalah, orang lama. Makan garam dulu dari kita. Bukan maknanya diorang kena darah tinggi dulu ye.

Sebab itu bila kita kata cita-cita kita nak jadi manusia ramai yang pelik. 

Sebenarnya kita tidak tahu, manusia itu hebat. Ada akal.

Sebab itu Allah ciptakan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian.

Tapi, macam mana kita hendak ekseperisakan diri kita? Macam mana kita nak aktifkan diri kita? Adakah kita perlu berdakwah sentiasa baru nak aktif? Macam mana dengan orang-orang yang duduk di kampung? Macam mana mereka nak aktifkan jalan ni? senang je.

Kita bercakap ini umpama mekap untuk diri kita. Orang bermekap untuk nampak cantik. Tapi kita mekap percakapan kita untuk orang dekat. Orang hampir kepada diri kita. Ha? Percakapan pun boleh mekap? Ya. Cakap benda yang elok. Sebab nanti di akhirat. Mulut tidak akan bercakap. Yang bercakap dan berkata-kata adalah tubuh kita.

Setiap Kehidupan Ada Yang Akhir.

Hukum ini kalau kita fikir, memang kejam. Banyak air mata yang tumpah, hati yang merekah kerana perpisahan. Berapa banyak jiwa merana, duka lara kerana perpisahan?

Ada pepatah Jepun yang mengatakan “ Kita bertemu adalah untuk berpisah. Dan kita berpisah adalah untuk bertemu.”

Pepatah ini ada di jadikan lagu untuk kita. Bertemu dan berpisah.

Sebenarnya semua ini ada hikmah yang tersendiri. Apabila yang ada boleh hilang, barulah terasa nikmat yang di miliki. Barulah di hargai. Macam saya dulu. Saya di tinggalkan oleh kawan perempuan saya. Bila saya fikir balik. Barulah saya tahu. Saya dapat rasa nikmat yang sebenar.

Oleh sebab hidup ini satu perjalanan, kita sebagai manusia tidak boleh pegun dan menetap sahaja. Menanti sesuatu. Macam hujan yang turun dari langit. Selepas hujan muncul pula pelangi. Itupun kalau waktu siang. Kalau waktu malam? Mana wujud pelangi? Mengharap sesuatu yang tidak akan kunjung tiba. Sebab itu kita kena bergerak. Maju ke hadapan. Bila kita bergerak ke hadapan, barulah mesti ada yang akan di tinggalkan di belakang. Tempat lahir, tempat bermain. Semuanya kita tinggalkan.

Tetapi berpisah itu satu kelelahan yang penat. Menyeksakan.

Tapi, Allah tidak akan memberi kita keributan, tanpa kesenangan yang kita tidak jangka. Ingat kata saya ni ya? Setiap kesempitan, ada jalannya. Sudah jumpa jalan. Jangan lupa Allah yang memberi kita jalan. Ekeperisakan diri anda. Nantikan episode-episod  yang akan datang.

“ Jadilah manusia, kerana manusia itu lebih mulia daripada malaikat apabila dia beriman kepada Allah, tetapi janganlah jadi manusia yang hanya manusia di kulit, kerana taraf kita sebagai manusia boleh jatuh lebih rendah daripada haiwan. Tepuk dada tanya iman. Mahu jadi apa.”

No comments:

Post a Comment

Yang suka berbual